Anda di halaman 1dari 4

Drama 

Tenang-tenang Air di Tasik

Sinopsis
Drama ini dimulakan dengan tindakan Muzafar yang memberitahu ibunya tentang
kerelaannya untuk melatih sekumpulan peserta cacat penglihatan mengendalikan
kayak dengan betul sebelum mereka menyertai ekspedisi berkayak merentasi Tasik
Permai. Ibu Muzafar tidak bersetuju dengan tindakannya kerana dia bimbang akan
keselamatan anak tunggalnya itu. Menurut ibunya lagi, tindakannya itu akan
menambahkan beban dan menyusahkannya kelak.

Walau bagaimanapun, Muzafar bertegas untuk melatih kumpulan peserta itu


memandangkan ramai pekerja di tempat peranginannya yang bercuti. Muzafar juga
berjanji untuk menjaga keselamatannya sepanjang empat hari tiga malam dia
berada di tempat peranginan tersebut. Azizi berasa hairan apabila Muzafar
menceritakan kisah ibunya yang melarangnya melatih kumpulan orang cacat
penglihatan sedangkan ibu Muzafar merupakan seorang wanita yang disegani
sebagai seorang pemimpin wanita yang unggul, berfikiran terbuka, dan
berpandangan jauh. Namun, Azizi memujuk Muzafar dengan alasan ibunya terlalu
menyayanginya sehingga menyebabkan dia berasa bimbang dan bertindak
sedemikian.

Tema
Sikap prejudis segelintir masyarakat terhadap golongan kelainan upaya.

Persoalan

(a)   Keberanian melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan sebenar seseorang.

(b)   Kerjasama yang utuh dalam melakukan sesuatu aktiviti.

(c)   Kasih sayang pengikat hubungan kekeluargaan.

(d)   Kepentingan sikap bertoleransi dalam melaksanakan tugas.

(e)   Kegigihan dalam mempelajari ilmu baharu.


 Watak dan Perwatakan
.

Muzafar
(a)   Anak tunggal dalam keluarga.

(b)   Dia mempunyai wajah dan perawakan yang seiras dengan Muzamir.

(c)   Bapanya sudah meninggal dunia manakala ibunya bekas seorang pegawai.

(d)   Bekerja di sebuah tempat peranginan yang bernama Permai Resort.

(e)   Amanah dan bertanggungjawab.

(f)    Rasional dan berpendirian tegas dalam membuat keputusan.

(g)   Penyayang.

(h)   Gigih dalam melakukan sesuatu perkara.

Muzamir
(a)   Sebaya dan seiras dengan Muzafar dari segi wajah dan perawakan.

(b)   Berasal daripada sebuah keluarga yang kaya dan ternama di Kelantan tetapi
ketika berusia tiga bulan, dia telah diserahkan kepada keluarga angkat di Johor
disebabkan dia dilahirkan buta.

(c)   Gigih menjalani latihan berkayak.

(d)   Mengenang budi.

(e)   Tabah dengan kecacatan matanya yang buta itu.

Ibu Muzafar
(a)   Balu yang kematian suami.

(b)   Seorang yang pandai bergaya moden.

(c)   Mantan pegawai dan kini bergiat aktif dalam pertubuhan sukarela Jawatankuasa
Kaum Ibu.
(d)   Seorang wanita yang disegani sebagai seorang pemimpin wanita yang unggul,
berfikiran terbuka, dan berpandangan jauh.

(e)   Penyayang.

(f)    Pandai menyimpan rahsia.

(g)   Bersifat pilih kasih dalam membesarkan anak-anak.

(h)   Mementingkan status dan maruah keluarga.

Nilai dan Pengajaran


Nilai
(a)   Kerjasama.

(b)   Baik hati.

(c)   Bertanggungjawab.

(d)   Berhemah tinggi.

(e)   Kasih sayang.

(f)    Keberanian.

(g)   Kegigihan.

(h)   Kesabaran.

(i)    Rasional.

Pengajaran
(a)   Kita hendaklah bijak menyusun sesuatu aktiviti ketika memberi latihan kepada
orang lain.

(b)   Kita mestilah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

(c)   Kita hendaklah gigih mempelajari ilmu baharu tanpa menjadikan kekurangan diri
sebagai penghalang.
(d)   Kita janganlah memandang rendah terhadap orang kelainan upaya.

(e)   Kita mestilah berpendirian tegas dalam membuat keputusan.

(f)    Kita perlulah menanamkan sifat sabar ketika membimbing orang kelainan


upaya.

(g)   Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati.

(h)   Kita hendaklah berani mengambil keputusan untuk membuktikan keupayaan diri


yang sebenar.

(i)    Kita mestilah mengamalkan sikap kerjasama dalam menjalankan aktiviti


berpasukan.

Anda mungkin juga menyukai