Anda di halaman 1dari 14

TENANG-TENANG AIR

DI TASIK
NORHASHIMAH HASHIM
TEMA
• Sikap prejudis segelintir masyarakat terhadap golongan
kelainan upaya.

PERSOALAN
• Persoalan tentang kerjasama yang utuh dalam melakukan
sesuatu aktiviti.

• Keberanian melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan


sebenar seseorang
WATAK PERWATAKAN
MUZAFAR
• Seorang yang amanah dan bertanggungjawab.
- Contohnya, ketika menjadi tenaga pengajar kepada para peserta cacat penglihatan belajar berkayak.
• Seorang yang rasional dan berpendirian yang tegas.
- Dalam membuat keputusan.

MUZAMIR
• Gigih menjalani latihan berkayak.
• Mengenang budi.
- Contohnya, dia mengucapkan terima kasih kepada Azizi dan Muzafar yang telah melatihnya dan rakan- rakannya
berkayak dengan betulnya.
IBU MUZAFAR
• Seorang yang penyayang
- Contohnya, dia keberatan melepaskan anaknya, Muzafar bagi melatih dan
mengiringi sekumpulan peserta yang cacat penglihatan berkayak.
• Seorang yang bijak menyimpan rahsia.
- Contohnya, dia merahsiakan status sebenar bilangan anaknya kepada Muzafar.

AZIZI
• Seorang yang menghormati orang lain.
- Contohnya, dia menghormati Muzamir, Nurul dan peserta kayak yang lain.
• Seorang yang peramah dan baik hati.
BINAAN PLOT
a) Pengenalan – Muzafar memberitahu ibunya berkaitan dengan tugasnya
yang akan melatih sekumpulan peserta cacat penglihatan untuk berkayak
dengan betul sebelum mereka menyertai ekspedisi berkayak merentasi
Tasik Permai. Ibu Muzafar tidak bersetuju dengan tindakannya kerana
tindakannya itu akan menambahkan beban dan menyusahkannya kelak.

b) Perkembangan – Para pekerja di Permai Resort menyambut kedatangan


kumpulan peserta yang cacat penglihatan dengan baik dan mesra. Mereka
terdiri daripada 36 orang tetapi enam orang daripadanya berpenglihatan
normal. Keesokannya, Azizi dan Muzafar mula memberi tunjuk ajar dan
melatih peserta tersebut tentang cara-cara berkayak dengan betul. Azizi
dan Muzafar dibantu oleh beberapa orang sukarelawan seperti Nurul dan
Haris.
c) Perumitan – Muzamir meluahkan rasa kecewanya terhadap rakan-rakan
sepejabatnya yang memandang rendah dan memperkecilkan keupayaannya
disebabkan dia merupakan orang kelainan upaya. Lantaran itulah, dia berusaha
untuk mengatur ekspedisi berkayak tersebut untuk membuktikan keupayaannya
berkayak seperti orang yang normal. Dia berasa bersyukur dan sangat gembira
apabila pihak pengurusan tempat peranginan itu bersedia menerima kehadiran
mereka. Muzafar mengetahui kisah sedih Muzamir yang berasal dari sebuah
keluarga yang ternama dan kaya di Kelantan tetapi diserahkan kepada keluarga
angkat di Johor ketika dia berusia tiga bulan disebabkan dia dilahirkan cacat
penglihatan. Muzafar pulang ke rumah setelah program selama empat hari tiga
malam bersama-sama dengan Muzamir dan rakan-rakannya tamat.

d) Klimaks – Muzafar memujuk ibunya ke studio untuk menonton rakaman


ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai oleh para peserta yang cacat penglihatan
tersebut. Ibu Muzafar tergamam apabila melihat persamaan yang ada pada Muzafar
dan Muzamir melalui tayangan video yang ditayangkan itu.
(e) Peleraian – Muzafar berasa hairan apabila ibunya tidak mahu
meneruskan tontonan video peserta-peserta ekspedisi berkayak
di Tasik Permai. Muzafar juga mula sangsi akan status dirinya
sebagai anak tunggal apabila melihat reaksi ibunya yang seolah-
olah menyimpan suatu rahsia dan selepas dia mengetahui latar
belakang Muzamir. Muzafar menceritakan kepada Azizi tentang
suatu perasaan lain yang dirasainya sewaktu dia membantu
Muzamir apabila kayaknya terbalik. Muzafar juga menitiskan air
mata sewaktu mereka bersalaman dan berpelukan sebelum
Muzamir berangkat pulang.
LATAR TEMPAT

(a) Rumah batu mewah.

(b) Tasik Permai.

(c) Pekarangan Permai Resort.

(d) Studio, Permai Resort.


LATAR MASA

(a) Waktu pagi.

(b) Waktu siang.

(c) Waktu malam.

(d) Empat hari tiga malam.


LATAR MASYARAKAT
(a) Masyarakat yang mengamalkan sikap bertolak ansur dan
bertoleransi dalam melaksanakan tugas.

(b) Masyarakat penyayang terhadap ahli keluarganya.

(c) Masyarakat yang berani melakukan aktiviti yang mencabar


keupayaan sebenar seseorang.

(d) Masyarakat yang bekerjasama dan bantu-membantu dalam


menjayakan ekspedisi berkayak.
GAYA BAHASA
(a) Bahasa Arab. Contohnya, Insya-Allah; Assalamualaikum.

(b) Bahasa Inggeris. Contohnya, rafting; commando rescue; water


confidence.

(c) Metafora. Contohnya, lautan mimpi.

(d) Sinkope. Contohnya, Habis tu, kenapa Zam tak dapat tidur?

(e) Repetisi. Contohnya, Tidak … tidak … tidak.

(f) Peribahasa. Contohnya, Tak ada beban, batu digalas; mati akal;
ambil hati; sampai hati; jantung hati.
NILAI
(a) Kerjasama.
- Contohnya, Muzafar, Azizi, Nurul dan Haris bekerjasama melatih dan
mengajar para peserta yang cacat penglihatan tentang cara berkayak
dengan betulnya.

(b) Baik hati.


- Contohnya, Haris, Nurul dan Chee Keong menerangkan cara-cara
mendayung dan bahagian-bahagian kayak secara lebih terperinci kepda
setiap peserta ekspedisi kayak.

(c) Bertanggungjawab.
- Contohnya, keluarga angkat Muzamir menjaga dan membesarkan
Muzamir yang cacat penglihatan dengan penuh tanggungjawab dan kasih
sayang.

(d) Berhemah tinggi.


- Contohnya, Azizi dan Muzafar menyambut kedatangan sekumpulan
peserta yang cacat penglihatan ke Permai Resort dengan mesra dan sopan.
PENGAJARAN
(a) Kita hendaklah bijak menyusun sesuatu aktiviti ketika memberi
latihan kepada orang lain.

(b) Kita mestilah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

(c) Kita hendaklah gigih mempelajari ilmu baharu tanpa menjadikan


kekurangan diri sebagai penghalang.

(d) Kita janganlah memandang rendah terhadap orang kelainan


upaya.

(e) Kita mestilah berpendirian tegas dalam membuat keputusan.


TAMAT

Anda mungkin juga menyukai