Anda di halaman 1dari 15

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/287866045

Traditional Tikar Craft in Sabah: An Overview

Article · November 2015

CITATIONS READS

0 2,814

2 authors, including:

Azizan Morshidi
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
46 PUBLICATIONS   3,635 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

KES JOHN STEPHEN AND 1 BORNEO HOTEL SDN. BHD. View project

Sarawak Commercial Banks Association and Sarawak Banks Employers Union View project

All content following this page was uploaded by Azizan Morshidi on 23 December 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Traditional Tikar Craft in Sabah: An Overview

Kraftangan Tikar di Sabah: Satu Tinjauan Awal

Rosssida Kamal & Azizan H Morshidi

FKSW Universiti Malaysia Sabah

Email: azizanm@ums.edu.my

ABSTRAK

Perusahaan yang diperolehi dalam kajian ini adalah perniagaan kraftangan tikar. Kajian yang
dijalankan adalah di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai Pasar
Filipina. Terdapat banyak kedai yang menjual barangan kraftangan seperti topi, peralatan
muzik, patung, tikar dan lain-lain lagi. Pasar Filipina ini terletak di Jalan Tun Fuad Stephen
yang bertentangan dengan Kompleks Sinsuran. Semenjak dari itu, ramai orang Filipina yang
berniaga di sini sehingga ke hari ini. Memandangkan kebanyakan peniaga di Pasar
Kraftangan ini merupakan orang Filipina, maka dari situlah gelaran Pasar Filipina diperolehi.

1
Pengenalan

Seperti yang diketahui umumnya, hasil kraftangan telah bermula sejak dahulu lagi dan
diperturunkan kepada generasi ke generasi dan menjadi satu kemahiran sesuatu kaum atau
bangsa. Kegiatan pengeluaran barang kraftangan ini dahulu berkaitan dengan kepercayaan
agama, tradisi atau kaum. Pada kebiasanya, kegiatan-kegiatan seperti ini tidak
mementingkan soal ekonomi atau harga kepada hasil tersebut sebaliknya lebih
mementingkan kepuasan kepada penciptanya dan juga keindahan kepada barangan yang
dihasilkan. Secara amnya, kraftangan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu, secara
formal iaitu pengeluaran produk oleh pengusaha secara sepenuh masa dan secara tidak
formal iaitu dilakukan oleh pengusaha untuk tujuan sementara dan sebagai suatu hobi.

Di samping itu, bahan-bahan bagi membuat kraftangan adalah seperti bahan


daripada kayu, buluh, rotan, mengkuang, pandan, bemban, tempurung kelapa dan daun
serdang gigih diusahakan oleh usahawan kraf tempatan untuk produk kraftangan. Produk-
produk ini mempunyai pasaran yang luas pada masa kini sama ada untuk pasaran tempatan
dan pasaran antarabangsa. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM),
mentakrifkan kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan
menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja.

Tambahan lagi, pertukangan kraftangan selalunya dilakukan secara perseorangan


atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan atau
keagamaan. Manakala keluaran kraftangan ertinya apa-apa keluaran artistik yang
mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses
yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan. Kraftangan
juga termasuk semua barangan seni yang menjadi tarikan masyarakat atau mempunyai
tarikan unsur tradisional yang menunjukkan proses pembentukan. Pembentukan dengan
menggunakan kemahiran tangan boleh juga meliputi penggunaan mesin atau alat-alat yang
ada.

Manakala menurut Peter Dolmer (1997), mentafsirkan makna kraf sebagai aktiviti
kreatif berkemahiran dan penelitian proses-proses yang perlu dilalui untuk menghasilkan
seni anyaman. Ini menunjukkan bahawa ianya memerlukan pemikiran saintifik dan
matematik yang kompleks dan rumit yang selalunya hanya dianggap sebagai simbol tanda
kepekaan yang asli atau hasil kerja seni. Sementara itu, menurut Ismail Ibrahim (2007), seni
kraf mempunyai aturan dalam penghasilannya. Pengamal kraf disebut tukang, bersesuaian
dengan kemahiran yang dimiliki sejak turun-temurun. Penghayatan seni kraf mengambil kira

2
aspek berikut seperti pengetahuan dan pengalaman tukang dan kemahiran tukang dalam
mengaplikasikan teknik penghasilannya.

Justeru, kraf tradisi ini mencetuskan keindahan, kehalusan dan keaslian yang
tersembunyi malah motif-motif disampaikan adalah satu cerminan terhadap nilai
kepercayaan dan adat budaya masyarakat mereka. Kraftangan mempunyai tiga ciri utama
iaitu hasil keluaran, kepercayaan budaya dan agama serta keperluan tradisional. Ketiga-tiga
ciri ini digabungkan untuk mewujudkan satu nilai estetika yang menggunakan tenaga
manusia sendiri tanpa alat yang berteknologi tinggi dan biasanya hasil kraftangan adalah
bersifat sederhana dan tidak terlalu kompleks seperti keluaran lain. Terdapat pelbagai jenis
hasil kraftangan yang boleh diperolehi bersumberkan hasil hutan seperti tikar, bakul, kerusi,
alatan perhiasan dan sebagainya.

3.2 Latar Belakang Perusahaan

Perusahaan yang diperolehi dalam kajian ini adalah perniagaan kraftangan tikar. Kajian yang
dijalankan adalah di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai Pasar
Filipina. Terdapat banyak kedai yang menjual barangan kraftangan seperti topi, peralatan
muzik, patung, tikar dan lain-lain lagi. Pasar Filipina ini terletak di Jalan Tun Fuad Stephen
yang bertentangan dengan Kompleks Sinsuran. Pasar Filipina dahulunya merupakan pusat
transit bagi pelarian dari Filipina. Semenjak dari itu, ramai orang Filipina yang berniaga di
sini sehingga ke hari ini. Memandangkan kebanyakan peniaga di Pasar Kraftangan ini
merupakan orang Filipina, maka dari situlah gelaran Pasar Filipina diperolehi.

Pasar Kraftangan Kota Kinabalu Lokasi Kajian.

3
Menariknya perusahaan ini adalah, perniagaan ini adalah hasil daripada kraftangan
tikar yang diperbuat sendiri oleh pengusaha. Hal ini kerana beliau telah mempelajari secara
turun temurun lagi seni anyaman ini. Seni anyaman yang dipelajarinya ini diwarisi secara
turun temurun dari nenek moyang beliau lagi. Beliau menjalankan perusahaan menjual tikar,
bakul dan beg-beg yang diperbuat daripada buluh, rotan, bambu dan sebagainya.

Perusahaan ini di miliki oleh seorang wanita yang berumur 40-an yang menetap di
Papar, Kota Kinabalu. Wanita ini yang dikenali sebgai Khabibah Binti Amad telah
menjalankan perniagaan beliau selama tujuh tahun. Beliau merupakan wanita yang
berkeluarga dan menjalankan perniagaan untuk menambah pendapatan disamping minat
dan hobi beliau yang berkaitan dengan seni anyaman ini. Beliau menjalankan perniagaan ini
seorang diri tanpa pembantu khas. Beliau hanya dibantu oleh suami dan anak-anak sahaja.

Bukan itu sahaja, Puan Khabibah turut berkata bahawa beliau sedikit sebanyak
dibantu oleh suaminya dari segi kewangan untuk menjalankan perniagaannya bagi
mendapatkan sumber bahan mentah untuk menganyam tikar dan bakul. Selama
menjalankan perniagaan ini, Puan Khabibah mengakui bahawa hari-hari beliau semakin
sibuk tetapi tidak menggangu beliau untuk menjalani kehidupan berkeluarga mereka.

Tikar Anyaman

Dalam perniagaan ini, Puan Khabibah telah menjual pelbagai kraftangan seperti tikar, bakul
beg dan sebagainya. Produk utama yang dijual di gerai beliau ini adalah tikar. Tikar
merupakan satu jenis anyaman dan tradisi yang tidak mempunyai pengaruh luar dan seni
anyaman yang dihasilnya digunakan untuk pakaian, atap, tali dan juga keperluan kehidupan.
Bahan asas yang paling awal digunakan untuk menghasilkan tikar ialah akar dan rotan.
Selain itu, tikar juga merupakan salah satu kreativiti masyarakat untuk memanfaatkan
sumber alam seperti buluh dan rotan untuk dijadikan sebahagian daripada keperluan hidup
mereka serta dijadikan sebagai dinding pelindung kediaman.

Tikar boleh diperbuat daripada pelbagai tumbuh-tumbuhan seperti buluh,


mengkuang, rotan, ribu-ribu dan lidi yang boleh diperolehi daripada hutan. Perbezaan ciri
tumbuh-tumbuhan ini menghasilkan pelbagai bentuk dan barangan seni anyaman seperti
tikar dan juga bakul. Antara contoh tikar yang dihasikan oleh beliau adalah seperti tikar

4
beralas, tikar bercorak dengan kelarainya, tikar rubai, tikar ragi corak pelikat dan banyak
lagi.
Harga untuk segulung tikar ini mempunyai harga yang berbeza-beza dan mengikut
saiz dan juga warna. Contohnya bagi tikar yang bersaiz sederhana adalah berharga RM35.
Beliau meletakkan harga berikut dengan mengambil kira modal yang digunakan untuk
membeli bahan-bahan yang diperlukan serta tenaga yang digunakan beliau untuk membuat
tikar.

Fungsi dan Kegunaan Tikar

Tikar mempunyai banyak fungsi dalam kehidupan masyarakat sama ada di rumah mahupun
di tempat kerja. Selain berfungsi sebagai hamparan tempat duduk, ianya juga digunakan
untuk alas tidur, tikar sembahyang, tikar parudan, tikar alas nikah dan juga tikar jemuran.
Di samping itu, budaya sesuatu bangsa bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa
pertuturan dan adat resamnya tetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerja tangannya.
Pelbagai jenis tikar yang mempunyai fungsi dan penggunaan khusus seperti tikar yang diberi
nama sebagai tikar parudan yang sering digunakan untuk tempat menadah isi kelapa yang
diparut.

Bukan itu sahaja, tikar beralas digunakan untuk majlis-majlis kenduri kahwin bagi
melapik tempat khas juru nikah dan pengantin lelaki sahaja. Di samping itu, terdapat juga
tikar beralas yang digunakan untuk melapik tempat sembahyang dan untuk melapik
jenazah. Manakala tikar bercorak dengan kelarainya pula digunakan di dalam majlis-majlis
kenduri seperti dianjung dan ruang tamu. Hal ini akan menghiasi lantai rumah yang
berwarna-warni dan dapat memeriahkan lagi majlis-majlis yang diadakan.

Tambahan lagi, terdapat juga sejenis tikar yang dapat digunakan khasnya untuk
menjemur padi. Tikar tersebut dikenali sebagai tikar jemuran. Manakal tikar pandan pula
digunakan untuk melapik tempat sembahyang dan tempat tidur orang dulu-dulu, hal ini
kerana tikar ini adalah lembut dan mudah rosak untuk kegunaan lasak ditempat lain.

Selain itu, tikar rubai pula digunakan untuk dibentangkan di ruang tamu bagi
keselesaan tetamu yang hadir. Kebiasaanya saiz tikar ini adalah besar dan panjang. Tikar ini
turut digunakan sebagai alas lantai di sesebuah rumah bagi memenuhi adat resam apabila

5
sesuatu ruang atau tempat letak hendak digunakan sebagai tempat duduk dan lazimnya
dibentangkan tikar terlebih dahulu. Keadaan ini dilakukan sebagai menghormati tetamu
yang datang berkunjung. Selain itu, tikar ini sering digunakan untuk alas tidur yang
bertujuan untuk memberi keselesaan dan dapat menghindarkan daripada debu dan kotoran.
Namun, pada masa kini, tikar kurang digunakan untuk alas tidur sebaliknya tikar sering
digunakan sebagai perhiasan di dinding rumah kerana kesenian tikar pada masa kini sangat
unik dan mempunyai kehalusannya sendiri.

Transisi yang berlaku dalam perusahaan beliau adalah amat ketara dari tahun
pertama beliau memulakan perniagaan ini sehinggalah sekarang. Sebelum tahun 2006,
beliau hanya berkecimpung dalam dunia anyaman tikar untuk kegunaan di rumah. Misalnya,
beliau akan membuat tikar apabila terdapat rakan atau jiran yang membuat tempahan tikar
untuk digunakan apabila mengadakan majlis atau kenduri.

Di samping itu, pelanggan-pelanggan utamanya juga turut menyokong dengan


perniagaan yang dijalankan beliau dan pelanggan juga tidak merungut dengan harga yang
diletakkan kerana beliau adalah seorang yang baik hati dan senang untuk berkomunikasi.
Perubahan berlaku sedikit demi sedikit contohnya dari membuat tikar biasa menjadi lebih
luas apabila beliau memulakan perniagaan tersebut. Banyak idea yang timbul seperti
membuat pelbagai corak tikar dan bakul yang sangat kreatif dan menarik contohnya seperti
tikar yang bercorak tikar ragi corak pelikat, tikar ragi beras patah, tikar beralas dan
sebagainya.

Bukan itu sahaja, transisi yang berlaku bukanlah secara mengejut, tetapi perlahan-
perlahan setelah munculnya idea dari minat beliau sendiri. Transisi berlaku seiring dengan
transformasi yang dibuat dalam perniagaan ini. Transisi dari segi psikologi juga turut berlaku
seperti beliau serta keluarga harus membiasakan diri untuk menerima kunjungan pelanggan
yang berbeza-beza hampir setiap hari ke rumah mereka sendiri. Selain itu beliau juga
mendapat ramai kenalan yang berlainan bangsa dan budaya yang mana beliau sendiri harus
bijak dalam beradaptasi dengan pelanggan-pelanggan untuk memuaskan hati mereka
dengan mempelbagaikan corak dan jenis tikar yang dapat menarik hati pelanggan.

Melalui transformasi ini juga, Puan Khabibah telah melakukan transisi dalam
kehidupan seharian beliau. Contohnya, beliau terpaksa membahagikan masa untuk kerjaya
serta untuk keluarga. Oleh kerana beliau seorang sahaja yang mengusahakan perniagaan
ini, beliau harus bijak dalam mengurus jadual hidup harian beliau. Selain itu, beliau juga

6
bijak dalam mencari masa yang sesuai untuk menyiapkan pelbagai tempahan tikar daripada
pelanggannya. Puan Khabibah juga seringkali mengajar dan melatih anaknya serta anak-
anak saudaranya agar mereka turut mewarisi seni anyaman ini. Menurut beliau, cara ini
akan memberi latihan kepada beliau sendiri selain menurunkan kepakarannya kepada anak-
anak beliau agar tradisi ini tidak lapuk di telan zaman.

Pengusaha industri kraftangan tradisional perlulah mengintegrasikan corak, nilai


estetika dan keaslian produk industri kraftangan yang dihasilkan bagi menjana pertumbuhan
industri kraftangan negara. Selaras dengan itu, usaha bersepadu ini dilihat sebagai formula
yang dinamik ke arah meningkatkan daya saing produk tempatan yang dinamik ke arah
meningkatkan daya saing produk tempatan khasnya di peringkat antarabangsa.

Selain itu, pengusaha industri kraftangan haruslah bijak mencari peluang dan
platform dalam usaha mempromosikan atau mengkomersialkan produk mereka di peringkat
domestik mahupun global. Sekiranya pengusaha industri tradisional mengaplikasikan
pendekatan global dalam mencari peluang perniagaan, maka tidak hairanlah satu hari nanti
produk industri kraftangan negara mampu duduk sebaris dengan produk industri kraftangan
antarabangsa. Secara tuntasnya, pengusaha industri kraftanagn haruslah lebih berinisiatif
dan kreatif dalam memanipulasikan teknologi ICT agar industri kraftanagn dapat bersaing
secara kompetitif di peringkat global.

Bukan itu sahaja, pihak individu juga harus membeli barangan industri kraftangan
buatan tanah airl dan menggunakannya. Barangan industri kraftangan ini berkualiti dan
setanding dengan barangan import. Kita harus berbangga dengan barangan industri
kraftangan kita. Oleh yang demikian, kita perlu menggunakan barang industri kraftangan
dalam kehidupan seharian. Di samping itu, sebagai rakyat Malaysia kita perlu berbangga
dan menyokong barangan industri kraftangan kita yang unik dan kreatif.

Seterusnya, perihal masyarakat dewasa ini, suka akan barang yang mempunyai reka
bentuk moden. Hal ini menyebabkan barangan kraftangan tradisional di Malaysia semakin
dipandang lesu oleh segenap lapisan masyarakat. Masyarakat seharusnya mengetepikan
persepsi negatif terhadap hasil industri tradisional yang dihasilkan oleh pengusaha
tempatan. Masyarakat itu sendiri perlulah memberikan sambutan yang menggalakkan
terhadap industri tradisional dengan cara menggunakan perkhidmatan tradisional serta
membeli barangan tradisional seperti bakul anyaman, wau, tikar, hasil ukiran tangan dan
hasil sulaman. Maka dengan cara ini akan menaikkan taraf industri kraftangan tradisional di
negara kira. Masyarakat haruslah melibatkan diri dalam industri tradisional itu sendiri

7
dengan cara mengadakan atau menubuhkan kelas serta kelab yang melibatkan industri
tradisional di Malaysia. Jelaslah bahawa komitmen dalam kalangan pelbagai lapisan
masyarakat diperlukan dalam usaha memartabatkan lagi industri tradisional di negara kita.

Kesimpulan

Secara tuntasnya, hasil kraftangan tikar ini mempunyai potensi untuk menjana
sumber pendapatan bagi masyarakat tempatan. Hal ini dapat dibuktikan melalui responden
iaitu Puan Khabibah Binti Amad yang menjalankan perniagaan di Pasar Filipina, Kota
Kinabalu. Di samping itu, melalui kajian yang dijalankan mendapati pelbagai fungsi
kraftangan yang boleh dihasilkan dan mempunyai nilai estetika yang tinggi sebagai lambang
tradisi kita. Buakn itu sahaja, terdapat beberapa transisi yang berlaku terhadap perniagaan
beliau iaitu dari aspek idea, masa dan juga pemasaran hasil kraftangan beliau iaitu tikar.
Transisi yang berlaku juga menyebabkan perkembangan perniagaan beliau. Justeru,
kesinambungan untuk memartabatkan seni anyaman tikar ini selari dengan hasrat kerajaan
untuk memartabatkan lagi seni tradisional Malaysia untuk diangkat ke peringkat
antarabangsa sebagai salah satu tonggak warisan negara bagi menunjukkan identiti negara
Malaysia yang mempunyai seni dan kreativiti tersendiri yang perlu ditonjolkan untuk ikutan
masyarakat dunia.

8
7.1 Rujukan

Azizan, Fauzie , Marja (2013). Implikasi Penghantaran Pulang PATI ke atas Situasi
Gunatenaga Tempatan dan Isu Hak Asasi Manusia: Satu Prolog. Paper presented at
7th International Conference on Indonesia-Malaysia Relations. Universiti Malaya
Kuala Lumpur.

Fauzie, Marja , azizan (2011).Pengampuan & Penghantaran Pulang Pekerja Asing: Implikasi
ke Atas Pasaran Buruh Tempatan dan Isu Hak Asasi Manusia. BUMANTARA Journal of
Social and Political Development. Volume 1, Issue 1, Universitas Nasional Indonesia &
Universiti Malaysia Sabah (ISSN 2088-6837), pp.99-112

Managing Change and Transition, 2003, Library of Congress Cataloging-in-Publication Data,


Harvard Business School Publishing Corporation.

William Bridges, 2003, Managing Transitions Making The Most Of Change 2nd Edition
Updated and Expanded, Da Capo Press A Member of the Perseus Books Group.

Bahagian kewangan dan Pembangunan. Diakses pada 19 Mei 2013.

http://kewangankraf.blogspot.com/p/profail.html

Industri Kraftangan. Diakses pada 23 Mei 2013. Atas talian

http://industri-kraftangan.blogspot.com/.

Noorajamsha,N., Azizan, M (2015). Technicians' Competency Elements and Emotional


Intelligence in a Transformative Working Environment.Paper presented at
Persidangan Transformasi Sosial ke-1. UPEB & FKSW, Universiti Malaysia Sabah. 25-
26 Nov 2015.

Seni Anyaman. Diakses Pada 23 Mei 2013. Atas Talian

http://psvspm.blogspot.com/2009/07/anyaman.html.

9
Tujuan dan Fungsi Anyaman Mengkuang. Diakses Pada 23 Mei 2013. Atas Talian

http://www.scribd.com/doc/35449781/Anyaman-Mengkuang-Pandan.

10
Lampiran

Bahan yang digunakan untuk membuat tikar.

Proses-proses membuat tikar anyaman

Cara pertama

Cara kedua

11
Cara ketiga

Cara keempat

Cara kelima

12
Tikar yang telah siap dibuat untuk dipasarkan.

Contoh-contoh Tikar yang Dihasilkan

Tikar Ragi Corak Pelikat

Tikar Beralas (ada unsur tambahan kain merah dijahit dibahagian tepi).

13
Tikar Ragi Beras Patah

Tikar Kelarai (Ragi) Temose.

Tikar Kelarai (ragi) Kepala Lalat.

14

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai