Anda di halaman 1dari 2

SOALAN 3 (a)

Pendekatan Tematik atau dalam istilah Jerman dikenali sebagai stoffgeschie adalah antara
beberapa pendekatan klasik dalam displin kesusasteraan bandingan yang membandingkan
sebuah karya dengan sebuah atau sekelompok karya yang lain. Pendekatan Tematik ini
muncul di Jerman dan dipengaruhi oleh kajian folklore. Pendekatan Tematik lebih terarah
kepada pendekatan positivistic atau pendekatan yang mengabaikan unsur luar. Pendekatan
Temarik juga berasaskan bahan-bahan naraif atau subject matter sastera yang dominan dalam
karya yang dibandingkan. Subject matter sastera mencakupi satu ruang yang luas dan di
dalamnya terkandung antaranya tema, persoalan, mitos, ritual, motif, metafora, plot dan tesis
(proposisi atau mesej). Sebagai contoh, pendekatan Tematik akan membawa pembaca
menyelami dan menghayati kreativiti dan keaslian pengarang kerana pengarang membawa
pembaca pada zaman lampau yang dipercayai benar dan kudus.

SOALAN 3 (b)

Mitos Greek yang terkenal iaitu Pandora mencitrakan sebagai watak wanita yang telah
dihantar oleh dewa Zeus untuk menggoda lelaki. Dalam novel Tivi, imej ini diberikan kepada
Chah yang telah menjerumuskan keluarga kepada perbuatan yang dilaknat oleh Tuhan, iaitu
kes sumbang mahram antara bapa dan anak. Berdasarkan novel Tivi ini telah mewujudkan
imej wanita yang stereotaip berdasarkan kepada tiga unsur iaitu pembawaan, peranan jantina
dan status wanita. Oleh itu, kaum lelaki mempunyai tanggapan stereotaip terhadap wanita
yang dianggap sebagai penggoda yang membawa kepada kesesatan dan kehancuran.
Penganalisian imej wanita dalam novel Tivi (1995) karya Shahnon Ahmad dapat diterapkan
melalui kerangka teori feminisme.

Menyentuh persoalan keruntuhan akhlak muda mudi akibat modenisasi dan ledakan teknologi
maklumat. Keruntuhan akhlak dan pergaulan sosial yang tidak terbatas mengakibatkan
berlakukanya gejala sumbang mahram. Walaupun karya ini agak lucah, namun amat berkesan
kerana dapat menyampaikan mesej kepada pembaca.

Makalah yang menerapkan teori feminism ini berhasil mengenal pasti kecenderungan novel
yang dikaji, yang didapati memanifestaikan imej negatif wanita sebagai penggoda kepada
kaum lelai. Dalam konteks ini, makalah Sohaimi ini merumuskan bahawa imej wanita yang
stereotaip terus disenangi oleh penulis novel ini, dan kehadiran imej tersebut dilihat sebagai
hukuman kepada manusia yang rapuh serta tipis pendidikan agamanya. Lebih penting lagi,
makalah Sohaimi ini merumuskan bahawa watak-watak wnita yang berimej penggoda,
sebagaimana yang diperagakan dalam novel ini adalah betepatan dengan imej Pandora, iaitu
satu watak wanita dalam antropologi Greek yang ditugaskan untuk membawa kemusnahan
kepada kaum lelaki dengan imejnya sebagai seorang penggoda. Dalam hal ini, Sohaimi
berpendapat bahawa pemaparan watak wanita yang sedemikian telah menjadikan penerapan
teori feminism relevan dalam pengkajian tentang wanita dalam Kesusasteraan Melayu.

Anda mungkin juga menyukai