Anda di halaman 1dari 24

PENGENALAN

Sesuatu pemasangan elektrik yang telah siap perlu menjalani


proses pengujian sebelum diberikan bekalan . Pengujian ini adalah
bertujuan untuk mempastikan pemasangan itu betul-betul selamat dan
mematuhi peraturan IEE . Di samping itu pengujian tersebut dapat
menjamin keselamatan pengguna dan juga peralatan yang bakal
digunakan .

Walaupun pengujian ke atas pemasangan elektrik tidaklah


menjamin pemasangan tersebut selamat untuk selama-lamanya tetapi
perlulah dibuat pengujian-pengujian yang berulang dalam tempoh
yang sesuai .

Tujuan setiap ujian yang dijalankan,secara amnya, tujuan


pengujian dijalankan ke atas pemasangan atau alat elektrik adalah
untuk memastikan keselamatan sesuatau pemasangan telah terlaksana
mengikut peraturan IEE.

Kepentingan ujian dijalankan mengikut turutan untuk


mengelakkan bahaya pada orang yang menguji dan untuk keselamatan
pemasangan serta alat-alat penguji.

Tujuan utama ujian ini ialah untuk memastikan pemasangan itu


betul-betul selamat semasa digunakan

Jenis ujian yang patut dijalankan mengikut urutanialah ujian


keterusan pengalir litar akhir gelang , ujian pengalir perlindungan,
termasuklah pengalir ikatan utama dan tambahan, ujian rintangan
elektrod bumi, ujian kekutuban, ujian gelangan gelung kerosakan ke
bumi, ujian kendalian pemutus litar bocor ke bumi.
Ujian Pemutus Litar Bocor

Tujuan ujian ini dijalankan adalah bagi memastikan pemutus


litar bocor ke bumi sentiasa berada dalam keadaan baik dan akan
beroperasi apabila berlaku arus bocor ke bumi pada voltan minima
45V, di antara pengalir bumi dengan pengalir hidup.

Tatacara Menjalankan Ujian Pemutus Litar Bocor Ke


Bumi Kendalian Arus

● Ujian di jalankan di sebelah bahagian beban pemutus litar,


antara pengalir fasa litar yang dilindungi dan pengalir pelindung
litar .
● Semua beban di putuskan
● Berikan bekalan kepada penguji.
● Pemutus litar akan terbelantik sebaik sahaja bekalan diberikan
dalam masa 0.2s atau mengikut masa pelambat yang ditentukan
oleh pengeluar .
● Tanggalkan penguji daripada soket keluaran.
● Berikan bekalan seperti biasa dan tekan punatekan pemnguji.
● Sekiranya pemutus litar terbelantik ini bermakna pemutus litar
masih baik.
N L
Apakah itu Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (PLBK)
Alat pencegah renjatan elektrik
Pemutus Litar Bocor Ke bumi (PLBK) ialah sejenis alat perlindungan yang
boleh melindungi pengguna daripada renjatan elektrik jika berlaku
kebocoran arus pada kelengkapan pengguna. Alat ini bertindak memutuskan
bekalan dengan serta merta apabila kebocoran arus dikesan berlaku.
Terdapat dua jenis PLBK iaitu PLBK Kendalian Voltan dan Kendalian Arus.
Bagaimana pun PLBK kendalian voltan kurang berkesan berbanding dengan
PLBK Kendalian Arus. Alat ini MESTI dipasangdi setiap pepasangan
elektrik.

Apakah itu renjatan elektrik?


Pengaliran arus elektrik ke dalam tubuh manusia Renjatan Elektrik adalah di
antara bahaya yang disebabkan oleh penggunaan tenaga elektrik.
Ia berlaku apabila arus elektrik mengalir ke dalam tubuh seseorang apabila
menyentuh atau terpegang:-

1. Wayar tanpa penebat atau penebatnya telah pecah yang dipanggil


Sentuhan Langsung (Direct Contact) Lihat gambar B.
2. Peralatan elektrik yang telah rosak atau logam yang sedang
mengalirkan arus elektrik yang dipanggil Sentuhan Tak Langsung
(Indirect Contact)
Lihat gambar C.
Bagaimana renjatan elektrik boleh berlaku?
Cuai dan kurang pengetahuan

Kebanyakan renjatan elektrik disebabkan oleh:-

1. Kecuaian    
2. Sikap pengguna semasa mengendalikan peralatan ele
3. Tidak mempunyai pengetahuan, kemahiran yang cukup dan kesedaran
tentang bahaya elektrik
4. Peralatan yang telah diubahsuai sendiri oleh para pengguna
5. Peralatan elektrik yang tidak selamat, bermutu rendah serta tidak
mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga.

Gambar B Gambar C
Renjatan Sentuhan Langsung Renjatan Sentuhan Tak
Langsung.

Jenis PLBK
Kendalian Voltan dan Kendalian Arus
Terdapat dua cara PLBK berfungsi iaitu Kendalain Arus dan Kendalian
Voltan. Terdapat beranika rupa bentuk untuk setiap jenis. Contoh PLBK
Kendalian Arus adalah seperti gambar A. Manakala dua jenis PLBK
Kendalian Voltan yang telah dimansuhkan adalah seperti gambar E.
KENDALIAN VOLTAN

Di manakah PLBK dipasang?

Di setiap rumah di papan suis utama

PLBK mestilah dipasang di papan suis utama di setiap rumah seperti gambar
D untuk mencegah kemalangan elektrik dan cara ini amat berkesan. Jika
anda menggunakan alat Pemanas Air Elektrik. PLBK tambahan perlu
dipasang khas untuk mengawasi pemanas air berkenaan. Cara ini lebih
menjamin keselamatan keluarga anda.
Apakah PLBK yang sesuai dan selamat digunakan?
PLBK Kendalian Arus. Tukar dengan segera jika jenis lain.

Beberapa tahun dahulu terdapat penggunaan PLBK Kendalian Voltan, tetapi


penggunaannya kini telah dimansuhkan kerana ia didapati kurang berkesan.
PLBK Kendalian Voltan hendaklah digantikan dengan PL Kendalian Arus
dengan serta merta (gambar A). Perkhidmatan pendawai elektrik bertauliah
atau kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga adalah
perlu untuk menukarkan PLBK ini, kerana PLBK Kendalian Arus adalah
lebih peka kepada sebarang kerosakan pada pepasangan dan peralatan
elektrik di rumah anda.

Bagaimana PLBK boleh menyelamatkan anda?


Memutuskan bekalan elektrik ketika berlaku kerosakan

Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (PLBK) adalah alat yang boleh mencegah
berlakunya renjatan elektrik. Alat ini akan bertindak memutuskan bekalan
elektrik ke rumah anda jika terdapat sebarang kerosakan pada pepasangan
atau peralatan elektrik seperti kebocoran arus ke bumi melalui sentuhan
wayar hidup ke rangka peralatan elektrik yang boleh mendedahkan
pengguna kepada renjatan elektrik.
Jika pendawaian di rumah anda tidak dipasang dengan sempurna atau anda
menggunakan peralatan elektrik yang bermutu rendah, mungkin terdapat
kebocoran arus elektrik yang tinggi ke bumi. Ia boleh menyebabkan renjatan
elektrik seperti yang diterangkan di atas dan juga boleh menyebabkan
kebakaran jika keadaan ini berlanjutan di persekitaran yang sensitif dengan
haba panas.
Bagaimana memastikan PLBK sentiasa melindungi
anda?
Lakukan ujian PLBK setiap bulan. Jadikan amalan.

PLBK perlu diuji sekurang-kurangnya sebulan sekali dengan menekan Punat


Tekan Uj. Apabila Punat Tekan Uji ditekan, bekalan elektrik ke rumah anda
akan terputus dengan serta merta. Ini bermakna PLBK di rumah anda
berkeadaan baik dan boleh berfungsi. Jika tidak sila berhubung dengan
kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga adalah perlu
untuk menggantikannya dengan yang baru kerana ia tidak boleh diperbaiki.
PLBK baru Kendalian Arus mestilah digunakan kerana PLBK Kendalian
Voltan telah dimansuhkan dan tidak selamat.

Kadar dan Kepekaan PLBK


Sensitif dan berkesan
Terdapat PLBK dengan kemampuan dan kepekaan yang berbeza mengikut
penggunaannya:-

1. Untuk rumah kediaman biasa 40A/ 63A, satu fasa atau bergantung
kepada keperluan bekalan dan keupayaan suis utama, kepekaan PLBK
tidak melebihi 100mA.
2. Bagi pemanas air, perlu memiliki PLBK tambahan yang berasingan
(selain dari 1 di atas) dengan kepekaan tidak melebihi 10mA adalah
diperlukan.
3. Untuk beban yang lebih tinggi 100A, 3 fasa, kepekaan PLBK mestilah
tidak melebihi 100mA.
Perbuatan yang mendorong berlakunya renjatan elektrik
Jangan lakukan jika tidak pasti dan pastikan jangan melakukannya jika tidak
selamat.

1. Memperbaiki sendiri peralatan elektrik yang dimiliki tanpa


pengetahuan yang cukup. 
2. Membuat sendiri pendawaian/ penyambungan atau pendawaian
dilakukan oleh orang yang tidak bertauliah.
3. Menggunakan peralatan elektrik yang bermutu rendah dan tidak
diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga dan tidak mempunyai label
SIRIM.
4. Menggunakan peralatan elektrik yang pecah, rosak dan telah
diubahsuai.
5. Menggunakan peralatan elektrik degan tangan yang basah atau di
tempat-tempat lembab seperti di bilik air.
6. Membiarkan kanak-kanak bermain dengan peralatan dan punca
elektrik.
7. Mengubahsuai sesuatu peralatan elektrik dari rekabentuk/ tujuan asal.

Hindarkan kemalangan elektrik

Setiap pengguna elektrik mestilah lebih berhati-hati apabila menggunakan


peralatan elektrik. Elakkan membuat pembaikan, pengubahsuaian tanpa
kemahiran dan pengetahuan yang cukup. Jangan menggunakan peralatan
elektrik yang bermutu rendah dan sudah rosak. Pastikan semua ciri-ciri
keselamatan dan alat perlindungan di rumah anda berada di dalam keadaan
baik dan berfungsi seperti:-

1. Pemutus Litar Bocor Ke Bumi


2. Fius-fius atau Pemutus Litar Kecil
3. Sistem dawai bumi.
Larangan Penggunaan Pemutus Litar Bocor Ke Bumi
(PLBK) Kendalian Voltan

Pemutus Litar Bocor Ke bumi (PLBK) ialah sejenis alat perlindungan yang
boleh melindungi pengguna daripada renjatan elektrik jika berlaku
kebocoran arus pada kelengkapan pengguna. Alat ini bertindak memutuskan
bekalan dengan serta merta apabila kebocoran arus dikesan berlaku.
Terdapat dua jenis PLBK iaitu PLBK Kendalian Voltan dan Kendalian Arus.
Bagaimana pun PLBK kendalian voltan kurang berkesan berbanding dengan
PLBK Kendalian Arus.

PLBK Kendalian Voltan

Berdasarkan kes-kes kemalangan elektrik yang disiasat, terutamanya yang


melibatkanpepasangan domestik, kegagalan PLBK berfungsi dengan
berkesan menjadi puncautama yang menyumbang kepada kes yang
mengakibatkan maut. Oleh yang demikian penggunaan PLBK kendalian
voltan hendaklah dihentikan serta merta dan hanyaPLBK jenis kendalian
arus sahaja yang boleh digunakan. PLBK jenis kendalian arus juga dikenali
dengan Peranti Arus Baki (PAB). Selain daripada itu terdapat nama-nama
lain yang mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan PAB.
Sebarangan penggantian atau pemasangan PAB hendaklah dilakukan
olehkontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga
denganmenggunakan PAB yang mempunyai label SIRIM sahaja. Pastikan
kontraktor elektrik tersebut menunjukkan perakuan pendaftarannya sebelum
memulakan kerja.

Bila berlaku arus bocor, arus ini akan dibumikan melalui dawai pembumian.
Dawai pembumian iniditamatkan di kotak bumi. PAB dengan kadar epekaan
100mA lazimnya dipasang di kotak agihan. Bagaimana pun untuk
menggunakan kelengkapan mudah alih yang dikendalikan  engan tangan,
PAB tambahan pada kadar kepekaan 30 mA perlu dipasang terlebih dahulu
pada palam kuasa yang hendakdigunakan. Bagi kelengkapan elektrik yang
digunakan di tempat permainan kanak-kanak atau kawasan yang berair
seperti bilik mandi, kolam renang dan kolam airpancutan, kadar kepekaan
PAB yang mesti digunakan ialah 10mA. Kadaran-kadaranini adalah selaras
dengan kehendak Peraturan-peraturan Elektrik 1994. PAB ini juga perlu
diuji sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memastikan ia berfungsi
denganbaik. Secara ringkasnya kadar PAB adalah seperti dibawah; 
    
Kadar         
Jenis Peralatan
maksimum
PAB
PAB perlu dipasang di kotak agihan
samada pepasangan satu fasa atau tiga
fasa. Penyambungan hendaklah dibuat 100mA 
bagi mana-mana litar akhir, samaada
secara individu atau dalam kumpulan.
 Kelengkapan, radas atau perkakas yang
dipegang dengan tangan (peralatan mudah
alih) seperti mesin basuh, peti sejuk,
penebuk lubang elektrik, perlu adaPAB
yang kedua. Oleh yang demikian soket
30mA 
alurkeluar perlu dipasang dengan PAB dan
pemasangannya boleh dibuat di kotak
agihan.Walaubagaimanapun PAB jenis
mudah alih(portable RCD) juga boleh
digunapakai.
 Pepasangan di tempat hiburan awam
seperti kawasan yang terdapat permainan
kanak-kanak 10mA
seperti kiddy ride, mesin video dll perlu
dipasang PAB.
 Kelengkapan elektrik seperti pemanas air
elektrik yang dipasang ditempat yang
lantainya berkemungkinan akan basah
10mA
atau jika dinding ataukepungan
berintangan elektrik yang rendah seperti
bilik air perlu ada PAB yang kedua.

Walaubagaimana pun PAB ini tidak dapat melindungi daripada voltan yang
tinggi disebabkan kilat. Satu alat lain diperlukan untuk mendapat
perlindungan daripada kilat.Pengguna-pengguna juga perlu mengambil
langkah-langkah yang selamat dalam menangani isu pendawaian elektrik.
Bagaimana Sistem Perlindungan Bumi Berfungsi?

Setiap litar akhir akan dilengkapi dengan tiga terminal yang disambung pada
kelengkapan, teminal hidup, neutral dan bumi. Konduktor bumi disambung
dariterminal bumi ini ke kotak bumi. Apabila berlaku kebocoran arus pada
kelengkapan,arus ini akan mengalir ke jisim bumi melalui konduktor bumi.
Kebocoran arus ini akan dapat dikesan oleh PAB. PAB dengan serta merta
memutuskan bekalan supayaianya tidak mendatangkan bahaya kepada
manusia. Oleh yang demikian konduktorbumi dari kotak bumi ini perlu
disambungkan ke soket alir keluar dan seterusnya ke semua kelengkapan
elektrik yang mempunyai bahagian logam yang terdedah. 

Apakah Kotak Bumi ?

Kotak bumi (earth chamber) adalah dimana satu elektrod bumi (panjangnya
lebih kurang 1 meter) ditanam kedalambumi. Semua dawai bumi (konduktor
bumi) disambungkankepadanya. Sambungan ke bumi ini adalah untuk
menghadkan
voltan / arus yang terjadi disebabkan kerosakan tersebut ke takat yang
selamat sehingga fius terbakar atau Pemutus LitarKecil (PLK) atau PAB
terpelantik. Perlindungan ini tidak dapat mengelakkan seseorang terkena
renjatan elektrik, tetapi ciri-ciri masa danarusnya dapat memastikan renjatan
itu tidak membunuh. Adalah amat dikehendakisupaya rintangan wayar bumi
serendah yang mungkin bagi memudahkan arusmengalir kebumi bila
berlaku kerosakan. Sistem perlindungan bumi yang rosak atau badan
peralatan elektrik tidak disambungkan ke wayar bumi akan mengakibatkan
PAB tidakterpelantik jika berlaku arus rosak kebumi. Pastikan kotak bumi
dirumah anda sentiasa tertutup dan tidak terdedah. Pastikan juga ianya tidak
disimenkan terutama semasapengubahsuaian ruma h atau sebagainya.
Adakah semua kelengkapan elektrik perlu disambung ke
wayar bumi?

Kelengkapan elektrik yang disambung ke wayar bumi adalah juga dipanggil


kelengkapan Kelas 1. Semua kelengkapan elektrik yang mempunyai badan
berlogamadalah perlu disambung ke wayar bumi dan menggunakan palam
tiga pin.Kelengkapan elektrik yang tidak disambung ke wayar bumi
dipanggil kelengkapan Kelas 2. Semua kelengkapan elektrik yang tidak
mempunyai badan berlogam tidakperlu membuat sambungan wayar ke bumi
dan boleh menggunakan palam dua pin.Walaubagaimanapun kelengkapan
tersebut direkabentuk supaya mempunyai dua sistem penebat agar
kemungkinan untuk mendapat renjatan elektrik dapat dielakkan.Adalah
menjadi asas dalam keselamatan elektrik bahawa setiap kerosakan
yangterjadi tidak mendatangkan keadaan yang membahayakan. Adalah
sangat penting setiap kelengkapan elektrik memenuhi kehendak-kehendak
standard keselamatanyang ditetapkan bagi mengelakkan keadaan yang tidak
selamat. Setiap kelengkapanyang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga
adalah diuji untuk memenuhi keperluanstandard-standard keselamatan yang
telah ditetapkan.

Apakah Kotak Agihan ?

Ia juga dikenali sebagai kotak fius dan ianya terletak di antara meter elektrik
TNB dan semua litar elektrik didalam rumah. Ia menempatkan Suis Utama,
PLBK/PAB, Pemutus Litar Kecil (PLK) / Fius, terminal hidup, neutral dan
bumi.Pada sistem pendawaian sekarang fius tidak lagi digunakan dan diganti
dengan PLK (Miniature Circuit Breaker-MCB) yang berfungsi lebih kurang
sama seperti fius. Disamping itu juga terdapat satu lagi alat perlindungan
iaitu dipanggil Pemutus Litar Bocor keBumi (PLBK) atau juga dikenali
sebagai Pemutus Arus Baki (PAB). 

Apakah Pemutus Litar Kecil – PLK (MCB) ?

Fungsi PLK ini sama seperti fius iaitu memberi perlindungan kepada sistem
pendawaian litar elektrik daripada arus lampau disebabkan beban lampau
atau litar pintas. Jika sekiranya kadar arus melebihi kadaran PLK tersebut
maka PLK akan terpelantik dan perlu di set kan semula supaya litar dapat
disambungkan semula. Ini adalah salah satu kebaikan PLKberbanding
dengan fius kerana ia boleh digunakan berulang kali.

Apakah perbezaan di antara Pemutus Litar Kecil dan PLBK ?

PLK memberi perlindungan daripada arus / beban lampau dan litar pintas.
Ianya lebih kepada memberi perlindungan kepada peralatan elektrik dan
sistem pendawaian itusendiri. PLBK pula memberi perlindungan kepada
manusia daripada kejutan elektrikakibat daripada arus bocor.
 
Apakah dia Pemutus Litar Bocor Kebumi - PLBK (Earth
LeakageCircuit Breakers - ELCBs)?

Ia dikategorikan kepada dua iaitu PLBK kendalian voltan dan PLBK


kendalian arus.PLBK kendalian voltan mula diperkenalkan lebih kurang 60
tahun dahulu sementara PLBK kendalian arus pula lebih kurang 40 tahun
(diperkenalkan pada tahun 50’an)dahulu.
 

Bagaimana Pemutus Litar Bocor Kebumi Kendalian Voltan


berfungsi ?

Arus lalu melalui PLBK. PLBK pula mengandungi gelung geganti yang
mana ianyadisambung ke badan beban berlogam (contoh badan pada cerek
air) pada satu hujung dan disambung kepada dawai bumi pada hujung yang
satu lagi. Jika berlaku kenaikanvoltan pada badan beban yang mana
menyebabkan terdapat perbezaan voltan pada bumi dan badan beban, bahaya
kejutan elektrik akan berlaku. Perbezaan voltan inimenghasilkan arus
elektrik dari badan beban berlogam melalui gelung geganti danterus ke
bumi. Apabila voltan pada badan beban berlogam itu meningkat ke paras
yang bahaya iaitu melebihi 50Volt, arus yang mengalir melalui gelung
geganti mampu untuk mengerakkan sesentuh geganti dengan memutuskan
arus bekalan bagi menyelamatkan daripada bahaya kejutan elektrik. 
 
Bagaimana Pemutus Litar Bocor Kebumi Kendalian Arus
berfungsi ?

Arus lalu melalui PLBK. Arus ini dilalukan ke alatubah arus (alat berbentuk
doughnut) dan terus kepada beban. Arus daripada beban pula dilalukan
sekali lagi ke alatubah. Pada keadaan biasa jumlah arus yang dibekalkan ke
beban adalah sama dengan jumlah arus yang keluar dari beban. Oleh kerana
terdapat perseimbangan terhadap arus yang masuk dan keluar, ianya tidak
mendatangkan kesan kepada alatubah arus. Jika sekiranya terdapat arus
bocor ke bumi, disebabkan oleh kerosakkan ke bumi, maka arus masuk dan
arus yang keluar tidak akan seimbang lagi. Ketidak seimbangan ini akan
menjana arus dan jika arusnya melebihi kadar yang ditetapkan, PLBK
tersebut akan terpelantik dan memutus bekalan. 

Jika sekiranya terdapat arus bocor ke bumi, PLBK kendalian voltan hanya
akan terpelantik apabila arus yang melalui gelung geganti cukup untuk
mengerakkan sesentuh geganti untuk memutuskan bekalan. Jika tidak arus
bocor tersebut akan terus mengalir ke bumi. Tahap perlindungan dari kejutan
elektrik yang diberi oleh PLBK kendalian voltan adalah tidak berapa
sensitif. Satu lagi keburukannya ialah ia mempunyai kecederungan untuk
terpelantik dari arus bumi yang disebabkan dari pepasangan lain. Manakala
PLBK kendalian arus akan terpelantik jika arus masuk dan keluar adalah
tidak seimbang. PLBK kendalian arus adalah lebih sensitif terhadap arus
bocor kebumi.

PLBK kendalian voltan telah dimansuhkan penggunaannya di Malaysia


sejak
1994 lagi. Merujuk kepada Peraturan Pendawaian Institute of Electrical
Engineers penggunaannya juga diharamkan sejak 1985 (Peraturan IEE 15).
Kesemua PLBK kendalian voltan perlu ditukar ke PLBK kendalian arus
secepat mungkin bagi tujuan keselamatan.
Apakah dia Peranti Arus Baki - PAB (Residual Current
Device-RCD)?

Kebiasaannya kedua-dua alat tersebut dipanggil PLBK oleh kerana


mempunyai fungsi yang sama. Walaubagaimanapun dalam penggunaan dan
pemakaian standard keselamatan, PLBK kendalian arus dipanggil Peranti
Arus Baki (RCD - Residual Current Device) bagi memudahkan membuat
perbandingan.Perlu ditekankan disini bahawa PAB tidak akan dapat
menyelamatkan seseorang dari terkena renjatan disebabkan sentuhan secara
langsung. Oleh yang demikian adalah dinasihatkan supaya tidak membaiki
atau membuka mana-mana sistem pendawaian atau kelengkapan elektrik.
Pastikan ianya dilakukan oleh mereka yang ditauliahkan oleh Suruhanjaya
Tenaga. PAB direkabentuk untuk membantu mengelakkan renjatan elektrik
disebabkan oleh sentuhan tidak langsung seperti tersentuh badan cerek
berlogam yang menjadi hidup disebabkan arus bocor kebumi.

Apakah jenis PAB?

Jenis perlindungan yang diberi oleh PAB dibahagi kepada dua dan
dilabelkan seperti berikut;

ο  Jenis AC Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor ke


bumi bagi arus ulang-alik
ο  Jenis A   Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor ke bumi
bagi arus ulang-alik dan arus terus (pulsating DC (rectified AC))
ο  Jenis B  Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor ke bumi
bagi arus terus (pure DC earth fault currents) yang mana kebiasaannya
dihadkan kepada kegunaan khas (e.g. rectified three phase suplies).

Apakah Kadaran PAB?

Kadaran ini adalah had arus yang bocor ke bumi yang mana jika sekiranya
arus bocor tersebut melebihi had kadaran tersebut maka PAB akan
terpelantik dan memutuskan bekalan. Mengikut Peraturan Elektrik 1994,
kadaran PAB adalah ditentukan seperti dibawah;

Peraturan 36

(1) Bagi suatu pepasangan di tempat hiburan awam, perlindungan


terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar
akhir yang membekalkan tenaga kepada sesuatu kelengkapan yang
dimaksudkan untuk mengadakan perkhidmatan kepada orang awam
atau yang dimaksudkan boleh diakses, digunakan atau dikendalikan
oleh orang ramai dengan menggunakan peranti arus baki yang
mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10
miliampere;

 
(2) Bagi sesuatu pepasangan di tempat yang lantainya berkemungkinan akan
basah atau jika dinding atau kepungan berintangan elektrik yang rendah,
perlindungan terhadap arus  kebocoran bumi hendaklah dibuat pada
mana-rnana litar akhir yang membekalkan tenaga kepada mana-mana
kelengkapan, sama ada secara berasingan, atau dalam kumpulan, dengan
peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak
melebihi 10 miliampere.
 
(3) Bagi sesuatu pepasangan jika kelengkapan, radas atau perkakas yang
dipegang dengan tangan digunakan atau berkemungkinan digunakan,
perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat pada
mana-mana litar akhir, sama ada secara berasingan atau dalam kumpulan,
dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak
melebihi 30 miliampere.
 
(4) Bagi sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan yang disebut
dalam subperaturan (1), (2) dan (3), pertindungan terhadap arus kebocoran
bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir, sama ada secara individu
atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus
kendalian baki terkadar tidak melebihi 100 miliampere melainkan; 
(a) atas sebab-sebab fungsi, adalah tidak praktik untuk mengadakan
perlindungan itu; atau
(b) adalah tidak selamat atau berbahaya untuk mengadakan perlindungan itu.

Adakah PAB dapat mengelakkan seseorang terkena renjatan


elektrik ?

Ada banyak faktor yang menentukan seseorang itu selamat daripada kejutan
elektrik dan antara faktor itu ialah tempoh masa terkena kejutan serta arus
elektrik yangmengalir. PAB direkabentuk untuk terpelantik bagi
memutuskan bekalan apabila iamencapai kadar yang telah ditetapkan. Ianya
tidak boleh dijamin dapat menyelamatkan diri daripada kejutan elektrik dan
oleh yang demikian lain-lain sistemperlindungan elektrik yang terdapat
didalam sistem pendawaian elektrik juga perlu diberi perhatian.
Walaubagaimanapun PAB dapat membantu bagi memastikan kejutan
elektrik itu suatu pengalaman yang menyakitkan dan tidak membawa kepada
kematian.

Peralatan yang memberi perlindungan elektrik yang terdapat dalam


sistempendawaian elektrik ialah PLK, PAB, fius yang terdapat didalam
palam tiga pin dandawai bumi. PAB adalah sesuai untuk melindungi
daripada terkena renjatan elektrik.

Perlukan PAB diuji ? 


Pada PAB terdapat butang yang digunakan untuk memastikan sistem
pelantik itu berfungsi dengan baik.Pengujian sebulan sekali adalah
digalakkan. 

Ujian ini bagi memastikan alat mekanikal yang terdapat didalam PAB tidak tersangkut,
terlekat atau rosak yangmana boleh menghalangnya daripada memutuskan bekalanjika
berlaku arus
bocor kebumi.

Apakah yang patut dilakukan jika PAB terpelantik ?


Jika PAB terpelantik ada dua cara boleh dilakukan;

1.    Jika PAB di ‘on’ kan dan PAB masih terpelantik, maka kemungkinan
terdapat kelengkapan elektrik yang sedang ‘on’ dan telah rosak yang mana
terdapat arus bocor ke bumi yang berterusan. Oleh yang demikian ‘off’ kan
semuakelengkapan elektrik termasuk lampu dan sebagainya. ‘On’ kan PAB
semula dan‘on’ kan kelengkapan elektrik satu persatu sehingga PAB
terpelantik sekali lagi.Asingkan kelengkapan tersebut. Jika keadaan yang
sama berlaku walaupun kelengkapan tersebut diasingkan, sila hubungi
pendawai elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk
membaiki kerosakan tersebut.

2.    Jika PAB di ‘on’ kan dan PAB masih terpelantik walaupun selepas
semua kelengkapan elektrik di ‘off’ kan, maka kemungkinan terdapat
ketidak seimbangan yang berterusan di antara arus yang masuk (hidup) dan
keluar (neutral) didalam litar tersebut. Keseluruhannya sistem pendawaian
perlu diperiksa. Sila hubungi pendawai elektrik yang berdaftar dengan
Suruhanjaya Tenaga untuk membaiki kerosakan tersebut. 

Bagaimana melindungi kelengkapan elektrik daripada musnah


disebabkan kilat ?
Kilat menyebabkan satu keadaan dimana tenaga elektrik yang tinggi terjana
dalammasa yang sangat singkat. Ia boleh merosakkan kelengkapan yang
mempunyai komponen elektronik. PAB tidak memberi perlindungan kepada
voltan yang tinggidisebabkan kilat. Sistem perlindungan kilat perlu dipasang
bagi menyekat tenaga yangterhasil daripada masuk ke dalam sistem
pendawaian elektrik di rumah. 

Apakah langkah keselamatan dan perlindungan yang perlu diambil ? 


o Kelengkapan elektrik yang berlogam perlu menggunakan palam tiga pin.

o Jangan menggunakan kelengkapan elektrik dengan tangan yang basah.

o Pastikan membaca buku panduan yang disediakan apabila membeli


kelengkapan elektrik.

o Pastikan sistem pendawaian elektrik tidak disambong / ubah tanpa


dilakukan  oleh pendawai yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga. o ‘Off’
kan kelengkapan yang tidak digunakan. 

Nama-nama lain yang berkaitan       


Pemutus Litar Arus Baki (RCCB - Residual Current Circuit Breaker). Ini
adalah suis mekanikal dan ditambah PAB. Fungsi utamanya ialah untuk
melindungi pengguna daripada arus bocor kebumi.   

Pemutus Arus Baki dengan perlindungan Arus Lampau (RCBO - Residual


Current Breaker with Overcurrent Protection). Ini adalah Pemutus Litar
Arus Lampau dengan ditambah fungsi PAB (MCB +RCCB). Ia mempunyai
dua fungsi;

(a) untuk memberi perlindungan daripada arus rosak ke bumi (earth fault
currents); dan
(b) untuk memberi perlindungan daripada arus lampau (over currents).

Keburukan RCBO ialah jika ia terpelantik adalah tidak dapat diketahui


samada disebabkan arus lampau atau arus rosak ke bumi.

GFI = Ground Fault


Interrupter. Istilah ini
biasanya dipakai di
Amerika
Utara.Operasinya
adalah sama seperti
PAB.

KESIMPULAN

Peraturan umum, pengujian mestilah dijalankan mengikut urutan.


Sesuatu pengujian haruslah mengesahkan keterusan semua pengalir
(termasuk pengalir pelindung) dalam setiap litar akhir gelang.
Setiap pengalir haruslah diuji secara berasingan untuk mengesahkan keadaan
sesuatu pengalir dengan cara penyambungannya bagi penerus pengalir bumi.

Untuk menguji rintangan penebat semua penyambung fius berada


ditempatnya, semua suis (termasuk suis utama) ditutup kecuali untuk
pemasangan TN-C, semua tiang atau fasa pendawaian disambungkan
bersama secara elektrik
Rintangan penebat ke bumi haruskah tidak kurang daripada 1 megaohm.
\Bagi rintangan elektrod bumi, arus ulang-alik yang bernilai stabil
dibekalkan antara elektrod bumi T dan elektrod bumi tambahan T1 yang
diletakkan pada suatu jarak tertentu dari T supaya kawasan rintangan
kedua-dua elektrod tidak tertindih.

Setiap konduktor perlindungan hendaklah diuji untuk mengesahkan


bahawa ia baik dari segi aliran arus elektrik dan disambung dengan betul.
Suatu ujian hendaklah dijalankan untuk mengesahkan kesinambungan setiap
konduktor termasuk konduktor pelindung setiap gelang litar akhir.
Rintangan penebatan antara konduktor hidup hendaklah diukur sebelum
pemasangan di sambung kepada bekalan.

Setiap fius dan kawalan kutub tunggal dan peranti pelindung di


sambung dalam konduktor fasa sahaja.
Di mana langkah-langkah perlindungan digunakan yang memerlukan
pengetahuan tentang rintangan elektrod bumi ini hendaklah disekat.
Pemeriksaan secara mata kasar juga perlu sebelum pegujian dijalankan.
Sijil pada setiap ujian hendaklah dikeluarkan oleh kontraktor atau orang
yang bertanggungjawab mengarahkan pemasangan itu.
Bagi setiap pemasangan ( pengubah yang besar ) hendaklah membuat
catatan dalam sijil berkenaan.

Rujukan

Anda mungkin juga menyukai