Laporan BMC
Laporan BMC
SEMESTER 1 2020/2021
SET 1
TAJUK
LAPORAN BERKUMPULAN 2
PENSYARAH
AHLI KUMPULAN
Kumpulan kami yang terdiri daripada empat orang individu termasuk ketua kumpulan telah
berbincang dan memilih untuk menjalankan perniagaan berasakan makanan. Seperti yang kita
sedia maklum bahawa produk makanan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dipasaran
lebih-lebih lagi produk yang sudah sedia dimakan. Kami mengambil peluang ini dengan memilih
produk makanan dibawah jenama Eng’s Popcorn Legacy Sdn. Bhd. untuk menjalankan
perniagaan dan mempelajari kemahiran serta teknik penjualan. Jenama Eng’s popcorn ini adalah
milikan seratus peratus bumiputera dan diasaskan oleh seorang individu yang bernama
Muhammad Shazarul Bin Ismail berumur 22 tahun .
Anak kelahiran Batu Pahat Johor ini telah terinspirasi dan mendapat idea apabila melihat mesin
membuat popcorn atau bertih jagung milik ibu beliau didapur. Pada mulanya beliau hanya
membuat popcorn hanyalah untuk dimakan sendiri malah beliau mendapat idea untuk
mnejualnya tambahan pula ianya mendapat permintaan daripada jiran-jiranya. Permintaan yang
berterusan daripada jiranya membuatkan perniagaanya semakin berkembang sedikit demi sedikit.
Anak muda kelahiran Batu Pahat ini juga bukanlah datang dari keluarga yang senang dan kaya,
malah beliau juga pernah mengambil upah bekerja di pasar pagi demi menyara keluarga. Melalui
perniagaan ini dapat membantunya serta keluarga membaiki nasib hidup dan Alhamdulillah
sekarang beliau telah berjaya membuka kilang serta memperoleh seramai 30 orang
kakitangannya sendiri. Nama Eng’s popcorn itu sendiri adalah terinspirasi daripada pangilan
arwah ayahnya kepadanya dan walaupun arwah ayahnya tidak dapat melihat kejayaan yang
dikecapi sekarang ini malah nama Eng’s yang terukir disetiap packaging itu sebagai satu
penghargaan dan penringatan kepada arwah.
Kebanyakkan daripada kami tidak pernah memiliki pengalaman yang begitu mendalam terhadap
dunia perniagaan. Maka oleh itu kami menggunakan kaedah dropship sebagai medium untuk
menjual produk ini. Dropship merujuk kepada satu konsep perniagaan yang mudah serta ringkas
tanpa perlunya mengeluarkan modal malah menyimpan stock. Melalui perniagaan yang
dijalankan sebegini kami dapat mengurangkan risiko serta dapat belajar untuk menguruskan
pelanggan dangan lebih baik. Apabila menerima tempahahan daripada pelanggan, kami semua
perlu berhubung dengan ketua yang merupakan agen dan dia akan menguruskan penghantaran
kepada pelanggan disebabkan kami menjalankan perniagaan secara atas talian, maka kami
menggunakan sistem postage dan itu lebih memudahkan bagi kami semua.
Tanpa mengeluarkan wang ringgit malah modal sekalipun, kami hanya perlu memperomosikan
barangan serta produk Eng’s popcorn ini di media sosial seperti whatsapp, facebook, telegram,
dan sebagainya yang mampu menarik minat serta keinginan untuk membeli produk ini. Produk
kami ini adalah produk yang siap dimakan dan hanya datang dalam 4 jenis saiz yang berbeza
iaitu Teeny, Newborn, Biggie, dan Kilo Pack. Malah ada juga promosi-promosi yang dilakukan
oleh pihak eng’s popcorn. Dari segi rasa pula kami hanya menawarkan satu sahaja variasi rasa
iaitu original caramel. Walaupun begitu hanya berasaskan satu sahaja jenis rasa, kami tetap
percaya akan produk tersebut. Jadi bagi kami semua dengan ini ianya lebih memudahkan kami
dalam proses promosi bahan jualan. Kami semua mengunakkan platform media sosial sebagai
tempat untuk manarik pelanggan disamping menggunakan headline yang menarik. Hal ini
demikian kerana media sosial dianggap sebagai satu nilai penggerak perniagaan di seluruh dunia.
Kami juga tidak perlu risau mengenai gambar atau rakaman bagi tujuan pemasaran kerana ia
telah disediakan oleh pihak pengurusan serta ketua menerusi aplikasi telegram Eng’s Popcorn.
2.0 BUSINESS MODEL CANVAS (BMC)
……..
2.2 9 ELEMEN BUSNESS MODEL CANVAS (BMC)
Ketika kami melakukan penjualan produk Eng’s popcorn, kami menyasarkan kanak-
kanak, pelajar dan sesiapa sahaja yang menyukai kudapan popcorn sebagai sasaran yang
akan membeli produk kami. Produk kami ini boleh menarik minat pelanggan yang
menyukai makanan yang mengandungi manis kerana ianya mampu mebekalkan tenaga
serta dapat dinikmati sambil membuat pekerjaan.
CABARAN 30 HARI PEMASARAN
1. HANIQ
HARI 1 HARI 2
HARI 5 HARI 6
HARI 9 HARI 10
HARI 13 HARI 14
HARI 17 HARI 18
HARI 21 HARI 22
HARI 25 HARI 26
HARI 29 HARI 30
HARI 1 HARI 2
HARI 5 HARI 6
HARI 13 HARI 14
HARI 17 HARI 18
HARI 21 HARI 22
HARI 25 HARI 26
HARI 29 HARI 30
HARI 1 HARI 2
HARI 3 HARI 4
HARI 7 HARI 8
HARI 15 HARI 16
HARI 19 HARI 20
HARI 23 HARI 24
HARI 27 HARI 28
HARI 1 HARI 2
HARI 3 HARI 4
HARI 7 HARI 8
HARI 11 HARI 12
HARI 15 HARI 16
HARI 19 HARI 20
HARI 23 HARI 24
HARI 27 HARI 28