Anda di halaman 1dari 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti.

Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan


tentang usaha-usaha menangani masalah vandalisme. Panjang ringkasan anda hendaklah
antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Setiap tahun pihak kerajaan atau pihak swasta telah membelanjakan berjuta-juta ringgit
untuk membaik pulih pelbagai kemudahan awam akibat kegiatan vandalisme. Kemudahan
awam ini telah dirosakkan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak mempunyai
sikap memiliki setiap kemudahan yang disediakan. Perbuatan segelintir pihak yang tidak
mempunyai sikap bertanggungjawab ini telah mengundang pelbagai komplikasi.

Pelbagai langkah harus dilakukan untuk membanteras kegiatan vandalisme daripada


terus-menerus berleluasa. Dalam hal ini pendidikan merupakan asas utama yang dapat
mengubati penyakit ini. Melalui silibus kurikulum pendidikan di sekolah, diharapkan mampu
menyemaikan kesedaran cinta terhadap kemudahan awam dalam kalangan masyarakat,
khususnya golongan belia. Selain itu, masyarakat haruslah prihatin dan bertanggungjawab
untuk mengambil tindakan sekiranya terlihat akan individu yang melakukan kegiatan
vandalisme. Oleh itu, Kelab Rukun Tetangga di sesebuah kawasan perumahan perlulah
memberikan kerjasama yang padu untuk melakukan kawalan di kawasan masing-masing.

Selain itu, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan terhadap pesalah vandalisme
sebagai suatu jalan pencegahan yang paling baik. Ada yang mencadangkan supaya pesalah
vandalisme ini didenda melakukan kerja pembersihan di kawasan awam seperti tandas awam
dan perhentian bas. Hukuman ini adalah sebagai teladan dan pengajaran kepada individu yang
lain agar tidak melakukan perbuatan vandalisme. Pihak berkuasa dengan kerjasama daripada
orang ramai boleh mengadakan pelbagai program seperti pameran supaya masyarakat
menghargai segala kemudahan awam yang disediakan.

Seterusnya, pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan
pihak majlis perbandaran boleh menganjurkan kempen yang dapat meningkatkan kesedaran
rakyat khususnya golongan remaja. Setiap program yang diadakan perlu melibatkan sekolah
dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempen ini.

Anda mungkin juga menyukai