Anda di halaman 1dari 2

ANIS FAIZATUL NAMEERA

4 ALPHA

SOALAN 1

(a) Antara idea negara merdeka yang diperjuangkan oleh tokoh di atas adalah kemerdekaan
berdasarkan konsep Melayu Raya. Matlamat mereka adalah untuk menanam semangat
kebangsaan dan kerjasama antara kaum bagi membentuk perpaduan. Contohnya, Parti
Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) yang dipimpin Dr. Burhanuddin al-Helmi berusaha
mendaulatkan hak rakyat dalam dalam politik,ekonomi,sosial dan kebudayaan melalui
slogan’Merdeka’.
Seterusnya, idea mereka adalah menekankan pemerintahan demokrasi dan dasar
ekonomi yang mengutamakan rakyat serta keadilan sosial. Mereka memperjuangkan
kemerdekaan dengan jalan terbuka dan secara lembut dan meneruskan dengan radikal apabila
terpaksa.

(b) Untuk memastikan kejayaan dalam sesuatu keputusan yang dibuat, umumnya kita perlu melihat
dan mendengar dari perspektif yang berbeza. Hal ini menunjukkan bahawa perjuangan melalui
pertubuhan adalah lebih berkesan berbanding secara individu kerana lebih banyak idea dan
pendapat yang diutarakan dan dipertimbangkan. Kesannya, persetujuan yang dilakukan
menjamin kejayaan kerana hasil terakhir perbincangan merujuk dan mewakilkan hak semua
orang kebiasaannya. Sekiranya bergerak sendirian, pengaruhnya adalah kecil kebiasaannya
kerana tidak semua orang dapat mengikut dan memahami idea yang disampaikan. Maka, lebih
kecil peluang untuk mendapatkan kejayaan.

Selain itu, Gerakan berkumpulan seperti pertubuhan dapat meyakinkan dan


menunjukkan kekuatan Gerakan tersebut kerana terdapat ramai pengikut yang bersetuju
dengan idea yang diutarakan. Segala tindak-tanduk yang dilakukan kebiasaannya Berjaya
menggeruni pihak lain. Buktinya, kekuatan dan semangat juang yang tinggi dalam Angkatan
Pemuda Insaf menyebabkan British berusaha menghentikan Gerakan mereka daripada meluas
dengan cara mengharamkan pertubuhan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa fahaman dalam
suatu pertubuhan adalah lebih berkesan jika ingin disebarkan kepada masyarakat berbanding
Gerakan sendirian.

(c) British mengharamkan pertubuhan yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin di atas kerana
dianggap radikal dan berupaya menjatuhkan kedudukan British. Walaupun begitu, kita wajar
menghargai perjuangan mereka kerana matlamat utama mereka iaitu memperjuangkan hak
semua kaum telah membuka mata dan minda rakyat serta memberi kesedaran untuk
bekerjasama dalam membebaskan tanah air. Buktinya fahaman kebangsaan yang
diperjuangkan oleh mereka mudah difahami dan diterima rakyat. Hal ini telah meningkatkan
semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat untuk memperjuangkan kemerdekaan.

Bukan itu sahaja, semangat dan usaha mereka perlu dijadikan iktibar kerana mereka
bertungkus lumus meyakinkan penduduk pada masa itu untuk Bersama-sama menjatuhkan
kuasa penjajah dan mengambil semula hak rakyat . Usaha mereka dalam memperjuangkan
pembelaan terhadap ketidakadilan telah membuka mata pihak British dalam merangka semula
idea memerdekakan negara.

Seterusnya, kita harus sedar bahawa keamanan dan keharmonian negara hari ini wujud
hasil usaha pertubuhan-pertubuhan yang dipimpin oleh pemimpin di atas. Mereka sedar
ANIS FAIZATUL NAMEERA
4 ALPHA

bahawa Langkah utama dalam membebaskan tanah air adalah dengan mewujudkan perpaduan
dan persefahaman antara kaum. Buktinya, wujud Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum yang
bertujuan membetulkan keadaan politik,ekonomi dan sosial yang adil kepada semua penduduk
di samping mengkaji hubungan kaum secara mendalam. Perbincangan yang dilakukan
membawa kepada persetujuan semua kaum dengan hak masing-masing diutarakan dan
diperjuangkan. Kesannya dapat kita hingga hari ini apabila semua rakyat memahami dan
menghormati hak masing-masing.

Maka, terbukti bahawa pemimpin-pemimpin di atas telah memberi sumbangan yang


besar dalam perpaduan kaum serta Berjaya meluaskan idea kemerdekaan dalam kalangan
rakyat.

Anda mungkin juga menyukai