Penulisan Jurnal Reflektif
Penulisan Jurnal Reflektif
Oleh
Lt Kol (B) Hamid bin Awang
hamid_awang@oum.edu.my
Pengenalan
Jurnal Reflektif (JF) juga dikenali sebagai log pembelajaran adalah himpunan rekod yang
didokumenkan berasaskan pengalaman pembelajaran. Ia adalah kerangka yang membolehkan
seseorang individu merekod, mencatat dan membuat maklum balas terhadap permasalahan
yang diperhatikan serta memberikan respons terhadap permasalahan tersebut. Setiap
maklumat yang telah dirakam boleh digunakan kembali untuk membuat penafsiran, analisis,
dan kritikan berdasarkan cara berfikir dan konteks yang dialami oleh guru. Jurnal yang
dihasilkan juga boleh sama ada dalam bentuk penulisan, paparan imej, lakaran, dan lain-lain
jenis sumber rujukan yang berkaitan.
merenung kembali kandungan subjek dan pengalaman peribadi sebagai satu cara untuk
meningkatkan pemahaman penyelesaian masalah.
menganalisis pembelajaran kendiri yang bersesuaian dengan diri sendiri untuk dikongsi
bersama ke arah memajukan diri orang lain.
Beberapa persoalan perlu diteliti dan dikaji untuk membantu kita memahami serta berupaya
menggunakan Jurnal Reflektif sebagai salah satu cabang dalam proses penyelesaian masalah
pembelajaran. Antara persoalan yang boleh kita teliti ialah:
1
Perbezaan Di antara Karangan dan Penulisan Jurnal
Proses Reflektif
Reflektif bertujuan untuk membina suatu kerangka pemikiran secara positif ke arah pembinaan
wawasan yang lebih sempurna. Dalam konteks ini, suatu putaran atau roda reflektif perlulah
dipraktikkan. Putaran atau roda refleksi ini boleh dilihat seperti contoh berikut:
Rekod
Menganalisis
2
Rekod
Merekod melibatkan penulisan berkaitan dengan perkara yang berlaku, bilakah perkara tersebut
berlaku dan mereka yang terlibat untuk memahami situasi atau konteks tersebut. Permasalahan
yang wujud cuba dijelaskan dalam situasi ini. Analisis yang berkaitan dengan permasalahan
dengan bantuan rajah dan sumber rujukan dijelaskan dalam bahagian ini agar setiap
permasalahan yang dikemukakan dapat dijelaskan dengan nyata dan terperinci. Seberapa
banyak peristiwa atau catatan yang boleh menyokong penyelesaian atau cara berfikir perlulah
direkodkan. Beberapa persoalan yang dapat membantu kerja merekod :
Reflektif
Reflektif pula melibatkan cara berfikir dan membuat interpretasi terhadap pengalaman yang
dilalui dalam konteks permasalahan di atas. Setiap guru perlulah berfikir secara kritis terhadap
permasalahan dan memberikan cadangan yang bernas untuk mengatasi masalah tersebut.
Dalam konteks berfikir secara reflektif ini juga guru boleh melibatkan nilai, kepercayaan dan
andaian terhadap perkara yang ditulis. Tempoh masa terhadap penyelesaian masalah juga
boleh dijelaskan oleh guru dalam kerangka refleksi ini. Beberapa persoalan boleh dijadikan
panduan kepada guru, antaranya ialah :
Menganalisis
Analisis dalam proses reflektif melibatkan 3 perkara penting, iaitu analisis tentang pengalaman
atau kandungan, integerasi di antara pengalaman dan teori-teori yang berkaitan dan
penambahbaikan kesedaran serta pembangunan diri. Ketiga-tiga perkara ini juga akan
memberikan impak kepada penilaian terhadap kejayaan yang telah dicapai dalam usaha
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian
sebagai persoalan terhadap tugasan analisis ini, antaranya ialah:
Tindakan
Tindakan ialah suatu proses di akhir putaran reflektif. Setiap tindakan yang diambil adalah
berdasarkan penilaian yang dilakukan pada peringkat analisis. Setiap tindakan perlulah
berasaskan teori atau kerangka model yang praktik dan boleh diukur pelaksanaannya. Perlu
diingat bahawa tindakan adalah suatu proses cadangan yang boleh memperbaiki atau
menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
Sesebuah penulisan reflektif jurnal yang baik perlulah mengambil kira perkara-perkara berikut di
dalam penulisannya, iaitu :
Objektif yang jelas dan relevan dengan permasalahan yang cuba diselesaikan
Pengumpulan data atau maklumat yang relevan dan logik
Situasi pengalaman yang dinyatakan bersesuaian dengan permasalahan yang
dinyatakan
Tafsiran dan analisis data yang logik dan berasaskan pemerhatian yang sebenar serta
konsep-konsep yang telah dipelajari atau difahami
Keputusan yang berwibawa dan disokong oleh tafsiran yang logik serta boleh diterima
akal.
Pelan tindakan yang munasabah
Ditulis dalam bentuk penulisan berformat dan mempunyai ciri kepintaran (smart writing).
Seperti yang dijelaskan di atas, penulisan Jurnal Reflektif adalah suatu catatan atau log
peristiwa yang dialami oleh guru semasa melaksanakan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran yang dimaksudkan tidaklah hanya tertumpu di
dalam bilik darjah sahaja, malahan ia boleh juga berlaku di luar bilik darjah khususnya ketika
mengendalikan aktiviti kokurikulum. Ketika melaksanakan aktiviti kokurikulum banyak perkara
atau peristiwa yang dihadapi oleh guru sama ada yang bersifat positif ataupun negatif.
Keupayaan guru menganalisis dan menterjemahkan kembali setiap peristiwa tersebut dalam
bentuk perancangan serta tindakan susulan akan memberikan impak kepada wawasan ataupun
harapan baru dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi dalam bentuk penulisan
Jurnal Reflektif bolehlah berdasarkan proses carta aliran gambar rajah 2 berikut:
4
Diskripsi
Diskripsi atau huraian tentang
permasalahan/isu/peristiwa
Apa yang terjadi. Apa yang dilihat
dan apa yang dialami serta
dilakukan
Kesimpulan Penilaian
Sesuatu yang menjadi pegangan Apakah kebaikan/ kelemahan/
dan secara kesimpulannya perkara bermanfaat/tidak
memberikan impak kepada bermanfaat daripada peristiwa
penyelesaian sesuatu isu atau yang telah anda alami. Aktiviti
masalah. Contohnya jika pelajar permainan tradisional amat
berminat dengan permainan digemari oleh pelajar.
tradisional maka perlu diteruskan.
anda fahami daripada
peristiwa/pengalaman tersebut.
Contohnya, daripada penilaian aktiviti
permainan tradisional memang
seronok dan disokong oleh teori atau
Analisis
konsep tertentu. Apa yang anda fahami daripada
peristiwa/pengalaman tersebut.
Contohnya, daripada penilaian
aktiviti permainan tradisional
memang seronok dan disokong
oleh teori atau konsep tertentu.