Anda di halaman 1dari 12

Bahasa Melayu STPM Kertas 2 (910/2)

Nota
PENGGAL ANALISIS KESALAHAN BAHASA
2

1. KONSEP KESALAHAN BAHASA

 “Kesalahan bahasa merujuk kepada bentuk bahasa yang binaannya menyalahi peraturan
yang telah ditetapkan. Hal ini berlaku mungkin kerana kealpaan, ketidakfahaman atau
kejahilan pengguna terhadap peraturan atau tatabahasa yang dipelajarinya atau yang
dituturkannya." - Ahmad Khair Mohd Nor, dll., Tatabahasa Asas, Rawang: Persatuan
Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia (2012:522).

2. JENIS KESALAHAN BAHASA

2.1 Kesalahan Ejaan


(a) Mengeja imbuhan

(i) Menambahkan huruf k pada akhiran -i dan -an yang bercantum dengan kata dasar yang
diakhiri oleh huruf k

Aspek Salah Sepatutnya


k pada akhiran menaikki menaiki
-i dijejakki dijejaki
k pada akhiran lambakkan lambakan
-an bertempikkan bertempikan

(ii) Memisahkan imbuhan awalan dengan kata dasar

Aspek Salah Sepatutnya


di kawal dikawal
Imbuhan asli
ke tua ketua
anti dadah antidadah
Imbuhan
ko akademik koakademik
pinjaman
pasca merdeka pascamerdeka

(b) Mengeja kata klitik (Kata ganti nama diri singkatan)


(i) Memisahkan kata klitik daripada kata dasar
Aspek Salah Sepatutnya
Di hadapan kata kau tarik kautarik
dasar ku buat kubuat
adik ku adikku
Di belakang
senyuman mu senyumanmu
kata dasar
kata nya katanya
1

(ii) Tidak menggunakan huruf besar pada huruf awal kata klitik -nya, -mu, dan -ku yang
merujuk kepada Allah

Salah Sepatutnya
kehendaknya kehendak-Nya
ayatku ayat-Ku
rahmatmu rahmat-Mu
(c) Menggunakan gabungan huruf dh bagi kata pinjaman daripada bahasa Arab

Salah Sepatutnya
Ramadhan Ramadan
redha Reda
wudhuk wuduk

(d) Menggunakan huruf kecil bagi kata nama khas

Salah Sepatutnya
norhayati Norhayati
peradaban arab peradaban Arab
timbalan pengerusi Timbalan Pengerusi

(e) Mengeja kata pinjaman daripada bahasa Indonesia atau Eropah mengikut pola keselarasan
huruf vokal bahasa Melayu

Aspek Salah Sepatutnya


anih aneh
Bahasa Indonesia
perabut perabot
tikit tiket
Bahasa Eropah
bonos bonus

(f) Mengeja kata majmuk

Aspek Salah Sepatutnya


Ejaan yang suruhan jaya suruhanjaya
sepatutnya barang kali barangkali
bercantum warga negara warganegara
tengahari tengah hari
Ejaan yang
bandaraya bandar raya
sepatutnya terpisah
alatulis alat tulis

2.2 Kesalahan Kosa Kata


(a) Menggunakan perkataan yang tidak mengikut konteks walaupun sama erti (sinonim)

Salah Sepatutnya
dekat dilanggar nyaris/ hampir dilanggar
lukisan ayu lukisan indah/cantik

(b) Menggunakan perkataan yang tidak menepati maksud yang hendak disampaikan

Salah Sepatutnya
pengumuman resmi pengumuman rasmi
amat mujarad (berkesan) amat mujarab
berteriak tersedu-sedu menangis tersedu-sedu

(c) Menggunakan penjodoh bilangan yang tidak perlu dan tidak tepat
2

Aspek Salah Sepatutnya


tiga buah keinginan tiga keinginan
Bagi kata nama abstrak sebuah cinta satu cinta
sebutir impian satu impian
semua orang peserta semua peserta
Bagi kata bilangan yang
tiap-tiap/setiap buah rumah setiap/tiap-tiap rumah
tidak memerlukannya
sesetengah batang jalan sesetengah jalan
Penjodoh bilangan yang dua biji kereta dua buah kereta
tidak tepat sebatang senapang selaras senapang

2.3 Kesalahan Tanda Baca

(a) Tidak menggunakan tanda sempang (-)

Aspek Salah Sepatutnya


menari nari menari-nari
Bagi kata ganda yang
lauk pauk lauk-pauk
memerlukan tanda tersebut
umbang ambing umbang-ambing
Untuk merangkaikan kata
klitik yang merujuk kepada ayat-ayatKu / ayat-ayat Ku ayat-ayat-Ku
Allah dengan kata dasar yang anugerahMu / anugerah Mu anugerah-Mu
mendahuluinya
1980an / 1980 an 1980-an
Untuk merangkaikan angka
60an / 60 an 60-an
dengan huruf
ke100 / ke 100 ke-100

(b) Menggunakan tanda noktah bagi kata singkatan gelaran, jawatan dan organisasi yang
bersifat nama khas (Gaya Dewan Edisi Ketiga, 2005:96)

Salah Sepatutnya
U.K.M UKM
S.A.W SAW
Y.B.M YBM

2.3 Kesalahan Morfologi

(a) Kesalahan imbuhan


(i) Menggunakan alomorf meN- dan peN- yang tidak sesuai dengan huruf awal kata dasar
yang bergabung dengannya

Aspek Salah Sepatutnya


mempalsukan memalsukan
Alomorf meN- mensesuaikan menyesuaikan
menyangkul mencangkul
pengembala penggembala
Alomorf peN- penyinta pencinta
pemerosesan pemprosesan

(ii) Menggunakan imbuhan yang tidak menepati maksud yang hendak disampaikan
3

Salah Sepatutnya
menemui bangkai menemukan bangkai
kirimkan mereka kirimi mereka
(iii) Tidak menggunakan imbuhan yang sepatutnya
Aspek Salah Sepatutnya
Pada kata kerja Ibu kirim surat. Ibu mengirim surat.
transitif Kami kerjakan sawah. Kami mengerjakan ladang.
Pada kata kerja Ketika ustaz ajar... Ketika ustaz mengajar...
tak transitif Dia kelip matanya. Dia mengelipkan matanya.

(iv) Lewah imbuhan


Aspek Salah Sepatutnya
Menggunakan memper-...-i dan memperindahi memperindah
diper-...-i dengan kata adjektif diperbaiki dibaiki
dan kata tugas tertentu memperolehi memperoleh
Menggunakan imbuhan memperlicinkan memperlicin
memper-...-kan dan diper-...- mempermerahkan mempermerah
kan dengan kata adjektif dipertinggikan dipertinggi

(b) Kesalahan penggandaan – lewah


(i) Menggandakan kata ganda yang sudah bermaksud jamak (banyak)
Salah Sepatutnya
dedaun-dedaun dedaun / daun-daun
bebukit-bebukit bebukit / bukit-bukit

(ii) Menggunakan kata ganda jamak dengan kata lain yang bermaksud “jamak (banyak)”
Salah Sepatutnya
banyak budak-budak banyak budak / budak-budak
kebanyakan gegunung kebanyakan gunung / gegunung
buah-buah berguguran buah berguguran / buah-buah gugur

(iii) Menggunakan kata ganda bermaksud “sangat” dengan kata penguat sangat atau amat
Salah Sepatutnya
amat kelam-kabut kelam-kabut
amat lintang-pukang lintang-pukang
sangat haru-biru haru-biru

(iv) Menggunakan kata ganda yang bermakna “saling” dengan kata saling
Salah Sepatutnya
saling cabar-mencabar saling mencabar / cabar-mencabar
saling bertolak-tolakan saling bertolakan / bertolak-tolakan

(c) Kesalahan kata ganti nama


(i) Menggunakan kata ganti nama yang tidak sesuai dengan status individu yang terlibat
Aspek Salah Sepatutnya
Ganti nama diri terhormat
Beliau penyeluk saku... Dia penyeluk saku...
kepada orang yang tidak
4

dihormati dan belum sesuai


digunakan Beliau kanak-kanak... Dia kanak-kanak...
Ganti nama yang tidak sepadan Beliau ketua di
Dia ketua di jabatan...
dengan orang yang dihormati jabatan...
(ii) Menggunakan kata ganti nama khusus untuk orang kepada binatang atau benda
Salah Sepatutnya
Dia kucing yang disayangi. Binatang itu kucing yang disayangi.
Kotak-kotak itu sudah siap. Mereka Kotak-kotak itu sudah siap. Semuanya akan
akan dihantar. dihantar.

(iii) Menggandakan kata ganti nama diri yang sudah bermaksud “jamak (banyak)”
Salah Sepatutnya
mereka-mereka mereka
kalian-kalian kalian
para-para pelatih para pelatih

(iv) Menggunakan kata ganti nama tak tentu sebagai kata ganti nama tanya
Salah Sepatutnya
Carilah siapa yang sanggup... Carilah siapa-siapa yang sanggup...
Tunjukkan apa yang kamu... Tunjukkan apa-apa yang kamu...
Pilihlah mana yang perlu. Pilihlah mana-mana yang perlu.

(d) Kesalahan kata hubung


(i) Menggunakan bentuk daripada bahasa Inggeris sebagai kata hubung
Salah Sepatutnya
Dia yang mana sangat disayangi... Dia yang sangat disayangi...
Seperti mana yang anda... Seperti hal yang anda...

(ii) Menggunakan golongan kata lain sebagai kata hubung


Aspek Salah Sepatutnya
Kata tanya Dia marah bila... Dia marah apabila...
Kata nama ...sungguh sedih sebab... ...sungguh sedih kerana...
Frasa sendi nama tanya ...hal ini di mana... ...hal ini kerana....

(iii) Menggunakan dua kata hubung yang sama makna secara bersama-sama
Salah Sepatutnya
Kalau sekiranya dia... Kalau / Sekiranya dia...
...tetapi sungguhpun... ...tetapi... / sungguhpun...
Seandainya kalau mereka... Seandainya / Kalau mereka...

(e) Kesalahan kata sendi nama


(i) Kesalahan kerana menggunakan kata sendi nama di bagi konteks yang bermaksud
“arah tuju”, “tempat sesuatu diletakkan” dan “menunjukkan waktu kejadian”

Aspek Salah Sepatutnya


jatuh di gaung jatuh ke gaung
Arah tuju
berpindah di bandar berpindah ke bandar
Tempat sesuatu melekat di dinding melekat pada dinding
5

diletakkan tersangkut di tiang tersangkut pada tiang


Menunjukkan di ketika itu pada ketika itu
waktu kejadian di petangnya pada petangnya
(ii) Menggunakan kata sendi nama ke dan frasa sendi nama ke atas bagi konteks yang
bermaksud “sasaran”

Aspek Salah Sepatutnya


ke sebagai serah ke ketua serah kepada ketua
kepada tukarkan ke bentuk prosa tukarkan kepada bentuk prosa
ke atas sebagai implikasi ke atas negara implikasi kepada negara
kepada fitnah ke atas pemimpin fitnah kepada pemimpin

(iii) Menggunakan kata sendi nama daripada bagi konteks yang bermaksud “tempat” dan
“waktu”

Aspek Salah Sepatutnya


kiriman daripada kota kiriman dari kota
Tempat
air daripada sungai air dari sungai
daripada awal dari awal
Waktu
daripada pukul 9:30 pagi dari pukul 9:30 pagi

(iv) Menggunakan kata sendi nama dari bagi konteks yang bermaksud “punca” dan
“sumber kejadian”

Aspek Salah Sepatutnya


dari keluarga daripada keluarga
Punca
dari pihak tertentu daripada pihak tertentu
Sumber dari galakan keluarga daripada galakan keluarga
kejadian dibuat dari ubi dibuat daripada ubi

(v) Menggunakan kata sendi nama dengan bagi konteks yang bermaksud “pelaku
perbuatan pasif” dan “sebab sesuatu terjadi”

Aspek Salah Sepatutnya


Pelaku disusuli dengan ibunya disusuli oleh ibunya
perbuatan pasif disertai dengan kumpulan lain disertai oleh kumpulan lain
Sebab sesuatu terpesona dengan keindahan terpesona oleh keindahan
terjadi menggigil dengan ketakutan menggigil oleh ketakutan

(vi) Kesalahan kerana menggunakan kata sendi nama dengan dan di pada konteks yang
bermaksud “keterangan tempat yang didahului perkataan ada”

Salah Sepatutnya
ada dengan kakitangannya ada pada kakitangannya
ada dengan haiwan ternakan ada pada haiwan ternakan
ada di budak baharu ada pada budak baharu

(vii) Menggunakan kata sendi nama di untuk maksud “selain tempat”


Salah Sepatutnya
di kalangan peniaga dalam kalangan peniaga
di kalangan ibu bapa dalam kalangan ibu bapa
di antara kita antara kita
6

di antara hal antara hal


di dalam kegelisahan dalam kegelisahan
di dalam mesyuarat dalam mesyuarat
(viii) Lewah – menggunakan dua kata sendi nama yang sama fungsi atau makna secara
berturutan dalam satu frasa

Salah Sepatutnya
demi untuk pertiwi demi/untuk pertiwi
hingga ke peringkat atasan hingga/ke peringkat atasan
berkaitan mengenai dengan hal itu berkaitan mengenai/dengan hal itu
semenjak dari kecil lagi semenjak/dari kecil lagi

(f) Kesalahan kata pemeri


(i) Menggunakan kata pemeri bersama-sama dengan kata nafi dan kata kerja
Aspek Salah Sepatutnya
adalah bukan dia bukan dia
Dengan
adalah tidak tentu tidak tentu
kata nafi
ialah bukan mereka bukan mereka
Dengan ialah melaksanakan melaksanakan
kata kerja ialah berdasarkan berdasarkan

(ii) Menggunakan kata pemeri ialah dengan kata adjektif dan frasa sendi nama
Aspek Salah Sepatutnya
Dengan kata ialah sungguh enak adalah sungguh enak
adjektif ialah kuning adalah kuning
Dengan frasa ialah ke pedalaman adalah ke pedalaman
sendi nama ialah mengenai kami adalah mengenai kami

(iii) Menggunakan kata pemeri adalah dengan kata nama


Salah Sepatutnya
adalah kehendaknya ialah kehendaknya
adalah kampungku ialah kampungku
adalah pertembungan ialah pertembungan

(iv) Menggunakan kata pemeri dengan perkataan merupakan yang dapat berfungsi sebagai
kata pemeri juga

Salah Sepatutnya
adalah/ialah merupakan perkembangan ialah/merupakan perkembangan
adalah/ialah merupakan hal... ialah/merupakan hal...

(g) Kesalahan kata bilangan


(i) Menempatkan kata bilangan pecahan selepas kata bilangan tentu
Salah Sepatutnya
empat setengah kilogram empat kilogram setengah
satu suku minit satu minit suku
dua setengah pusingan dua pusingan setengah

(ii) Kesalahan kerana menggandakan kata bilangan tak tentu yang sudah bermakna “jamak
(banyak)”
7

Salah Sepatutnya
beberapa-beberapa laluan beberapa laluan / laluan-laluan
para-para pembantu para pembantu / pembantu-pembantu
(iii) Menggunakan kata bilangan yang bermaksud “jamak” pada kata ganda yang sudah
bermakna “jamak”

Salah Sepatutnya
banyak pilihan-pilihan pilihan-pilihan
Kata bilangan
para pelabur-pelabur pelabur-pelabur
penduduk-penduduk tidak perlu
ratusan penduduk
digunakan lagi
semua kandang kandang-kandang

(iv) Tidak menggunakan bentuk gandaan bagi kata bilangan tak tentu, kata bilangan
himpunan, dan kata bilangan pisahan

Aspek Salah Sepatutnya


Kata bilangan setengah hal setengah-setengah/sesetengah hal
tak tentu setengah murid setengah-setengah/sesetengah murid
Kata bilangan kedua balang kedua-dua balang
himpunan berpuluh cadangan berpuluh-puluh cadangan
Kata bilangan tiap kali tiap-tiap/setiap kali
pisahan tiap hasrat tiap-tiap/setiap hasrat

2.4 Kesalahan Sintaksis

(a) Kesalahan frasa


(i) Lewah – menggunakan dua kata penguat darjah penghabisan yang bermaksud “paling”
secara serentak pada satu frasa adjektif

Salah Sepatutnya
paling manis sekali paling manis / manis sekali
terkuat sekali terkuat / kuat sekali
paling terbaik sekali paling baik / terbaik / baik sekali

(ii) Menggunakan struktur frasa bahasa Inggeris

Salah Sepatutnya
memastikan lebih banyak memastikan sokongan dengan lebih banyak
lain-lain sumber sumber-sumber lain

(iii) Tidak menggunakan kata tugas akan dalam peluasan frasa adjektif yang bersifat
perasaan

Salah Sepatutnya
terkenang nenek terkenang akan nenek
sayang kami / sayangkan kami sayang akan kami
malu mentuanya malu akan mentuanya

(iv) Membina struktur atau susunan yang tidak gramatis


Salah Sepatutnya
Memutarbelitkan berita yang orang Memutarbelitkan berita yang telah
8

lain telah ketahui diketahui oleh orang lain


Kemudahan itu yang baharu Kemudahan yang baharu itu diperlukan
diperlukan untuk aktiviti itu. untuk aktiviti itu.
(v) Lewah – mengulang dua unsur kata atau frasa yang membawa makna atau fungsi yang
sama dalam satu ayat

Salah Sepatutnya
Kami yakin dan percaya bahawa ... Kami yakin/percaya bahawa...
Barangan eksport yang dihantar ke Barangan yang dieksport/yang dihantar
luar negara... ke luar negara...

(vi) Kesalahan kerana tidak mematuhi hukum D-M dalam binaan frasa nama
Salah Sepatutnya
goreng pisang pisang goreng
penghawa dingin pendingin hawa
mini estet estet mini
tomato sos sos tomato

2.5 Kesalahan Ayat

(a) Menggunakan pasangan yang salah untuk membentuk kata hubung berpasangan dalam ayat
majmuk gabungan

Salah Sepatutnya
Kejadian itu benar baik dahulu baik Kejadian itu tidak benar baik dahulu
sekarang ini. mahupun sekarang ini.
Dia bukan sahaja peramah tetapi suka Dia bukan sahaja peramah tetapi juga
membantu orang susah. suka membantu orang susah.

(b) Tidak menggunakan pasangan bagi kata hubung berpasangan dalam ayat majmuk gabungan

Salah Sepatutnya
Awak buatlah pilihan sama ada mahu
Awak mahu terus bekerja atau dipecat
terus bekerja atau dipecat daripada jawatan
daripada jawatan ini.
ini.

(c) Tidak menggunakan penegas -lah pada predikat ayat majmuk relatif yang mengalami
pendepanan (bersusunan songsang)

Salah Sepatutnya
Saya yang memintanya supaya datang. Sayalah yang memintanya supaya datang.
Semangat sahaja yang ada pada kita. Semangat sahajalah yang ada pada kita.

(d) Menggunakan partikel penegas pada akhir ayat

Salah Sepatutnya
Dia tidak datang mengapakah? Mengapakah dia tidak datang?
Yang nenyulitkan kami keadaan itulah. Keadaan itulah yang menyulitkan kami.

(e) Tidak menggunakan kata hubung relatif untuk menerangkan frasa nama dalam ayat majmuk
relatif
9

Salah Sepatutnya
Pemain dikehendaki sudah dihubungi. Pemain yang dikehendaki sudah dihubungi.
Pokok ditebang itu sungguh besar. Pokok yang ditebang itu sungguh besar.
(f) Tidak menggunakan kata hubung pancangan komplemen dalam binaan ayat majmuk
komplemen

Salah Sepatutnya
Kami beranggapan dia tidak mesra. Kami beranggapan bahawa dia tidak mesra.
Sungguh sukar pasukan itu sampai. Sungguh sukar untuk pasukan itu sampai.
Dia berkata dia orang kampung itu. Dia berkata bahawa dia orang kampung itu.

(g) Menggunakan kata hubung relatif dalam ayat majmuk komplemen

Salah Sepatutnya
Menteri Pendidikan mengumumkan yang Menteri Pendidikan mengumumkan bahawa
permulaan persekolahan dilewatkan permulaan persekolahan dilewatkan selama
selama seminggu. seminggu.

(h) Tidak menggunakan kata hubung keterangan dalam ayat majmuk pancangan keterangan

Salah Sepatutnya
Adi berhajat bersara tahun depan. Adi berhajat untuk bersara tahun depan.
Mereka berlatih sesungguh hati. Mereka berlatih dengan sesungguh hati.

(i) Menggunakan kata hubung keterangan yang tidak tepat untuk ayat majmuk keterangan
Salah Sepatutnya
Saya tidak berselera oleh kerana terlalu Saya tidak berselera oleh sebab / kerana
penat. terlalu penat

(j) Menggunakan bentuk imbuhan pasif orang ketiga (di + oleh) untuk membina ayat pasif kata
ganti nama diri orang pertama dan kedua

Aspek Salah Sepatutnya


Kata ganti
Bil ini perlu dibayar oleh kami. Bil ini perlu kami bayar.
nama diri
Hasratnya diperkenankan oleh beta. Hasratnya beta perkenankan.
pertama
Kata ganti
Gelas itu dipecahkan oleh awak. Gelas itu awak pecahkan.
nama diri
Hal itu wajar diselesaikan oleh tuan. Hal itu wajar tuan selesaikan.
kedua

(k) Memisahkan kata ganti nama daripada kata kerja pasif dalam binaan ayat pasif kata ganti
nama diri orang pertama dan kedua

Aspek Salah Sepatutnya


Kata ganti Ujian ini kita perlu duduki juga. Ujian ini perlu kita duduki juga.
nama diri Titah tuanku patik akan Titah tuanku akan patik
pertama laksanakan. laksanakan.
Kata ganti
Mesyuarat itu kita perlu adakan. Mesyuarat itu perlu kita adakan.
nama diri
Syaratnya anda belum penuhi. Syaratnya belum anda penuhi.
kedua

(l) Menggunakan struktur ayat pasif kata ganti nama diri ketiga secara tidak tepat
10

Salah Sepatutnya
Teh yang dia sediakan terlalu manis. Teh yang disediakan oleh dia terlalu manis.
Beg yang kakak beli telah adik Beg yang dibeli oleh kakak telah dibasahkan
basahkan. oleh adik.
(m) Menggugurkan pelengkap dalam ayat aktif tak transitif berpelengkap

Salah Sepatutnya
Harapan tersebut tidak menjadi. Harapan tersebut tidak menjadi kenyataan.
Usahlah kamu berbuat. Usahlah kamu berbuat curang.
Kita perlu membelok. Kita perlu membelok ke kiri.

(n) Membina ayat yang tidak lengkap atau ayat tergantung

(i) Tidak mengandungi subjek

Salah Sepatutnya
Amat panik apabila air naik dengan Amat panik penduduk di situ apabila air naik
tiba-tiba. dengan tiba-tiba.
Sungguh meremukkan hati kami. Hal itu sungguh meremukkan hati kami.
Patut diadili dengan saksama. Yang terlibat patut diadili dengan saksama.

(ii) Tidak mengandungi predikat atau binaan predikatnya terdiri daripada klausa tak bebas
sahaja

Salah Sepatutnya
Ketamakan yang menguasai diri. Ketamakan yang menguasai diri telah
menyusahkan hidupnya sendiri.
Sesiapa yang di situ sejak tadi. Sesiapa yang di situ sejak tadi perlu dicari.
Peserta-peserta dari seluruh Asia Peserta-peserta dari seluruh Asia yang baru
yang baru tiba di Malaysia. tiba di Malaysia kelihatan sangat kagum.

(iii) Ayat yang berbelit-belit dan maksudnya kabur

Salah Sepatutnya
Walaupun sering menerima pelbagai Walaupun sering menerima pelbagai
cemuhan, tetapi dia dengan dorongan cemuhan, dengan dorongan kuat daripada
kuat seperti orang-orang lain yang rapat orang-orang yang rapat dengannya, dia
dengannya, dia berusaha gigih, tidak berusaha dengan gigih sehingga dia
mengira waktu, akhirnya dia berjaya. berjaya.

(o) Kesalahan lewah – menggunakan unsur jamak dalam subjek dan predikat yang merujuk
kepada perkara yang sama

Salah Sepatutnya
Pelanggan-pelanggannya kaya- Pelanggan-pelanggannya kaya. / Pelanggannya
raya. kaya-raya.
Banyak kemalangan yang terjadi Banyak kemalangan yang terjadi teruk. /
teruk-teruk. Kemalangan yang terjadi teruk-teruk.
Murid-murid sekolah itu bijak- Murid-murid sekolah itu bijak dan ramah. /
bijak dan ramah-tamah. Murid sekolah bijak-bijak dan ramah-tamah.

2.6 Kesalahan Penanda Wacana


(a) Menggunakan penanda wacana yang tidak lengkap
11

Salah Sepatutnya
Sehubungan itu, mereka akan ke sini. Sehubungan dengan itu, mereka akan ke sini.
Oleh demikian, kami tidak mahu Oleh hal yang demikian, kami tidak mahu
bertanggungjawab. bertanggungjawab.
(b) Menggunakan dua unsur yang tidak sesuai dalam sesuatu penanda wacana
Salah Sepatutnya
Selain dari/daripada itu, Ali hendak Selain itu, Ali hendak menyelesaikan kes
menyelesaikan kes lain. lain.
Manakala dengan itu, dia juga sudah Selain itu, dia juga sudah melunaskan semua
melunaskan semua hutangnya. hutangnya.

(c) Kesalahan kerana menggunakan kata hubung sebagai penanda wacana


Salah Sepatutnya
Namun, perbuatannya dihalang. Namun begitu/Namun demikian,
perbuatannya dihalang.
Malah, dia menjadi lebih tabah . Sebaliknya/Sungguhpun begitu, dia menjadi
lebih tabah.
Tetapi, yang ditunggu belum sampai. Akan tetapi, yang ditunggu belum sampai.

3. FORMAT ANALISIS KESALAHAN BAHASA

 Calon diberikan satu perenggan petikan dengan peruntukan sembilan markah.


 Daripada petikan tersebut, calon perlu mengenal pasti tiga kesalahan bahasa.

3.1 Bahagian Analisis


 Calon perlu menjawab tiga bahagian berdasarkan petikan.
(a) Kesalahan
 Calon mengenal pasti tiga kesalahan bahasa
 Kesalahan bahasa ditunjukkan dengan jelas secara memetik kata, frasa atau bahagian
ayat yang perlu
(b) Sebab kesalahan
 Sebab atau alasan kesalahan dinyatakan dengan ringkas tetapi jelas
 Boleh dinyatakan dalam satu atau beberapa ayat
(c) Pembetulan
 Membetulkan kata, frasa atau bahagian ayat yang salah
 Tidak perlu membuat ulasan atau penjelasan

3.2 Cara Menulis Jawapan


 Calon perlu menulis jawapan pada jadual disediakan selepas petikan.

Bil Kesalahan Sebab kesalahan Pembetulan

(a)

(b)

(c)
12

3.3 Pemarkahan
 Setiap jawapan yang betul dari mana-mana bahagian diberikan satu markah.
 Tiada (0) markah bagi ketiga-tiga bahagian jikalau jawapan bagi bahagian kesalahan tidak jelas
atau salah.
 Jika lebih daripada tiga kesalahan diberikan, pemeriksaan dibuat bagi tiga kesalahan yang
pertama sahaja. Oleh itu, jawapan yang keempat dan seterusnya tidak diberikan markah.

Anda mungkin juga menyukai