Anda di halaman 1dari 24

Salah Betul

gunung ganang gunung-ganang


abad ke 20/ke20 abad ke-20 (abad kedua
puluh)
tahun 50 an/50an tahun 50-an (tahun lima
puluhan)
rahmatNya rahmat-Nya
hamba Mu hamba-Mu
surat menyurat surat-menyurat
 Ditulis terpisah daripada kata yang
mendahuluinya (membawa maksud juga)
 Salah: apapun boleh dimakan
 Betul: apa pun boleh dimakan
 Salah: adikpun pergi
 Betul: adik pun pergi
 Kekecualian ejaan partikel pun: adapun,
ataupun, bagaimanapun, sungguhpun,
walaupun
Bentuk jamak
Salah Betul

para-para menteri para menteri

semua pegawai-pegawai semua pegawai

ibu bapa-ibu bapa ibu bapa

gurubesar-gurubesar guru-guru besar

Ketua Setiausaha-Ketua Ketua-Ketua Setiausaha


Setiausaha
Kata sendi dari dan daripada
Dari: tempat, waktu
Daripada: orang, perbandingan,
asal kejadian
Salah Betul
Mereka datang daripada mana? Mereka datang dari mana?

Maklumat itu diterima Maklumat itu diterima dari ibu


daripada ibu pejabat. pejabat.
Maklumat itu diterima dari Maklumat itu diterima
ketua pejabat. daripada ketua pejabat.
Perbelanjaannya lebih dari Perbelanjaannya lebih daripada
pendapatannya. pendapatannya.
Kata sendi “ke” dan “kepada”
Ke: masa, tempat, benda konkrit tak bernyawa
Kepada: benda bernyawa, benda abstrak
Salah Betul

ditujukan ke pegawai ditujukan kepada pegawai


universiti universiti
dipulangkan ke Ali dipulangkan kepada Ali

kembali kepada tempat asal kembali ke tempat asal

hingga kepada masa kini hingga ke masa kini


Kata sendi “di” dan “pada”
Di: tempat
Pada: masa, binatang, orang, benda abstrak
Salah Betul
di masa itu pada masa itu

di abad ke-20 pada abad ke-20

di musim kemarau pada musim kemarau

pada kebanyakan tempat di kebanyakan tempat


Frasa (Hukum D – M)
Salah Betul
Servis Stesen Stesen Servis

Sun Sun Klinik Klinik Sun Sun

Keramat Plaza Plaza Keramat

Fatima Kedai Barang Runcit Kedai Barang Runcit Fatima


Frasa Transitif
Salah Betul
menduduki di tempat kedua menduduki tempat kedua
mengenai dengan perkara mengenai perkara
memahami akan kehendak memahami kehendak
mengetahui tentang wujudnya mengetahui wujudnya
memasuki dalam pertandingan memasuki pertandingan
melawati ke perpustakaan melawati perpustakaan
berdasarkan kepada laporan berdasarkan laporan
 Digunakan untuk membentuk kata kerja
transitif
 Kedua-duanya berbeza
 Akhiran /-i/ menyatakan makna bahawa
objek yang dikenai perbuatan dengan kata
kerja berakhiran /-i/ itu tidak bergerak
 Akhiran /kan-/ menyatakan makna bahawa
objek yang dikenai perbuatan dengan kata
kerja berakhiran /kan-/ itu bergerak dari
tempatnya ke arah lain
Contoh Kesalahan
Salah Betul
Siti mengirimkan ayah surat. mengirimi ayah surat/
mengirimkan surat kepada ayah
Ibu menghadiahkan saya menghadiahi saya sebentuk
sebentuk cincin. cincin/menghadiahkan sebentuk
cincin kepada…
Semoga tuhan mencucurkan mencucuri kami rahmat/
kami rahmat. mencucurkan rahmat…
Baginda menganugerahkan menganugerahi menteri itu
menteri itu bintang bintang kehormatan/
kehomatan. menganugerahkan bintang..
Hakim menjatuhkannya menjatuhinya hukuman mati/
hukuman mati. menjatuhkan hukuman mati…
 Unsur yang menjadi pemeri hal atau
perangkai antara subjek dengan frasa-frasa
utama dalam predikat
 Dapat dilakukan melalui dua cara:
 Secara persamaan atau ekuatif dengan
penggunaan kata pemeri ialah
 Secara huraian atau kualitatif dengan
penggunaan kata pemeri adalah
 Penggunaan kata pemeri ialah secara
persamaan atau ekuatif hadir di hadapan
frasa nama
 Siswazah yang baru lulus itu ialah guru bahasa di
sekolah saya.
 Asmah Haji Omar ialah pengarang buku Susur
Galur Bahasa Melayu.
 Bandar Alor Setar ialah ibu negeri Kedah.
 Penggunaan kata pemeri adalah secara
huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa
adjektif dan frasa sendi nama
 Berita yang dilaporkan oleh pegawai itu adalah
benar.
 Hadiah yang disumbangkan oleh bank itu adalah
untuk murid terpandai.
 Arahan yang baru kami terima itu adalah daripada
Naib Canselor.
 Salah: Siswazah yang baru lulus itu ialah
bukan pengetua maktab.
 Betul: Siswazah yang baru lulus itu bukan
pengetua maktab.
 Salah: Arahan itu adalah bukan untuk semua
pegawai.
 Betul: Arahan itu bukan untuk semua
pegawai.
 Betul: Kenyataan itu adalah tidak benar.
 Betul juga: Kenyataan itu tidak benar.
 Betul: Keputusan itu adalah tidak adil.
 Betul juga: Keputusan itu tidak adil.
 Penggunaan kata pemeri sebenarnya amat
terbatas dan kurang digalakkan dalam
pembentukan ayat-ayat BM
 Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa
kerja / kata kerja
 Penggunaan adalah dalam ayat-ayat berikut
sama sekali salah:
 Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.
 Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa
jatuh pada hari Isnin.
 Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-
royong akan dimulakan pada minggu hadapan.
 Ketiga-tiganya digunakan dalam ayat tanya
 Di mana Ali?
 Dari mana saudari datang?
 Yang mana pensyarah kita?
 Elakkan penggunaan di mana, dari mana dan yang
mana dalam ayat-ayat BM sebagai menggantikan
where, from where dan which daripada ayat BI
 Salah: Sesuatu perindustrian dari mana barang
dikeluarkan boleh jadi berbatu-batu jauhnya
daripada pengguna.
 Betul: Sesuatu perindustrian tempat barang
dikeluarkan boleh jadi berbatu-batu jauhnya
daripada pengguna.
 Salah: Di mana gamet terpaksa merentas salur,
perjalanannya dibantu oleh bendalir-bendalir
pelincir yang dirembeskan oleh sel-sel salur itu.

 Betul: Di tempat gamet terpaksa merentas salur,


perjalanannya dibantu oleh bendalir-bendalir
pelincir yang dirembeskan oleh sel-sel salur itu.
 Salah: Hampir tiap-tiap sel tumbuhan
mengeluarkan hasil rembesan di mana tiap-tiap sel
mempunyai dinding rembesan luar dan lompang
berair.

 Betul: Hampir tiap-tiap sel tumbuhan mengeluarkan


hasil rembesan kerana tiap-tiap sel mempunyai
dinding rembesan luar dan lompang berair.
 Salah: Organisma itu mungkin dalam keadaan di
mana ia tidak mendapat makanan dari luar.

 Betul: Organisma itu mungkin dalam keadaan tidak


mendapat makanan dari luar.
 Salah: Laporan itu yang mana telah diterbitkan oleh
suruhanjaya mengandungi banyak kesalahan-
kesalahan bahasa.

 Betul: Laporan yang telah diterbitkan oleh


suruhanjaya itu mengandungi banyak kesalahan
bahasa.
 Salah: Pembunuhan sel-sel perumah, yang mana ia
adalah satu sifat serangan parasit, dijayakan oleh
rembesan enzim yang dikeluarkan oleh parasit.

 Betul: Pembunuhan sel-sel perumah yang menjadi


satu sifat serangan parasit dijayakan oleh rembesan
enzim.

Anda mungkin juga menyukai