Anda di halaman 1dari 5

KAJIAN LAPANGAN

TINGKATAN 3
SMK SULTAN IBRAHIM 2021
KULAI, JOHOR
TUGASAN KLGT3
GEOGRAFI 23

ARAHAN:

1. Kajian Lapangan Geografi Tingkatan 3 ini


mengandungi satu tugasan.
2. Calon perlulah melaksanakan tugasan berdasarkan
kerangka pelaksanaan tugasan yang diberi.
3. Tugasan perlu dilaksanakan dalam tempoh masa diberi.
I
KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 (KLGT3)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN IBRAHIM


81000 KULAI

TEMA: SUMBER SEMULA JADI DAN KEGIATAN EKONOMI

BAB 7: KEGIATAN EKONOMI DI MALAYSIA

Tugasan: Kajian Kes Tentang Kegiatan Ekonomi dan kesannya terhadap manusia
dan alam sekitar di kawasan tempat tinggal anda.

Calon dikehendaki menjalankan kajian tentang kegiatan ekonomi dan kesan-kesannya


terhadap manusia dan alam sekitar di kawasan tempat tinggal anda.

Kajian tersebut haruslah merangkumi perkara berikut:

1. Latar belakang kawasan kajian dan jenis kegiatan ekonomi utama.


2. Melukis peta lakar yang sesuai dengan kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
3. Menghuraikan kesan kegiatan ekonomi terhadap manusia dan alam sekitar.
4. Mencadangkan usaha-usaha untuk mengatasi kesan kegiatan ekonomi tersebut.
5. Rumusan hasil kajian KLGT3.
KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN
BIL. PERKARA HURAIAN

1 Proses Awal Mengumpul maklumat dan mengurus maklumat


daripada pelbagai sumber dengan menggunakan
Mengumpul maklumat dan mengurus kaedah yang sesuai dan menyatakan sumber
maklumat melalui rujukan.
 Temubual/ soal selidik Maklumat dan data mestilah relevan dan asli.
 Pemerhatian
 Rujukan sumber (2 markah)
Maklumat berkaitan

 Draf peta
 Latar belakang/kegiatan ekonomi
 Kesan
 Cadangan usaha
2 Perancangan Menyediakan perancangan yang lengkap, tepat,
realistik dan mempamerkan sikap bersungguh-
 Jadual kerja sungguh.
 Objektif kajian
 Kaedah kajian (6 markah)

3 Mengaplikasi

a) Latar belakang kawasan kajian dan Menjelaskan latar belakang kawasan kajian dan
kegiatan ekonomi kegiatan ekonomi dengan tepat.

 Ciri fizikal dan budaya (4 markah)

b) Peta Menyediakan lampiran peta kawasan kajian yang


relevan.
 Pemidang
 tajuk Melukis peta lakar yang betul, relevan dan lengkap.
 petunjuk
 simbol (6 markah)
 arah mata angin

c) Kesan Menghuraikan kesan kegiatan ekonomi di kawasan


 Fakta kajian terhadap manusia dan alam sekitar dengan
 Huraian terperinci, jelas, relevan dan menunjukkan keaslian.
 Contoh
(10 markah)

d) Cadangan usaha-usaha Mencadangkan usaha-usaha untuk mengatasi


 Fakta kesan kegiatan ekonomi tersebut.
 Huraian
(10 markah)
 Contoh

4 Membuat refleksi Membuat rumusan dan penilian kendiri semasa dan


selepas kajian dijalankan dengan jelas, tersusun
 Rumusan hasil kajian sama ada serta menunjukkan kefahaman terhadap hasil
positif / negatif kajian yang dibuat.

(2 markah)
5 Etika dan Kerohanian Mempamerkan nilai etika dan kerohanian secara
berterusan dan boleh dicontohi semasa
 Pengamalan nilai melaksanakan tugasan.

JUMLAH 40 MARKAH

*Perancangan dan proses awal dilaksanakan di luar 9 atau 12 waktu pengajaran dan
pembelajaran.

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI (23) TINGAKATAN 3


TAHUN 2021
ARAHAN KEPADA MURID
a) Murid perlu melaksanakan KLGT3.
b) Murid melaksanakan KLGT3 mengikut prosedur seperti berikut:
i. Menentukan isu atau tajuk.
ii. Merancang pelaksanaan.
iii. Mengumpul dan merekod maklumat.
iv. Menulis laporan mengikut format.
v. Menghantar laporan kepada guru mata pelajaran.
c) Murid dilarang meniru, menyalin atau memplagiat hasil laporan daripada mana-
mana sumber

FORMAT PENULISAN KERJA LAPANGAN


Format asas penulisan laporan KLGT3 hendaklah mengandungi perkara berikut:
a) Penghargaan
b) Pendahuluan
c) Objektif kajian
d) Kawasan kajian
e) Kaedah kajian
f) Hasil kajian
g) Rumusan
h) Rujukan
PANDUAN PENULISAN RUJUKAN

1. Buku teks
Chong Mui Sen, Azizan Hj. Abu Samah, 2003. Buku Teks Geografi Tingkatan 2. Kuala
Lumpur: Percetakan Saufi Sdn. Bhd.

2. Buku rujukan
Chong Mui Seng, 2000. Target A Geografi PMR. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

3. Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Mei 2008, halaman 3.

4. Orang Sumber
En. Mohammad B. Kassim, 34 tahun, B104 Kg. Pinang Kem, 57000 Kuala Lumpur.

5. Internet
http://www.kpkt.gov.my/kegiatanekonomi/Malay/Why_m.asp http:
//www.googlemap.com.
http ://www.ahpsb.com.my/files/Microsoft%20Word%20-%20recycle.pdf

6.Melawat Tempat Kajian


Jabatan Alam Sekitar
Aras 1-4, Podium 2-3,
No 25. Wisma Sumber Asli,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya.

7.Jurnal
Ahmad Fariz Mohamed, Abdul Samad Hadi, Shaharudin Idrus, Muhammad Rizal
Razman, Abdul Hadi Harman Shah. “Pengembalian Sisa Sebagai Sumber Proses
Metabolisme Untuk Kelestarian Bandar Malaysia”. dalam Malaysian Journal of
Environmental Management, Bil.12, 2011.

Anda mungkin juga menyukai