Anda di halaman 1dari 5

Tujuan

Menentukan Formula Empirik bagi magnesium oksida

Bahan
10 cm pita magnesium, kertas pasir

Radas
Mangkuk pijar dan penutup, penyepit, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, alas segi tiga tanah liat

Prosedur
  

1. Timbang mangkuk pijar dan penutupnya.


2. Gosok dan bersihkan 10 cm pita magnesium dengan kertas pasir.
3. Gulung pita itu dan letakkan gulungan tersebut ke dalam mangkuk pijar.
4. Timbang mangkuk pijar bersama-sama penutup dan gegelung pita itu.
5.  Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah.
6. Mula-mula panaskan mangkuk pijar dengan kuat tanpa penutupnya.
7. Apabila pita magnesium mula terbakar, tutup mangkuk pijar dengan penutupnya.
8. Dengan menggunakan penyepit, buka penutup itu sedikit sekali sekala dan tutup semula penutup.
9. Apabila pembakaran magnesium telah lengkap, alihkan penutupnya dan panaskan mangkuk pijar dengan kuat
selama 1 hingga 2 minit.
10. Tutup mangkuk pijar dan biarkan mangkuk pijar itu menyejuk ke suhu bilik.
11. Timbang mangkuk pijar bersama-sama penutup dan kandungannya sekali lagi.
12. Ulang proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan sehingga jisim tetap diperolehi. Rekodkan jisim tetap itu.

Perbincangan
1. Pita magnesium dibersihkan bagi membuang lapisan oksida.
2. Wasap putih yang terhasil adalah magnesium oksida.
3. Buka penutup sekali sekala bagi membenarkan oksigen masuk untuk membantu pembakaran.
4. Tutup penutup (jika dibuka) dengan cepat-cepat supaya wasap putih itu tidak keluar kerana wasap putih itu
adalah magnesium oksida.
5. Ulangi proses panas, sejuk dan timbang berulangkali sehingga mendapat bacaan tetap bagi
memastikanmagnesium dibakar sepenuhnya.

Tujuan
Mengkaji kesan pada paku besi apabila ia bersentuhan dengan logam-logam lain

Pernyataan Masalah
Apakah kesan logam-logam lain ke atas pengaratan besi?

Hipotesis
Pengaratan paku besi lebih lambat jika paku besi bersentuhan dengan logam yang lebih
elektropositif.
Pengaratan paku besi lebih cepat jika paku besi bersentuhan dengan logam yang kurang
elektropositif

Pembolehubah
Dimanipulasikan                : Logam yang bersentuhan dengan paku besi
Bergerak balas                   : Pengaratan besi
Dimalarkan                          : Saiz paku besi / Kepekatan elektrolit

Bahan
Paku besi, Pita Magnesium, Kepingan kuprum, kepingan zink, larutan kalium
heksasianoferat(III), penunjuk fenoltalein

Radas
Tabung uji, Rak tabung uji, kertas pasir
 
Prosedur
1.      Paku besi, pita magnesium, kepingan kuprum dan kepingan zink dibersihkan
dengan menggunakan kertas pasir.
2.      Paku besi yang dililitkan dengan pita magnesium dimasukkan dalam tabung uji A,
paku besi yang dililitkan dengan kepingan kuprum dimasukkan dalam tabung uji B,
paku besi yang dililitkan dengan kepingan zink dimasukkan dalam tabung uji C dan
Paku besi dimasukkan dalam tabung uji D.
3.      Larutan agar-agar yang dicampurkan dengan larutan kalium heksasianoferat(III)
dan larutan fenoltalein dituang ke dalam tabung uji A, B, C dan D.
4.      Tabung uji dibiarkan di rak tabung uji selama 2 hari.
5.      Pemerhatian terhadap perubahan warna dicatat dan dibandingkan.  
Pemerhatian / Taburan Data
Pemerhatian

Tabung Pasangan Logam Tompok Biru Keamatan Gelembung


Uji Tua warna merah gas
jambu

A Paku besi dan pita Tiada Tinggi Banyak


magnesium

B Paku besi dan Banyak Rendah Sedikit


kepingan kuprum

C Paku besi dan Tiada Tinggi Banyak


kepingan zink

D Paku besi sahaja Sedikit - -

Analisis
1.      Larutan heksasianoferat(III) berfungsi untuk mengesan kehadiran ion Fe2+
2.      Paku Tabung uji D terkakis sedikit
3.      Paku Tabung uji A dan C tidak terkakis 
a.     Kerana Magnesium dan Kuprum lebih elektropositif daripada Besi.
b.     Magnesium dan Kuprum akan terkakis (korban)    
      4.   Paku Tabung uji B terkakis paling banyak
a.     Kerana besi lebih elektropositif daripada Kuprum

Kesimpulan
1.      Pengaratan besi lebih lambat jika paku besi bersentuhan dengan logam yang lebih
elektropositif (Magnesium)
2.      Pengaratan besi lebih cepat jika paku besi bersentuhan dengan logam yang kurang
elektropositif (Kuprum) 

Perbincangan
1.      Logam perlu dibersihkan dahulu bagi membuang lapisan oksida
2.      Keamatan merah jambu paling tinggi pada magnesium. Ion hidroksida daripada air
bergabung dengan ion ferum(II) semasa pembentukan karat.

Anda mungkin juga menyukai