Anda di halaman 1dari 6

Manual Eksperimen

Tajuk : Pengaratan sebagai tindak balas redoks


Hasil Pembelajaran : Dalam unit ini peserta dapat merekabentuk eksperimen berkaitan pengaratan
Situasi Pencetus Idea Murid :








Pengaratan kapal dihalang dengan mengimpal bongkah zink pada bahagian badan kapal yang tenggelam
dalam air laut. Krew kapal mendapati badan kapal terhalang daripada berkarat dengan penggunaan
bongkah zink tersebut.
A) Berdasarkan permasalahan di atas jalankan eksperimen dengan menggunakan bahan dan radas
berikut
Tabung uji, rak tabung uji, paku besi, pita magnesium, jalur kuprum, jalur zink, jalur stanum,
larutan agar-agar yang mengandungi natrium klorida, kalium heksasionoferrat (III), penunjuk
fenolftalein, kertas pasir.
B) Berdasarkan eksperimen yang telah anda jalankan, tuliskan laporan eksperimen yang
mengandungi perkara-perkara berikut :
1) Tujuan
2) Pernyataan masalah
3) Hipotesis
4) Pembolehubah
a) Manipulasi
b) Bergerak balas
c) dimalarkan
5) Prosedur eksperimen
6) Penjadualan data
7) Analisis data
8) Kesimpulan eksperimen
C) Berdasarkan dapatan eksperimen yang telah anda jalankan, bincang permasalahan berikut:
1. Perhatikan dua gambar paip di bawah. Paip A telah disambungkan rod magnesium
menggunakan wayar bertebat. Manakala Paip B tidak menjalani apa apa penyambungan.
Didapati paip A tidak mengalami pengaratan berbanding Paip B. Dengan menggunakan
konsep kimia, terangkan jawapan anda




















Rajah 1
Paip A
Paip B
Radas dan Bahan
BIL RADAS DAN BAHAN KUANTITI
1) Tabung Uji 5
2) Rak Tabung Uji 1
3) Paku Besi 5
4) Pita Magnesium 1
5) Jalur Kuprum 1
6) Jalur Zink 1
7) Jalur Stanum, 1
8) Larutan Agar-Agar Yang Mengandungi Natrium Klorida 1
9) Kalium Heksasionoferrat (III) 1
10) Penunjuk Fenolftalein 1
11) Kertas Pasir 1


















SKEMA PEMARKAHAN

Tujuan
Mengkaji pengaratan besi apabila besi bersentuhan dengan logam lain

Pernyataan masalah
Apakah kesan sentuhan logam lain terhadap pengaratan besi

Hipotesis
Apabila logam yang lebih elektropositif bersentuhan dengan besi, logam tersebut akan
menghalang pengaratan besi. Apabila logam yang kurang elektropositif bersentuhan dengan
besi, logam tersebut akan mempercepat pengaratan besi.

Pembolehubah
(i) Manipulasi : jenis logam yang bersentuhan dengan besi
(ii) Bergerak balas : kehadiran warna biru tua / pengaratan besi
(iii) Dimalarkan : Paku besi, larutan agar-agar yang mengandungi natrium klorida,
kalium heksasianoferat(III) dan penunjuk fenolftalein, suhu.

Prosedur eksperimen
1) Gosok lima batang paku besi, pita magnesium, jalur zink, kuprum, dan timah dengan
kertas pasir sehingga bersih.
2) Lilitkan paku-paku besi dengan logam-logam seperti dalam jadual 1 dan letakkan semua
paku besi dalam piring petri berasingan.

Piring Petri A B C D E
Keadaan
paku besi
dalam piring
petri
Paku besi
sahaja
Paku besi
dililit pita
magnesium
Paku besi
dililit jalur
zink
Paku besi
dililit jalur
kuprum
Paku besi
dililit jalur
timah

3) Tuangkan larutan agar-agar yang mengandungi natrium klorida, kalium
heksasianoferat(III) dan penunjuk fenolftalein ke dalam semua piring petri sehingga
menenggelamkan semua paku besi.
4) Biarkan selama 20-30 minit. Catatkan pemerhatian laporan kimia.







Penjadualan data

Piring petri Pemerhatian Inferens
Warna biru tua Warna merah jambu
A Ion ferum(II) hadir
B Ion ferum(II) tidak
hadir hadir
C Ion ferum(II) tidak
hadir
D Ion ferum(II) hadir
E Ion ferum(II) hadir

Analisis data
1) Logam Zink dan magnesium adalah logam yang terkakis.
2) Logam Kuprum tidak terkakis.
3) Logam timah mempercepatkan pengaratan besi.
4) Apabila logam yang lebih elektropositif bersentuhan dengan besi, logam tersebut akan
menghalang pengaratan besi. Apabila logam yang kurang elektropositif bersentuhan
dengan besi, logam tersebut akan mempercepat pengaratan besi.

Kesimpulan eksperimen
Hipotesis diterima. Apabila logam yang lebih elektropositif bersentuhan dengan besi, logam
tersebut akan menghalang pengaratan besi. Apabila logam yang kurang elektropositif
bersentuhan dengan besi, logam tersebut akan mempercepat pengaratan besi.











SKEMA PEMARKAHAN
Bahagian C:
1. Perhatikan dua gambar paip di bawah. Paip A telah disambungkan kepada rod magnesium
menggunakan wayar bertebat. Manakala Paip B tidak menjalani apa apa penyambungan.
Didapati paip A tidak mengalami pengaratan berbanding Paip B. Dengan menggunakan
konsep kimia, terangkan jawapan anda
Skema Jawapan:
Menurut konsep kimia, logam yang lebih elektropositif / berada pada kedudukan yang lebih
tinggi daripada besi dalam siri elektrokimia akan terpilih untuk terkakis
Paip A telah disambungkan dengan rod magnesium yang bertindak sebagai anod korban. Ini
kerana magnesium lebih elektropositif berbanding besi menyebabkan magnesium yang akan
terkakis. Ini menyebabkan paip tidak mengalami pengaratan.
Paip B mengalami pengaratan kerana tidak terlindung oleh mana-mana logam yang lebih
elektropositif.

Anda mungkin juga menyukai