Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk murid yang lemah dan belum menguasai topik operasi tambah dalam lingkungan 18

tanpa mengumpul semula . Kajian ini telah di jalankan ke atas murid pemulihan khas Tahun 3 seramai 6 orang.

Tinjuan awal dilaksanakan melalui soalselidik dan ujian pra . Hasil tinjauan awal menunjukkan murid agak lemah

dan sering tertukar kedudukan nombor apabila dipindahkan dalam bentuk lazim. Perancangan tindakan

difokuskan kepada penguasaan kemahiran mengenal rumah angka dan kemahiran memindahkan ayat

matematik ke dalam bentuk lazim. Sebanyak 8 sesi pengajaran dan pembelajaran(60 minit setiap sesi) telah di

laksanakan selama 4 minggu. Pelajar yang difokuskan ini diajar dan diberi penerangan menggunakan Papan

Rumahku Nomborku dalam menyelesaikan operasi tambah dalam bentuk lazim. Setelah 8 kali sesi pengajaran

dan pembelajaran menggunakan Papan Rumahku Nomborku dijalankan, didapati 5 orang dapat menjawab

soalan operasi tolak dalam lingkungan 18 dalam bentuk lazim dengan baik dan hanya 1 orang yang agak

lambat kerana masih blm mahir dalam kemahiran asas menambah. Secara keseluruhan boleh katakan teknik

yang digunakankan ini boleh meningkatkan penguasaan menolak dalam bentuk lazim dalam kalangan murid-

murid sekolah rendah.

Anda mungkin juga menyukai