Anda di halaman 1dari 6

MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN

KASIH

(PERSARAAN)
PUAN _____________ & PUAN _____________

TEKS UCAPAN

(YDP PIBG)

TEKS UCAPAN YDP PIBG


 
Terima kasih tuan pengerusi majlis

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh dan selamat
sejahtera
 
Yang diraikan dan dikasihi
Puan _____________ &
Puan ______________

Yang berusaha,

(Pengetua)

Yang dihormati,

(Penolong Kanan Pentadbiran)


 
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )
 
(Penolong Kanan Kokurikulum)

(Penolong Kanan Petang)


 
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran.
 
(GKMP Bahasa)
(GKMP Kemanusiaan)
(GKMP Teknik dan Vokasional)
 

 Barisan Kaunselor , Ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru serta


pelajar-pelajar yang dikasihi.
 
Terlebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat  Ilahi
kerana dengan limpah dan kurnianya kita dapat bersama-sama dalam
Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih untuk meraikan dua orang
guru sekolah ini yang akan bersara iaitu Puan _______________ dan
Puan _______________

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pepatah ada menyatakan:


“Guru umpama lilin yang menerangi kegelapan”.

Daripada kata-kata ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi


pengorbanan yang dilakukan oleh seorang guru sebenarnya semata-
mata untuk memberikan ilmu dan pelajaran kepada anak-anak murid
mereka agar kehidupan anak didiknya menjadi cerah pada masa
hadapan.

Apakah bentuk pengorbanan seorang guru? Pernahkah


persoalan ini terlintas dalam minda kita. Hanya seorang pendidik yang
dapat menjawab persoalan ini. Pernahkah tuan-tuan dan puan-puan
berfikir bahawa kerja menjadi seorang guru tidak pernah terhenti
selewat jam 4.00 petang seperti pekerja pejabat. Kadang kala mereka
terpaksa melayan kerenah anak murid sehingga larut malam. Berfikir
pada waktu tidurnya bagaimana cara untuk membantu anak muridnya
yang lemah. Apakah strategi yang harus diguna pakai. Kadangkala
berfikir tentang kesusahan anak murid yang tiada kemudahan belajar,
berfikir tentang anak muridnya yang kurang kemampuan dan tidak
mempunyai wang ke sekolah. Sesekali menghubungi anak muridnya
yang tidak hadir ke sekolah untuk bertanya masalah. Begitulah
prihatinnya seorang guru…

Tuan-tuan dan puan-puan,


Pada hari ini, kita akan kehilangan dua orang guru yang sangat
berdedikasi dan berwibawa, kerana kedua-duanya akan bersara.
Sudah tentu kedua-dua orang guru ini telah banyak menabur jasa
kepada pihak sekolah. Selaku wakil ibu bapa ____________, saya
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan _______ dan Puan
______ di atas budi dan bakti yang telah dicurahkan untuk mendidik
anak-anak kami di sekolah ini. Jasa puan kami sanjung tinggi. Saya
suka memetik bait pantun yang berbunyi

Tenang-tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung
Dalam kesempatan ini saya juga mendoakan agar Puan ______ dan
Puan ________ diberikan kesihatan berpanjangan apabila bersara
nanti. Semoga Allah permudahkan segala urusan puan berdua dalam
apa-apa perkara atau urusan dan puan berdua lebih gembira serta
ceria bersama keluarga setelah bersara nanti.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Papatah ada menyatakan :
“Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti”

Namun demikian , saya kira bukan mudah untuk mencari pengganti


guru-guru yang kita semua kasihi ini. Semangat, keazaman,
kewibawaan, dedikasi dan kesungguhan kedua-dua orang guru ini
sukar dicari. Tetapi itulah hakikat atau realiti kehidupan yang perlu kita
telan kerana dalam setiap permulaan itu pasti akan ada
pengakhirannya. Oleh itu, saya ucapkan Selamat Bersara, Selamat
menempuh dunia persaraan.
Sekian Terima kasih.
Wabillahi taufik wal hidayah wassalamulaikum Warah matullahi wa
barakatuh

Anda mungkin juga menyukai