Anda di halaman 1dari 2

MASALAH BAHASA KANAK-KANAK MASALAH PENDENGARAN DARI

SEGI PRAGMATIK :

PENGGUNAAN BAHASA
(PRAGMATIK)

Malu untuk bercakap Perbendaharaan yang Sering menggunakan Sering meninggalkan


dengan suara yang kuat sedikit dan pemerolehan struktur bahasa yang atau menukar
bahasa terhad ringkas perkataan dalam ayat

DISEBABKAN OLEH :

Kanak-kanak masalah pendengaran Ketidakupayaan pendengaran membuatkan


kurang terlibat dalam aktiviti sosial atau mereka mempunyai perasaan rendah diri serta
bermain dalam kumpulan mengasingkan diri daripada rakan yang normal
TEKNIK INTERVENSI YANG SPESIFIK :

1. Latihan auditori

• Proses mengajar individu bermasalah pendengaran untuk menggunakan kesemua


isyarat auditori (pendengaran) yang mereka ada sepenuhnya.

• Latihan pra-pertuturan melatih kemahiran pra-pertuturan yang terdiri daripada


kemahiran meniru, memadankan objek atau gambar, mengambil giliran, tumpuan
perhatian dan hubungan mata.

• Contohnya : Setiap pagi selepas anak bangun tidur dan dipakaikan dengan alat
pendengarannya, ibu duduk berhadapan dengan anak dan ucapkan “selamat pagi” serta
bercakap sebanyak mungkin dengan anak sambil menyertakan pelbagai mimik muka
dan ekspresi gaya badan yang bersesuaian.

2. Pertuturan kiu (Cue Speech)

• Pendekatan menggunakan kaedah komunikasi secara oral dan visual.

• Pertuturan kiu merupakan satu kaedah pergerakan tangan yang dapat membezakan
bunyi-bunyi dengan melihat pergerakan bibir.

• Bentuk tangan :
- 8 bentuk tangan mengikut konsonan yang berbeza.
- 4 bentuk tangan berkaitan dengan huruf vokal.

Contohnya :

Bunyi huruf /p/ dan /b/ yang merupakan bunyi fitur distingtif ( /p/ dan /b/ berbeza dari segi
fitur, kerana /b/ bunyi bersuara, manakala /p/ bunyi tak bersuara ) seperti bunyi vokal dan
bunyi sengauan. Maka, tangan akan digerakkan hampir dengan muka penutur sebagai cara
untuk mengenal pasti bunyi-bunyi fonem distingtif.

Anda mungkin juga menyukai