Anda di halaman 1dari 2

Industri kraftangan semakin popular.

Ini kerana kraftangan merupakan satu aktiviti ekonomi penting


terutama di luar bandar. Huraikan langkah-langkah yang berkesan untuk memajukan industri di
Malaysia. 2. Industri kraftangan menghadapi banyak masalah. Bincangkan masalah yang dihadapi oleh
industri ini dan cadangkan cara-cara yang berkesan untuk mengatasi masalah ini.

Konsep : 1. Perusahaan kraftangan yang dikendalikan oleh penduduk tempatan. Satu bentuk
perusahaan yang menggunakan kemahiran dan kecekapan anggota badan untuk mengeluarkan hasil
daripada bahan-bahan tempatan seperti kayu, buluh,rotan, mengkuang dan tanah liat di samping
penggunaan bahan-bahan yang telah diproses seperti perak, tembaga,besi dan kain. 2. Hasil
pengeluaran ini berupa tongkat, bakul, raga, tikar,dulang, cawan, periuk, keris, batik, songket atau lain-
lain seumpamanya. Barang-barang ini boleh digunakan sebagai alat keperluan harian, perhiasan,
pakaian dan sebagainya.

Masalah : 1. Perusahaan yang berbentuk keluarga sahaja.Kemahirannya diperturunkan dari satu


generasi ke satu generasi yang lain. Mereka menjalankan kegiatan ini sebagai usaha sampingan. Tidak
dipentingkan oleh mereka yang terlibat. Contoh : perusahaan-perusahaan membuat batik, songket,
bahan-bahan perak dan tembaga di Kelantan dan Terengganu, perusahaan tekat-menekat di Perak dan
perusahaan membuat tembikar daripada tanah liat di Sarawak.

2. Perusahaan ini tinggal dalam keadaan yang mundur.Golongan muda-mudi kurang berminat untuk
meneruskan kegiatan ekonomi keluarga ini. Sebaliknya dengan taraf yang dimiliki serta nilai-nilai sosial
yang berubah, mereka lebih cenderung untuk bekerja di sektor-sektor yang lebih moden. Maka
golongan tua atau yang tidak berpelajaran terpaksa meneruskan usaha tersebut dengan daya
pengeluaran yang lembab dan mutu yang rendah. Ini ditambah pula dengan ketiadaan modal yang
secukupnya untuk memajukan perusahaan tersebut. Keadaan ini bertambah tergugatnya kedudukan
mereka apabila adanya persaingan yang hebat dengan barang-barang tiruan sama ada yang diproses
dalam negeri mahupun yang diimport. Contoh : dalam perusahaan batik.

3. Masalah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.Masalah-masalah itu ialah pengawalan mutu,


daya pengeluaran, pengurusan, penggunaan bahan-bahan mentah, tenaga kerja yang mahir, modal dan
pengeluaran barangan yang bermutu tinggi. Kebanyakan hasil kraftangan ini dijual dengan harga yang
tidak sama. Ini menyebabkan orang ramai tidak mempercayai penjual dan mereka tidak berani membeli
hasil kraftangan terutama pelancong.

Langkah : 1. Penubuhan Perbadanan Kemajuan Kraftangan kerajaan.Badan ini telah mengadakan


berbagai-bagai kemudahan untuk memenuhi objektif-objektif tersebut. Mengadakan program-program
latihan dalam berbagai-bagai aspek pengeluaran, kawalan mutu dan pemasaran kepada para pengusaha
dan bakal pengusaha. Matlamatnya untuk membantu meningkatkan hasil pengeluaran dan mutu
barangan kraftangan negara ini. Bertujuan untuk memajukan, menggalakkan dan mempergiatkan
pertukangan kraftangan ke arah mewujudkan kegiatan usahawan yang teguh dan kukuh. Membuka
pusat latihan dan melatih para belia dan beliawanis yang berminat. Memberi perhidmatan bimbingan
dan teknikal dan menyebarkan maklumat berkaitan dengan teknik pengeluaran baru, kawalan mutu,
pasaran dan beberapa aspek yang berkaitan. Hasil kraftangan ini dijual kepada pihak KEMAS untuk
dinilai sebelum dihantar ke gerai-gerai Karyaneka di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, kedai-kedai
Perbadanan Pelancongan, hotel-hotel dan sebagainya.

2. Pasaran diperluaskan dan program latihan.Langkah tegas yang lebih menyeluruh perlu dilaksanakan
dengan segera. Kerajaan perlu mewujudkan pasaran yang lebih luas di samping meningkatkan lagi
program latihan yang lebih intensi dalam aspek-aspek pengurusan, pengeluaran dan kawalan mutu.
Kerajaan hendaklah juga menubuhkan pusat-pusat perusahaan tangan yang berpotensi di kawasan-
kawasan desa dengan berdasarkan kemudahan- kemudahan yang ada seperti bahan asli, minat
penduduk dan bakat yang ada di kalangan mereka. Sejajar dengan ini, pusat-pusat latihan yang
berkenaan harus diperluaskan dan diperlengkapkan. Kemudahan-kemudahan ini hendaklah pula disusuli
dengan bantuan kredit, khidmat nasihat termasuk yang berhubung dengan pengawalan mutu dan
pemasaran.

3. PKKM telah membuat penyelidikan tentang pemasaran,kemajuan pengeluaran, harga,


pembungkusan, pengedaran dan usaha untuk meningkatkan mutu hasil ciptaan kraftangan. Untuk
mempertingkatkan usaha ini PKKM perlu bekerja keras dan mengambil langkah untuk menjamin hasil
kraftangan negara ini memenuhi permintaan dari dalam negeri dan luar negeri.

4. Majlis Amanah Rakyat atau MARA dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah memberi kemudahan
bagi mendapatkan sumber kewangan secara pinjaman untuk mengatasi masalah kewangan dan khidmat
nasihat. Pihak pemasaran telah dihantar ke luar negeri untuk memperkenalkan hasil kraftangan kita.
Tujuannya supaya negara-negara maju dapat memberi sumbangan baik dari segi modal, teknik ataupun
kepakaran. Perbadanan Kraftangan mengharapkan negara-negara maju akan menawarkan projek-projek
usahasama dengan pengusaha tempatan untuk memajukan industri kraftangan negara ini.

5. Pengusaha-pengusaha kraftangan tempatan perlulah berani dan bersedia menghadapi saingan


daripada pengusaha-pengusaha luar. Para pengusaha mestilah bersikap positif,dinamik dan terbuka
untuk pembaharuan dalam pengeluaran barangan kraftangan. Kejayaannya bukan sahaja dari segi
komersial malahan dari segi kemajuan negara. Syarikat korporat juga digalakkan untuk berkecimpung
dalam industri kraftangan dengan menanam modal bagi membina kilang kraftangan. Kesimpulan : 1.
Kerajaan bukan sahaja akan dapat membantu para pengusaha dan penduduk desa menambahkan
pendapatan dan menjamin masa depan mereka. Ini akan membolehkan Malaysia muncul sebagai
sebuah negara pengeluar hasil kraftangan yang bermutu dan boleh menambahkan pendapatan secara
keseluruhannya. Jadi, langkah ini dalam banyak hal akan merupakan satu bentuk pelaburan jangka
panjang untuk faedah semua.

Anda mungkin juga menyukai