Anda di halaman 1dari 15

AT20503 REVOLUSI INDUSTRI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN

SEMESTER 1 SESI PENGAJIAN 2019/2020

NAMA PENSYARAH:

DR. COLONIUS BIN ATANG

NAMA TUTOR:

CLINSON MOJIJANG

WAKTU TUTOR:

JUMAAT (3.00 PM – 4.00 PM)

TAJUK TUGASAN:

PENGARUH POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN

MEDIA MASSA DALAM KALANGAN PELAJAR UMS

NAMA NOM. MATRIK PROGRAM


NORATIKAH BINTI ISMAIL BA18110633 KOMUNIKASI

NUR NISYA IQLYMA’ BINTI SUHAIMI BA18110276 KOMUNIKASI

IZYAN INSYIRAH BINTI MOHD AYUB BA18110402 KOMUNIKASI


1.1 PENGENALAN

Media massa merupakan salah satu bentuk kemajuan teknologi dalam bidang informasi dan
komunikasi pada masa kini. Menurut Hafied Cangara dalam buku Pengantar Ilmu Komunikasi
(2000) menyebutkan bahawa, media adalah alat atau sarana yang digunakan untuk
menyampaikan pesan dari komunikator kepada khalayak (Cangara, 2002). Ada beberapa
pakar psikologi memandang bahawa dalam komunikasi antar manusia, maka media yang
paling dominan dalam berkomunikasi adalah panca indera manusia seperti mata dan telinga.
Pesan-pesan yang diterima oleh panca indera selanjutnya mesti diproses dalam fikiran
manusia untuk mengawal dan menentukan sikapnya terhadap sesuatu, sebelum dinyatakan
dalam tindakan. Selain itu, menurut Rod Holmgren dan William Norton di dalam bukunya iaitu
‘the mass media book’, media didefinisikan sebagai ‘communication channels that serve
people’ atau saluran komunikasi yang berkhidmat kepada orang awam ataupun masyarakat.
Menurut Schram pula, media ialah teknologi pembawa pesan yang dapat dimanfaatkan untuk
keperluan pembelajaran. Massa pula bermaksud jumlah yang banyak sekali. Maksudnya disini
sekumpulan orang yang banyak sekali.

Seterusnya media massa pula dapat dikatakan sebagai alat yang digunakan dalam
menyampaikan pesan dari sumber kepada khalayak (penerima) dengan menggunakan alat-
alat komunikasi seperti surat khabar, filem, radio dan televisyen. Jika khalayak tersebar tanpa
diketahui di mana mereka berada, maka biasanya media massa tersebut perlu digunakan
untuk menyebarkan sesuatu maklumat. Mengikut kamus dewan edisi keempat pula, media
massa merupakan pelbagai jenis alat komunikasi seperti televisyen, radio, surat khabar,
majalah dan sebagainya yang dapat menyampaikan maklumat seperti berita dan sebagainya
kepada orang ramai dengan lebih cepat serta dalam masa yang singkat (Alzahari, 2015). Hal
ini dapat dikatakan sebagai sebaran am kerana segala maklumat yang disampaikan adalah
secara lebih meluas. Terdapat pelbagai pandangan mengenai maksud media massa yang
dapat diperolehi dari pelbagai sumber. Hal ini dapat dilihat bahawa hubungan antara media
dengan masyarakat kini tidak boleh dipisahkan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kedua-
duanya saling berhubung rapat antara satu sama lain. Segala peristiwa yang berlaku di
sekeliling masyarakat adalah menjadi sumber maklumat dan berita bagi media massa pada
masa dulu dan sehingga sekarang.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN


Dalam era globalisasi ini, media massa memiliki pengaruh yang sangat kuat di setiap
dimensi kehidupan masyarakat. Sejajar dengan kemajuan teknologi komunikasi yang kian
pesat, maka kaedah komunikasi juga turut mengalami kepesatan perkembangannya. Media
massa merupakan saluran yang digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada
masyarakat. Terdapat dua jenis media massa iaitu media elektronik dan media cetak. Media
elektronik merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi elektronik untuk
diperolehi pengguna yang merangkumi televisyen, radio dan internet (Hamid, 2016). Media
cetak pula, merupakan sebuah media yang menyampaikan maklumat secara bertulis yang
memiliki manfaat kepada masyarakat atau kepada mereka yang suka menggunakannya
sebagai mencari maklumat tambahan. Media cetak tersebut merangkumi akhbar, majalah,
buku dan sebagainya. Kini, media elektronik seperti internet merupakan saluran yang paling
banyak digunakan oleh segelintir masyarakat untuk menyampaikan atau menerima maklumat
berkaitann sesuatu isu berbanding dengan zaman dahulu yang hanya masyarakat
menggunakan televisyen dan radio serta media cetak sahaja sebagai maklumat tambahan dek
kerana internet belum berkembang pada zaman tersebut.

Pengaruh media massa pada masa kini berbeza-beza terhadap setiap individu. Hal ini
dikatakan demikian kerana terdapat perbezaan di antara pola pemikiran, perbezaan sifat yang
memberi kesan kepada sikap, hubungan sosial setiap hari dan perbezaan budaya. Perkara
tersebut telah menyebabkan berlakunya perubahan-perubahan terhadap sosial baik secara
positif mahupun negatif. Penggunaan media massa yang baik mampu memberikan pengaruh
yang baik dalam diri setiap masyarakat. Sebaliknya, jika berlaku penyalahgunaan media
massa maka berlakunya pengaruh negatif yang menyebabkan gejala tidak sihat boleh berlaku.
Oleh itu jelaslah bahawa, keberadaan media massa dalam menyediakan informasi kearah
memacu perubahan serta telah banyak membawa pengaruh pada pola kehidupan masyarakat
kini. Media massa hanya berkembang daripada penggunaan budaya lisan, iaitu pengucapan
dan penyebaran maklumat daripada mulut yang kemudian ditambah menjadi senjata yang
lebih tajam iaitu melalui tulisan di media cetak. Daripada satu aspek, media sememangnya
merupakan agen perubahan masyarakat yang penting melebihi suara-suara yang lain.

1.3 ISU DAN PERMASALAHAN KAJIAN

Secara umumnya, masyarakat telah mengetahui sepintas lalu tentang gejala sosial
atau masalah-masalah keruntuhan akhlak yang sedang wujud dalam kalangan pelajar di
negara ini. Permasalahan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan perlu dihadapi dan
ditangani oleh masyarakat khususnya para pelajar itu sendiri dengan penuh hikmah dan
bijaksana. Hampir setiap hari kita juga dilaporkan oleh media dengan permasalahan sosial
yang ‘biasa’ berlaku seperti rogol, lari rumah, seks bebas, sumbang mahram, dadah, ponteng,
dera dan kes pukul. Isu gejala ini telah mendapat perhatian dan reaksi dari pelbagai pihak
khususnya pihak kerajaan, parti-parti politik, NGO dan juga badan-badan sukarela (Tamuri &
Ismail, 2004).

Permasalahan ini wujud apabila suasana yang tidak bermoral dan berakhlak wujud
dalam pelbagai aspek kehidupan dan dalam lapisan masyarakat bermula dari hubungan dan
pergaulan dalam keluarga, masyarakat hinggalah kepada aspek kepercayaan dan pegangan
hidup. Gejala sosial ini tidak terbatas kepada satu golongan atau lapisan masyarakat sahaja,
tetapi ianya berlaku di semua peringkat masyarakat seperti golongan muda, tua, kaya, miskin,
berpendidikan tinggi, tiada Pendidikan dan juga yang mempunyai Pendidikan agama.

Tidak dapat dinafikan lagi, media massa merupakan penyumbang utama kepada
keruntuhan moral di kalangan belia. Program televisyen khasnya lebih mementingkan hiburan
daripada maklumat. Tanyangan filem barat dan Hindustan contohnya telah menolak unsur-
unsur ketimuran yang sebati dalam jiwa masyarakat. Adegan-adegan lucah hanyalah sebagai
halwa mata bagi mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila sesuatu filem tersebut
dipertontonkan, sudah tentu golongan remaja terutamanya akan mudah terjebak dan mula
meniru gaya atau aksi artis pujaan mereka. Secara tidak langsung, perkara tersebut dapat
mencetus kemelut jati diri pelajar yang sedang mencari identiti seterusnya terlibat dalam
gejala seperti ini iaitu hindunisme (Mazlan, 2008).

Kajian ini penting kerana hasil kajian dapat mengenalpasti pengaruh media massa
dalam kehidupan masyarakat khususnya pelajar kerana pelajar merupakan asset penting bagi
melahirkan generasi muda yang bakal memimpin negara pada masa akan datang. Isu-isu
sosial masyarakat di negara ini sebenarnya timbul daripada pengaruh media massa.
Sehubungan dengan itu, permasalahan yang berlaku mendorong pengkaji untuk membuat
kajian mengenai ‘pengaruh positif dan negatif penggunaan media massa dalam kehidupan
masyarakat di Sabah’ dengan lebih mendalam lagi.

1.4 PERSOALAN KAJIAN


1) Apakah peranan media massa dalam mempengaruhi pelajar Universiti Malaysia Sabah
(UMS) dalam kehidupan mereka?
2) Apakah pengaruh negatif daripada media massa yang berlaku dalam kalangan pelajar
Universiti Malaysia Sabah (UMS) dapat dibendung?
3) Adakah pengaruh positif Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang perlu dilakukan agar
tidak mudah terpengaruh dengan media massa?

1.5 OBJEKTIF KAJIAN


1) Mengenalpasti peranan media massa dalam mempengaruhi pelajar Universiti Malaysia
Sabah (UMS).
2) Meneliti pengaruh negatif media massa dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia
Sabah (UMS).
3) Menganalisis pengaruh positif media massa dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia
Sabah (UMS).

1.6 SKOP KAJIAN

Kajian ini menetapkan dua skop kajian iaitu skop kawasan dan skop bidang.

Skop Huraian
Skop Kawasan Kawasan kajian akan berfokus di Kawasan
sekitar Universiti Malaysia Sabah iaitu di Kota
Kinabalu yang merupakan Kawasan yang
mempunyai ramai pelajar.
Skop bidang Kajian ini adalah dalam bidang komunikasi.
Fokus kajian adalah tentang pengaruh
penggunaan media massa dalam kehidupan
pelajar.

1.7 SOROTAN LITERATUR

Bahagian ini menerangkan tentang kajian lepas yang berkaitan dengan objektif kajian bagi
menerangkan dengan lebih jelas mengenai kajian ini.

Objektif 1: Mengenalpasti peranan media massa dalam mempengaruhi pelajar Universiti


Malaysia Sabah (UMS).
Tajuk, Tahun, Penulis Hasil Kajian

1. Kajian mengenai Dampak Media Dalam kajian ini, pengkaji menyatakan


terhadap Perilaku Masyarakat tentang media massa dan pengaruhnya
telah dijalankan oleh Ilah Solihah kepada rakyat. Secara mendalam, ia juga
pada tahun 2016. menjelaskan tentang fungsi pentingnya
media massa itu sendiri. Artikel itu juga
menyatakan bahawa media massa adalah
seperti pisau bermata dua. Ia mempunyai
kesan positi dan negatif. Pengkaji
menggunakan beberapa teori yang telah
disampaiakn oleh beberapa tokoh media
massa da menggambarkan beberapa fakta
dan tafsirnya.

2. Kajian mengenai Peranan Media Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif


dalam Pendidikan: Kajian iaitu melakukan kaedah penonton dan
Terhadap Drama Matahari Terbit analisis kandungan. Dalam kajian ini
Lagi telah dijalankan oleh pengkaji menggunakan pelbagai metode
Monika@Munirah Abd Razak, Nor dakwah telah dikenalpasti. Program yang
Hizwani binti Ahmad Thohir dan Nik dipertontonkan mampu mengubah persepsi
Mohd Zaim Ab Rahim pada tahun baik dan buruk masyarakat terhadap apa
2017. yang dilihat kepada mereka. Pengkaji
menyatakan bahawa media merupakan
suatu alat pertembungan idea yang akan
memberikan kesan yang besar kepada
masyarakat sama ada yang membawa
kebaikan atau keburukan.

3. Kajian mengenai Media Massa, Menurut pengkaji dalam aplikasinya,


Khalayak Media, The Audience berlangsungnya komunikasi dalam konteks
theory, Efek Media dan
fenomena Diskursif telah massa tersebut dilakukan dengan
dijalankan oleh Hasyim Ali Imran memanfaatkan media.
pada tahun 2012.

Objektif 2: Meneliti pengaruh negatif media massa dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia
Sabah (UMS).

Tajuk, Tahun, Penulis Hasil Kajian

1. Kajian mengenai Pengaruh Media Kajian ini dilakukan secara kualitatif serta
Massa terhadap Penampilan data soal selidik dianalisis secara deskriptif.
Akhlak Pelajar Islam Politeknik Pengkaji mendapati tahap para pelajar
Malaysia telah dijalankan oleh Wan terjejas oleh media massa. Oleh itu,
Norina Wan Hamat, Zaharah Hussin, implikasi kajian ini menunjukkan bahawa
Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff dan pelajar terutamanya harus memilih program
Ahmad Ariffin Sapar pada tahun yang sesuai dan menguruskan masa mereka
2013. dengan berkesan semasa menggunakan
media massa

2. Kajian mengenai Pengaruh Media Kajian ini dilakukan secara kuantitatif


Massa terhadap Pegangan Nilai dimana pengkaji menggunakan satu set
Akhlak Remaja: Kajian ke atas borang soal selidik. Dapatan kajian ini
Fakir Miskin di Kawasan Luar menunjukkan tidak wujud hubungan yang
Bandar telah dijalankan oleh Dr. Ab. signifikan antara minat pelajar kepada
Halim bin Tamuri dan Zarin bin Ismail bahan hiburan dalam media massa dengan
pada tahun 2004 peningkatan tahap pegangan akhlak
mereka. Kajian ini juga menunjukkan
bahawa pendedahan yang tinggi dan
berlebihan kepada media massa tidak
memberi sumbangan yang positif dalam
pegangan nilai-nilai akhlak pelajar fakir
miskin.
3. Kajian mengenai Pengaruh Dapatan kajian ini menunjukkan menonton
Keganasan Dalam Media program berunsur ganas dalam media telah
Terhadap Tingkah Laku Agresif menimbulkan masalah dalam pembentukan
Remaja telah dijalankan oleh Zaleha tingkah laku agresif dalam kalangan remaja.
Binti Yaacob pada tahun 2010. Menurut Ismail (1999), isu agama dan
budaya menjadi penting kerana sejak
kebelakangan ini terdapat bukti-bukti yang
menunjukkan bahawa berlakunya hakisan
terhadap nilai-nilai budaya agama dan
budaya positif orang Melayu

Objektif 3: Menganalisis pengaruh positif media massa dalam kalangan pelajar Universiti
Malaysia Sabah (UMS).

Tajuk, Tahun, Penulis Hasil Kajian


1. Kajian mengenai Pengaruh Media Menurut pengkaji, dalam kajian ini
Massa terhadap Perubahan menunjukkan kandungan media massa
Sosial Masyarakat telah dijalankan yang paling diminati oleh pelajar atau
oleh Sohana Abdul Hamid Pada tahun golangan remaja ialah bahan berbentuk
2016. hiburan. Ini terbukti dengan hasil kajian
yang dilakukan oleh Ab. Halim Tamuri et. al.
(2006), Shamsudin A. Rahim (2001), Mohd
Ali Iksan (2010) dimana hasil dapatan kajian
mereka menunjukkan bahan media massa
berbentuk hiburan yang paling diminati oleh
remaja yang juga dikategorikan dalam
kalangan pelajar. Di mana pengaruh
hiburan kearah keseronokan jadi pilihan
utama masyarakat berbanding slot agama
dan wacana ilmu.

2. Kajian mengenai Kandungan Kajian ini dilakukan secara kuantitatif


Bahan dalam Media Massa yang dimana pengumpulan data dilakukan
Menarik Minat Pelajar: Kajian di dengan menggunakan edaran borang soal
SMK Daerah Pasir Puteh, selidik dan data dianalisis secara deskriptif.
Kelantan telah dijalankan oleh Pengkaji mendapati sukan merupakan
Noradilah Abdul Wahab, Mohd Sani antara siaran yang paling digemari oleh
Ismail dan Rossidi Usop pada tahun responden kajian. Namun dapatan ini sedikit
2018. bercanggah dengan kajian yang telah
dijalankan oleh Azizi

3. Kajian mengenai Pengaruh Media Kajian ini dilakukan melalui data-data


dalam Dialog Kehidupan: deskriptif kaedah kualitatif pensampelan.
Perspektif Pengalaman Saudara Kajian kes ini dilakukan dengan temubual 20
Baru telah dijalankan oleh Azarudin orang responden. Menurut pengkaji, hasil
bin Awang, Khadijah Mohd kajian ini menunjukkan bahawa pengaruh
media memberi kesan yang tersendiri dalam
Khambali@Khambali pada tahun kalangan saudara baru untuk memahami
2015. agama Islam. Menurut Ghazali (2008) pula,
beliau menyatakan bahawa pengaruh media
massa seperti muzik dan lakonan menjadi
medium penghibur untuk merehatkan
fikiran. Justeru pengalaman dialog
kehidupan yang dilalui oleh komuniti
saudara baru lebih bermakna kerana
peserta dapat menilai sendiri kebenaran
konsep tersebut.

4. Kajian mengenai Pengaruh Media Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif


Massa Terhadap Akhlak Pelajar iaitu kajian lapangan dengan menggunakan
telah dijalankan oleh Abdul Munir instrument soal selidik dan kaedah kualitatif
Ismail pada tahun 2016. iaitu kajian perpustakaan untuk
mendapatkan data kajian. Kajian dianalisis
secara deskriptif. Pengkaji mendapati kesan
media massa terhadap akhlak pelajar masih
berada di tahap baik. Menurut Salahudin
Suyurno (2007), media massa merupakan
mekanisme bagi menyampaikan mesej
dakwah kepada masyarakat Islam. Bagi
membentuk akhlak pelajar, media boleh
digunakan sebagai alat motivasi yang
berkesan. Menurut Naim Ahmad (2006),
media dikategorikan sebagai cara terbaik
dalam mengajak manusia untuk
memperkasa dan menerapkan ajaran serta
nilai Islam secara terancang.

1.8 METODOLOGI KAJIAN

Dalam kaijan ini, pengkaji telah menggunakan kaedah pengumpulan data iaitu dengan
menggunakan data sekunder. Data sekunder ini boleh diperolehi daripada kajian lepas,
majalah, jurnal, artikel, dan pencarian internet. Selain itu, pengkaji juga perlu mengumpulkan
data dengan melawat perpustakaan, pusat arkib atau membaca banyak buku yang berkaitan
dengan penyelidikan yang pengkaji jalankan. Pengkaji menggunakan kaedah sekunder ini
kerana masa dan kos yang diperlukan untuk pengkaji mengelaskan masalah dan menilai data
agak kurang berbanding dengan pengumpulan data sekunder. Selain itu, kajian yang dibina
oleh pengkaji ini, merupakan kajian yang bersifat deskriptif atau merupakan kajian yang
dibuat berdasarkan gambaran yang telah sedia ada. Ia juga dikategorikan sebagai kajian yang
berbentuk kuantitatif dan kualitatif.

Dalam menghasilkan kajian ini juga, pengkaji telah menyediakan reka bentuk kajian
agar kajian yang dilakukan tersusun. Reka bentuk kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah
lebih menjurus kepada cara serta bagaimana untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan-
persoalan kajian yang telah ditimbulkan. Ia juga merupakan metod untuk mendapatkan
objektif-objektif kajian yang cuba dicapai oleh pengkaji. Justeru itu, bagi mencapai objektif
ini, pengkaji sedaya upaya cuba untuk membuat dan mengadakan kaedah serta cara untuk
merialisasikan tujuan penyelidikan. Pada peringkat permulaan, penyelidikan melakukan
kajian-kajian dan tinjauan-tinjauan terhadap beberapa penyelidikan yang telah dihasilkan
sebelum ini. Ia bagi mengelakkan berlakunya pertindihan tajuk dan isi-isi antara penyelidikan
yang lain dengan penyelidikan yang pengkaji jalankan.

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN

Dengan adanya kajian ini, dapat memberi banyak manfaat kepada pengkaji, individu-
individu, para pelajar dan masyarakat sekeliling itu sendiri dan kepada generasi akan datang.
Selain itu, pengkaji juga turut memperolehi ilmu pengetahuan dan dapat mengetahui
perkembangan mengenai masalah penggunaan media massa dalam kalangan pelajar ini dari
aspek pengaruh positif dan negatif madia massa dalam kalangan masyarakat khususnya para
pelajar mahupun remaja yang mudah terpengaruh dengan media massa kini. Melalui kajian
ini, pengkaji juga berharap dapat menyumbangkan idea-idea kepada pengkaji-pengkaji yang
ingin menjalankan penyelidikan seterusnya mengenai topik ini.

Selain daripada itu, hasil kajian ini juga dapat menambahkan lagi sumber bahan
rujukan dan menjadi panduan asas kepada pengkaji-pengkaji akan datang. Pengkaji
mengharapkan agar kajian ini dapat membantu dan memberikan kemudahan kepada para
penyelidik yang membuat kajian mengenai kajian pengaruh positif dan negatif media massa
dalam kehidupan masyarakat terutamanya para pelajar mahupun remaja. Kajian ini juga
penting kerana ianya boleh membantu masyarakat terutamanya para pelajar untuk
mengetahui pengaruh yang negatif dan positif media massa supaya mereka sentiasa peka
terhadap pengaruh yang berlaku.

1.10 KESIMPULAN

Kesimpulannya, media massa ini amat berpengaruh dalam masyarakat dalam apa jua
keadaan termasuklah untuk melestarikan kehidupan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian
kerana, media massa pada asalnya bersifat sekadar untuk menyebarkan maklumat dan
komunikasi semata-mata. Namun media massa juga turut menjadi sumber hiburan dan kini
media massa terus bergerak mengalami transformasi bukan sekadar sebagai perantara
menyebarkan maklumat dan hiburan, tetapi juga sebagai sumber bagi pelbagai aktiviti lain
termasuk baik dan buruk. Daripada satu aspek, media massa sememangnya merupakan agen
perubahan masyarakat yang penting melebihi suara-suara lain. Justeru media massa
mempunyai potensi yang sangat besar dalam menyalurkan nilai-nilai yang positif dan murni
kepada semua golongan masyarakat. Ini kerana masyarakat kini menjadikan media massa
sebagai wadah untuk mencari maklumat, memahami apa yang tidak didapati di sekolah
ataupun rumah dan mencernakan maklumat tersebut menjadi fahaman dan pegangan
mereka. Apa-apa sahaja medium yang bergerak dalam masyarakat mempunyai
tanggungjawab sosial yang besar dalam membawa masyarakatnya kearah yang lebih
bertamadun dan bukannya menjatuhkan martabat atau merosakkan masyarakat.

Dalam konteks semasa, pengaruh media massa akan dipengaruhi dari sejauh mana
pengguna media massa ini memiliki pengetahuan yang cukup dan menghargai dengan baik
media itu sendiri. Media massa bukan sahaja membawa pengaruh yang positif dalam kalangan
pelajar, namun dengan penyalahgunaan media massa kini, media massa dapat membawa
pengaruh negatif dalam kalangan pelajar. Secara keseluruhannya dapat kita lihat bahawa
media massa sememangnya mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan harian
kita. Malah media juga dapat mendatangkan kesan yang positif mahupun negatif. Hal ini
dikatakan demikian kerana setiap kebaikan pasti akan ada keburukannya. Namun, kesan yang
dibawa oleh media massa dapat diseimbangkan dan bergantung atas diri pengguna atau
khalayak sendiri dalam memilih untuk mendapatkan manfaatnya. Kecanggihan teknologi pada
masa kini juga berkembang dengan pantas seiring dengan perkembangan media dan
diharapkan dapat melahirkan sebuahn masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
dalam menilai mesej yang baik atau buruk yang disalurkan oleh media massa.
Ibubapa seharusnya memainkan peranan yang penting dalam menentukan media yang
sesuai untuk anak-anak mereka bagi mengikut kesediaan tahap umur dan kematangan bagi
menilai kesan baik dan buruk media yang disajikan. Bimbingan dan pemantauan ibubapa
dalam memberi ruang media yang sesuai diharap dapat memberikan kesan baik media di
samping dapat menolak gejala yang tidak sihat menular dengan cepat bagi mempengaruhi
kanak-kanak. Setiap manusia mempunyai akal yang waras bagi membolehkan kita berfikir
dengan menilai mana yang baik atau yang buruk. Jika kita sentiasa berfikiran positif, maka
terdapat pelbagai manfaat kita akan perolehi. Biarlah kita mengawal media jangan sampai
media mengawal diri kita yang boleh mendatangkan kesan buruk dalam kehidupan kita.

1.11 RUJUKAN

Abdul Munir Ismail. (2016). Pengaruh Media Massa Terhadap Akhlak Pelajar. Perak:
International Conference On Education, Islamic Studies And Social Sciences
Research, At Unsyiah, Banda Aceh Indonesia. Diakses pada 17 November 2019.

Alzahari, A. (2015, February 24). https://www.scribd.com/document/256787486/DEFINISI-


MEDIA-MASSA. Retrieved from https://www.scribd.com. Diakses pada 17 November
2019.

Azarudin bin Awang dan Khadijah Mohd Khambali@Khambali (2015). Pengaruh Media dalam
Dialog Kehidupan: Perspektif Pengalaman Saudara Baru. Journal Komunikasi,
vol. 31, no. 2, ms 47-60.
Cangara, H. (2002). Pengantar Ilmu Komunikasi. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada.

Dr. Ab. Halim bin Tamuri dan Zarin bin Ismail. (2004). Pengaruh Media Massa terhadap
Pegangan Nilai AKhlak Remaja: Kajian ke atas Fakir Miskin di Kawasan Luar Bandar. UUM
Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository.

Hasyim Ali Imran. (2012). Media Massa, Khalayak Media, The Audience Theory, Efek isu Media
dan Fenomena Diskursif. Jurnal Studi Komunikasi dan Media, vol. 16, no.1, ms
47-60.

Ilah Solihah. (2016). Dampak Media terhadap Perilaku Masyarakat. Jurnal Studi Gender dan
Anak, vol.3, no.1, ms 103-111.

Mazlan. (2008, Mac 25). https://mazlan66.wordpress.com/2008/03/25/media-massa-


merupakan-antara-faktor-berlakukan-gejala-sosial/. Retrieved from
https://mazlan66.wordpress.com. Diakses pada 18 November 2019.

Monika@Munirah Abd Razzak, Nor Hizwani binti Ahmad Thohir dan Nik Mohd Zaim Ab Rahim.
(2017). Peranan Media dalam Pendidikan: Kajian Terhadap Drama Matahari
Terbit Lagi. Proceeding of International Seminar On Tarbiyah 2017, Institut Agama
Islam Negeri Bukittinggi, Indonesia, eISBN: 978-967-2122-55-5, ms 93-109.

Noradilah Abdul Wahab, Mohd Sani Ismail dan Rossidi Usop. (2018). Kandungan Bahan dalam
Media Massa yang Menarik Minat Pelajar: Kajian di SMK Daerah Pasir Puteh,
Kelantan. Asian People Journal (APJ), vol. 1, no. 2, ms 84-90.

Sohana Abdul Hamid. (2016). Pengaruh Media Massa terhadap Perubahan Sosial Masyarakat.
Journal of Social Sciences and Humanities, vol. 13, no. 4, ms 214-225.

Tamuri, D. A., & Ismail, Z. B. (2004, January 15). http://repo.uum.edu.my/1821/1/15.pdf.


Retrieved from repo: http://repo.uum.edu.my. Diakses pada 18 November 2019.

Wan Norina Wan Hamat, Zaharah Hussin, Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff dan Ahmad Arifin
Sapar. (2013). Pengaruh Media Massa terhadap Penampilan Akhlak Pelajar
Islam Politeknik Malaysia. The Online Journal of Islamic Education, Vol. 1, no. 1, ms
18-25.

Zaleha Yaacob. (2010). Pengaruh Keganasan Dalam Media Terhadap Tingkah Laku Agresif
Remaja. http://eprints.utm.my/id/eprint/28729/1/ZalehaYaacobMFP2010.pdf.
Diakses pada 19 November 2019.

Anda mungkin juga menyukai