Anda di halaman 1dari 22

12 Ciri Negara Rahmah

Ciri Pertama : Kepemimpinan Negara yang Kompeten


dan Berintegriti
Deskripsi: Kepemimpinan yang terbaik dan berwibawa, memiliki kebolehan dan kemahiran
tadbir urus yang terbaik sehingga mampu mengangkat negara dan rakyat maju ke hadapan.

ِ ‫قَا َل ۡت ِإحۡ دَىٰ ُه َما ٰ َيٓأ َ َب‬


‫ت ٱسۡ ت َۡـٔ ِج ۡر ۖهُ ِإنﱠ خ َۡي َر َم ِن ٱسۡ ت َۡـٔ َج ۡرتَ ۡٱلقَ ِو ﱡ‬
ُ‫ي ۡٱﻷَمِ ين‬

Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambillah dia
memjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang
ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.” (Surah al-Qasas, Ayat 26)

ۖ ِ ‫قَا َل ٱجۡ َع ۡلنِي َع َل ٰى َخزَ آئ ِِن ۡٱﻷ َ ۡر‬


ٌ ‫ض ِإنِّي َحفِي‬
‫ِيم‬ٞ ‫ظ َعل‬

Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir);


sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara
mentadbirkannya.” (Surah Yusuf, Ayat 55)

‫ فقد خان ﷲ ورسوله‬،‫من ولي من أمر المسلمين شيئًا فولى رجﻼً وهو يجد من هو أصلح للمسلمين منه‬

“Barang siapa yang memimpin suatu urusan kaum Muslimin lalu ia mengangkat seseorang
padahal ia menemukan orang yang lebih pantas untuk kepentingan umat Islam daripada
orang itu, maka dia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya.” (HR Hakim dalam kitab
Sahihnya)

Ia membawa makna, seorang pemimpin yang terbaik, memiliki kekuatan iman, kelayakan,
kebolehan dan kemahiran tadbir urus yang terbaik sehingga mampu mengangkat negara dan
rakyat maju ke hadapan dengan cepat, berkembang dalam semua bidang dan lapangan secara
teratur dan pesat, keperibadian pemimpin yang menjadi contoh terbaik kepada rakyat untuk
diikuti, kuat, berilmu, berani, tegas, adil, sentiasa mengamalkan syura dengan baik, seorang
abid yang warak, memiliki akhlak-akhlak batin yang terpuji, sentiasa menyantuni seluruh
rakyat yang dipimpini, memelihara kelestarian alam sekitar secara berterusan.

Dia merupakan seorang pemimpin yang berwibawa, tidak curang, bertanggungjawab, adil
kepada semua rakyat dalam semua keadaan, tidak mengambil kesempatan daripada
kedudukannya untuk kepentingan dirinya, keluarga atau penyokong tegarnya sama sekali,
tunduk dan patuh kepada tuntutan Islam dalam semua keadaan.

Contoh terbaik kepada kepimpinan yang kompeten dan berintegriti ialah Saidina Abu Bakar
al-Siddiq RA dan Saidina Umar al-Faruq RA. Kedua-duanya contoh terbaik yang pernah
lahir dalam sejarah sebagai hasil didikan Nabi Muhammad SAW, dua Khalifah al-Rasihidin
yang telah memerintah negara Islam selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW dengan
adil.

Negara Islam di bawah kepimpinan Saidina Abu Bakar berjaya mengatasi kemelut dalaman
dalam negara di peringkat awal, menewaskan golongan yang enggan membayar zakat,
golongan murtad, golongan yang mendakwa diri sebagai nabi-nabi baru selain Muhammad
SAW. Selepas itu, baginda memulakan usaha-usaha dakwah dan perluasan daerah negara
Islam ke luar semenanjung Arab.

Saidina Umar al-Faruq pula telah meneruskan usaha-usaha Abu Bakar memperluas dakwah
dan daerah-daerah penguasaan Islam ke utara Afrika, Asia Minor (Anatolia) dan Asia Tengah
juga banjaran Hindukush, meletakkan batu asas yang kuat kepada pentadbiran negara yang
berjaya dan berkembang maju, menerusi pembahagian wilayah yang dikepalai oleh para
gabenor yang kompeten dan berintegriti, pembagunan pelbagai jabatan dan institusi yang
bertanggungjawab menguruskan berbagai-bagai urusan negara, mengekalkan para sahabat
Rasulullah SAW yang berpengaruh terus bermukim di daerah Hijjaz, sekitar kota Makkah
dan al-Madinah al-Munawwarah bagi menjamin kestabilan pemerintahan.

Faktor kepimpinan yang kompeten dan berintegriti, pemimpin yang soleh ini merupakan
faktor utama dan kunci kepada perkembangan dan kemakmuran sesebuah negara. Saidina
Umar pernah ditanya: “Apakah sesebuah negara yang majoriti rakyatnya soleh boleh
berhadapan dengan fitnah, berbagai-bagai kemelut dan bencana? Jawapan beliau: “Boleh,
sewaktu golongan yang jahat memimpin golongan majoriti yang soleh tersebut.”

Ciri Kedua: Pemerintahan yang Berasaskan Semak dan


Imbang yang Berkesan
Deskripsi: Membudayakan amalan syura, membuka ruang luas kepada semakan dan
penilaian semula terhadap semua ketetapan agar tindakan lebih tepat dan menghasilkan
impak yang terbaik.

َ‫صي َحةُ قُ ْلنَا ل َِم ْن قَا َل ِ ﱠ ِ َو ِل ِكتَا ِب ِه َول َِر ُسو ِل ِه َو ِﻷَئِ ﱠم ِة ْال ُم ْسلِمِ ين‬
ِ ‫صلﱠى ﱠ ُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل ال ِد ّينُ النﱠ‬ ‫ي ِ أَ ﱠن النﱠ ِب ﱠ‬
َ ‫ي‬ ّ ‫َع ْن تَمِ ٍيم الد ِﱠار‬
‫َو َعا ﱠمتِ ِه ْم‬

Daripada Tamim ad-Dari bahawa Nabi SAW bersabda: “Agama itu adalah nasihat.” Kami
bertanya, “Nasihat untuk siapa?” Beliau menjawab, “Untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya,
dan para pemimpin kaum Muslimin, serta kaum awam mereka.” (HR Muslim)

َ‫ُور ٰى َب ۡينَ ُه ۡم َومِ ﱠما َرزَ ۡق ٰنَ ُه ۡم يُن ِفقُون‬


َ ‫صلَ ٰوة َ َوأَ ۡم ُره ُۡم ش‬
‫َوٱلﱠذِينَ ٱسۡ ت َ َجابُواْ ل َِر ِبّ ِه ۡم َوأَقَا ُمواْ ٱل ﱠ‬

“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut
perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka
dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian
dari apa yang Kami beri kepadanya.” (Surah Asy-Syura, Ayat 38)

Pemerintah ini mestilah membudayakan amalan syura dalam pentadbirannya, semua tindakan
dan langkah-langkah kerajaan diputuskan dan dilaksana menerusi pendekatan perundingan
agar ketetapan yang terhasil daripada pendekatan ini sesuatu yang terbaik, relevan dengan
masa dan suasana, menyelesaikan masalah yang dihadapi, menyediakan kebijakan yang
bertepatan dengan cabaran yang ingin ditangani.
Ia membuka ruang yang luas kepada semakan dan penilaian semula secara berkala terhadap
semua ketetapan yang telah diputuskan sebelumnya agar tindakan yang dilaksanakan lebih
tepat dan menghasilkan impak yang terbaik.

Pandangan golongan pakar dirujuk, nasihat golongan yang berpengalaman sentiasa diambil
kira, pengajaran daripada sejarah kekal memandu setiap tindakan pemerintah bagi
mewujudkan sebuah negara yang berkembang maju secara berterusan.

Dalam suasana sebegini, negara sentiasa dibekalkan dengan maklumat-maklumat mutakhir


dan cadangan-cadangan solusi daripada pusat-pusat kajian dasar, pusat-pusat kecemerlangan
dan pelbagai badan-badan penyelidikan yang berwibawa.

Pihak pemerintah sentiasa terbuka kepada kritikan-kritikan yang mengalir masuk daripada
berbagai-bagai pihak yang peka dengan situasi negara dan masalah-masalah yang
dihadapinya, mendengar cadangan-cadangan solusi yang mereka kemukakan.

Budaya syura ini perlu diamalkan di semua peringkat pentadbiran negara agar semua pihak
bertindak dan berkerja dalam ruang lingkup keluasan pematuhan syariah, membudayakan
permuafakatan sesama pemegang taruh agar perundingan ini melahirkan kerjasama dan
dukungan semua pihak mendepani permasalahan yang sedang atau akan dihadapi negara dan
rakyat.

Mengemukakan nasihat kepada pihak pemerintah merupakan hak rakyat. Pemerintah mesti
mengambil kira nasihat daripada dewan permesyuaratan/legislatif yang mewakili rakyat, ia
merupakan dewan tertinggi yang diberi mandat bagi menentukan, meminda undang-undang
tubuh negara (perlembagaan), peraturan dan prosedur, polisi-polisi dan dasar-dasar bagi
sesebuah negara.

Seluruh institusi kenegaraan bekerja secara profesional dalam bidang masing-masing, saling
melengkapi antara satu sama lain secara berimbangan, tanpa melangkaui batas-batas yang
telah diperuntukkan agar jentera pentadbiran negara dapat berfungsi dengan baik dalam
menjana kemajuan negara dalam semua bidang secara berterusan.

Menerusi semak dan imbang yang berkesan, penyelewengan dapat dihindarkan,


penyalahgunaan kuasa dan kedudukan dapat dihalang dalam pentadbiran negara, birokrasi
dapat diatasi dengan sebaik-baiknya, pelantikan pegawai-pegawai petugas berlangsung secara
telus berasaskan kelayakan dan integriti mereka.

Ciri Ketiga: Tadbir Urus yang Baik


Deskripsi: Pembahagian peranan secara saksama, pelantikan pegawai yang amanah, mahir
dan cekap, serta pembentukan jentera pentadbiran yang mampu menggalas tanggungjawab.

“ ‫“ السياسة الشرعية هى تدبير اﻻمام القوام لشئون الرعية المشتركة حسب مقاصد الشريعة‬
“Siasah syar’iyyah ialah pengurusan seorang pemimpin yang adil terhadap urusan-urusan
yang dikongsi bersama oleh semua rakyat sejajar dengan kehendak-kehendak syariah.” (Dr
Mohd Naim Yasen, Muzakkirah Siasah Syar’iyyah)

Ia merupakan hasil daripada kepimpinan negara yang kompeten dan berintegriti, telus dan
bertanggungjawab, melaksanakan tanggungjawab pengurusan negara dengan baik menerusi
pembahagian tugasan dan peranan secara saksama, pelantikan pegawai-pegawai dan petugas-
petugas yang amanah, mahir dan cekap, pembentukan jentera pentadbiran yang mampu
menggalas tanggungjawab dalam bidang masing-masing dengan tuntas, amanah dan cekap,
saling bekerjasama menjayakan usaha-usaha bagi membangunkan sebuah negara Malaysia
baru, negara rahmah mithali.

Ia dapat berdiri di tengah-tengah dunia sebagai sebuah negara contoh dan berjaya yang
mampu dibangunkan oleh umat Islam yang telah dapat menguruskannya dengan baik, bebas
lepas daripada amalan salah guna kuasa dan kedudukan, dipandu kepentingan agenda umat
dan rakyat, mengangkat taraf hidup mereka, hidup mulia dan merdeka, dihormati dan
disanjung tinggi di peringkat dunia antarabangsa.

Sebuah negara yang menyantuni seluruh rakyatnya, membangunkan mereka menerusi sistem
pendidikan yang holistik, bersepadu, mengembangkan seluruh potensi-potensi dan bakat-
bakat mereka ke arah pembangunan kemahiran, kepakaran, ketrampilan dan keupayaan-
keupayaan baru secara berterusan agar dapat melibatkan diri bersama-sama membangunkan
negara yang lebih baik, mampu berkembang maju dengan cepat, mampu bersaing di
peringkat antarabangsa dalam relung-relung kegiatan yang strategik, mandiri dan berdikari,
memacu pengembangan teknologi-teknologi baru yang bersifat damai, mengkhidmati umat
manusia dan dunia sejagat.

Ciri Keempat: Undang-Undang yang Adil


Deskripsi: Menyantuni rakyat dengan undang-undang yang adil dalam semua keadaan,
menjadikan kehidupan rakyat sejahtera, memiliki kedudukan yang setara, hak dan
tangungjawab yang sama.

َ ۚ ‫ب لِلتﱠ ۡق َو ٰ ۖى َوٱتﱠقُواْ ٱ ﱠ‬ ۡ ْ‫شنَـا ُن َق ۡو ٍم َع َل ٰ ٓى أَ ﱠﻻ ت َعۡ ِدلُو ۚا‬


ُ ‫ٱع ِدلُواْ ه َُو أَ ۡق َر‬ ُ ِ ‫ٰيَٓأَيﱡ َها ٱلﱠذِينَ َءا َمنُواْ ُكونُواْ قَ ٰ ﱠومِ ينَ ِ ﱠ‬
َ ‫ش َهدَآ َء بِ ۡٱل ِقسۡ طِۖ َو َﻻ يَ ۡج ِر َمنﱠ ُك ۡم‬
ُ ۢ ‫ِإنﱠ ٱ ﱠ َ َخ ِب‬
َ‫ير ِب َما تَعۡ َملُون‬

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang
yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-
kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan
keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih
hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Ma’idah, Ayat 8)

‫سمِ ي ۢ َعا‬ ُ ‫اس أَن تَحۡ ُك ُمواْ ِب ۡٱل َع ۡد ۚ ِل ِإ ﱠن ٱ ﱠ َ ِن ِع ﱠما َي ِع‬


َ َ‫ظ ُكم ِب ۗ ِ ٓۦه ِإ ﱠن ٱ ﱠ َ َكان‬ ِ َ‫ِإ ﱠن ٱ ﱠ َ َي ۡأ ُم ُر ُك ۡم أَن ت ُ َؤدﱡواْ ۡٱﻷ َ ٰ َم ٰن‬
ِ ‫ت ِإ َل ٰ ٓى أَ ۡه ِل َها َو ِإذَا َحكَمۡ تُم َب ۡينَ ٱلنﱠ‬
‫ص ٗيرا‬ ِ َ‫ب‬
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada
ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara
manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan
(suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya
Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (Surah An-Nisaa’, Ayat 58)

‫ظلُ َماتٌ َي ْو َم ْال ِق َيا َم ِة‬


ُ ‫ظ ْل َم‬
‫ظ ْل َم فَإ ِ ﱠن ال ﱡ‬
‫سلﱠ َم َقالَ اتﱠقُوا ال ﱡ‬
َ ‫صلﱠى ﱠ ُ َعلَ ْي ِه َو‬ ُ ‫ع ْن َجا ِب ِر ب ِْن َع ْب ِد ﱠ ِ أَ ﱠن َر‬
َ ِ ‫سو َل ﱠ‬ َ

“Hindarilah kezaliman, kerana kezaliman itu adalah mendatangkan kegelapan pada hari
kiamat kelak!” (HR Muslim)

Menyantuni rakyat dan warga dengan undang-undang yang adil dalam semua keadaan dan
masa, menjadikan kehidupan rakyat aman dan sejahtera, semua mereka memiliki kedudukan
yang setara, hak-hak dan tangungjawab-tangungjawab yang sama, berpeluang meningkatkan
taraf kehidupan masing-masing ke satu tahap yang lebih tinggi dan lebih sempurna lagi.

Tidak ada diskriminasi antara mereka, semuanya akan menerima layanan yang sama dan
saksama, dijamin boleh memperolehi hak-hak masing-masing menerusi prosedur-prosedur
yang telah ditetapkan, kesemua rakyat dinaungi di bawah satu sistem kehakiman yang sama
dan saksama.

Undang-undang yang dikuatkuasakan digubal secara saksama oleh kumpulan pakar-pakar


perundangan dan hukum yang mematuhi syariah. Pandangan rakyat serta pemegang taruh
dalam bidang-bidan khusus dirujuk. Bagi menangani keperluan negara dan rakyat berbilang
kaum dan agama di Malaysia, tiga (3) peruntukan undang-undang perlu diwujudkan:

1. Peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas seluruh rakyat, Muslim dan bukan
Muslim.
2. Peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas rakyat yang beragama Islam
sahaja.
3. Peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas rakyat bukan Muslim sahaja.

Tidak ada kumpulan atau institusi yang terlepas daripada penguatkuasaan undang-undang,
pemerintah, rakyat dan institusi, kesemuanya berada di bawah payung undang-undang
negara. Mahkamah-mahkamah dalam negara akan memastikan penguatkuasaan undang-
undang ke atas semua, walaupun dalam kes-kes tertentu, penyelesaian di luar mahkamah
boleh dilakukan.

Ciri Kelima: Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak dan


Penyayang
Deskripsi: Rakyat memiliki disiplin dan kualiti masyarakat yang progresif, terasuh dengan
nilai-nilai kehidupan yang mulia dan sentiasa berbekal dengan maklumat yang benar.

‫ط َب ُه ُم ۡٱل ٰ َج ِه ُلونَ قَالُواْ َس ٰلَ ٗما‬ ِ ‫شونَ َع َلى ۡٱﻷ َ ۡر‬


َ ‫ض ه َۡو ٗنا َو ِإذَا خَا‬ ُ ۡ‫ٱلر ۡح ٰ َم ِن ٱلﱠذِينَ يَم‬
‫َوعِ َبادُ ﱠ‬
“Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredai-Nya), ialah mereka yang berjalan di
bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab,
hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat
daripada perkara yang tidak diingini;”

ُ ‫َوٱلﱠذِينَ يَ ِبيتُونَ ل َِر ِبّ ِه ۡم‬


‫س ﱠجدٗ ا َوقِ ٰيَ ٗما‬

“Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan
mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.”

‫عذَابَ َها َكانَ غ ََرا ًما‬ َ َ‫َوٱلﱠذِينَ يَقُولُونَ َر ﱠبنَا ٱصۡ ِر ۡف َعنﱠا َعذ‬
َ ‫اب َج َهنﱠ ۖ َم ِإنﱠ‬

‫إِنﱠ َها َسا ٓ َء ۡت ُمسۡ ت َ َق ٗ ّرا َو ُمقَ ٗاما‬

“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab
neraka Jahannam daripada kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan.
Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk.”

‫َوٱلﱠذِينَ إِذَآ أَنفَقُواْ لَ ۡم يُسۡ ِرفُواْ َولَ ۡم يَ ۡقت ُ ُرواْ َو َكانَ َب ۡينَ ٰذَلِكَ قَ َو ٗاما‬

“Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya,
tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka
adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.”

‫ونَ َو َمن يَ ۡف َع ۡل ٰذَلِكَ َي ۡلقَ أَثَ ٗاما‬ ٰ


ِ ّ ‫س ٱلﱠتِي َح ﱠر َم ٱ ﱠ ُ ِإ ﱠﻻ ِب ۡٱل َح‬
ۚ ُ‫ق َو َﻻ َي ۡزن‬ َ ‫َوٱلﱠذِينَ َﻻ يَ ۡدعُونَ َم َع ٱ ﱠ ِ ِإلَ ًها َءاخَ َر َو َﻻ يَ ۡقتُلُونَ ٱلنﱠ ۡف‬

“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak
membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang
dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian,
akan mendapat balasan dosanya.”

‫اب يَ ۡو َم ۡٱل ِق ٰيَ َم ِة َويَ ۡخلُ ۡد فِي ِهۦ ُم َهانًا‬


ُ َ‫ضعَ ۡف لَهُ ۡٱلعَذ‬
َ ٰ ُ‫ي‬

“Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam
azab itu dengan menerima kehinaan.”
ٓ
ٗ ُ‫ت َو َكانَ ٱ ﱠ ُ َغف‬
‫ورا ﱠر ِح ٗيما‬ َ ‫صلِحٗ ا فَأ ُ ْو ٰ َلئِكَ ُي َب ِّد ُل ٱ ﱠ ُ َس ِيّـات ِِه ۡم َح‬
ٖۗ َ‫س ٰن‬ َ ٰ ‫َاب َو َءا َمنَ َو َعمِ لَ َع َم ٗﻼ‬
َ ‫ِإ ﱠﻻ َمن ت‬

“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka
orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan
kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

‫صلِحٗ ا فَإِنﱠ ۥهُ َيتُوبُ إِ َلى ٱ ﱠ ِ َمتَابٗ ا‬


َ ٰ َ‫َاب َو َعمِ ل‬
َ ‫َو َمن ت‬

“Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia
bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat.” (Surah al-Furqan, Ayat 63-71)
‫ظونَهُۥ مِ ۡن أَ ۡم ِر ٱ ﱠ ۗ ِ إِ ﱠن ٱ ﱠ َ َﻻ يُ َغ ِيّ ُر َما بِقَ ۡو ٍم َحت ﱠ ٰى يُ َغ ِيّ ُرواْ َما بِأَنفُ ِس ِه ۡۗم َوإِذَآ أَ َرادَ ٱ ﱠ ُ بِقَ ۡو ٖم‬ ۡ ‫ت ِ ّم ۢن َب ۡي ِن يَد َۡي ِه َومِ ۡن‬ٞ َ‫لَ ۥهُ ُمعَ ِقّ ٰب‬
ُ ‫خَل ِفِۦه يَ ۡح َف‬
‫س ٓو ٗءا َف َﻼ َم َردﱠ َل ۚۥهُ َو َما لَ ُهم ِ ّمن دُو ِنِۦه مِ ن َوا ٍل‬ ُ

“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari
belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (daripada sesuatu bahaya) dengan perintah
Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki
untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka
sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-
Nya itu, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain
daripada-Nya.” (Surah ar-Ra’d, Ayat 11)

‫يز ۡٱل َحكِي ُم‬


ُ ‫ب َو ۡٱلحِ ۡك َمةَ َويُزَ ِ ّكي ِه ۡۖم إِنﱠكَ أَنتَ ۡٱل َع ِز‬
َ َ ‫وﻻ ِ ّم ۡن ُهمۡ يَ ۡتلُواْ َعلَ ۡي ِهمۡ َءا ٰيَتِكَ َويُعَ ِلّ ُم ُه ُم ۡٱل ِك ٰت‬
ٗ ‫َر ﱠبنَا َو ۡٱب َع ۡث فِي ِهمۡ َر ُس‬

“Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul daripada kalangan mereka
sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firman-Mu) dan mengajarkan
mereka isi kandungan Kitab (al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati
dan jiwa) mereka (daripada syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Baqarah, Ayat 129)

Negara rahmah mithali hanya dapat dilahirkan sesudah proses pembangunan dan pendidikan
rakyat dan masyarakat di dalamnya berlaku secara berterusan dan holistik. Ia adalah hasil
daripada usaha-usaha rakyat yang memiliki disiplin dan kualiti-kualiti masyarakat yang
progresif, memiliki visi yang jelas ke arah mana negara dan rakyat ingin digerakkan.

Rakyat yang telah terasuh dengan nilai-nilai kehidupan yang mulia, nilai-nilai kemanusiaan
yang universal serta menerapkannya dalam kehidupan mereka, pasti akan menghidupkan
persekitaran kehidupan yang mesra manusia dan alam, membina dan terus membina
hubungan dengan semua berasaskan tuntunan akhlak yang mulia, berpindah ke fasa-fasa
kehidupan yang lebih mencabar dengan semangat yang lebih berkobar-kobar, pematuhan
disiplin perjuangan yang lebih tinggi, kemesraan lingkungan yang lebih dalam, sentiasa
dibimbing oleh maklumat yang cukup, ilmu pengetahuan dan kepakaran.

Masyarakat ini akan sentiasa berbekal dengan maklumat yang benar, melakukan libat urus
dengan semua pihak secara membina, berbincang dengan baik, menyebarkan maklumat,
kefahaman, pengalaman yang berguna kepada lingkungan yang lebih luas agar anggota
masyarakat selainnya ikut serta melebarkan santunan kepada lingkungan yang lebih luas lagi.

Lahirlah daripada libat urus sedemikian masyarakat yang peka dengan permasalahan
lingkungannya, merungkai permasalahan mereka bersama-sama, menyantuni semua kaum,
wanita, ibu-ibu, generasi muda dan tua, yang sihat dan yang sakit agar semua mereka dapat
digerakkan untuk memperbaiki keadaan yang sedang dihadapi bersama-sama serta
merubahnya kepada keadaan yang jauh lebih baik untuk masa depan mereka semua.
Ciri Keenam: Institusi Keluarga yang Utuh
Deskripsi: Masyarakat yang baik, progresif dan peka dengan keadaan ahli-ahlinya lahir
daripada rangkaian institusi-institusi keluarga yang utuh, rapat dan prihatin terhadap sesama
anggotanya.

ٞ ‫ب َره‬ ُ ۡ ٰ ََۡ ٓ ُ ۡ َۡ ٰ ُ ُ ۡ ‫َوٱلﱠذِينَ َء َ ْ ﱠ‬


‫ِين‬ َ ‫س‬ ۭ ‫امنُوا َوٱتبَ َعت ُهمۡ ذ ِ ّريﱠت ُهم بِإِي َم ٍن أل َحقنَا ِب ِهمۡ ذ ِ ّريﱠتَ ُهمۡ َو َما ألت َن ُهم ِ ّمن َع َم ِل ِهم ِ ّمن ش َۡي ٖ ۚء كلﱡ ۡٱم ِر‬
َ ‫ي بِ َما َك‬

“Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan
beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam
Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikit pun daripada pahala amal-amal
mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.” (Surah At-
Thur, Ayat 21)

‫ط ِب ۡر َعلَ ۡي َه ۖا َﻻ نَسۡ ـلُكَ ِر ۡز ٗق ۖا نﱠحۡ نُ ن َۡر ُزقُ ۗكَ َو ۡٱل ٰعَ ِق َبةُ لِلت ﱠ ۡق َوى‬ ‫َو ۡأ ُم ۡر أَ ۡهلَكَ بِٱل ﱠ‬
َ ۡ‫صلَ ٰوةِ َوٱص‬

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah


engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan)
Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi
orang-orang yang bertakwa.” (Surah Ta-Ha, Ayat 132)

‫ص ٗيّا‬
ِ ‫ِلر ۡح ٰ َم ِن َع‬ َ ٰ ‫ط ۖنَ ِإ ﱠن ٱل ﱠش ۡي‬
‫طنَ َكانَ ل ﱠ‬ َ ٰ ‫ش ۡي‬ ِ ‫ٰ َٓيأ َ َب‬
‫ت َﻻ ت َعۡ بُ ِد ٱل ﱠ‬

“Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu adalah
menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya.”

َ ٰ ‫ش ۡي‬
‫ط ِن َو ِل ٗيّا‬ ‫ٱلر ۡح ٰ َم ِن فَتَ ُكونَ لِل ﱠ‬ ٞ َ‫اف أَن َي َمسﱠكَ َعذ‬
‫اب ِ ّمنَ ﱠ‬ ِ ‫ٰيَٓأ َ َب‬
ُ ‫ت إِنّ ِٓي أ َ َخ‬

“Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab daripada (Allah)
Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu, akan
menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam neraka.” (Surah Maryam, Ayat 44-45)
ٓ
ُ ۡ‫ ﱠﻻ َيع‬ٞ‫ظ شِ دَاد‬ٞ ‫ارة ُ َعلَ ۡي َها َم ٰ َلئِ َكةٌ غ َِﻼ‬
ۡ‫صونَ ٱ ﱠ َ َما ٓ أَ َم َر ُهم‬ ُ ‫ٰ َيٓأَيﱡ َها ٱلﱠذِينَ َءا َمنُواْ قُ ٓواْ أَنفُ َس ُكمۡ َوأَ ۡهلِي ُكمۡ ن َٗارا َوقُودُهَا ٱلنﱠ‬
َ ‫اس َو ۡٱلحِ َج‬
َ‫َويَ ۡف َعلُونَ َما ي ُۡؤ َم ُرون‬

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada
neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan
dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka
kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap
melakukan segala yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim, Ayat 6)

Masyarakat yang baik, progresif dan peka dengan keadaan ahli-ahlinya lahir daripada
rangkaian institusi-institusi keluarga yang utuh, rapat dan prihatin terhadap sesama
anggotanya, susah dan senang mereka sentiasa bersama, saling membantu di kala susah dan
sama-sama bergembira sewaktu senang
Keluarga sebegini lahir daripada perkongsian ayah dan ibu yang bertangungjawab, saling
membantu dalam meringankan bebanan kehidupan dan menyantuni anak-anak, mendidik
mereka, menyediakan kondisi rumah tangga yang makmur, penuh dengan kebahagiaan dan
kedamaian, suasana pembesaran anak-anak yang terbaik, membolehkan mereka membesar
dan berkembang sebagai angota-anggota masyarakat yang soleh.

Lahirlah daripada keluarga-keluarga sebegini anak-anak yang cemerlang, memiliki


keperibadian yang berintegriti sejak kecil lagi, rajin menimba ilmu pengetahuan, menolong
ibu bapa mengatasi kesusahan dan cabaran-cabaran kehidupan, tekun membina ketrampilan
diri agar berjaya dalam kehidupan masa depan, memperlengkapkan diri dengan kebijakan-
kebijakan dan pengalaman-pegalaman yang akan banyak membantu melestarikan
pendekatan-pendekatan mereka menatangi cabaran-cabaran kehidupan peribadi, kehidupan
berkeluarga, kehidupan bermasyarakat dan kehidupan bernegara pada masa hadapan.

Ciri Ketujuh: Hubungan Etnik dan Penganut Agama


yang Harmoni
Deskripsi: Kepelbagaian kaum, agama, bahasa dan budaya adalah satu kelainan yang ada
pada rakyat Malaysia yang sepatutnya dihormati dan diiktiraf keberadaannya.

َ‫ط ٓواْ ِإ َل ۡي ِهمۡۚ ِإ ﱠن ٱ ﱠ َ يُحِ بﱡ ۡٱل ُم ۡقسِطِ ين‬ ِ ّ‫ﱠﻻ َي ۡن َه ٰى ُك ُم ٱ ﱠ ُ َع ِن ٱلﱠذِينَ لَمۡ يُ ٰقَتِلُو ُكمۡ فِي ٱلد‬
ُ ‫ِين َولَمۡ ي ُۡخ ِر ُجو ُكم ِ ّمن ِد ٰ َي ِر ُكمۡ أَن ت َ َب ﱡرو ُهمۡ َوتُ ۡق ِس‬

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang
yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu daripada
kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
Surah al-Mumtahanah, Ayat 8)

Dalam negara rahmah, seluruh rakyat, sebagai warganegara Malaysia berada pada kedudukan
sama rata, memiliki hak-hak dan memikul tanggungjawab-tangungjawab seperti warganegara
lain, semuanya hidup sebagai anggota kepada satu keluarga besar, bangsa Malaysia.

Semua mereka terdedah kepada libat urus langsung setiap masa menerusi pergaulan harian,
perkenalan yang semakin meluas, kejiranan. Lantaran itu semua mereka bertanggungjawab
membina persekitaran kehidupan yang sejahtera dan aman untuk semua, saling berziarahan
antara satu sama lain, ikut serta dalam berbagai-bagai kegiatan kejiranan dan
kemasyarakatan.

Setiap kumpulan daripada etnik yang berbeza, agama yang berbeza adalah bebas dalam
mengamalkan agama dan kebudayaan masing-masing, berbicara menggunakan bahasa
mereka sendiri selama mana semua mereka mendukung bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan bagi negara Malaysia.

Kita semua sewajarnya melihat kelainan yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai agama, kelainan bahasa dan budaya sebagai satu
kelainan yang ada pada rakyat Malaysia yang sepatutnya dihormati dan diiktiraf
keberadaannya. Ia adalah fenomena flora dan fauna kemanusiaan rakyat Malaysia.

Ia satu kelainan dan kepelbagaian yang tidak menghalang kepada penyatuan, bukan bahan
kepada seruan perkauman yang sempit. Ia adalah sebahagian daripada bukti-bukti kekuasaan
Allah SWT, Sang Pencipta yang mampu mencipta manusia dalam kepelbagaiannya berbeza
agama, warna, bahasa, bangsa dan budaya, tetapi boleh hidup bersama dan bergaul secara
harmoni.

Bagi seorang pendakwah Muslim, kelainan tersebut bukanlah satu halangan kepada usaha-
usaha dakwahnya, hubungannya dengan mereka adalah hubungan dakwah, ia menuntut
dirinya bergaul dengan mereka dengan baik, libat urus dengan mereka secara sedar bagi
membebaskan mereka daripada belenggu syirik, melakukan dakwah ke arah mereka menerusi
penampilan akhlak dan perilaku yang sopan, dialog dan penghujahan yang bijak, menerusi
lisan al-maqal dan lisan al-hal yang menawan.

Ciri Kelapan: Ekonomi yang Mampan


Deskripsi: Ekonomi negara yang mampan hanya akan lahir daripada usaha-usaha
pembangunan ekonomi yang menyeluruh oleh rakyat yang aktif dan pihak pemerintah yang
bersungguh-sungguh.

Bagi menjana kemakmuran negara dan prestasi ekonomi yang berkembang maju, tumpuan
perlulah diberikan kepada usaha-usaha pembangunan modal insan dalam negara, usaha-
usaha pendidikan rakyat perlu diperkasakan di seluruh negara, meliputi semua lapisan
masyarakat, mengembangkan potensi-potensi mereka serta meningkatkan kemahiran mereka
dalam berbagai-bagai bidang pekerjaan atau perusahaan.

Mendedahkan generasi muda terutamanya kepada teknologi-teknologi baru, perusahaan dan


perisian, teknologi siber atau digital, penguasaannya akan banyak membantu negara
memperkuatkan daya persaingannya di peringkat dunia antarabangsa, menembusi pasaran-
pasaran baru pada masa hadapan, mendepani cabaran-cabaran baru yang lebih besar dalam
semua bidang pembangunan dan perusahaan.

Dibantu oleh pentadbiran negara yang cekap, bersih dan amanah, serta kerja keras rakyat,
pencapaian ekonomi negara dan prestasinya yang cemerlang mampu dikekalkan, bahkan
ditingkatkan ke tahapan yang lebih tinggi lagi pada masa-masa hadapan.

Sebagai langkah awal, perancangan pembinaan negara secara holistik perlu dibangun dan
dioperasikan, penyusunan semula penempatan sebahagian rakyat dan pembangunan infra
struktur perlu dilakukan, kesejahteraan hidup rakyat perlu dipastikan, pengurusan yang
cekap, bersih dan amanah perlu diwujudkan terlebih dahulu.

Ekonomi negara yang mampan hanya akan lahir daripada usaha-usaha pembangunan
ekonomi yang menyeluruh oleh rakyat yang aktif dan pihak pemerintah yang
bertanggungungjawab mengusahakan pembangunan tersebut dengan bersungguh-sungguh,
tanpa tangguh-tangguh, bahkan bertawakal kepada Allah SWT selepas itu.
Ia dapat dijayakan menerusi gabungan usaha-usaha kerajaan dan pihak swasta, menerusi
penglibatan sama pelabur-pelabur asing dari luar negara menggerakkan berbagai-bagai
inisiatif, aktiviti ekonomi yang patuh syariah dalam menyediakan barangan atau
perkhidmatan yang boleh diperdagangkan dalam negara atau di peringkat antarabangsa, ia
juga menuntut kewujudan pasaran yang bersih dan sihat dalam negara dan di peringkat antara
negara dan bangsa, pertukaran mata wang yang adil dan mantap antara berbagai-bagai
negara.

Sebenarnya, kedudukan ekonomi negara yang mampan dewasa ini sukar dipertahankan
lantaran mendepani kita dewasa ini adalah satu sistem ekonomi yang kejam, sistem ekonomi
kapitalis yang menyediakan banyak jerat yang akan membawa kita jatuh ke dalam
perangkap-perangkapnya, perangkap riba, hutang serta bunganya, monopoli, penguasaan
pasaran secara tidak adil dan tidak beretika, pertukaran mata wang yang mampu mereka
permain-mainkan, minda penindasan, pemerasan, perhambaan dan penjajahan yang amat
tebal yang kesemuanya masih mewarnai order dunia masa kini.

Jalan keluar kepada kemelut ini tetap ada, menerusi penyatuan umat dan negara-negara Islam
yang mampu mewujudkan satu pasaran bersama yang patuh syariah, adil, mampu menyaingi
pasaran-pasaran lain di dunia, yang mengunakan mata wangnya sendiri iaitu dinar Islami
selain daripada membangunkan sistem ekonominya sendiri yang mampu menaungi semua
dengan keadilannya.

Ciri Kesembilan: Agihan Kekayaan yang Saksama


Deskripsi: Kekayaan negara diagihkan saksama dan tidak berlegar hanya dalam kalangan
sekumpulan kecil masyarakat, agar tidak wujud jurang yang besar antara golongan kaya dan
miskin.

َ‫س ِبي ِل ك َۡي َﻻ يَ ُكونَ دُو َل ۢةَ بَ ۡين‬ ِ ‫ول َو ِلذِي ۡٱلقُ ۡربَ ٰى َو ۡٱليَ ٰتَ َم ٰى َو ۡٱل َم ٰ َسك‬
‫ِين َو ۡٱب ِن ٱل ﱠ‬ ِ ‫س‬ ‫ﱠما ٓ أَفَا ٓ َء ٱ ﱠ ُ َعلَ ٰى َر ُسو ِلِۦه مِ ۡن أَ ۡه ِل ۡٱلقُ َر ٰى َ ِ ﱠ ِ َول ﱠ‬
ُ ‫ِلر‬
ۚ
ِ ‫شدِيدُ ۡٱل ِعقَا‬
‫ب‬ َ َ ‫سولُ فَ ُخذُوهُ َو َما نَ َه ٰى ُكمۡ َع ۡنهُ فَٱنت َ ُهواْ َوٱتﱠقُواْ ٱ ﱠ ۖ َ ِإ ﱠن ٱ ﱠ‬ ‫ۡٱﻷ َ ۡغ ِن َيآءِ مِ ن ُك ۡۚم َو َما ٓ َءات َٰى ُك ُم ﱠ‬
ُ ‫ٱلر‬

“Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) daripada harta penduduk
negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan
bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-
orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian)
supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya daripada kalangan kamu.
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu, maka terimalah serta
amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya, maka patuhilah larangannya.
Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya
(bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Hasyr, Ayat 7)

Siyasah Syar’iyyah Ibnu Taimiyyah

‫كتاب السياسة الشرعية في إصﻼح الراعي والرعية ﻹبن تيمية‬

‫ احكام غنى المال وضوابط طلبه واﻻنتفاع والتصرف به في الفقه اﻻسﻼمي – عبد السﻼم ابراهيم‬:‫كتاب احكام اﻻغنياء‬
Islam mempersiapkan ummah dan negara dengan berbagai-bagai sumber kewangan yang
akan membolehkan umat melibatkan diri dan juga negara dalam kegiatan pengagihan
kekayaan dan pengagihan semula kekayaan secara saksama agar kekayaan itu tidak berlegar
hanya dalam kalangan sekumpulan kecil masyarakat manusia, agar tidak wujud jurang yang
besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada, golongan kaya dan golongan
miskin.

A) Sumber-sumber kewangan bagi pengagihan kekayaan:

1. Kharaj
2. Ushur
3. Al-Fai’
4. Ghanimah (rampasan perang)
5. Jizyah
6. Harta pusaka yang ketiadaan waris
7. Pemberian rakyat kepada negara, daripada warga Muslim atau warga bukan Muslim
8. Sumber alam: Bumi atau laut
9. Zakat:

9.1 Zakat fitrah

9.2 Zakat harta

Jenis-jenis zakat harta:

i) Zakat simpanan

ii) Zakat pelaburan:

 Zakat perniagaan
 Zakat perusahaan
 Zakat bangunan-bangunan sewaan

iii) Zakat haiwan ternakan

iv) Zakat penghasilan usaha:

 Zakat tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan


 Zakat madu lebah
 Rikaz (Harta temuan zaman kuno)

v) Zakat wang, dokumen-dokumen kewangan dan bayaran-bayaran pendapatan

vi) Zakat percukaian kastam

vii) Zakat galian, penghasilan daripada air laut dan air tawar

viii) Zakat kenderaan-kenderaan pengangkutan, perkakasan rumah, perhiasan-perhiasan


sewaan dan yang seumpama dengannya
10. Pendapatan negara dari projek-projek pelaburannya

11. Percukaian atau Tauzif al-amwal

12. Pendapatan negara daripada pemanfaatan simpanan rakyatnya

B) Sumber-sumber kewangan bagi pengagihan semula kekayaan:

1) Waqaf

2) Sadaqah

3) Wasiat

4) Agihan pesaka

5) Hibah

6) Hadiah

7) Kurniaan negara

8) Nazar

9) Kifarat-kifarat

Jenis-jenis kifarat:

1. Kifarat lantaran merosakkan puasa pada bulan Ramadan dengan melakukan


persetubuhan secara sengaja dengan isteri, kifarat ini dibayar dengan memberi makan
60 orang miskin sesudah dia tidak mampu terlebih dahulu membebaskan hamba atau
berpuasa selama dua bulan penuh
2. Kifarat tamattu’ sebagai hukuman lantaran dia memakai ihram sekali bagi
melaksanakan ibadah umrah dahulu, kemudian diikuti dengan ibadah haji atau
melaksanakan umrah dengan pemakaian ihram kali pertama dan diikuti kemudiannya
ibadah haji dengan pemakaian ihram yang baru (menerusi penyembelihan seekor
kambing dan dagingnya dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin atau memberi makan
enam (6) orang miskin, setiap seorang mereka setengah (½) gantang makanan asasi
tempatan atau berpuasa selama tiga (3) hari) – ( ‫( كفارة التمتع‬
3. Kifarat lantaran cukur rambut kepala terlebih dahulu sebelum menanggalkan pakaian
ihram (membayar kifarah yang sama seperti di atas) – ( ‫( كفارة الحلق‬
4. Kifarat lantaran melakukan kesalahan berburu semasa masih lagi dalam pemakaian
ihram (membayar bersamaan harga binatang yang diburu, mungkin dengan harga
anak unta berumur setahun atau harga seekor lembu atau harga seekor kambing biasa,
kalau tidak diperolehi binatang-binatang tersebut, diganti dengan pembelian makanan
berasaskan nilai binatang kifarat tersebut untuk diagih-agihkan kepada orang-orang
miskin atau menebusnya dengan berpuasa sebanyak jumlah orang-orang miskin
tersebut, sehari bagi setiap seorang daripada mereka ) – ( ‫) كفارة الصيد‬
5. Kifarat zihar lantaran menyamakan belakang Isteri sama seperti belakang ibu kandung
atau seumpamanya, kifaratnya menerusi pembebasan seorang hamba kalau masih ada
lagi atau menerusi pelaksanaan puasa dua (2) bulan berterusan tanpa henti atau
menerusi memberi makanan 60 orang miskin – ( ‫) كفارة الظهار‬
6. Kifarat lantaran melanggar sumpah. Kifaratnya mestilah terlebih dahulu menerusi
memberi makan 10 orang miskin atau memberi persalinan pakaian kepada semua
mereka atau menerusi pembebasan seorang hamba, kalau semua itu tidak mampu
dilaksanakan, barulah dia menebus kesalahannya itu menerusi pelaksanaan puasa
selama tiga (3) hari – ( ‫) كفارة اليمين‬
7. Kifarat pembunuhan secara silap/ tersalah bunuh, senilai diah (100 ekor unta ) yang
diserahkan kepada keluarga si mati

10) Fidyah-fidyah sebagai:

 Gantian kepada ibadah puasa yang tidak sempat diganti terutamanya oleh ibu-ibu
muda
 Atau gantian kepada ibadah puasa yang tidak mampu dilaksanakan oleh wanita yang
sudah uzur lantaran tua atau sakit menerusi gantian secupak /1 1/2 kati makanan asasi
tempatan atau harganya untuk setiap hari, dengan mengambil kira jumlah hari ibadah
puasa yang telah tidak dapat ditunaikan itu dan juga jumlah bulan penggantian atau
penebusannya telah tertangguh.

11) Hasil kewangan daripada sumber-sumber syubahat

12) Hasil kewangan negara daripada sumber-sumber yang haram (kegiatan-kegiatan


yang terlarang)

13) Daripada sumber-sumber kewangan pertama (bagi tujuan pengagihan kekayaan),


jizyah, ghanimah.

Ciri Kesepuluh: Pembangunan yang Lestari


Deskripsi: Pembangunan negara yang berlangsung tanpa menyebabkan apa-apa kerosakan
kepada persekitaran dan alam, juga sewaktu berlaku pemanfaatan seluruh sumber alam
sepenuhnya tanpa pembaziran.

ِ ‫صل ِٗح ۚا قَا َل ٰ َيقَ ۡو ِم ٱعۡ بُدُواْ ٱ ﱠ َ َما َل ُكم ِ ّم ۡن ِإ ٰلَ ٍه غ َۡي ُر ۖۥهُ ه َُو أَن َشأ َ ُكم ِ ّمنَ ۡٱﻷ َ ۡر‬
ْ‫ض َوٱسۡ تَعۡ َم َر ُك ۡم فِي َها فَٱسۡ ت َۡغف ُِرو ُه ث ُ ﱠم تُوب ُٓوا‬ َ ٰ ‫َو ِإلَ ٰى ثَ ُمودَ أ َ َخاه ُۡم‬
‫يب‬
ٞ ‫يب ﱡم ِج‬ َ ‫ﱠ‬
ٞ ‫إِلي ِه ِإن َر ِبّي ق ِر‬ ۚ ۡ َ

Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka, Nabi Soleh. Ia berkata: “Wahai
kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-
Nya. Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu
memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah daripada perbuatan syirik,
kemudian kembalilah kepada-Nya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa
dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya.” (Surah Hud, Ayat 61)

‫ض إِ ﱠن ٱ ﱠ َ َﻻ‬ۖ ِ ‫َصي َبكَ مِ نَ ٱلد ۡﱡنيَ ۖا َوأَحۡ سِن َك َما ٓ أَ ۡح َسنَ ٱ ﱠ ُ ِإلَ ۡي ۖكَ َو َﻻ ت َۡب ِغ ۡٱل َف َسادَ فِي ۡٱﻷَ ۡر‬ َ ‫ﱠار ۡٱﻷٓخِ َر ۖةَ َو َﻻ ت‬
ِ ‫َنس ن‬ َ ‫َو ۡٱبت َِغ فِي َما ٓ َءات َٰىكَ ٱ ﱠ ُ ٱلد‬
ۡ ۡ
َ‫يُحِ بﱡ ٱل ُمف ِسدِين‬

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala
dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan
bekalanmu) daripada dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah)
sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-
limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Surah Al-Qasas, Ayat 77)

Pembangunan sesebuah negara secara lestari bermula dengan pembangunan sumber


manusianya terlebih dahulu lantaran pembangunan seterusnya banyak bergantung kepada
bentuk sumber manusia yang dimiliki negara tersebut.

Pertama-tamanya sumber manusianya mestilah dibentuk secara sempurna, diri mereka dan
seluruh potensinya mestilah dibangunkan secara holistik, memiliki jati diri, visi dan misi
kehidupan yang benar serta jelas, keupayaan, kemahiran serta kepakaran yang bersesuaian
dengan peranan-peranan atau tugasan-tugasan yang akan dilaksanakan dalam kehidupannya.

Diri mereka perlu dibangunkan secara menyeluruh dan berimbangan, sudut fizikal dan
rohaninya, minda dan emosinya, memiliki kepekaan teradap diri dan lingkungan manusia lain
sekelling dirinya, persekitaran dan alam semesta.

Selepas itu dilakukan pembangunan negara dalam bidang-bidang khusus bagi memenuhi
keperluan asas negara dan rakyat terlebih dahulu, pembangunan pertanian dan perbekalan
makanan negara, infrastruktur dan kemudahan-kemudahan pengangkutan, jalan raya dan
jambatan, kemudahan-kemudahan pendidikan dan kesihatan, perhubungan, bekalan elektrik
dan air bersih untuk rakyat.

Dalam masa sama, pembangunan sumber manusia perlu ditingkatkan menerusi pembangunan
pusat-pusat pengajian tinggi dan universiti-universiti, penghantaran pelajar-pelajar ke
universiti-universiti luar negara bagi memperolehi pendidikan lebih tinggi lagi, memasuki
bidang-bidang kesarjanaan dan kepakaran yang diperlukan negara pada masa hadapan.

Pada fasa-fasa berikutnya, negara perlu mempelbagaikan sumber-sumber pendapatannya,


daripada sumber-sumber bumi, kehutanan, pertanian, penternakan perikanan dan
kelautannya, mula menerima kemasukan pemodal-pemodal asing melabur dalam bidang-
bidang industri pemprosesan bahan-bahan mentah, kayu-kayan, pertanian, penternakan,
tenusu, perikanan dan kelautan walaupun mereka pada tahap tersebut akan memperolehi taraf
perintis untuk tempoh-tempoh tertentu lantaran ia sekurang-kurangnya membuka ruang
pekerjaan dan pemindahan teknologi pemprosesan kepada sebahagian rakyat. Itu pun dengan
syarat industri-industri tersebut mestilah industri-industri yang mesra alam sekitar, tidak
mengeluarkan karbon monoksida yang akan menipiskan lapisan ozon negara.

Semua proses pembangunan ini akan berlangsung bertahap-tahap, berkembang memasuki


fasa-fasa seterusnya. Dalam bidang industri, ia akan berkembang daripada industri
pemprosesan kepada industri pembuatan dan kemudian kepada industri-industri
baru berasaskan machinery (jentera, mesin), permotoran dan pendigitalan. Dalam masa yang
sama, pembangunan negara perlu bergerak ke dalam bidang-bidang lain secara menyeluruh,
bidang politik, ekonomi dan sosial, bidang-bidang industri tekstil, industri berasaskan
pertanian (agro-based), industri pertahanan dan persenjataan, perkapalan, industri kewangan
termasuk industri kewangan Islam, industri pelancongan dan lain-lain, pembangunan
infrastruktur-infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang lebih maju dan sistem-sistem
perhubungan, penyampaian dan pengangkutan yang lebih canggih.

Negara dapat berkembang maju menerusi kerja-kerja keras berasaskan perancangan yang
mantap (robust), maklumat-maklumat yang tepat, penyertaan pusat-pusat kajian yang
tersohor, graduan-graduan/siswazah pelbagai universiti penyelidikan dan institusi-institusi
kemahiran.

Usaha-usaha pembangunan ini juga mampu menjadikan Malaysia sebagai hab halal bertaraf
dunia, hab kewangan Islam, hab pendidikan dan hab pelancongan kesihatan yang terkemuka.

Pembangunan negara ini akan kekal lestari sewaktu ia berlangsung tanpa menyebabkan apa-
apa kerosakan kepada persekitaran dan alam, juga sewaktu berlaku pemanfaatan seluruh
sumber alam sepenuhnya tanpa pembaziran atau pensia-siaan, pengunaan sumber-sumber
alam juga hanya sekadar keperluan saja, menjadikannya mampu hidup dan berkembang
kembali pada masa-masa hadapan dan untuk manfaat generasi berikutnya, selain itu ia
diuruskan menerusi pengurusan terbaik dan juga menerusi pengunaan teknologi paling
canggih. Pembangunan seperti ini akan berpenghujung dengan kemakmuran.

Pembangunan negara dalam bentuknya yang lestari ini mampu berlangsung berterusan
sewaktu negara terus-menerus berada dalam keadaan aman, politik yang stabil, diterajui
kepimpinan atau pemerintahan yang berwibawa, kompeten dan berintegriti. Rakyat dan
masyarakat yang progresif, berpengetahuan dan bermaklumat, prihatin terhadap
perkembangan negara. Institusi-institusi kenegaraan yang berperanan secara profesional
dengan semak dan imbang yang berkesan, telus dan cekap. Perpaduan nasional yang utuh
serta pengagihan kekayaan negara secara saksama.

Ciri Kesebelas: Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan


Rakyat yang Terpelihara
Deskripsi: Negara yang peka dengan kebajikan rakyatnya seperti keperluan asas kehidupan
yang mencukupi, rumah kediaman, kemudahan kesihatan, pengangkutan dan pendidikan
yang sewajarnya.

Negara rahmah mithali juga adalah sebuah negara yang sentiasa menyantuni rakyatnya, peka
dengan kebajikan mereka, sekurang-kurangnya semua rakyat akan memperolehi keperluan-
keperluan asas kehidupan mereka, bekalan makanan dan minuman yang cukup, pakaian dan
rumah kediaman yang layak, kemudahan-kemudahan kesihatan, pengangkutan dan
pendidikan yang sewajarnya.

Negara rahmah ini akan memastikan seluruh pekerja dalam negara memperolehi kadar
minima gaji yang cukup bagi memenuhi keperluan mereka dan keluarga. Keperluan dan
kebajikan rakyat yang masih memerlukan bantuan tambahan seperti golongan kurang upaya,
pesara atau orang-orang tua, kanak-kanak, ibu tunggal, golongan gelandangan dan miskin
akan sentiasa dipantau, semua mereka akan memperolehi insuran kesihatan, bantuan-bantuan
sara hidup yang mencukupi sama ada daripada peruntukan kementerian kebajikan
masyarakat atau agihan zakat bagi golongan asnaf dalam kalangan mereka daripada pusat-
pusat zakat negeri, kemudahan kesihatan, hospital-hospital umum, hospital-hospital pakar,
pusat-pusat kesihatan, taman-taman permainan dan riadah, kemudahan berbagai-bagai jenis
sukan, laluan-laluan penunggang basikal dan pelari-pelari, pusat-pusat rekreasi di berbagai-
bagai penjuru negara, sistem pengangkutan yang cekap, laluan-laluan metro dan rangkaian
jalan raya atau highway (lebuh raya) yang cukup agar rakyat dapat hidup sihat, tidak rasa
tertekan dan ceria.

Pemerintah akan berusaha mengurangkan jam-jam kerja pekerja awam dan swasta,
memperbanyak pengunaan robot serta IT. Seluruh pekerja memperolehi ganjaran- ganjaran
upah yang adil, peruntukan cuti tahunan yang cukup, ruang masa yang lebih panjang bagi
menyantuni keluarga dan lingkungan.

Rakyat umum didedahkan dengan kegiatan-kegiatan kesukarelawanan, latihan-latihan sivik,


memberi bantuan kecemasan, menghadapi suasana-suasana sukar sewaktu terjadi bencana
alam, banjir, penularan Covid-19, kejadian tanah runtuh, tsunami, kebakaran dan lain-lain
lagi agar rakyat sentiasa siap untuk mendepani suasana-suasana tersebut.

Pasukan keselamatan dipersiapkan secara profesional, berpegang kepada etika dan disiplin
kerja memelihara keamanan dalam negeri, pematuhan undang- undang yang diwartakan bagi
menjamin kesejahteraan dan keselamatan rakyat, membasmi jenayah, semua jenis
menegakkan hukum secara tuntas dan adil, memelihara perjalanan pentadbiran negara secara
telus dan saksama.

Ciri Kedua Belas: Menerajui Usaha Keamanan Dan


Kesejahteraan Sejagat
Deskripsi: Menerajui usaha keamanan sejagat, saling menghormati, sentiasa melibat urus
dengan negara-negara lain secara membina bagi mewujudkan suasana setiakawan, saling
membantu demi kemakmuran bersama.

َ‫ع َل ٰى َس َوآ ۚ ٍء ِإ ﱠن ٱ ﱠ َ َﻻ يُحِ بﱡ ۡٱل َخآئِنِين‬


َ ‫َوإِ ﱠما تَخَافَ ﱠن مِ ن قَ ۡو ٍم خِ يَان َٗة فَ ۢٱنبِ ۡذ ِإلَ ۡي ِه ۡم‬

“Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat daripada sesuatu kaum (yang
mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka
dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
khianat.” (Surah al-Anfal, Ayat 58)

‫َو ِإن َجنَ ُحواْ لِلس ۡﱠل ِم فَٱجۡ ن َۡح َل َها َوت ََو ﱠك ۡل َع َلى ٱ ﱠ ۚ ِ ِإنﱠ ۥهُ ه َُو ٱلسﱠمِ ي ُع ۡٱلعَلِي ُم‬
“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga
hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Anfal, Ayat 61)

َ ‫س ٰلَ َم لَسۡ تَ ُم ۡؤمِ ٗنا ت َۡبتَغُونَ َع َر‬


‫ض ۡٱل َحيَ ٰوةِ ٱلد ۡﱡنيَا‬ ‫يل ٱ ﱠ ِ َفتَبَ ﱠينُواْ َو َﻻ ت َ ُقولُواْ ل َِم ۡن أَ ۡلقَ ٰ ٓى ِإلَ ۡي ُك ُم ٱل ﱠ‬ َ ‫ٰيَٓأَيﱡ َها ٱلﱠذِينَ َء َامنُ ٓواْ إِذَا‬
َ ‫ض َر ۡبت ُ ۡم فِي‬
ِ ِ‫سب‬
ۚ
‫ة َكذَلِكَ ُكنتُم ِ ّمن قَ ۡب ُل َف َم ﱠن ٱ ﱠ ُ َع َل ۡي ُك ۡم فَتَ َبيﱠنُ ٓواْ ِإ ﱠن ٱ ﱠ َ َكانَ ِب َما تَعۡ َملُونَ َخ ِب ٗيرا‬ٞ ‫ِير‬ ٰ ۚ
َ ‫فَعِندَ ٱ ﱠ ِ َمغَانِ ُم َكث‬

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) pada jalan Allah (untuk
membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya),
dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada
kamu sikap damai (dengan memberi salam atau mengucap dua kalimah syahadah): “Engkau
bukan orang yang beriman” (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat
harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak kekal).
(Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan
limpah kurnia yang banyak. Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh
orang lain akan keislaman kamu dengan memberi salam atau mengucap kalimah syahadah),
lalu Allah mengurniakan nikmat-Nya kepada kamu. Oleh itu, selidikilah (apa-apa jua lebih
dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa
memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan.” (Surah an-Nisaa’, Ayat 94)
ۚ ُ ‫أُذِنَ ِللﱠذِينَ يُ ٰقَتَلُونَ بأَنﱠه ۡم‬
ٌ ‫ظ ِل ُمواْ َو ِإنﱠ ٱ ﱠ َ َع َل ٰى نَصۡ ِره ِۡم َلقَد‬
‫ِير‬ ُ ِ

“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh),
kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk
menolong mereka (mencapai kemenangan).” (Surah al-Hajj, Ayat 39)

ْ‫ۚم ٰذَلِكَ ٱل ِدّينُ ۡٱلقَ ِيّ ۚ ُم َف َﻼ ت َۡظ ِل ُموا‬ٞ ‫ض مِ ۡن َها ٓ أَ ۡر َب َعةٌ ُح ُر‬
َ ‫ت َو ۡٱﻷ َ ۡر‬
ِ ‫س ٰ َم ٰ َو‬ ِ َ‫ور عِندَ ٱ ﱠ ِ ۡٱثنَا َعش ََر شَهۡ ٗرا فِي كِ ٰت‬
‫ب ٱ ﱠ ِ َي ۡو َم َخلَقَ ٱل ﱠ‬ ‫ِإ ﱠن عِ دﱠة َ ٱل ﱡ‬
ِ ‫ش ُه‬
‫ﱠ‬ ۡ َ ْ َ ۚ ٗ ‫ﱠ‬ ُ ُ ٰ ٗ ‫ﱠ‬ ۡ ۡ ْ
ۡ ‫سك ۡم َوقَ ِتلوا ٱل ُمش ِر ِكينَ َكآفة َك َما يُقَ ِتلونَك ۡم َكآفة َو‬ ُ ٰ ۚ ُ ُ َ
َ‫ٱعل ُم ٓوا أ ﱠن ٱ ﱠ َ َم َع ٱل ُمتقِين‬ َ ‫فِي ِه ﱠن أنف‬

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang
telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya
empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus,
maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan
melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana
mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-
orang yang bertakwa.” (Surah at-Tawbah, Ayat 36)

َ‫ط ٓواْ ِإ َل ۡي ِه ۡۚم ِإ ﱠن ٱ ﱠ َ يُحِ بﱡ ۡٱل ُم ۡقسِطِ ين‬ ِ ّ‫ﱠﻻ يَ ۡن َه ٰى ُك ُم ٱ ﱠ ُ َع ِن ٱلﱠذِينَ لَمۡ يُ ٰقَتِلُو ُكمۡ فِي ٱلد‬
ُ ‫ِين َولَمۡ ي ُۡخ ِر ُجو ُكم ِ ّمن ِد ٰ َي ِر ُكمۡ أَن ت َ َب ﱡرو ُهمۡ َوتُ ۡق ِس‬

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang
yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu daripada
kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
(Surah al-Mumtahanah, Ayat 8)
ٓ
‫اج ُك ۡم أَن ت ََولﱠ ۡوه ُۡۚم َو َمن يَت ََولﱠ ُه ۡم فَأ ُ ْو ٰلَئِكَ ُه ُم‬ َ ٰ ‫ِين َوأَ ۡخ َر ُجو ُكم ِ ّمن ِد ٰيَ ِر ُك ۡم َو‬
ِ ‫ظ َه ُرواْ َع َل ٰ ٓى ِإ ۡخ َر‬ ِ ّ‫ِإنﱠ َما يَ ۡن َهىٰ ُك ُم ٱ ﱠ ُ َع ِن ٱلﱠذِينَ ٰ َقتَلُو ُك ۡم فِي ٱلد‬
ٰ
‫ٱل ﱠ‬
َ‫ظ ِل ُمون‬

“Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-
orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu daripada
kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah),
sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang
zalim.” (Surah al-Mumtahanah, Ayat 9)

َ‫س ِبي ِل ٱ ﱠ ِ ٱلﱠذِينَ يُ ٰ َقتِلُونَ ُك ۡم َو َﻻ تَعۡ تَد ُٓو ۚاْ ِإ ﱠن ٱ ﱠ َ َﻻ يُحِ بﱡ ۡٱل ُمعۡ تَدِين‬
َ ‫َو ٰقَ ِتلُواْ فِي‬

“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-
orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan
peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
menceroboh.” (Surah al-Baqarah, Ayat 190)

ٞ ُ‫فَإِ ِن ٱنتَ َه ۡواْ فَإِنﱠ ٱ ﱠ َ َغف‬


‫يم‬ٞ ِ‫ور ﱠرح‬

“Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah, Ayat
192)

ُ ‫ام لَ َه ۗا َوٱ ﱠ‬
َ ‫ص‬َ ‫سكَ بِ ۡٱلعُ ۡر َوةِ ۡٱل ُو ۡثقَ ٰى َﻻ ٱن ِف‬
َ ۡ‫ت َوي ُۡؤمِ ۢن بِٱ ﱠ ِ َفقَ ِد ٱسۡ تَم‬ ‫ي ِ َف َمن يَ ۡكفُ ۡر بِ ٰ ﱠ‬
ِ ‫ٱلطغُو‬ ّ ۚ ‫ٱلر ۡشدُ مِ نَ ۡٱل َغ‬ ِ ۖ ّ‫ﻻ ِإ ۡك َراهَ فِي ٱلد‬
‫ِين قَد ت ﱠ َبيﱠنَ ﱡ‬ َٓ
‫َسمِ ي ٌع َعلِي ٌم‬

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran
(Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia
pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali
agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi
Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, Ayat 256)

Negara Malaysia baru sebagai sebuah negara rahmah pasti akan terlibat sama dalam
menerajui usaha-usaha keamanan dan kesejahteraan sejagat lantaran usaha-usaha tersebut
sejajar dengan prinsip hubungan antarabangsa yang didukung negara Malaysia baru sendiri,
terutamanya ke arah jiran tetangganya terlebih dahulu, negara-negara ASEAN, saling
menghormati, sentiasa melibat urus dengan negara-negara lain secara membina bagi
mewujudkan suasana setiakawan, kerjasama, saling membantu dalam mengatasi kemelut atau
bencana juga dalam memajukan semua negara ke tahap menjana kemakmuran bersama.

Islam mengunjurkan hubungan damai dengan seluruh umat manusia di atas muka bumi ini,
hubungan dakwah menerusi pendekatan aman ke arah seluruh bangsa dan kumpulan manusia
yang belum Islam, mengajak mereka bersama-sama mengimani Islam sebagai ad-din pilihan
mereka sendiri yang akan memandu mereka ke arah kehidupan yang bahagia di dunia dan
akhirat.

Hubungan negara Islam dengan negara bukan Muslim kekal damai selagi negara tersebut
tidak menceroboh atau menyerang negara Islam tersebut, menganiaya penduduk Muslim
dalam negara mereka, memaksa mereka meninggalkan kepercayaan mereka terhadap Islam.

Hubungan antara negara yang damai membolehkan umat Islam melaksanakan dakwah ke
arah bukan Muslim di dalam dan di luar negara menerusi pendekatan dakwah bil husna,
dakwah bil hal, dakwah dengan contoh, dakwah secara lisan, bicara dengan bijaksana, nasihat
yang baik dan dialog yang terbaik.

Dalam Islam tidak ada paksaan dalam beragama, manusia seluruhnya bebas memilih
kepercayaan dan agamanya. Mereka tidak akan diperangi lantaran agamanya. Peperangan
hanya tercetus bagi menangkis serangan musuh terhadap umat Islam atau negara Islam atau
membela umat Islam yang teraniaya di negara-negara lain, sewaktu kebebasan beragama
mereka telah dicabuli.

Dalam negara Islam sendiri, rakyat bukan Muslim yang terdiri daripada berbagai-bagai
agama boleh hidup bersama- sama masyarakat Muslim secara aman sebagai warganegara
yang memiliki hak-hak dan tanggungjawab yang sama, selama mana mereka tidak melakukan
perbuatan-perbuatan yang membahayakan kedudukan negara tersebut sebagai sebuah negara
yang berdaulat sepenuhnya.

Hubungan antarabangsa yang damai, dunia yang aman akan membolehkan umat dakwah ke
arah seluruh umat manusia dan meningkatkan diayahnya membangunkan satu dunia baru
yang lebih baik, lebih mendekati cita rasa kemanusiaan sejagat, satu satu order baru yang
saksama dan adil.

Anda mungkin juga menyukai