Anda di halaman 1dari 1

Bank : PMR

Karangan : Bahan Rangsangan

Amalan membaca amat penting dalam kehidupan seseorang . Hal ini demikian
kerana amalan tersebut banyak faedahnya.
Dengan membaca, kita akan mengetahui isu atau berita yang disiarkan melalui
akhbar atau majalah. Dengan hal demikian, pengetahuan seseorang akan bertambah
dan senantiasa peka akan perkembangan semasa. Dengan perkataan lain, kita tidak
lagi dianggap “seperti katak di bawah tempurung”.
Selain itu, perbendaharaan kata kita juga bertambah. Situasi ini membolehkan kita
berkomunikasi dengan baik dan seterusnya membantu kejayaan dalam pelajaran. Dari
aspek yang lain pula, amalan membaca dapat mengisi masa lapang seseorang dengan
cara yang berfaedah. Sedarlah bahawa, “masa itu emas”.
Kesimpulannya, amalan membaca penting untuk melahirkan generasi yang berilmu
dan bermaklumat. Sehubungan dengan hal itu, usaha untuk meningkatkan amalan
membaca perlu disokong.

( 115 patah perkataan )

Anda mungkin juga menyukai