Anda di halaman 1dari 5

Biro Perpaduan Sesi Januari

2004

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK


SERAPI CHALLENGE 2004 ANJURAN BIRO PERPADUAN

1.0 PENGENALAN

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar merupakan satu badan yang bertindak sebagai


penghubung diantara pelajar dengan pihak pengurusan Politeknik Kuching Sarawak.
Oleh yang demikian Biro Perpaduan telah ditubuhkan dan dipertanggungjawabkan untuk
memantapkan hubungan diantara pihak pengurusan dan pelajar. Secara tidak langsung
mewujudkan intergrasi nasional di kalangan pelajar yang terutamanya di PKS yang rata-
ratanya terdiri daripada berbilang kaum dan kepelbagaian budaya.
Sebagai langkah permulaan untuk sesi Januari 2004, Biro Perpaduan lebih banyak
menumpukan perhatian kepada penyertaan semua kaum dalam setiap aktiviti yang
dirancang serta memantau aktiviti agar matlamat dan objektif biro dicapai. Melalui Biro
Perpaduan ini juga ia dapat membentuk para pelajar lebih berdisiplin demi melahirkan
pelajar-pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah cemerlang
dalam bidang kokurikulum.
Melalui aktiviti yang dijalankan oleh Biro Perpaduan ini seperti aktiviti Serapi
Challenge 2004, diharap ia dapat memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana
menjadi seorang yang boleh berdikari disamping mencapai objektif aktiviti cabaran yang
akan diadakan.

2.0 MASA CADANGAN

Tarikh : 27 MAC 2004 (SABTU)


Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Taman Negara Kubah – Gunung Serapi – Matang Wildlife
Jumlah Peserta : 50 orang peserta
Pensyarah : 2 orang pensyarah

1
Biro Perpaduan Sesi Januari
2004

3.0 OBJEKTIF

i. Untuk memastikan penyertaan semua kaum dalam setiap aktiviti yang


dirancang agar menjurus kepada memupuk integrasi nasional pelbagai
bangsa dan budaya.
ii. Untuk memantau setiap aktiviti yang dilaksanakan supaya ianya menepati
matlamat perpaduan kaum.
iii. Untuk mendedahkan peserta dengan aktiviti luar yang lasak dan menguji
ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.
iv. Mewujudkan sifat toleransi dan kerjasama para peserta.
v. Mengeratkan lagi silaturrahim antara peserta dengan pensyarah
vi. Memupuk perasaan cinta dan sayang kepada alam sekitar serta
menghargai khazanah ciptaan Tuhan.
vii. Untuk memastikan segala aktiviti dijalankan sebaik mungkin untuk
kebaikan para pelajar PKS.

2
Biro Perpaduan Sesi Januari
2004

4.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN SERAPI CHALLENGE

3
Biro Perpaduan Sesi Januari
2004

5.0 TENTATIF SEPANJANG PROGRAM

TARIKH : 3 April 2004 (SABTU)

7.00 am : Bertolak dari Politeknik Kuching Sarawak.

8.00 am : Dijangka sampai.

8.30 am : Taklimat keselamatan dan protokol cabaran.

9.00 am : Cabaran 1 ( check point 1 )

9.30 am : Cabaran 2 ( check point 2 )

9.45 am : Cabaran 3 ( check point 3 )

10.00 am : Cabaran 4 ( check point 4 )

10.15 am : Cabaran 5 ( check point 5 )

12.00 pm : Makan Tengahari

2.00 pm : Melawat sekitar Taman Hidupan Liar Matang. Lawatan sambil belajar.

4.00 pm : Dijangka kembali ke Politeknik Kuching Sarawak.

“ SEBARANG PINDAAN TERTAKLUK PADA PERUBAHAN ”

4
Biro Perpaduan Sesi Januari
2004

6.0 KESIMPULAN

Adalah diharapkan segala aktiviti-aktiviti yang dirancangkan pada semester ini


akan berjalan dengan lancar dan memberikan input yang bermanfaat berguna kepada
para pelajar khususnya. Di samping itu juga, diharap matlamat dan objektif Biro
Perpaduan dalam memupuk integrasi nasional dan semangat setiakawan tanpa
memilih bulu tercapai.
Sudah menjadi harapan kami agar dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini secara
tidak langsung akan dapat meningkatkan lagi semangat dan kerjasama di kalangan
semua Exco dan Sekretariat Jawatamkuasa Perwakilan Pelajar umumnya.

Anda mungkin juga menyukai