Anda di halaman 1dari 2

KONSEP KAUNSELING BIBLIOTERAPI

Perkembangan sains dan teknologi membawa kepada satu corak penemuan


dalam bidang perubatan jiwa. Kajian dan pemerhatian yang dijalankan menunjukkan
bahawa sains pembacaan kini boleh diperkemaskan menjadi teknologi terapi.
Sumber intelektual peribumi merupakan antara bahan terbaik dan terunggul dalam
membangunkan satu sistem terapi untuk membantu meleraikan atau sekurang-
kurangnya meringankan bebanan masalah psikologi manusia melalui sejenis terapi
yang dikenali sebagai bibilioterapi, iaitu terapi dengan menggunakan bahan-bahan
intelektual. Masyarakat kuno Yunani, misalnya, mengumumkan kuasa persuratan
sebagai bahan terapi dengan memahatkan papan tanda di atas perpustakaan
mereka yang mempunyai catatan yang berbunyi: “tempat untuk mengubati jiwa”
(Zaccaria & Moses, 1968).

Webster’s Collegiate (1997) mendifinisikan Terapi Biblio sebagai, “...the use of


reading materials for help in solving personal problems or for psychiatric therapy”.
Pardeck dan Pardeck (1998) menyatakan bahawa Terapi Biblio melibatkan rawatan
melalui buku-buku. Harris dan Hodges (1995) pula berkata , terapi ini merangkumi
penggunaan pembacaan bahan-bahan bertulis untuk membantu pembaca
berkembang dari segi kesedaran kendiri. Shrodes (1950) menyatakan Terapi
Biblioterapi ialah proses interaksi dinamik antara personaliti pembaca dengan
kesusasteraan di bawah bimbingan seorang yang terlatih.

Jachna (2005:1) mengatakan biblioterapi adalah dukungan psikoterapi melalui


bahan bacaan untuk membantu seseorang yang mengalami permasalahan personal.
Metode terapi ini sangat dianjurkan, terutama bagi para penderita yang sulit
mengungkapkan permasalahannya secara verbal.

Biblioterapi telah dikenal sejak zaman Yunani Kuno. Di atas gedung


Perpustakaan Thebes terdapat patung yang melukiskan orang yang tengah bosan
dan dibawahnya ada manuskrip berbunyi tempat penyembuhan jiwa (the healing
place of the soul). Jadi, biblioterapi dapat diertikan sebagai upaya penyembuhan
menggunakan buku. Bahan bacaan berfungsi untuk mengalihkan orientasi dan
memberikan pandangan-pandangan yang positif sehingga menggugah kesedaran
penderita untuk bangkit meneruskan hidupnya.

Dalam konteks kaunseling kanak-kanak, kaunseling biblioterapi adalah bacaan


bahan penulisan yang terbimbing yang bertujuan untuk memperoleh pemahaman
atau menyelesaikan masalah sejajar dengan keperluan teraputik kanak-kanak iaitu
dari aspek perolehan ilmu, meluahkan perasaan dan menyelesaikan masalah.

Anda mungkin juga menyukai