Anda di halaman 1dari 33

Pengaplikasian Teknik Pengajaran

dan Pembelajaran Bahasa


Definisi
• Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta
sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
• Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat
atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil
segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa
tertentu.
• Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan
sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam
bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
• Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi me-
nyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pela-
jarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang diguna-
kan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
Tujuan Teknik

Menarik Mengekalkan Membangkit-


minat murid perhatian kan rasa ingin
tahu

100% 100% 100%


Teknik PdP

Teknik
Teknik
Latih Bercerita
tubi

Teknik Teknik
Tunjuk
cara Drama
Teknik Latih tubi
Pengenalan
• Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kece-
kapan yang dipelajari.
• Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping
menjamin kekekalannya.
• Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
• Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kema-
hiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta
penting.
• Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, meli-
hat, memikirkan maksud perkataan serta tugasnya dalam situasi
yang menggunakan perkataan-perkataan itu.
• Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual)
yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
• Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebo-
lehan menggunakan bahasa iaitu :
 Sebutan(accent)-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata
dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam
sesuatu situasi.
 Tatabahasa (grammer)-penggunaan bahasa yang tepat mengikut
hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.
 Perbendaharaan kata (vocabulary) - meluaskannya dengan
penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam
situasi tertentu.
 Kefasihan (fluency) - menggunakan perkataan dan lain-lain
dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.
 Kefahaman (comprehension)
- latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar
• Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
• Antara kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan
kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti
murid.
• Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai
untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan
ikutan dan ulangan.
Teknik Bercerita
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan
01 berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian
pelajar.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat


02 disampaikan.

Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan


03 menulis dalam kalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,


04 kemuncak dan kesudahan cerita.

04
05 Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata
.

Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus dikawal supaya jangan
06
Suara mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Bercerita menggunakan buku Cerita berpandu

Penggunaan boneka Bercerita secara individu tanpa alat

Bercerita berdasarkan gambar Teater bercerita


bersiri
Jenis
Teka-teki
Bercerita menggunakan bahan
maujud teknik
bercerita
Teknik Tunjuk Cara
Maksud

Tunjuk cara adalah suatu jenis


teknik pengajaran dan pembe-
lajaran yang melibatkan kema-
hiran guru mendemonstrasi
cara atau langkah melakukan
sesuatu aktiviti di hadapan
murid.
Prinsip Tunjuk Cara (Demonstrasi)

Sebelum demonstrasi

• Guru hendaklah menentukan topik, objektif dan kandungan tunjuk


cara terlebih dahulu.
• Alatan dan radas disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah
demonstrasi yang ditentukan.
• Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan
semua murid dapat menyaksikan dengan jelas.
• Pastikan keselamatan sebelum menggunakan alat, radas dan bahan
yang mungkin boleh mengakibatkan kemalangan.
• Sebelum mula demonstrasi, guru perlu memberitahu murid tujuan
demonstrasi dan aktivitinya supaya mereka dapat mencontohinya
tanpa melakukan kesilapan
Prinsip Tunjuk Cara (Demonstrasi)

Semasa demonstrasi

• Guru harus memandang ke arah murid semasa memberi penerang-


an tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan.
• Sekiranya murid menunjukkan keraguan,guru hendaklah menerang-
kan langkah itu sekali lagi.
• Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian
murid.
• Pastikan semua murid dapat melihat dengan jelas demonstrasi serta
mendengar penerangan guru dengan jelas.
• Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta seorang murid
membuat demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuhkan
pemahaman tentang cara-cara melaksanakannya.
Prinsip Tunjuk Cara (Demonstrasi)

Selepas demonstrasi

• Bincangkan dengan murid tentang bahagian demonstrasi yang


penting. Ini akan memastikan bahawa murid-murid telah memerhati-
kan langkah-langkah yang telah ditunjukkan dengan betul.
• Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka boleh
membuat rumusan dengan tepat.
• Aktiviti pengukuhan harus dijalankan selepas demonstrasi. Ia boleh
dilakukan melalui aktiviti demonstrasi murid dengan mencontohi
guru atau mencatat langkah-langkah demonstrasi dalam buku nota.
Jenis-jenis Tunjuk Cara
Model Hidup
Merujuk kepada model yang sebenar yang
digunakan untuk melaksanakan demon-
strasi.
Termasuk demonstrasi guru dan murid
yang telah menguasai kemahiran untuk Model Simbolik
mendemonstrasi aktiviti yang berkenaan.
Merujuk kepada tunjuk cara yang
dilakukan berdasarkan langkah-
langkah secara bertulis,bergambar
Model Persepsi atau arahan guru.
.

Merujuk kepada penggunaan video yang menayang-


kan sesuatu demonstrasi. Biasanya suatu aktiviti
kemahiran yang spesifik akan ditunjukkan, manakala
tingkah laku yang lain tidak ingin diketepikan.
Teknik Drama
Menurut Sir John Pollock (1958),
drama ialah satu pertunjukan yang
berlaku penyatuan antara lakonan
dan pengucapan atau persembahan
gerak laku, serta melakonkan atau
meniru watak-watak. Drama harus
mengandungi persoalan, tindakan,
perkembangan, dan klimaks serta
kesimpulan.
Presentation Designed
Konsep
• Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan
pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
• Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak
tangan, kepala dan sebagainya) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi
bahasa atau perbuatan.
• Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubung-
kan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya.
• Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkong-
si sesuatu.
• Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat
bantu pengajaran dan pembelajaran.
• Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada
pelajar, di samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.
Jenis-jenis Teknik Drama
Main Peranan Improvisasi Mestamu
01 05 09

Simulasi Arca
02 06

Teater Bercerita
03 07 Pentomin

Mimos
04 08 Dekon
Main Peranan

• Murid melakonkan satu watak daripada satu suasana yang dipetik


daripada peristiwa, novel, cerita atau situasi.
• Murid menghayati dan berlagak seperti watak dengan menggunakan
laras bahasa yang sesuai.

Contoh situasi:
a) Situasi menziarahi orang sakit
b) Situasi di pejabat sekolah.
Simulasi
• Mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat dibentuk
serta dipersembahkan di dalam bilik darjah.
• Situasi dilakonkan berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan
pembacaan yang dilakukan murid.

Contoh aktiviti :
a) Memandu kapal terbang
b) Menerima rawatan di wad kecemasan
Teater Bercerita

• Teknik drama bercorak cerita yang dilakonkan secara spontan hasil


gabungan antara pencerita dengan pelakon.
• Guru mengatur kedudukan murid dalam separuh bulatan.
• Pelakon boleh membina dialog sendiri untuk menjadi cerita lebih
menarik.
• Apabila pencerita menyebut nama watak dalam cerita, pelakon yang
berminat boleh keluar ke ruang lakon secara spontan sambil
melakonkan aksi yang disebut oleh pencerita.
Mimos
• Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan
ekspresi muka bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon
tanpa dialog.
• Penonton membuat laporan tentang apa yang dilihatnya dengan
menggunakan perkataan yang tepat, ayat yang betul dan idea yang tersusun
selepas aktiviti.

Bahan untuk aktiviti :


Kisah pendek, bahagian - bahagian cerita petikan puisi, cerita panjang yang
lengkap.

Contoh aktivti mimos :


i. Individu
Guru menyediakan beberapa situasi untuk dilakonkan oleh pelajar.
a) Anda sedang membaca surat khabar semasa angin bertiup kencang.
b) Anda sedang menonton satu perlawanan tinju, bola sepak atau silat.
Mimos
ii. Berpasangan

Guru memilih dua orang pelajar untuk beraksi. Seorang


menjadi pelaku (aksi spontan) dan seorang menjadi bayang
dalam cermin (mengikut aksi pelakon)
a) Seorang doktor sedang merawat pesakit.
b) Anda sedang memujuk seorang rakan yang sedang
merajuk.
Improvisasi
Lakonan secara spontan dalam kumpulan kecil yang mengisahkan
kejadian, keadaan/situasi dalam kehidupan seharian.

Contoh aktiviti :

Improvisasi berdasarkan kisah seorang perempuan tua yang tinggal


berdekatan dan selalu dilihat oleh pelajar. Dia selalu duduk di atas kerusi
malas di beranda rumahnya. Dia seorang yang kaya tetapi sentiasa
bersedih sejak ditinggalkan oleh anak lelaki tunggalnya yang pergi untuk
menjadi askar. Anaknya tidak pulang-pulang tetapi perempuan tua itu
percaya anaknya akan pulang. Jadi, dia menyimpan semua wang untuk
perkahwinan anaknya kelak.
Arca

• Patung yang menyerupai seseorang


• Bayang yang terlihat di dalam cermin atau melalui kanta kamera
• Bayang-bayang yang terlihat ketika seseorang itu berkhayal
• Gambaran dalam fikiran atau pertalian fikiran yang dihasilkan
dalam karya sastera
Pentomin

• Lakonan situasi tanpa dialog, skripnya akan dibaca oleh murid


lain yang mengiringi lakonan tersebut.
• Memberi peluang kepada murid untuk berlakon tanpa memikirkan
masalah untuk menghafal dialog.

Contoh aktiviti :
Peristiwa malam kemerdekaan negara
Dekon

• Seorang murid mendeklamasikan sajak


atau puisi.
• Seorang atau beberapa orang murid
melakonkan aksi yang sesuai dengan
maksud sajak/puisi.
• Teknik ini sesuai untuk sajak.
Mestamu

• Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.


• Gunakan melodi lagu yang diminati /popular dan gantikan lirik
lagu dengan sajak atau puisi yang dipelajari.
• Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
• Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair,
gurindam dan seloka.
Jenis-jenis Teknik Drama
Main Peranan Improvisasi Mestamu
01 https://web.facebook.com/taskamanj 05 09
afairasafwabukitkatil/videos/1744975 https://youtu.be/lFPQK_ZeMII
https://youtu.be/tXUnP0DjRiI
662466303

Simulasi Arca
02 https://web.facebook.com/watc
06
h/?v=499449580750362 https://www.youtube.com/watch?v=J1-O
WuMrDOc

Teater Bercerita
03 https://www.youtube.com/
07 Pentomin
watch?v=jzzAT7O6CFk
https://www.youtube.com/watch?v=CL8fv-rM_X4

Mimos
04 https://www.youtube.com/w
08 Dekon
atch?v=qe5KLw8qee0 https://www.youtube.com/watch?v=Cd5iIBKgZu4
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai