Anda di halaman 1dari 28

TAJUK : MASALAH & KESAN

TELEKOMUNIKASI TERHADAP
KEHIDUPAN PELAJAR KETIKA
PKP 3.0
NAMA : AINUR ZAHIRAH BINTI ZAMRI
NAMA GURU : PUAN ISMA NURUL HASYIMA
BINTI ISMAIL
TARIKH PENGHATARAN : 30 OGOS 2021
PERANCANGAN PERLAKSANAAN KERJA
KURSUS

BIL. TARIKH PERKARA CATATAN


1 Menerima taklimat dan bahan PT1 Geografi
2/8/2021 daripada Cikgu Isma Nurul Hasyima binti
Ismail yang bertajuk: Masalah & Kesan Waktu pdp
Telekomunikasi Terhadap Pelajar Ketika PKP
3.0
2 2/8/2021 Mengumpul maklumat daripada internet Luar waktu pdp
3 Menulis objektif yang lengkap berdasarkan
2/8/2021 kata kerja yang sesuai Luar waktu pdp
Menentukan dan menghuraikan kaedah kajian
yang digunakan dalam kajian ini
4 3/8/2021 Membuat pemerhatian di kawasan kajian Luar waktu pdp
5 5/8/2021 Membuat isi kandungan,penghargaan dan
pendahuluan berdasarkan contoh kerja Luar waktu pdp
lapangan
6 7/8/2021 Melukis peta lakar berdasarkan kawasan Luar waktu pdp
kajian
7 21/8/2021 Menghuraikan maksud telekomunikasi Luar waktu pdp
Sambungan Menghuraikan 3 masalah
telekomunikasi
8 24/8/2021 Menghuraikan kesan negatif Luar waktu pdp
9 25/8/2021 Menghuraikan cara penggunaan alat Luar waktu pdp
telekomunikasi secara beretika
10 26/8/2021 Membuat rumusan Luar waktu pdp
11 29/8/2021 Membuat penambahbaikan pada penulisan Luar waktu pdp
akhir
12 30/8/2021 Menghantar Kerja Lapangan Waktu pdp
PENGHARGAAN

Pertama sekali, syukur kepada Allah S.W.T. kerana limpah izin serta rahmatnya,
dapatlah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya. InsyaAllah, tugasan
ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan
pengalaman semasa membuat kajian dan pada masa hadapan.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah
Menengah Agama Pekan Gurun iaitu Encik Haji Mohammad Nor Azam bin Ahmad yang
telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Jutaan terima kasih
juga saya tujukan kepada guru Geografi saya, Puan Isma Nurul Hasyima binti Ismail yang
tanpa penat dan lelah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sehingga kajian ini dapat
diselesaikan dengan sempurna.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu saya Rozana binti Alimin dan bapa
saya Zamri bin Zainon, mereka telah banyak memberikan dorongan dan sokongan
sepanjang kajian ini disiapkan. Tanpa sokongan mereka semua yang terlibat tidak
mungkin saya dapat menyiapkan kajian ini dengan jayanya kerana kerja -kerja untuk
menyiapkan tugasan ini memerlukan motivasi, usaha dan buah fikiran bagi memastikan
ianya berjalan dengan lancar.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk di Taman
Murni yang sudi memberi sedikit sebanyak maklumat tentang masalah & kesan
telekomunikasi yang mereka alami ketika PKP 3.0 ini.
PENDAHULUAN

Tajuk kajian bagi kajian lapangan saya adalah Masalah & Kesan Komunikasi Terhadap
Kehidupan Pelajar Ketika PKP 3.0 dan saya Ainur Zahirah Binti Zamri pelajar tingkatan
2Itqan dari Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun telah melakukan kajian ini di kawasan
Taman Murni, Gurun.
Antara sebab utama saya memilih kawasan Taman Murni sebagai kawasan kajian kerana
ia merupakan tempat tinggal saya dan berdekatan dengan sekolah. Ini akan memudahkan
urusan saya untuk membuat kajian kerana berhampiran dengan rumah saya. Selain itu,
saya juga mahir dengan kawasan ini justeru dapat memudahkan saya mendapat maklumat-
maklumat yang berguna untuk direkodkan dalam kerja kursus saya.
Tempoh masa yang diberikan kepada saya telah saya gunakan dengan sebaiknya dari
hari pertama sehingga hari kerja kursus ini disiapkan dan dihantar. Sepanjang saya
melakukan kajian ini, saya telah merujuk dari pelbagai kaedah iaitu kaedah rujukan buku
teks,kaedah pemerhatian dan kaedah melayari internet. Saya sangat bersyukur kerana saya
berjaya menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang diberi.
OBJEKTIF KERJA LAPANGAN

1.Menyatakan maksud Telekomunikasi


2.Menghuraikan kaedah kajian yang anda jalankan
3.Mengenal pasti masalah telekomunikasi di kawasan anda
4.Menerangkan kesan negatif penggunaan alat telekomunikasi kepada kehidupan anda
5.Menghuraikan cara-cara menggunakan alat telekomunikasi yang beretika kepada diri anda

KAEDAH KAJIAN

KAEDAH RUJUKAN
-Saya menggunakan kaedah rujukan dalam kajian ini. Melalui kaedah rujukan buku teks
Geografi Tingkatan 2, saya memeprolehi maklumat tentang cara penggunaan alat
telekomunikasi secara beretika. Saya juga menggunakan kaedah rujukan internet untuk
memperoleh data dan maklumat yang lebih banyak.

KAEDAH PEMERHATIAN
-Melalui kaedah pemerhatian,saya dapat menghasilkan peta lakaran kawasan kajian Taman
Murni. Tidak dapat saya nafikan kaedah ini yang paling saya banyak gunakan dalam
menyiapkan tugasan ini.
KAWASAN KERJA LAPANGAN
MAKSUD TELEKOMUNIKASI

Perkataan Telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek. ‘Tele’ bermaksud “sangat


jauh” manakala komunikasi bermaksud proses untuk menghantar informasi yang melibatkan
masyarakat. Oleh itu, telekomunikasi juga bermaksud suatu interaksi yang melibatkan jarak
yang jauh antara penyampai dengan penerima yang berada di kawasan berbeza. Ini
termasuklah komunikasi menggunakan radio, televisyen, telefon dan komputer.
HASIL KAJIAN

3 MASALAH TELEKOMUNIKASI DI KAWASAN ANDA

Antara masalah telekomunikasi di kawasan saya adalah tiada capaian internet apabila
hujan turun. Capaian internet kurang memuaskan di Taman Murni,Gurun di sini dikhuatiri
memberi kesan kepada saya untuk mengikuti sesi belajar secara dalam talian. Oleh itu, ini
menyebabkan sukar bagi saya untuk mendapatkan maklumat dengan cepat, mengetahui isu
semasa dan lain lagi. Ketiadaan liputan internet apabila hujan turun juga menyukarkan saya
menyiapkan dan menghantar kerja sekolah terutama yang perlu dihantar segera.
Selain itu, adakalanya juga gangguan kilat salah satu punca masalah telekomunikasi di
kawasan ini. Terjadinya gangguan itu, ia memberikan kesan kerosakan pada modem dan
melibatkan kos yang tinggi untuk pembelian modem yang baharu. Masa yang diambil
dianggarkan dua minggu untuk proses penghantaran modem yang baharu.
Akhir sekali, masalah telekomunikasi di kawasan saya adalah berlakunya kecurian kabel
utama. Hal ini pernah terjadi tetapi tidaklah selalu. Jika hal ini berlaku semula, masa yang
diambil berbulan- bulan untuk dipulihkan oleh pihak telekom Malaysia.Ini juga memberi
masalah terhadap saya termasuk penduduk di kawasan saya itu. Tambahan pula,yang
masih bekerja dan belajar secara dalam talian atau maya semasa PKP 3.0 ini.
3 KESAN NEGATIF ALAT TELEKOMUNIKASI KEPADA KEHIDUPAN ANDA

Alat Telekomunikasi atau Peranti Elektronik merupakan alat-alat yang penting dalam
eraglobalisasi ini. Malangnya, alat telekomunikasi membawa kesan buruk kepada pelajar
masa kini.

Antara kesan negatif kepada pelajar adalah isu pencerobohan dan pencurian maklumat
dalam sistem pangkalan data secara atas talian. Maklumat peribadi mereka kini mudah
diambil alih oleh sesiapa pun termasuklah orang yang tidak dikenali. Hal ini di sebabkan
kecuaian pelajar itu sendiri dalam mengemas kini maklumat dalam sistem pangkalan data
dengan tidak berhemah.
Selain itu, maklumat yang tersebar di laman sesawang atau dikenali sebagai media sosial
yang tidak sahih dapat mempengaruhi minda pelajar. Khususnya, sekarang di musim
pandemik Covid-19 tentang penyebaran keraguan untuk mengambil vaksin yang membuat
fikiran mereka memikirkan yang tidak sepatutnya seperti vaksin itu merbahaya bagi
manusia. Fikiran pelajar sangat mudah mempercayai dengan perkara-perkara sebegini.
Akhir sekali, kesan negatif alat telekomunikasi kepada saya dan pelajar lain yang dapat
saya ketahui adalah buli siber. Buli siber didefinisikan sebagai penggunaan komunikasi
berasaskan teknologi termasuk telefon selular, emel, mesej segera, dan jaringan sosial yang
bertujuan menimbulkan gangguan atau ugutan terhadap individu melalui mesej atau
ekspresi secara dalam talian. Walaupun secara talian, kesan buli siber terhadap pemangsa
itu memberi impak yang sangat mendalam kepada mereka. Jadi, berhati-hatilah semasa
menggunakan alat telekomunikasi ini.
3 CARA PENGGUNAAN ALAT TELEKOMUNIKASI SECARA BERETIKA DALAM
KEHIDUPAN ANDA

Etika merujuk kepada prinsip dan tatacara moral atau nilai-nilai akhlak,iaitu adab dan
sopan santun yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia.
Antara cara penggunaan alat telekomunikasi secara beretika adalah kita mestilah
menghargai hasil karya orang lain dan tidak melakukan aktiviti plagiat. Aktiviti plagiat
didefinisikan sebagai meniru tulisan orang lain dan menyiarkannya sebagai karya sendiri
atau juga disebut menciplak. Kebiasaanya ini berlaku dalam hal karang-mengarang. Oleh
itu, plagiat terbahagi kepada beberapa jenis plagiat seperti plagiat secara terus yang
bermaksud penulis yang menyalin bahagian penting dalam teks daripada sumber tunggal
dan memasukkan ke dalam tulisannya tanpa melakukan sebarang perubahan.
Selain itu, janganlah kita mendedahkan hal-hal peribadi sendiri dan kata laluan kepada
umum kerana tanpa kita menyedari ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan data
mereka untuk perkara negatif. Jangan kita sewenang-wenangnya berkongsi maklumat
peribadi sama ada nama, tarikh lahir atau pun nombor akaun bank dan lainnya.
Akhir sekali, kita sebagai pelajar atau pengguna alat telekomunikasi elakkanlah daripada
menyentuh isu-isu sensitif yang melanggar undang-undang dan norma. Misalnya, kini tular
di media sosial tentang hal-hal politik yang tidak sahih. Tambahan pula, isu-isu yang tular itu
hanyalah sebahagian daripada pendapat individu itu sendiri. Berkemungkinan perkara itu
akan menyebabkan satu kesalahan dan fitnah besar.
RUMUSAN

Saya telah membuat kajian di kawasan Taman Murni, Gurun tentang masalah dan kesan
telekomunikasi terhadap pelajar ketika PKP 3.0. Saya dapati banyak masalah
telekomunikasi di kawasan itu. Oleh itu, pelajar sukar untuk menghadiri ke kelas maya
secara atas talian dan kegagalan dalam mendapatkan maklumat di internet dengan cepat.
Sehubungan dengan itu, alat telekomunikasi juga dapat memberi kesan negatif kepada
pelajar seperti isu pencerobohan dan pencurian maklumat dalam sistem pangkalan data,
maklumat yang tidak sahih tersebar di media sosial, buli siber dan lain-lain lagi. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah tersebut dengan
mengamalkan cara penggunaan alat telekomunikasi secara beretika. Contohnya, tidak
mencedok hasil kerja orang lain, tidak mendedahkan hal-hal peribadi dan elakkan untuk
menyentuh isu-isu sensitif di media sosial. Kesimpulannya, alat telekomunikasi ini haruslah
digunakan sebaik mungkin supaya perkara yang tidak diingini akan terjadi kepada pengguna
tersebut.
RUJUKAN

BUKU TEKS
-Kang Chai Yoeng, Zulkipli bin Ismail, Rajanderan Subramaniam, 2017,
Buku Teks Geografi Tingkatan 2, Selangor Darul Ehsan, My Bookpal sdn.bhd.

LAMAN SESAWANG
- https://www.permohonan.my/contoh-jadual-kerja-geografi-pt3-senarai-semak//contoh-jadual-kerja-
geografi-pt3-senarai-semak/
- https://image.slidesharecdn.com/geo-130504234513-phpapp01/95/kerja-kursus-geo-2013dont-copy-
2-638.jpg?cb=1367711153
- https://www.slideshare.net/nursyafiqah7172/contoh-kerja-kursusgeografi20111
- https://karangan.net/contoh-karangan-kesan-buruk-penggunaan-alat-telekomunikasi/
- https://www.slideshare.net/NaveenSegaran/kesan-positif-dan-negatif-penggunaan-internet-dalam-
kalangan-pelajar
- https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-capaian-internet-peranti-masih-membelenggu-
pelaksanaan-pdpr-nutp-278291
- https://slidetodoc.com/bentukbentuk-penulisan-pla-gia-t-maharamukm-my-http/
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai