Anda di halaman 1dari 9

International Conference on Global Education VII

“Humanising Technology For IR. 4.0”

PERLAKSANAAN AMALAN PEDAGOGI KASIH SAYANG:


SUATU TINJAUAN

Norasikin binti Azmi, Rosadah binti Abd Majid


E-mail : sikinazmi.edu@yahoo.com

ABSTRAK

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menampilkan budaya baharu dalam pendidikan


di Malaysia iaitu budaya berteraskan kasih sayang, kegembiraan dan hormat menghormati
yang juga merupakan elemen yang diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Ini merupakan salah satu anjakan dalam membendung masalah displin pelajar yang
merupakan isu pendidikan di dalam negara dan global. Kasih sayang memainkan peranan
penting dalam dunia pendidikan dan ianya boleh dikategorikan sebagai salah satu faktor utama
dalam membangunkan hubungan atau interaksi yang harmonis antara pendidik dan anak
didiknya. Dalam kajian ini, suatu tinjauan telah dijalankan menggunakan set soal selidik
elemen pedagogi kasih sayang yang telah diubahsuai bagi mengutip data yang melibatkan 30
orang guru sekolah rendah yang terdiri daripada guru pendidikan khas dan guru aliran
perdana. Ianya adalah untuk mengetahui perlaksanaan amalan pedagogi kasih sayang
terhadap murid berdasarkan empat elemen dalam pedagogi kasih sayang. Dapatan kajian
mendapati bahawa ukuran skor min untuk elemen pedagogi kasih sayang adalah seperti
berikut; elemen kebaikan dan empati, 4.07; elemen keakraban dan ikatan, 4.19; elemen
pengorbanan dan kemaafan, 3.73 manakala elemen komuniti dan penerimaan, 4.07. Ini
menunjukkan amalan pedagogi kasih sayang telah dilaksanakan atau diterapkan dalam
pengajaran dan pemudahcaraan guru serta murid juga telah terlibat dalam melaksanakan
amalan tersebut. Amalan pedagogi kasih sayang ini tidak seharusnya diabaikan kerana sistem
hubungan ini serasi dengan fitrah dan jiwa manusia.
.
Kata Kunci : Amalan, Pedagogi Kasih Sayang, Kasih Sayang, Penglibatan Murid, Pengajaran
dan Pemudahcaraan Guru

PENGENALAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan tiga hala tuju bagi
memartabatkan sistem pendidikan Malaysia sesuai dengan visi menjadikan pendidikan
untuk semua. Hala tuju pertama ialah mengembalikan cinta ke dalam pendidikan
dengan menekankan anak – anak agar mencintai ilmu, terus membesar sebagai seorang
yang sentiasa mahu belajar dan memahami bahawa pendidikan merupakan suatu proses
yang berterusan. Selain itu, KPM juga turut menampilkan budaya baharu dalam
pendidikan di Malaysia iaitu budaya berteraskan kasih sayang, kegembiraan dan hormat
menghormati yang juga merupakan elemen yang diterapkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) (Mohd Fathi et al. 2010).
Sebagai warga pendidik, perkara ini bukanlah perkara baharu kerana ianya telah
sekian lama diterapkan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid sebagai salah
satu daripada aspek nilai – nilai murni. Penerapan nilai murni dalam bilik darjah adalah
lebih mudah kerana hanya melibatkan guru dan murid berbanding untuk mewujudkan
seluruh komuniti sekolah dalam memaparkan tindakan saling sayang meyayangi,
gembira dan menghormati antara satu sama lain adalah satu cabaran yang perlu digalas
oleh semua anggota dalam komuniti sesebuah sekolah. Hakikatnya, menjelang tahun
2020 antara cabaran yang perlu didepani oleh Malaysia dalam menjadi sebuah negara
Maju adalah dengan melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika. KPM
mendedahkan sebanyak 402 buah sekolah di seluruh Malaysia dikenali sebagai sekolah

Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019 433


International Conference on Global Education VII
“Humanising Technology For IR 4.0”

'hotspot', iaitu sekolah yang didapati mempunyai masalah disiplin dan dadah (Dewan
Rakyat Malaysia 2017). Ini memperlihatkan bahawa isu disiplin dalam kalangan para
pelajar sekolah semakin membimbangkan dan seolahnya tiada berkesudahan. Menurut
Sohami (2004) berlakunya masalah gangsterisme adalah kerana tidak wujudnya
keseimbangan antara kecerdasan intelek dengan kecerdasan emosi. Selaras dengan itu,
hasrat KPM untuk memberi penekanan kepada aspek kemanusiaan dan berasaskan nilai
dengan menerapkan budaya kebahagiaan, kasih sayang dan saling menghormati di
sekolah agar isu disiplin ini dapat dikurangkan dan dikawal amatlah bersesuaian dengan
menerapkan nilai kasih sayang dalam pendekatan mengajar guru.
Berikutan hal tersebut, kajian berkaitan pedagogi kasih sayang ini dijalankan
dengan menggunakan elemen kasih sayang berdasarkan Pedagogi Kasih Sayang Tim
Loreman (2011). Ianya adalah bertujuan untuk mengetahui perlaksanaan amalan
pedagogi kasih sayang berdasarkan elemen kebaikan dan empati, keakraban dan ikatan,
pengorbanan dan kemaafan serta komuniti dan penerimaan dengan melihat amalan guru
dan penglibatan murid. Kebanyakan orang tidak menyedari akan kepentingan empati
dalam kehidupan. Perasaan empati ini juga berkait dengan rasa kepedulian terhadap
orang lain iaitu merasai apa yang dirasai oleh orang lain baik susah mahupun senang,
gembira atau sedang berduka. Ini adalah kerana, sebagai manusia kita tidak boleh hidup
bersendirian dan kehidupan kita sebagi manusia amat berkaitan dengan manusia yang
lain. Keakraban dan ikatan pula adalah merujuk kepada hubungan yang terbentuk antara
dua orang individu atau lebih (Tim Loreman 2011). Menurut Wentzel, K. R. (2009),
guru yang berkesan adalah guru yang dapat membina hubungan yang baik dengan
pelajarnya dari segi emosi yang intim, selamat, dan boleh dipercayai. Sebelum itu,
Ismail Abbas (2007) telah menjelaskan dalam membina hubungan guru dan pelajar,
sewajarnya melihat pelajar secara positif dan melayaninya secara berperikemanusiaan.
Hal ini dibahaskan Wentzel, K. R. (2009), bahawa hubungan yang berkualiti, mampu
menyokong perkembangan emosi pelajar dengan baik, membina sikap positif, dan
motivasi dalam mencapai hasil akademik.
Pada hakikatnya, pengorbanan adalah satu konsep dan amalan yang diajarkan
secara langsung oleh Allah kepada umat Islam Kehidupan juga adalah satu pengorbanan
yang melibatkan perjuangan. Ia menuntut banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.
Individu perlu berkorban masa dan tenaga, wang ringgit dan pemikiran untuk
meneruskan kehidupan. Kadang-kadang mereka terpaksa mengorbankan kepentingan
peribadi dan diri sendiri demi kebajikan dan kemaslahatan orang lain dan ia adalah satu
ibadah yang akan diberi ganjaran pahala oleh Allah. Amalan ini amat mulia kerana ia
akan memberi satu peluang dan kehidupan baharu kepada orang lain demi kebajikan
umum. (Yahya 2006; Tim Loreman 2011). Manakala sifat pemaaf adalah merupakan
satu sifat yang universal, semua agama menuntut supaya manusia bersifat demikian.
Sifat ini adalah menunjukkan martabat yang tinggi dan nilai kemanusiaan yang hebat
dan mulia. Semua guru harus memiliki sifat ini supaya kita sentiasa dipandang mulia
oleh pelajar kita, malahan kita akan dipandang mulia oleh masyarakat sekeliling.
Selain itu, dalam apek komuniti dan penerimaan pula adalah tentang aspek
keterbukaan guru dan komuniti dalam menerima dan menghargai kepelbagaian
individu. Hakikatnya guru-guru sentiasa bersedia untuk mengenali murid dengan lebih
lanjut jika pelajar memberi kerjasama, bersungguh-sungguh dalam mencari bantuan
mereka (Rafiza Abdul Razak & Siti Zarina Syed Nordin, 2013). Perselisihan pendapat
dan penolakan emosi akan berlaku jika tiadanya keterbukaan dan penerimaan antara
guru dan murid. Pentingnya penerapan amalan kasih sayang dalam pengajaran dan
pemudahcaraan bagi membentuk manusia yang berhati mulia, patuh dan taat kepada

434 Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019


International Conference on Global Education VII
“Humanising Technology For IR. 4.0”

ajaran agama serta berkeperibadian luhur. Ini adalah kerana, kasih sayang adalah sifat
semulajadi dalam diri manusia yang menjadi tali penghubung yang kuat antara sesama
manusia. Kasih sayang juga adalah perkara asas dalam proses pendidikan dan
pembentukan karakter dan akhlak manusia. Pendidikan yang menggunakan pendekatan
kasih sayang merupakan kaedah pendidikan terbaik kerana sistem hubungan ini serasi
dengan fitrah dan jiwa manusia dan memberikan pengaruh timbal balik dalam hubungan
antara guru dan pelajar (Ahmad Firdaus, Kamarul Azmi & Khairunnisa 2016).
Mendidik mereka dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan penuh kasih sayang juga
akan memberi kesan psikologi yang mendalam dalam diri pelajar tersebut.

METODOLOGI
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif berbentuk tinjauan
untuk menjawab objektif dan persoalan kajian. Sampel bagi tujuan tinjauan telah dipilih
menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata memandangkan populasi yang tidak
seragam mengikut jumlah sampel guru dan persampelan bertujuan kerana ianya lebih
spesifik bagi mendapatkan maklumat tertentu yang tidak ada pada semua individu. Ini
bertepatan dengan kepakaran dan pengetahuan mereka terhadap isu yang dikaji dan
responden mempunyai maklumat mengenai isu yang dikaji. Saiz sampel yang diambil
adalah merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz Berdasarkan Populasi oleh Krejcie dan
Dayle (1970). dengan mengubahsuai soal selidik pedagogi kasih sayang oleh Tim
Loreman (2011).
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang
dibina sendiri oleh penyelidik dengan merujuk kepada skala Pedagogi Kasih Sayang
Tim Loreman (2011) yang menfokuskan tentang empat elemen dalam pedagogi kasih
sayang. Soal selidik ini telah melalui proses dan prosedur bagi memastikan kesemua
item soalan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Borang soal selidik
ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A yang terdiri daripada maklumat
demografi responden iaitu jantina, umur, sekolah yang diajar, pengalaman mengajar dan
kategori murid atau kelas. Responden di minta memilih satu jawapan yang bertepatan
dengan diri responden berdasarkan pilihan aneka jawapan yang disediakan bagi setiap
item. Bahagian B mengandungi 12 item pernyataan yang diubahsuai berdasarkan
elemen amalan pedagogi kasih sayang Tim Loreman (2011) yang diuji menggunakan 5
skala Likert. Ianya terdiri daripada 4 konstruk iaitu; kebaikan dan empati (kindness and
empathy), keakraban dan ikatan (intimacy and bonding), pengorbanan dan kemaafan
(sacrifice and forgiveness), serta komuniti dan penerimaan (community and acception).
Pengkaji menggunakan 5 skala likert dengan skor satu hingga lima diberikan
bermula dengan sangat tidak setuju (STS), tidak setuju (TS), kurang setuju (KS), setuju
(S) dan sangat setuju (SS). Dalam kajian ini pengkaji menggunakan Statistik Deskriptif
(Min dan Sisihan Piawai) di mana nilai skor yang diperolehi di jumlahkan dan di
puratakan untuk menghasilkan nilai min yang dapat diinterprestasikan bagi
menghasilkan dapatan kajian yang sah dan boleh dipercayai. Interprestasi data dibuat
berdasarkan nilai min yang diperolehi samada rendah, sederhana dan tinggi seperti yang
ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019 435


International Conference on Global Education VII
“Humanising Technology For IR 4.0”

Jadual 2.1: Jadual Interpretasi Data


Nilai Min Interpretasi
1.00 – 1.80 Sangat Rendah
1.81 – 2.60 Rendah
2.61 – 3.40 Sederhana
3.41 – 4.20 Tinggi
4.21 – 5.00 Sangat Tinggi

Sebelum kajian sebenar dilakukan, satu kajian rintis (pilot test) telah dijalankan
dalam sebuah kumpulan guru yang melibatkan 30 orang responden. Kajian rintis ini
merupakan cara terbaik untuk menentukan kajian yang dijalankan dapat dilakukan
dengan sempurna kerana ia digunakan untuk menguji kaedah terbaik mentadbir
instrumen, mengenal sampel dan kesesuaian kaedah analisis. Dapatan daripada kajian
membolehkan penyelidik memperbaiki setiap instrumen yang diuji dan merasai
pengalaman yang berguna sebelum berada dalam situasi yang sebenar (Leedy dan
Ormrod 2001; Ghazali dan Sufean 2016). Untuk menganggarkan kebolehpercayaan
item-item dalam soal selidik, pekali alpha Cronbach digunakan melalui perisian
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 23.0.

Jadual 2.2: Keputusan Ujian Rintis


Nilai Pekali Tafsiran Nilai
No.Item Item
Alpha cronbach alpha ( )
1-5 Demografi -
-
6-9 Elemen Kebaikan dan Empati = .696 Puas hati (satisfied coefficients)
Elemen Keakraban dan
10 - 11 = .743 Stabil (stability coefficients)
Keintiman
Elemen Pengorbanan dan
12 – 14 = .788 Stabil (stability coefficients)
Kemaafan
Elemen Komuniti dan
15 - 18 = .832 Kebiasaan (customary coefficients)
Penerimaan

Dapatan daripada kajian rintis, nilai pekali alpha Cronbach bagi setiap item ialah antara
0.696 hingga 0.832. Dalam statistik kebolehpercayaan instrumen kajian menggunakan
pekali alpha Cronbach, nilai alfa 0.65 hingga 0.95 dianggap memuaskan kerana nilai
yang terlalu rendah menunjukkan keupayaan item-item instrumen kajian mengukur
konsep dalam kajian adalah rendah manakala nilai alfa yang terlalu tinggi pula mungkin
menunjukkan semua item adalah serupa atau bertindih antara satu sama lain.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Populasi kajian terdiri daripada guru-guru di sebuah sekolah rendah di Sentul,
Kuala Lumpur yang melibatkan 21 orang guru aliran perdana dan 9 orang guru PPKI
yang keseluruhannya berjumlah 30 orang responden. Analisis data dalam bahagian ini
memberi penjelasan berkaitan dengan analisis peratusan dan kekerapan bilangan
responden bagi melihat perlaksanaan elemen dalam amalan pedagogi kasih sayang
terhadap murid. Analisis ini melihat kepada pendapat, pengetahuan, strategi dan juga
tindakan responden terhadap setiap item yang diajukan oleh pengkaji dalam soal selidik
tersebut.

436 Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019


International Conference on Global Education VII
“Humanising Technology For IR. 4.0”

Perlaksanaan Amalan Pedagogi Kasih Sayang


Amalan pedagogi kasih sayang yang digariskan oleh Tim Loreman terdiri
daripada empat aspek iaitu; kebaikan dan empati (kindness and empathy), keakraban
dan ikatan (intimacy and bonding), pengorbanan dan kemaafan (sacrifice and
forgiveness), komuniti dan penerimaan (community and acceptance). Analisis skor min
dan interprestasi data mengikut subkonstruk ditunjukkan dalam jadual 3.1, 3.2, 3.3 dan
3.4 dibawah.

3.1 Bagaimanakah elemen kebaikan dan empati (kindness and empathy)


diterapkan dalam kalangan murid?

Jadual 3.1: Elemen Kebaikan dan Empati


Skala
Bil Item Min Tafsiran
STS TS KS S SS
Murid-murid sentiasa
bekerjasama dengan saya dan
0 0 1 22 7 Sangat
1 rakannya dalam aktiviti Pdpc 4.20
0.0 % 0.0 % 3.3 % 73.3 % 23.3 % Tinggi
yang menekankan nilai kasih
sayang dan kebaikan.
Murid-murid mengambil
inisiatif dalam melakukan 0 1 3 22 4
2 3.97 Tinggi
perkara yang menjurus ke arah 0.0 % 3.3 % 10.0 % 73.3 % 13.3 %
kebaikan di bilik darjah.
Murid-murid menyertai aktiviti
0 0 4 21 5
3 khusus yang dirancang bagi 4.03 Tinggi
0.0 % 0.0 % 13.3 % 70.0 % 16.7 %
meningkatkan sifat empati.
Purata keseluruhan 4.07 Tinggi

3.2 Bagaimanakah elemen keakraban dan ikatan (intimacy and bonding)


diamalkan?

Jadual 3.2: Elemen keakraban dan ikatan


Skala
Bil Item Min Tafsiran
STS TS KS S SS
Murid menunjukkan kelakuan
1 yang akrab dengan rakan dan 0 0 1 19 10 Sangat
guru 0.0 % 0.0 % 3.3 % 63.3 % 33.3 % 4.30 Tinggi
Murid menganggap saya 0 1 4 17 8
2
sebagai tempat berlindung 0.0 % 3.3 % 13.3 % 56.7 % 26.7 % 4.07 Tinggi
Purata Keseluruhan 4.19 Tinggi

Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019 437


International Conference on Global Education VII
“Humanising Technology For IR 4.0”

3.3 Bagaimanakah elemen pengorbanan dan kemaafan (Sacrifice and


forgiveness) diterapkan dalam kalangan murid?

Jadual 3.3: Elemen pengorbanan dan kemaafan


Skala
Bil Item Min Tafsiran
STS TS KS S SS
Murid-murid sedia berkorban 0 1 10 18 1
1 antara satu sama lain 0.0 % 3.3 % 33.3 % 60.0 % 3.3 % 3.63 Tinggi
Murid-murid saling
memaafkan dan sentiasa 0 1 4 24 1
2 3.83 Tinggi
berusaha untuk mencapai 0.0 % 3.3 % 13.3 % 80.0 % 3.3 %
kesepakatan
Murid-murid menyertai
aktiviti pembelajaran khusus 0 1 6 23 0
3 3.73 Tinggi
bagi meningkatkan komitmen 0.0 % 3.3 % 20.0 % 76.7 % 0.0 %
mereka dengan yang lain
Purata keseluruhan 3.73 Tinggi

3.4 Bagaimanakah elemen komuniti dan penerimaan (Community and


acceptance) dilaksanakan?

Jadual 3.4: Jadual elemen komuniti dan penerimaan


Skala
Bil Item Min Tafsiran
STS TS KS S SS
Kepelbagaian murid 0 0 3 20 7
1 dihargai/diraikan 0.0 % 0.0 % 10.0 % 66.7 % 23.3 % 4.13 Tinggi
Murid-murid telah terlibat
dalam aktiviti yang khusus
bertujuan untuk mengatasi 0 0 3 22 5
2 4.07 Tinggi
halangan pelbagai budaya/ 0.0 % 0.0 % 10.0 % 73.3 % 16.7 %
latar belakang bagi
meningkatkan penerimaan
Murid-murid telah terlibat
dalam aktiviti yang khusus
0 0 3 21 6
3 bertujuan untuk saling kenal 4.10 Tinggi
0.0 % 0.0 % 10.0 % 70.0 % 20.0 %
mengenali antara satu sama
lain
Murid-murid telah terlibat
dalam aktiviti yang khusus
0 0 3 24 3
4 bertujuan untuk mengatasi 4.00 Tinggi
0.0 % 0.0 % 10.0 % 80.0 % 10.0 %
halangan dalam pelbagai
konteks/suasana
Purata keseluruhan 4.07 Tinggi

Terdapat 12 item yang mewakili empat elemen dalam amalan Pedagogi Kasih
Sayang. Semua item dalam empat elemen tersebut berada pada tahap skor min yang
tinggi iaitu; elemen kebaikan dan empati, 4.07; elemen keakraban dan ikatan, 4.19;
elemen pengorbanan dan kemaafan, 3.73 manakala elemen komuniti dan penerimaan,
4.07. Min skor elemen pedagogi kasih sayang yang paling tinggi ialah elemen
keakraban dan ikatan, 4.19 dengan dua item pernyataan iaitu murid menunjukkan

438 Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019


International Conference on Global Education VII
“Humanising Technology For IR. 4.0”

kelakuan yang akrab dengan rakan dan guru mendapat min sebanyak 4.30 dan murid
menganggap guru sebagai tempat berlindung mendapat min berjumlah 4.07.
Melihat kepada dapatan kajian menunjukkan amalan pedagogi kasih sayang
dengan menekankan elemen kebaikan dan empati yang berjalan secara tidak langsung
diantara guru dengan murid. Penekanan elemen ini bukan sahaja dalam aktiviti pdpc
yang dilakukan dalam kelas, namun ianya perlu sentiasa ditekankan melalui pedagogi
mengajar guru sehingga murid – murid sedar akan kepentingan melakukan kebaikan
dan sikap empati dalam diri. Analisa data juga menunjukkan murid – murid juga
kebanyakannya telah terlibat dalam melakukan kebaikan dalam kelas, cuma ianya perlu
diberi sokongan dan penekanan yang lebih oleh guru supaya elemen ini menjadi perkara
utama dalam pedagogi guru. Melalui kajian yang dilakukan menunjukkan elemen
keakraban dan ikatan yang mendapat skor min tertinggi menandakan wujudnya
hubungan yang selesa dan akrab antara guru dan murid. Ianya merupakan suatu suasana
yang harmonis dan patut diamalkan secara berterusan oleh setiap pendidik dengan
menjadi contoh yang baik dan mesra kepada murid. Kasih sayang yang ditunjukkan
oleh guru akan mewujudkan keakraban dan hubungan yang selesa antara guru dan
murid. Menurut Mohd Sahandri Gani et al, (2010) guru yang paling berkesan adalah
guru yang paling mudah didekati oleh semua pelajarnya. Oleh itu dalam mendidik guru
haruslah berusaha untuk mengesani setiap pelajarnya dengan menggunakan sentuhan
kasih sayang.
Manakala berdasarkan dapatan data pada elemen pengorbanan dan kemaafaan
menjurus kepada pernyataan; murid-murid sedia berkorban antara satu sama lain
menunjukkan hampir separuh daripada responden memberi respon negatif terhadap
pernyataan itu. Kesimpulan yang boleh dibuat menunjukkan murid boleh memaafkan
rakan mereka namun tidak sanggup untuk berkorban demi rakan mereka. Mengikut Tim
Loreman (2011) guru perlu menggalakkan murid – murid supaya sedia berkorban sama
ada terhadap guru, rakan sekelas, ahli keluarga dalam sesuatu situasi. Namun
pengorbanan ini haruslah bermula daripada guru. Guru seharusnya menunjukkan
pengorbanan yang betul terhadap murid. Pengorbanan ini juga haruslah diikuti oleh
kemaafan sebagai contoh murid memberikan dan berkongsi makanannya dengan rakan
lain kerana rakan tersebut tidak mempunyai duit untuk membeli makanan dan ketika
belakunya salah faham diantara murid-murid dalam kelas dimana mereka harus
mengorbankan keegoan mereka daripada terus bergaduh dengan memaafkan rakan
tersebut bagi mengelakkan berlakunya masalah yang lebih besar. Bagi mencapai
kesepakatan, guru harus melakukan aktiviti yang melibatkan semua murid. Komitmen
yang baik antara murid akan mewujudkan suatu keadaan yang positif dalam pergaulan
mereka dan pencapaian dalam kelas.
Elemen komuniti dan penerimaan juga perlu ditekankan dalam amalan pedagogi
kasih sayang dengan meraikan atau menghargai kepelbagaian murid. Menurut Rafizah
& Siti Zarina (2013) guru-guru menyatakan kesediaan untuk lebih membantu pelajar
yang memberi kerjasama, bersungguh-sungguh dan mencari bantuan mereka. Guru
boleh melibatkan murid dalam aktiviti – aktiviti yang boleh mengalakkan penerimaan
dari faktor budaya, etnik, agama dan latar belakang murid dengan melibatkan komuniti
sekolah seperti kakitangan dan ibubapa. Ibubapa juga harus terlibat dalam aktiviti bagi
mengurangkan jurang antara murid seperti aktiviti sambutan hari lahir, program gotong
royong sekolah, pejumpaan ibu bapa dan guru dan program sambutan hari raya.
Kesimpulannya adalah amalan pedagogi kasih sayang diamalkan oleh guru dalam
pengajaran dan pemudahcaraan dengan prestasi penglibatan murid yang baik.

Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019 439


International Conference on Global Education VII
“Humanising Technology For IR 4.0”

Jelaslah bahawa pendidikan yang menggunakan pendekatan kasih sayang


merupakan kaedah pendidikan terbaik kerana sistem hubungan ini merupakan fitrah dan
serasi dengan jiwa manusia. Perasaan kasih sayang terhadap anak didik khususnya
dalam dunia pengajaran dan pendidikan adalah suatu keperluan kerana kasih sayang
merupakan alat atau medium yang dapat memperbaiki tingkah laku akhlak dan
mengharmonikan hubungan sesama manusia. Menurut Muhd Nasruddin Dasuki (2015),
Rasullulah saw telah memperkenalkan empat peringkat pendidikan yang memberi
penekanan terhadap elemen kasih sayang yang sepenuhnya terhadap kanak – kanak
sejak dari lahir hinggalah mereka berumur 6 tahun. Kita perlu mencontohi keperibadian
Rasullullah dalam mendidik sebagaimana yang telah disebutkan oleh Anas bin Malik
r.a. bermaksud, “Aku tidak pernah melihat seorang pun yang paling berkasih-sayang
dalam memenuhi segala keperluan keluarganya daripada Rasulullah.” (HR. Muslim).
Berdasarkan hadith ini jelas menunjukkan bahawa Rasullullah merupakan seorang yang
penyayang di mana ini dibuktikan bahawa baginda suka memanggil kanak-kanak
dengan nama-nama yang baik yang mana mereka suka mendengarnya. Baginda juga
memberikan kepada mereka nama-nama gelaran yang manis dan selalu bergurau dengan
tujuan berkasih sayang.
Oleh yang demikian, pedagogi kasih sayang ini adalah satu seni mengajar yang
perlu diaplikasikan oleh guru dengan bijak baik dari segi aktiviti, pergaulan mahupun
percakapan terhadap murid – murid. Guru – guru perlu bijak dalam berkata – kata
dengan mengelakkan penggunaan perkataan kesat dan kasar kepada anak murid. Dalam
buku karangan Abdulah Zhidi menyatakan menurut Kolhberg pada peringkat umur
murid sekolah rendah ini, mereka mahu dihormati dan dihargai serta diterima semua.
Oleh itu, kita sebagai guru jangan lunturkan keinginan dan semangat mereka untuk
belajar dengan mengherdik dan menghina mereka kerana hal tersebut akan
membantutkan semangat mereka untuk belajar. Sebaliknya, gunakanlah dan sebarkanlah
kasih sayang seperti yang diajarkan Rasulullah dalam mendidik.

CADANGAN DAN KESIMPULAN


Berdasarkan kajian yang dilakukan, pengkaji berpendapat perlunya kajian yang
lebih mendalam dan lanjut tentang pedagogi kasih sayang ini dengan mengaitkan
tentang teknik pendidikan cara Rasullullah, teknik pendidikan Al-Ghazali mahupun
dengan mengaitkan kajian mengikut teori kemanusiaan. Selain itu, pengkaji juga
menyarankan agar adanya kajian yang lebih khusus tentang amalan pedagogi kasih
sayang dalam kalangan guru yang mengajar murid berkeperluan khas, boleh juga
membuat kajian lanjut bagi melihat perbezaan guru yang mengajar kelas aliran perdana
dan kelas pendidikan khas dan hubungannya dengan pembentukan kasih sayang dan
amalannya dalam kalangan murid.
Kesimpulannya, kasih sayang amat penting kerana ianya membentuk ketaatan
dan kebersamaan seperti yang disabdakan olah Nabi Muhammad saw, “Seseorang akan
dikumpulkan bersama orang yang dicintainya.” Ini mengukuhkan bahawa kasih sayang
akan mewujudkan ketaatan lalu hadirnya suatu ikatan kebersamaan. Kasih sayang
seorang guru tertanam dalam sanubari para pelajarnya maka mereka akan menjadi
penurut dan pengikut gurunya. Kasih sayang guru ini akan membuatkan para pelajarnya
tidak mudah mengabaikan tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan kepada mereka.
Begitulah pentingnya peranan kasih sayang dalam membentuk jiwa dan akhlak para
pelajar. Keteguhan dan keutuhan pendiriannya bergantung sejauh mana kasih sayang
yang diterimanya selama masa dididik.

440 Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019


International Conference on Global Education VII
“Humanising Technology For IR. 4.0”

RUJUKAN
Ahmad Firdaus Mohd Noor, Kamarul Azmi Jasmi & Khairunnisa A Shukor. 2016.
Pembinaan hubungan antara guru dengan pelajar. Technical and Social Science
Journal (TSSJ), 5 (1). pp. 138-148. http://eprints.utm.my/id/eprint/55385/ [12 Mei
2019].
Dewan Rakyat Malaysia. 2017. Perbahasan Pelan Tindakan Kementerian Pendidikan
Malaysia Terhadap Sekolah Bermasalah di Parlimen Lembah Pantai. Penyata
Rasmi Dewan Rakyat. Parlimen Ketiga Belas Penggal Kelima
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin (2016). Metodologi Penyelidikan dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.
Ismail Abbas. 2007. Peranan guru membina murid menghadapi wawasan 2020. Jurnal
Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Islam, Selangor, Jilid 10
Mohd Fathi Adnan, Rohana Hamzah & Amirmudin Udin. 2010. Implikasi falsafah
pendidikan kebangsaan dalam pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia.
Edupress. http://eprints.utm.my/id/eprint/14917/ [12 Mei 2019].
Mohd Sahandri Gani Hamzah, Ramli Basri & Shaffe Mohd Daud. 2010. Karakter Guru
Ilmu Diagung Guru Disanjung. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.
Rafizah Abdul Razak & Siti Zarina Syed Nordin.2013. Projek pembangunan perisian
multimedia: strategi pengajaran yang membentuk keperibadian guru pelatih.
Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik (JUKU). Januari 2013, bil 1, Isu 1.
Sohaimi Abd. Aziz. 2004. Pendidikan EQ Mampu Atasi Masalah Disiplin. Utusan
Malaysia. 13 April 2004.
Tafsir Ahmad. 2004. Ilmu Pendidikan dalam Persepektif Islam. Bandung: Remaja
Rosda Karya.
Tim Loreman. 2011. Love as Pedagogy. Concordia University College of Alberta,
Edmonton, Canada: Sense Publisher
Wentzel, K. R. 2009. Students’ Relationships with Teachers as Motivational Contexts
(pp. 301-322). Handbook of Motivation at School.

Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019 441

Anda mungkin juga menyukai