Anda di halaman 1dari 3

Penghujung abad pertama Hijrah berlaku beberapa fahaman menyebabkan kafir

mengkafirkan sesama islam dan sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan


umat islam serta muncul beberapa mazhab yang cuba mentajsimkan atau
mentasyhbihkan sifat ALLAH sehingga terpesong dari akidah islam, beberapa
mazhab yang dapat penulis kongsi disini antaranya:
Qadariah

Qadariah dinisbahkan dari perkataan Qudrat. Golongan ini beriktikad bahawa


segala perbuatan manusia itu samada baik atau buruk adalah lahir dari usaha dan
ikhtiar manusia itu sendiri, tiada hubung kait dengan kuasa ALLAH, pengasas
mazhab ini ialah Ma’bad ibn Khalid al Juhani dan Ghailan al-Dimasyqi. Mazhab ini
lahir di Basrah oleh sebab pertikaian umat islam tentang persoalan qada dan qadar
ALLAH, nama mazhab ini diambil dari al-qadar. Mereka mengatakan bahawa
segala usaha dan perbuatan manusia itu terjadi dengan kehendak mereka sendiri.
Antara lain mengenai iktikad qadariah ini ialah:

a. Manusia bebas melakukan sesuatu mengikut kemahuan yang kesannya adalah


dari manusia, akan tetapi dengan qudrat yang diberikan ALLAH kepada manusia.

b. Percaya ALLAH tidak membuat apa-apa takdir kepada manusia


Iktikad ini tidak tepat kerana setiap perbuatan manusia kebanyakan tidak tercapai
dimana jika manusia itu berkuasa mestilah tiada yang sakit, hidup kemiskinan
sengsara dan sebagainya. Fahaman ini adalah melampau sama sekali.

Jabariah

Berasal dari perkataan al-jabr atau jabrun yang bermaksud tergagah atau digagahi.
Muncul di Kufah pada zaman pemerintahan Umaiyah yang dibawa oleh seorang
lelaki bernama Jaham ibn Safuan dari Khurasan, mazhab ini beriktikad bahawa
manusia itu dipaksa dan digagahi sepenuhnya oleh ALLAH, manusia itu langsung
tidak berkemampuan melainkan ALLAH dan manusia seperti kapas dan debu yang
ditiup angin. Segala buruk dan baik itu ALLAH yang melakukannya ke atas
manusia. Antara lain mazhab Jabariah mengatakan:

a. Syurga dan neraka tidak kekal kerana yang kekal adalah zat ALLAH sahaja, kekal
yang di dalam al-Quran itu bermaksud lama sahaja

b. Kitab ALLAH baru

c. Allah tidak dapat dilihat pada hari akhirat kelak


Ini kerana mereka berpegang kepada firman ALLAH:

ُ ‫)ﷲُ َﺧ ِﻠ‬
٦٢ ‫ﻖ ﻛُﻞ ﺷ َْﻲء ٍ◌)الزمر‬
Terjemahan : ALLAH yang menciptakan tiap-tiap sesuatu….

Muktazilah
Berasal dari perkataan I’tazlaa yang bermaksud mengasingkan diri dari puak, lahir
semasa kurun kedua Hijrah dan diasaskan oleh Wasil ibn ‘Ata’ yang keluar dari
halaqah imam Hasan al- Basri yang tidak sependapat dengan gurunya tentang
masalah dosa besar, bagi Wasil orang yang melakukan dosa besar tidak mukmin
dan tidak kafir, akan tetapi mereka berada di satu tempat di antara dua tempat al-
manzilah baina manzilatain atas dasar tersebut mereka menubuhkan mazhab baru
dan bergantung kepada 5 prinsip mereka iaitu:

a. al tauhid

b. al-Adl

c. al-Wa’ad wa al-Wa’id (janji baik atau buruk)

d. satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain

e. al-Amr bi al-ma’ruf dan Nahy ‘an al-Munkar.

Prinsip pertama (tauhid)

– menafikan sifat azali ALLAH mengatakan semua sifat ALLAH itu baru

– menafikan azali kalam ALLAH dan al-quran itu baru

– ALLAH tidak dapat dilihat di hari akhirat

Prinsip kedua (al-Adl)

-manusia betanggungjawab ke atas perbuatan mereka dan ALLAH tidak mencipta


perbuatan manusia samada baik atau buruk, hanya kudrat diberi kepada manusia
untuk membuat pilihan melakukan atupun tidak, segala keburukan ALLAH tidak
bertanggungjawab,dengan prinsip ini mereka menggelarkan diri mereka ahli
tauhid dan keadilan.

Prinsip ketiga (al-Wa’ad wa al-Wa’id (janji baik atau buruk)

– golongan ini yakin bahawa ALLAH wajib tunaikan janjinya, amalan baik akan
mendapat pahala, amalan buruk akan mendapar dosa dan ditempatkan di
neraka,tuhan tidak boleh memungkiri janji, bagi mereka yang melakukan dosa
besar mereka tidak diampun melainkan bertaubat,orang yang baik tidak boleh
dihalang dari mendapat pahala.

Prinsip keempat (satu tempat di antara dua tempat al-manzilah baina manzilatain)

Prinsip yang paling penting dalam Muktazilah,golongan ini beriktikad bahawa


melakukan dosa besar selain syirik tidak mukmin dan tidak kafir tetapi mereka
mengambil jalan tengah dengan mengatakan ‘fasik’. Maksiat bagi mereka terbahagi
dua iaitu 1. Syirik: hukumnya kafir 2. Melakukan dosa besar hukumnya fasik

Prinsip kelima (al-Amr bi al-Alma’ruf dan Nahy ‘an al-Munkar.)

Berkait rapat dengan taklif hukum fiqh dan kepercayaan atau tauhid, mereka
berdakwah kepada orang yang jahil dan sesat serta tanpa segan silu mereka
melakukan hukuman bunuh walaupun sesama islam jika orang menyalahi
pendirian mereka.

Pengaruh dari ahli falsafah Yunani menyebabkan golongan ini melampau dalam
tauhid dan tanzih dalam ajaran islam yang sebenar.

Anda mungkin juga menyukai