Ucapan Perasmi Hari Kanak Kanak
Ucapan Perasmi Hari Kanak Kanak
Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan izin-nya dapat kita bersama-sama
berkumpul di pagi yang indah ini di majlis Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat SK
Brickfields 1 bagi tahun 2021.
Untuk pengetahuan murid-murid dan guru-guru semua, di Malaysia perayaan hari kanak-
kanak ini mula disambut pada 8 oktober 1959 sebaik sahaja Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) mengisytiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan meminta semua negara
meraikannya setiap tahun sebagai ‘Satu Hari Persaudaraan Dunia dan Persefahaman
dalam Kalangan Kanak-kanak’. Malaysia adalah antara 150 buah negara yang meraikan
Hari Kanak-kanak setiap tahun.
Hadirin sekalian,
Antara objektif sambutan ini diadakan adalah untuk menghargai sumbangan dan peranan
kanak-kanak di sekolah serta mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk
memelihara hak dan masa depan kanak-kanak. Diharapkan dengan adanya sambutan
seperti ini, murid akan rasa diri mereka dihargai dan memberi kesedaran kepada mereka
bahawa mereka adalah sebahagian daripada aset sekolah dan seterusnya akan
menyangi sekolah. Secara tidak langsung juga, sambutan ini boleh mengeratkan
hubungan antara murid dan guru SK Brickfields 1.
Sekian,
Wassalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh.