Anda di halaman 1dari 37

BAB 3

METODOLOGI & REKABENTUK PROJEK

3.1 PENGENALAN

Metodologi dan reka bentuk projek merupakan aspek yang amat penting
dalam proses penyediaan mesin ujian musnah bengkokkan dengan menggunakan
motor 3 fasa. Ini kerana dalam bahagian ini berfungsi sebagai panduan atau prosedur
perlaksanaan projek. Proses penyediaan projek ini melibatkan reka bentuk serta
lakaran projek, pemilihan bahan serta komponen, kaedah sambungan dan sampel
ujian. Aspek-aspek ini amat penting bagi memastikan projek dapat dihasilkan dengan
baik dan sistematik. Dalam bab ini juga menerangkan secara terperinci metadologi
yang digunakan selaras untuk mencapai objektif projek seperti yang telah dinyatakan
dalam Bab 1.

3.2 SPESIFIKASI REKABENTUK PROJEK

Menurut Djohan Wenge (2005), menyatakan spesifikasi merupakan proses


penting yang perlu dilakukan kerana spesifikasi merupakan garis panduan untuk
membina reka bentuk. Spesifikasi adalah penting untuk membangunkan projek ini
kerana ia perlu dikaji dari segi keupayaan reka bentuk, dan penggunaan jenis bahan
untuk mereka bentuk. Berikut adalah beberapa ciri yang diambil kira dalam
penyediaan reka bentuk mesin ujian musnah bengkokan ini dengan menggunakan
motor 3 fasa;

1
i. Keupayaan reka bentuk
Reka bentuk mesin ini menggunakan pergerakan secara separa automatik. Jig
akan digerakkan menggunakan motor hidraulik untuk melakukan proses
tekanan pada bahan uji kaji. Ia menggunakan kuasa elektrik untuk
menggerakkan pergerakan mekanikal.

ii. Bahan yang digunakan


Reka bentuk mesin ini juga dihasilkan menggunakan besi keluli karbon
sebagai kerangka reka bentuk. Ini kerana besi keluli karbon ini mudah
didapati dan tahan lasak. Selain itu juga, jig juga digunakan untuk proses
tekan. Acuan benda kerja pula digunakan untuk membantu dalam proses
bengkokkan. Pemilihan bahan adalah penting bagi menjamin reka bentuk itu
benar-benar dapat dihasilkan dan berfungsi seperti yang dikehendaki.

iii. Mudah untuk dikendalikan


Reka bentuk yang baik adalah sesuatu reka bentuk yang dihasilkan itu dapat
dikendalikan dengan mudah dan tidak membebankan pengguna. Dalam reka
bentuk mesin ini, ia mudah dikendalikan kerana pergerakannya adalah secara
separa automatik dan boleh dikendalikan oleh seorang pengendali sahaja
tanpa memerlukan kepakaran yang tinggi dalam proses bengkokkan.

iv. Penjimatan Masa


Masa merupakan faktor penting dalam proses membengkok dan mengikut
pada keupayaan bahan uji kaji tersebut. Reka bentuk yang akan dihasilkan
ini, ditekankan ciri-ciri penjimatan masa dan hasil uji kaji itu mengikut
prosedur operasi standard penyediaan ujian musnah yang ditetapkan oleh
ASME American Standard Mechanical Engineering dan AWS American
Welding Society dan BS British Standards.

v. Ergonomik
Pembinaan Mesin ini direka dengan mementingkan keselesaan pengguna.
Ketinggian meja yang bersesuaian dengan cara bekerja juga tidak
memerlukan pengguna untuk membongkok semasa mengendalikan reka
bentuk ini.
vi. Hayat produk
Mesin ini mampu digunakan dalam tempoh yang lama bergantung kepada
aktiviti penyelenggaraan serta ketelitian pengguna dalam menggunakannya
untuk proses bengkokkan.

vii. Keselamatan
Reka bentuk mesin ini berbentuk segi empat dan disokong dengan empat
batang tiang sebagai penyokong supaya kedudukannya tetap dan tidak mudah
bergegar semasa mesin dihidupkan. Selain itu, acuan akan diberi stopper pada
setiap penjuru acuan bagi mengelakkan ia bergerak. Ini dapat menjamin
keselamatan pengguna daripada kecederaan akibat terkena lebihan scrap.

Disamping itu juga, asas kepada rekabentuk projek mesin ujian musnah
bengkokan dengan menggunakan motor 3 fasa dengan merujuk kepada standard
ASME IX (Welding and Brazing Qualifications) (QW-466.1) yang merujuk kepada
proses ujian musnan bengkokan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1. Proses
penyediaan projek ini juga adalah berdasarkan dan mematuhi Standard Antarabangsa
bagi Ujian Bengkokan / Lentur iaitu ISO 5173 (Destructive Tests On Welds In
Metallic Materials - Bend Tests).

Rajah 3.1: ASME spesifikasi untuk jig ujian musnah


Panduan:
T = Test Plate Thickness.
Hardened Rolls May Be Used On Shoulderss If
Desired. Specific Dimension For 3/8 Plates.
All Dimension Show Are In Inches.

Manakala perisian CATIA digunakan dalam menyediakan lakaran yang sesuai


bagi mesin ujian musnah bengkokkan dengan menggunakan motor 3 fasa ini.
Perisian CATIA merupakan sebuah program yang biasa digunakan untuk tujuan
tertentu dalam menggambar serta merancang dengan bantuan komputer dalam
pembentukan model serta ukuran dua dan tiga dimensi atau lebih dikenali sebagai
Computer-Aided Drafting and Design Programme (CAD). Program ini dapat
digunakan dalam semua bidang kerja terutama sekali dalam bidang-bidang yang
memerlukan keterampilan khusus seperti dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan
semua bidang yang berkaitan dengan penggunaan CAD. Rajah 3.2 menunjukkan
logo khusus yang digunakan bagi produk perisian CATIA.

Rajah 3.2: Logo khusus bagi produk perisian CATIA

Rajah 3.3 menunjukkan rekabentuk asas penghasilan projek yang dihasilkan


dengan menggunakan perisian CATIA. Ukuran bagi rekabentuk projek ini
mempunyai ukuran dimensi 600 mm x 373 mm x 12 mm. Manakala Rajah 3.4
menunjukkan gambaran rekabentuk secara pandangan unjuran sudut pertama.
menunjukkan pandangan secara lukisan orthographic.
Design By Mohd Hasril
Title: Draw By Mohd Hasril
Destructive Bend Date 22 September 2016
Test Mechine Scale NTS 2:5
Drawing Type Isometric View Sheet 1 of 5

Rajah 3.3: Rekabentuk asas mesin ujian musnah bengkokkan dengan


menggunakan motor 3 fasa
Design By Mohd Hasril
Title: Draw By Mohd Hasril
Destructive Bend Date 22 September 2016
Test Mechine Scale NTS 2:5
Drawing Type Orthographic View
Sheet 2 of 5
All Dimension in Millimeters (mm)

Rajah 3.4: Pandangan secara lukisan unjuran sudut ketiga mesin ujian musnah
bengkokan dengan menggunakan motor 3 fasa
Design By Mohd Hasril
Title: Draw By Mohd Hasril
Destructive Date 22 September 2016
Bend Test Scale NTS 2:5
Mechine Drawing Type Orthographic View
All Dimension in Millimeters (mm) Sheet 3 of 5

Rajah 3.5: Pandangan secara lukisan unjuran sudut ketiga berserta perinciaan ukuran
dimensi mesin ujian musnah bengkokan dengan menggunakan motor 3 fasa
Rajah 3.6: Perincian komponen dalam mesin ujian musnah bengkokan dengan
menggunakan motor 3 fasa

Rajah 3.5 menunjukkan pandangan secara lukisan unjuran sudut pertama


berserta perincian ukuran dimensi mesin. Manakala Rajah 3.6 memaparkan perincian
komponen dalam mesin yang melibatkan 26 senarai komponen utama yang berkaitan
dalam menghasilkan mesin ujian musnah bengkokkan dengan menggunakan motor 3
fasa. Ianya melibatkan komponen mekanikal, komponen elektrik/elektronik dan
bahan mentah yang digunakan dalam penghasilan mesin ujian musnah bengkokkan
dengan menggunakan motor 3 fasa.
3.3 PEMILIHAN KOMPONEN PROJEK

Dalam pembangunan rekabentuk mesin ujian musnah bengkokkan dengan


menggunakan motor 3 fasa ini, pemilihan komponen adalah penting bagi
memastikan model reka bentuk ini dapat berfungsi dengan sempurna. Ini kerana
setiap komponen mempunyai fungsinya yang tersendiri dalam reka bentuk ini.
Terdapat satu komponen yang digunakan dalam reka bentuk ini iaitu komponen
mekanikal dan elektrik/elektronik.

3.3.1 KOMPONEN MEKANIKAL

i. Pam Hidraulik Silinder Jenis Jack


Pam hidraulik jenis ini digunakan untuk membantu dalam proses
membengkok. Bahan uji kaji akan dikenakan tekanan dari pelocok (plunger)
untuk membengkok dan dibantu oleh pam hidraulik ini. Pam hidraulik
silinder atau disebut juga elemen penggerak rotary mengubah tenaga
hidraulik menjadi bentuk tenaga. Bendalir yang terdapat dalam silinder yang
mendorong tekanan mampatan ke dalam sistem sebagaimana yang dilakukan
oleh pam, untuk motor adalah didorong oleh bendalir tersebut melalui
bahagian yang menimbulkan gerakan putaran (Hartono, 1988). Gambar 3.1
menunjukkan pam hidraulik silinder 20 ton yang digunakan dalam
penghasilan penghasilan mesin ujian musnah bengkokkan dengan
menggunakan motor 3 fasa.

Gambar 3.1: Pam hidraulik jack


ii. Support Pillow Block Bearing
Bagi menyokong cranks shaft pada reka bentuk projek bearing jenis support
pillow block bearing digunakan. Di mana mesin ini memerlukan 2 unit
support pillow block bearing untuk membantu menggerakkan cranks shaft
agar ianya dalam keadaan stabil. Bearing adalah suatu komponen yang
berfungsi untuk mengurangi gesekan pada mesin atau komponen-komponen
yang bergerak dan saling menekan antara satu dengan yang lainnya. Bila
gerakan dua permukaan yang saling berhubungan terhambat, maka akan
menimbulkan panas. Hambatan ini dikenal sebagai gesekan (friction).
Gesekan yang tidak dikawal dapat menyebabkan kerosakan pada komponen
dan alat tidak akan dapat bekerja. Gambar 3.2 menunjukkan support pillow
block bearing yang digunakan untuk menahan/menyangga komponen-
komponen yang bergerak. Bearing biasanya dipakai untuk meudahkan
perputaran pada shaft, dimana terjadi sangat banyak gesekan.

Gambar 3.2: Support pillow block bearing

iii. Crank Shaft


Crank shaft digunakan dalam projek ini alah untuk membantu untuk
mengerakkan shaft yang direka bagi membolehkan pam hidraulik tersebut
bergerak ke atas dan bawah. Gambar 3.3 menunjukkan crank shaft yang
boleh bergerak naik turun secara terus menerus di dalam silinder untuk
melakukan langkah hisap, kompresi, pembakaran dan pembuangan. Oleh
sebab itu crank shaft harus tahan terhadap tekanan tinggi, suhu tinggi, dan
putaran yang tinggi crank shaft dibuat dari bahan paduan cast iron dan besi
tuang.
Gambar 3.3: Crank shaft
iv. Sprocket
Dalam mesin ini terdapat 2 sprocket diperlukan iaitu satu terdiri daripada
sprocket gandar (driven sprocket) dengan (42 mata) dan sprocket pemacu
(driver sprocket) dengan (14 mata) seperti yang ditunjukkan dalam Gambar
3.4. Sprocket gandar diletakkan pada hujung crank shaft dan sprocket pemacu
pula diletakkan pada motor 3 fasa. Sprocket ini digunakan untuk membantu
mesin ini berfungsi secara sistem separa automatik. Sprocket pemacu dari
motor 3 fasa akan mengerakkan sprocket dengan menghubungkan crank
shaft untuk menjalankan proses mengepam hidraulik secara semi automatic.

Menurut Abdul Rahim Abdul Manaf (1999), penggunaan sprocket


dikenal pasti sebagai kaedah terbaik untuk pemindahan kuasa mekanik
dibandingkan dengan pelbagai kaedah lain seperti tali sawat dan rantaian.
Sprocket juga bersifat tahan lasak dan tahan lama. Kecekapan sprocket adalah
menghantar tenaga menghampiri 98%. Kos sprocket adalah lebih murah
berbanding sistem gear yang kompleks. Penggunaan sprocket mampu
meningkat kejituan seperti yang dikehendaki untuk keadaan penggabungan
peningkatan putaran dengan peningkatan beban serta hingar yang terendah
bergantung kepada bilangan mata pada sprocket pemacu dan sprocket gandar.

Gambar 3.4: Sprocket


v. Rantai (Chain)
Menurut Abdul Rahim Abdul Manaf (1992), terdapat pelbagai jenis rantai
bagi memindahkan kuasa. Jenis rantai yang paling banyak digunakan ialah
jenis drive chain atau roller chain. Beban adalah diagihkan kepada jumlah
gigi (mata) yang bersentuhan dengan sprocket. Beban yang diagihkan
tersebut bertindak ke atas roller dan sebagai penghubung yang penting antara
pusingan motor 3 fasa dengan Crank shaft dalam projek ini. Gambar 3.5
menunjukkan rantai motosikal 80 mata yang digunakan untuk
menghubungkan pergerakan kedua-dua gear tersebut. Rantai motor dipilih
kerana mempunyai sifat bahan logam yang kuat serta kos yang murah. Rantai
ini juga berfungsi untuk menstabilkan pergerakan gear semasa berputar.

Gambar 3.5: Rantai

vi. Helical/Coil Springs


Spring digunakan pada mesin ini berfungsi untuk menarik plunger pada
kedudukan asal sebelum proses bengkokkan dilakukan. Helical/Coil Springs
digunakan untuk projek ini kerana mempunyai ketahanan untuk kembali ke
bentuk asal. Spring ini akan menarik kembali plunger bersama hidraulik
untuk kembali dalam keadaan awal.

Kiasanya spering jenis ini diperbuat daripada aloi rendah, keluli


karbon sederhana atau keluli karbon tinggi dengan kekuatan alah yang sangat
tinggi. Ini membolehkan objek yang diperbuat daripada besi spring untuk
kembali ke bentuk asal mereka walaupun pesongan yang ketara atau
berpusing. Gambar
3.6 menunjukkan jenis spring yang digunakan pada mesin ujian musnah
bengkokkan dengan menggunakan motor 3 fasa yang dihasilkan.
Gambar 3.6: Helical/coil springs

3.3.2 KOMPONEN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

i. Motor 3 fasa (3 Phase Motor)


Motor aruhan tiga fasa mempunyai rekabentuk yang ringkas, kilasan
permulaan yang tinggi bagi motor DC serta kecekapan yang lebih tinggi.
Motor sedemikian digunakan dalam industri seperti pam, kipas, peniup,
pemampat, pemacu penghantar, serta banyak lagi peralatan berasaskan motor
elektrik. Motor tiga fasa lebih padat serta lebih murah daripada motor fasa
tunggal dengan kadaran voltan dan kuasa yang sama; tambahan pula, motor
AC fasa tunggal melebihi 10HP (7.5 kW) agar sukar dipeolehi.

Motor tiga fasa juga kurang bergegar dan seterusnya tahan lebih lama
daripada motor fasa tunggal dengan kadaran kuasa yang sama serta
digunakan dalam keadaan yang sama. Kelebihan motor 3 fasa ini mempunyai
daya ketahanan yang kuat semasa berputar. Motor 3 fasa ini juga mempunyai
kelajuan yang boleh dikawal berbanding motor 1 fasa. Gambar 3.7
menunjukkan jenis motor 3 fasa yang digunakan pada mesin ujian musnah
bengkokkan dengan menggunakan motor 3 fasa yang dihasilkan.

Gambar 3.7: Motor 3 fasa


Motor 3 fasa ini mempunyai bekalan kuasa sebanyak 380-415V dan
50Hz. Penggunaan motor 3 fasa ini bertujuan untuk memudahkan pengguna
mengawal kelajuan yang diperlukan dengan menggunakan sistem inverter.
Menurut Abdul Samad Hanif (2003), kawalan elektrik ialah sekumpulan
komponen kawalan yang mengawal serta melaras kerja alatan elektrik
berdasarkan aturan kerja yang ditentukan terlebih dahulu. Salah satu alatan
elektrik yang lazimnya memerlukan kawalan khusus ialah kawalan elektrik.
Dalam menghasilkan projek ini kawalan elektrik penting untuk memastikan
pergerakan pada paip itu bergerak dan berhenti mengikut kehendak
pengguna. Selain itu pergerakan kelajuan pusingan pada paip boleh di laras
kelajuan pusingannya. Oleh itu kawalan elektrik adalah salah satu faktor
penting dalam pergerakan paip menggunakan kawalan elektromagnet yang
menggunakan pelbagai komponen-komponen elektro-mekanikal.

Komponen-komponen yang digunakan dalam menghasilkan projek ini


dapat membantu pergerakan projek dengan menggunakan kuasa elektrik.
Pendawaian motor 3 fasa (3 phase) melibatkan 4 wayar utama dalam
pendawaian 3 fasa iaitu, yang pertama wayar merah , kedua wayar kuning,
ketiga wayar biru , dan keempat iaitu wayar hitam . Ketiga-tiga fasa iaitu fasa
merah, fasa biru dan fasa kuning membawa voltan bernilai 415V dan voltan
ini hanya dapat diturunkan kepada 240V apabila ada pengulang iaitu yang
wayar neutral yang akan melengkapkan litar pendawaian 3 fasa tersebut.
Penggunaan pendawaian 3 fasa akan dapat menjimatkan tenaga elektrik di
mana kuasa lesapan pada kabel pada sesuatu jarak yang tertentu dapat
dikurangkan kerana pendawaian 3 fasa melibatkan voltan yang tinggi iaitu
11kV dan 33kV. Rajah
3.7 menunjukkan pendawaian motor 3 fasa.
Rajah 3.7: Pendawaian motor 3 fasa
ii. Pengubah Kelajuan Motor (Electronic Inverter)
Inverter adalah suatu rangkaian elektronik daya yang dapat mengubah sumber
tegangan kearah (DC) menjadi sumber tegangan dan arus ulang-alik (AC).
Gambar 3.8 menunjukkan jenis inverter yang digunakan pada mesin ujian
musnah bengkokkan dengan menggunakan motor 3 fasa yang dihasilkan.

Gambar 3.8: Electronic inventer

Inverter bertujuan untuk mengawal kelajuan putaran dari motor 3


fasa. Inverter mempunyai butang Run untuk dihidupkan dan butang Stop
untuk berhenti. Selain itu juga butang putar juga disediakan untuk
memudahkan pengguna mengawal kelajuan yang diperlukan semasa
menggunakan motor 3 fasa. Rajah 3.8 menunjukkan blok diagram motor 3
fasa bersama inverter.
Rajah 3.8: Circuit diagram motor 3 fasa bersama inverter
3.4 PEMILIHAN BAHAN DALAM PROJEK

Pemilihan bahan merupakan satu aspek penting bagi reka bentuk ini kerana
ianya akan menentukan ketahanan dan kesesuaian. Bahan-bahan yang digunakan
dalam reka bentuk ini mestilah mempunyai jangka hayat yang lama dan sesuai
digunakan serta selamat digunakan. Bahan-bahan yang akan digunakan di dalam
rekabentuk mesin ujian musnah bengkokkan dengan menggunakan motor 3 fasa ini
adalah terdiri daripada besi keluli, besi bongkah, pam silinder hidraulik, dan
komponen elektronik. Menurut S.F. Karr (1986), untuk mengetahui berbagai jenis
logam, kita harus tahu akan istilah dan sifat fizikal bahan seperti keanjalan,
kekerasan, keliatan, kemuluran, kerapuhan, ketegangan dan ketempaan. Pemilihan
bahan merupakan satu proses yang penting dan perlu mengikuti beberapa prosedur
atau faktor-faktor tertentu. Menurut Robert M.Glorioso (1974), pemilihan bahan
kejuruteraan berdasarkan kepada faktor berikut:-

i. Jangka Hayat
Daya ketahanan dalam satu jangka masa tertentu sesuatu bahan daripada
faktor kakisan, tindakbalas kimia, kekuatan dan sebagainya.
ii. Keberkesanan Kos
Bahan yang digunakan perlulah bersesuaian, mudah didapati di pasaran dan
memenuhi kos pembuatan.
iii. Mudah direkabentuk
Pembuatan perlu lebih ringkas dan mudah dengan mengikut prinsip-prinsip
kejuruteraan terutama dalam proses pemasangan, penyambungan dan
sebagainya.
iv. Sifat yang menarik
Sifat menarik terutama dari segi rupa bentuk, warna dan juga saiz yang sesuai
dengan keadaan.

Dalam penyediaan projek ini, faktor pemilihan bahan diberi perhatian


berkaitan jenis logam dan memahami sifat logam sebelum dikimpal atau digunakan
untuk kerja-kerja fabrikasi. Ini akan memudahkan kita memilih proses kerja
kimpalan yang akan digunakan serta persediaan benda kerja yang perlu dibuat.
Berikut adalah
bahan yang digunakan dalam penyediaan projek seperti plat keluli karbon
berketebalan 12 mm, Pipe Sch 40’ diameter 115 mm, Mild Steel Solid Bar diameter
35 mm, Aluminium Solid Bar, Angle ‘L’ Mild Steel, Mild Steel Plate 6 mm dan
Hollow Square M/S 40 mm x 40 mm. Secara umumnya bahan tersebut terhasil
daripada campuran besi dengan karbon atau elemen-elemen lain sperti yang
dinyatakan dibawah:

i. Keluli karbon rendah, mempunyai kandungan karbon sebanyak 0.02% hingga


0.30%. Ia juga dikenali sebagai keluli lembut dan merupakan keluli yang
termurah. Keluli ini sesuai untuk membuat rod, kepingan keluli, plat, turbin,
struktur keluli (keratan alur, sudut, saluran dan tee) rivet, dawai dan
sebagainya. Keluli ini mempunyai sifar mulur, tempaan dan mudah dimensi.
ii. Keluli karbon sederhana mempunyai kandungan karbon sebanyak 0.30%
sehingga 0.60%. Keluli ini lebih tinggi kekuatannya jika dibandingkan
dengan keluli berkarbon rendah. Sifat-sifatnya boleh dipertingkatkan lagi
dengan mengenakan tindakan haba supaya lebih keras dan teguh. Keluli jenis
ini biasanya digunakan untuk membuat block acuan, pegas berlapis, tali
dawai, pemutar skru, pahat, sepana, tukul tempahan kerja berat, tiub tekanan
tinggi, rod penyambung, aci engkol gear, spindle, keluli hitam dan keluli
kilat.
iii. Keluli karbon tinggi pula mempunyai kandungan karbon sebanyak 0.8%
hingga 1.4% dan keluli jenis ini mempunyai gabungan sifat-sifat kekerasan
dan keteguhan. Keluli berkarbon tinggi ini lebih sukar untuk diproses.
Biasanya keluli jenis ini digunakan untuk membuat kapak, pisau, acuan,
kikir, mata alat pelarik dan sebagainya.

Keluli merupakan aloi di antara besi dan karbon di mana kandungan karbon
sangat rendah iaitu 0.03% sehingga 1.2% sahaja dan yang selebihnya adalah besi.
Keluli ini mempunyai suatu sifat yang khusus seperti sifat tahan karat, ketahanan
pemotongan pada suhu tinggi dan sebagainya. Jadi sifat-sifat ini adalah sesuai
dengan reka bentuk ini yang mana reka bentuk ini mestilah tahan karat. Oleh kerana
sifatnya yang baik dan kukuh jadi ia amatlah sesuai untuk reka bentuk ini digunakan
pada mesin ujian musnah bengkokkan dengan menggunakan motor 3 fasa yang
dihasilkan.
3.5 PROSES PERANCANGAN DAN PENGHASILAN REKABENTUK
PROJEK

Perancangan yang rapi dan teratur sebelum membangunkan projek ini perlu
dilakukan dengan betul dan teratur agar memastikan proses penghasilan projek
dengan pengurusan masa yang lebih teratur dan berkesan. Rajah 3.9 menunjukkan
carta alir yang melibatkan proses penyediaan reka bentuk projek mesin ujian musnah
bengkokkan dengan menggunakan motor 3 fasa.

Rajah 3.9: Carta alir proses penyediaan rekabentuk projek


Setelah kesemua komponen diperincikan barulah proses membangunkan
mesin ini dapat dilakukan mengikut spesifikasi dan kriteria yang telah ditetapkan.
Pada peringkat ini sebarang perubahan perlulah diambil kira seperti kemungkinan
komponen yang hendak digunakan tiada di pasaran.

Dalam menghasilkan sesuatu projek sudah pasti cabaran dan kekangan yang
dihadapi. Namun begitu perancangan dalam perlaksanaan projek diteliti dengan baik
dan teratur agar dapat mengikut perancangan yang telah dibuat. Bagi projek
menghasilkan mesin ini, menjangkakan mesin ujian musnah yang dihasilkan ini
mampu mencapai objektif yang diingini. Selain itu, kekangan-kekangan seperti masa,
kos, tahap kemahiran dan sebagainya mampu diatasi dengan sempurna dan tidak
menimbulkan pelbagai permasalahan yang besar dan rumit.

Di samping itu juga semasa proses penghasilan mengikut prosedur-prosedur


yang telah ditetapkan dalam fasa pembangunan projek kejuruteraan mengikut masa
yang telah ditetapkan. Jadual 3.1 menunjukkan perancangan aktiviti kerja dalam
penyediaan projek. Bagi memastikan kelancaran dalam penyediaan projek ini, satu
struktur pecahan kerja (WBS- Work Breakdown Structure) dalam bentuk jadual
aktiviti kerja supaya dapat menentukan perancangan dan skop kerja yang teliti dalam
menyediakan projek ini seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.2.

Manakala Jadual 3.3 dan Jadual 3.4 menunjukkan perancangan umum


berdasarkan tarikh dan aktiviti bagi memastikan kelancaran kerja berdasarkan
perancangan yang telah dibuat. Secara keseluruhannya segala tempoh perancangan
berkaitan aktiviti dalam menyediakan projek ini dapat dilihat berdasarkan carta gantt
pembangunan mesin ujian musnah bengkokkan dengan menggunakan motor 3 fasa
pada Lampiran 1. Dengan adanya perancangan yang teliti dapat memastikan
matlamat penyediaan projek mesin ujian musnah bengkokkan dengan menggunakan
motor 3 fasa dapat dihasilkan dengan lancar.
Jadual 3.1: Jadual aktiviti kerja
Petunjuk Seksyen Aktiviti

A Seksyen 1 Penyediaan lukisan isometric/ orthographic

B Seksyen 2 Pembelian bahan

C Seksyen 3 Mengukur dan menanda bahan

D Seksyen 4 Pemotongan bahan

Membentuk dan fabrikasi penghasilan kerangka


E Seksyen 5
(frame) utama

Membentuk dan fabrikasi penghasilan kerangka


F Seksyen 6
(frame) tapak motor dan crank shaft

G Seksyen 7 Mengimpal penuh badan utama (body)

H Seksyen 8 Mengimpal penuh rangka bawah (base)

I Seksyen 9 Mencanai / asid cleaning

Memasang motor 3 fasa (DC), inverter dan


J Seksyen 10
sprocket

Memasang bahagian crank shaft, plunger dan


K Seksyen 11
Double Helical/Coil Springs

Pengujian kebocoran jack hidraulik pam dan ujian


L Seksyen 12
bengkokkan

M Seksyen 13 Mengecat

N Seksyen 14 Pembersihan dan polishing

O Seksyen 15 QC / kerja selesai


Jadual 3.2: Pembahagian kerja
Pekerja/
Petunjuk Seksyen Aktiviti
Tanggungjawab
Penyediaan lukisan isometric/
A Seksyen 1 Penyelia
orthographic
B Seksyen 2 Pembelian bahan Penyelia
Mengukur dan menanda Penyelia dan 1
C Seksyen 3
bahan pekerja
Penyelia dan 1
D Seksyen 4 Pemotongan bahan
pekerja
Membentuk dan fabrikasi
Penyelia dan 1
E Seksyen 5 penghasilan kerangka (frame)
pekerja
utama
Membentuk dan fabrikasi
Penyelia dan 1
F Seksyen 6 penghasilan kerangka (frame)
pekerja
tapak motor dan crank shaft
Mengimpal penuh badan Penyelia dan 1
G Seksyen 7
utama (body) pekerja
Mengimpal penuh rangka Penyelia dan 1
H Seksyen 8
bawah (base) pekerja
Penyelia dan 1
I Seksyen 9 Mencanai / asid cleaning
pekerja
Memasang motor 3 fasa (DC), Penyelia dan 1
J Seksyen 10
inverter dan sprocket pekerja
Memasang bahagian crank
Penyelia dan 1
K Seksyen 11 shaft, plunger dan
pekerja
Double Helical/Coil
Springs
Pengujian kebocoran jack
Penyelia dan 1
L Seksyen 12 hidraulik pam dan ujian
pekerja
bengkokkan
Penyelia dan 1
M Seksyen 13 Mengecat
pekerja
Penyelia dan 1
N Seksyen 14 Pembersihan dan polishing
pekerja
O Seksyen 15 QC / kerja selesai Penyelia
Jadual 3.3: Perancangan umum
Tempoh
Petunjuk Tarikh Aktiviti
(Hari)

Penyediaan lukisan
A 18.07.16 – 22.07.16 5
isometric/ orthographic

B 25.07.16 – 05.08.16 Pembelian bahan 10

C 08.08.16 – 09.08.16 Mengukur dan menanda bahan 2

D 08.08.16 – 10.08.16 Pemotongan bahan 3

Membentuk dan fabrikasi


E 09.08.16 – 19.08.16 penghasilan kerangka (frame) 8
utama

Membentuk dan fabrikasi


F 22.08.16 – 25.08.16 penghasilan kerangka (frame) 3
tapak motor dan crank shaft

Mengimpal penuh badan utama


G 25.09.16 –03.09.16 5
(body)

Mengimpal penuh rangka bawah


H 04.09.16 – 05.09.16 2
(base)

I 10.09.16 – 12.09.16 Mencanai / asid cleaning 3

Memasang motor 3 fasa (DC),


J 15.09.16 – 17.09.16 3
inverter dan sprocket

Memasang bahagian crank shaft,


K 15.09.16 – 18.09.16 plunger dan Double 3
Helical/Coil Springs

Pengujian kebocoran jack


L 18.09.16– 19.09.16 hidraulik pam dan ujian 2
bengkokkan

M 21.09.16 – 23.09.16 Mengecat 2

N 24. 09. 16 – 25.09. 16 Pembersihan dan polishing 2

O 26.09.16 QC / kerja selesai 1

Jumlah Keseluruhan Hari 54


Jadual 3.4: Jadual aktiviti
Perkara Tempoh/Tarikh
Hari Bekerja 5 Hari Seminggu
Waktu Bekerja 8.00 pagi – 5.00 petang
Waktu Rehat 1.00 petang – 2.00 petang
Hari Cuti Sabtu dan Ahad
Tarikh Mula Projek 18 Julai 2016
Tarikh Selesai Projek 26 September 2016

3.5.1 PROSES FABRIKASI DAN FITTING

Bagi proses penghasilan kerangka (frame) mesin mesin ujian musnah


bengkokkan dengan menggunakan motor 3 fasa ini dimulakan dengan memindahkan
ukuran dari lukisan reka bentuk yang telah siap dilukis ke bahan yang akan
digunakan. Pemindahan ukuran dan dimensi dilakukan dengan teliti untuk
menggelakkan sebarang kesilapan ukuran dan jenis bahan yang akan digunakan.
Jadual 3.5 menunjukkan peralatan atau komponen yang digunakan semasa proses
menyiapkan reka bentuk.

Proses fabrikasi dan fitting merupakan aspek yang penting dalam reka betuk
ini kerana ianya akan menentukan bagaimana reka bentuk ini dilaksanakan. Antara
proses fabrikasi dan fitting dalam reka bentuk ini ialah proses mengimpal, proses
memotong dan proses mencanai. Berikut pada Jadual 3.5 menunjukkan jenis
peralatan dan komponen yang terlibat dalam penyediaan projek ini.

Jadual 3.5: Peralatan dan komponen yang digunakan

Bil. Peralatan & Komponen

1. Aluminium Rod Ø 20 mm

2. Based Carbon Steel Plate 12 mm

3. Based Support Pillow Block Bearing

4. Based Frame Square Hollow 1½ inch


5. Bolt/Nat Bearing ½ inch

6. Crank Shaft

7. Set DC Motor 380-415V

8. DC Motor 380-415V Bolt/Nat ½ inch

9. Double Helical/Coil Springs Ø 20 mm

10. Double Side Pillar Plunger Carbon Steel Plate 12 mm

11. Drive Chain

12. Driven Sprocket (42 point)

13. Driver Sprocket (14 point)

14. Set Electronic Inverter

15. Electronic Inverter Based

16. Elektrod 6013, 7016, 7018 (saiz 2.6 mm & 3.2 mm)

17. Front Stopper Carbon Steel Plate 12 mm

18. Jack Hidraulik Pam 20 Ton

19. Left/Right Side Pillar Carbon Steel Plate 12 mm

20. Mesin Canai Mudah alih

21. Mesin Canai Tetap

22. Mesin Gergaji Kuasa

23. Mesin Gerudi Lantai

24. Mesin Gerudi Tangan

25. Mesin Kimpalan Arka Jenis ESAB

26. Mesin Pemampat Udara (compressor)

27. Plunger (ASME Standard)

28. Ragum Meja

29. Schedule 40 pipe NPS Ø 115 mm

30. Shaft Connecting Rod

31. Shaft Support Pillow Block Bearing

32. Solid Bar Ø 50 mm


3.5.2 KEDUDUKAN MENGIMPAL DALAM PENYEDIAAN PROJEK

Dalam penyediaan projek ini melibatkan proses kimpalan arka logam


berperisai (SMAW) sepenuhnya. Di samping itu dalam proses kimpalan bagi projek
ini melibatkan beberapa kedudukan mengimpal untuk sambungan kerja groove
seperti plat 1G, 2G dan 3G . Manakala bagi fillet pula melibatkan kedudukan
mengimpal 1F, 2F, 3F dan 5F sahaja. Elektrod keluaran Kobelco digunakan dalam
proses mengimpal dalam projek ini dengan melibatkan elektrod jenis E6013, E7016
dan E7018 bagi saiz
2.6 mm dan 3.2 mm.

Rajah 3.10: Kedudukan dan jenis sambungan yang terlibat dalam penyediaan projek
Kedudukan mengimpal dalam penyediaan projek ini juga bergantung kepada
kesesuaian dan keselesaan juru kimpal dalam melakukan proses sambungan. Rajah
3.10 yang ditunjukkan ini kedudukan mengimpal yang terlibat dalam penyediaan
projek ini. Manakala Rajah 3.11 pula menunjukkan simbol kimpalan dalam
penyediaan dalam mesin ujian musnah bengkokkan dengan menggunakan motor 3
fasa.

Design By Mohd Hasril


Title: Draw By Mohd Hasril
Destructive Date 22 September 2016
Bend Test Scale NTS 2:5
Mechine Drawing Type Welding Symbol Sheet 5 of 5

Rajah 3.11: Simbol kimpalan dalam projek


3.5.3 PROSES MEMOTONG

Proses memotong di sini merujuk kepada pemotongan besi dan keluli untuk
dijadikan kerangka mesin. Pemotongan mestilah dilakukan dengan berhati-hati yang
mana langkah keselamatan perlu diambil kira. Semasa proses pemotongan, besi dan
keluli yang hendak dipotong mestilah di tanda terlebih dahulu supaya senang untuk
dipotong dan untuk mendapatkan ukuran yang tepat. Kaedah memotong dengan
menggunakan heavy duty jig saw 240V dan heavy duty cutter disk.

3.5.4 PROSES MENCANAI

Proses mencanai dilakukan sebelum dan selepas proses mengimpal bagi


tujuan kekemasan. Sebelum memulakan proses mengimpal permukaan besi dan
keluli yang dipotong mestilah dicanai terlebih dahulu supaya permukaan besi yang
dipotong rata dan tidak tajam Selepas proses kimpalan, proses canaian dilakukan
sekali lagi untuk meratakan permukaan yang dikimpal supaya bahagian yang telah
dikimpal kelihatan cantik.

3.6 ANALISIS PROJEK

Terdapat dua analisis yang dijalankan pada projek ini yang melibatkan
analisis reka bentuk serta anggaran kos dan analisis kebolehfungsian berdasarkan
sample ujian bengkokkan. Setelah reka bentuk disiapkan sepenuhnya maka uji kaji
dijalankan untuk menganalisis kestabilan tekanan bengkokkan pada bahan uji kaji
bagi memastikan objektif reka bentuk projek ini tercapai dari segi mereka bentuk dan
menghasilkan mesin ujian musnah bengkokkan dengan menggunakan motor 3 fasa.
Manakala faktor kebolehfungsian mesin ujian musnah bengkokkan dengan
menggunakan motor 3 fasa yang beroperasi dengan mudah cekap dan selamat untuk
dikendalikan serta mempunyai kapasiti maksimum mampu membengkokkan plat
keluli karbon berketebalan 12 mm.
3.6.1 ANALISIS REKABENTUK DAN ANGGARAN KOS

Berdasarkan pemilihan reka bentuk yang terakhir ini dipilih sebagai reka
bentuk untuk projek ini, pemilihan bahan perlu dijalankan. Setelah itu, kos anggaran
bagi pemilihan bahan-bahan yang telah digunakan dapat dikenal pasti dan
dianggarkan supaya kos yang dikeluarkan tidak melebihi kos pelaburan. Setiap
anggaran kos berdasarkan harga semasa yang ada dalam pasaran yang terkini yang
melibatkan pembelian komponen dan bahan mentah.

3.6.2 ANALISIS KEBOLEHFUNGSIAN BERDASARKAN SAMPLE UJIAN


BENGKOKKAN

Bagi menguji kebolehfungsian mesin ujian musnah bengkokan dengan


menggunakan motor 3 fasa agar beroperasi dengan mudah cekap dan selamat untuk
dikendalikan serta mempunyai kapisiti maksimum mampu membengkokkan plat
keluli karbon berketebalan 12mm berdasarkan AWS, D1.1 (Structural Steel Welding
Code). Spesimen yang digunakan adalah bagi menguji ketahanan sambungan
kimpalan kedudukan 1G (penembusan).

Terdapat beberapa kaedah dan cara untuk mengenalpasti kecacatan pada


sambungan kimpalan 1G (penembusan) terutamanya melibatkan ujian musnah
bengkokan. Oleh yang demikian dalam projek ini sampel ujian plat keluli karbon
berketebalan 12 mm akan digunakan untuk menjalankan ujian bengkokkan muka
(Face Bend) dan ujian bengkokkan punca (Root Bend).

Dalam ujian ini sampel kedudukan kimpalan 1G digunakan untuk mudahkan


dalam menentukan kecacatan yang terdapat pada sambungan kimpalan tersebut.
Ujian musnah bengkokan ini melibatkan tekanan diberi pada bahagian muka dan
punca kimpal sehingga specimen menjadi bengkok. Pada bahagian muka kimpal
lebih mudah untuk mengesan dan mengenalpasti kecacatan yang dihadapi pada
sambungan kimpalan tersebut. Gambar 3.9 menunjukkan bentuk sample yang telah
dibengkokkan.
Gambar 3.9: Sampel bahan ujikaji

Dalam kajian ini, bahan ujikaji yang digunakan adalah keluli karbon. Bagi
mendapatkan ketepatan dalam ujian bengkok ini, bahan ujikaji akan diasingkan
mengikut tahap suhu yang berbeza selepas sahaja proses mengimpal dijalankan.
Tujuan ujian bengkokkan ini dilakukan untuk mengetahui sifat kimpalan termasuklah
sifat kemuluran, penembusan kimpalan kekuatan regangan dan keleburan logam.
Ujian ini dapat dilakukan dengan mudah. Rajah 3.12 menunjukkan penyediaan
specimen (coupon).

Rajah 3.12: Penyediaan spesimen atau coupon


Rajah 3.13 dan Rajah 3.14 menunjukkan dua jenis ujian bengkokkan asas
iaitu ujian bengkokkan muka (Face Bend) dan ujian bengkokkan punca (Root Bend).

Rajah 3.13: Ujian bengkokkan muka kimpalan

Rajah 3.14: Ujian bengkokkan punca kimpalan

Semua ujian bengkokkan berpaduan dijalankan pada jigs khas. Permukaan


contoh sesuatu kimpalan yang hendak diuji dicanai supaya licin. Semua pengukuhan
pada permukaan kumai hendaklah di buang. Kemudian contoh ini diletakkan pada
cetak penyokong dan contoh itu dibengkokkan dengan menggunakan pelocok
(plunger) sehingga membentuk bengkokkan yang berbentuk ‘U’. Bagi menjalankan
ujian bengkokkan muka kimpalan, maka contoh sambungan hendaklah diletak pada
cetak penyokong dengan muka kimpalan berada di bawah sepertimana yang di
tunjukkan dalam Rajah 3.13. Jika proses menjalankan ujian bengkokkan punca
kimpalan, maka punca kimpalan perlu berada kedudukan di bawah seperti yang di
tunjukkan dalam Rajah 3.14. Tujuan ujian bengkokkan punca ialah untuk
menentukan darjah penembusan kimpalan. Tujuan ujian bengkokkan muka kimpalan
pula ialah untuk menentukan sifat kimpalan termasuklah jumlah keliangan,
keleburan, keselitan terak dan keretakan. Kimpalan yang kecacatannya melebihi 4
mm biasanya dianggap sebagai kimpalan yang tidak baik.
3.7 RUMUSAN

Bab ini telah menerangkan kaedah dan reka bentuk dalam penyediaan proses
penyediaan mesin ujian musnah bengkokkan dengan menggunakan motor 3 fasa.
Bahagian ini juga menerangkan dengan terperinci lukisan isometric dan orthographic
bagi menggambarkan reka bentuk projek yang dihasilkan. Di samping itu juga
penekanan kepada proses perancangan dan aktiviti juga turut dibincangkan dengan
jelas berserta lampiran carta gantt, agar proses penyediaan projek berjalan dengan
lancar dan bersistematik. Penentuan komponen dan peralatan yang digunakan dalam
menyiapkan projek ini juga turut dinyatakan bagi memastikan penyediaan projek
dapat dilakukan dengan sempurna. Turut dibincangkan juga adalah berkaitan analisis
atau pengujian yang digunakan dalam projek ini yang melibatkan sampel ujian plat
keluli karbon berketebalan 12 mm akan digunakan untuk menjalankan ujian
bengkokkan muka (Face Bend) dan ujian bengkokkan punca (Root Bend). Secara
keseluruhanyan, proses penyediaan projek ini melibatkan reka bentuk serta lakaran
projek, pemilihan bahan serta komponen, kaedah sambungan dan sampel ujian.
Perkara-perkara ini amat penting bagi memastikan projek ini dapat dihasilkan dengan
bersistematik.

Anda mungkin juga menyukai