Anda di halaman 1dari 17

BORANG PENGESAHAN PENILAIAN BERTERUSAN

NAMA PENGGUBAL: NORHAFEEZA BINTI BAMBANG SHAIDI


KOD / NAMA KURSUS: MPU24011 / SUKAN
PROGRAM: DBS/DLS/DIB/DRM SESI: 2021 / 2022
JENIS PENILAIAN: TUNJUK CARA (CLO1/P2/CLS4) – 60%

1. Kenal pasti latar belakang/sejarah sukan masing-masing (5%)


2. Terangkan impak kemahiran pengurusan atlit dan pasukan terhadap peningkatan kendiri dan profession
(5%)
1. Tunjukkan kemahiran berikut:
a. Kemahiran 1 (10%)
b. Kemahiran 2 (10%)
c. Kemahiran 3 (10%)
d. Kemahiran 4 (10%)
e. Kemahiran 5 (10%)

CATATAN: Disemak: Disahkan oleh:


(ditanda oleh
penyelaras
kursus/pensyarah
bidang)
______________
√ Soalan ( )
Skema (NORHAFEEZA BAMBANG SHAIDI) Ketua program / Ketua Jabatan
jawapan Penyelaras Kursus / Pensyarah bidang: Tandatangan / Nama
√ Rubrik Tandatangan / Nama Tarikh: 24/11/2021
Tarikh: 24 November 2021

TOPIK 1: KEMAHIRAN KURSUS - TUNJUK CARA (CLO1/P2/CLS4) – 60%


OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Pelajar akan dapat:
i. Menerangkan latar belakang sukan.
ii. Memahami konsep kecergasan dan kecederaan sukan
iii. Menerangkan kemahiran asas sukan

SOALAN PENILAIAN:
Berikut adalah item yang perlu disediakan:

1. Pengenalan Sukan Pemainan Tradisional: Guli/Teng-Teng/Batu Seremban


2. Tunjukkan langkah-langkah memanaskan badan da menyejukkan badan serta
kepentingannya.
3. Kemahiran asas sukan permainan tradisional.
(a) Jelaskan sejarah sukan permainan tradisional.
(b) Terangkan istilah-istilah dalam sukan permainan tradisional.
(c) Tunjukkan teknik dan cara bermain sukan permainan tradisional
(d) Terangkan kaedah dipertandingkan bagi sukan permainan tradisional.
(e) Terangkan strategi/teknik sukan permainan tradisional

PNS-PA-04 (7)
1 P:0 02.08.2021
KAEDAH PENYEDIAAN (NON FACE TO FACE):
1. Tugasan dilaksanakan secara individu.
2. Setiap individu dikehendaki menghasilkan video (tunjuk cara kemahiran) dan laporan bertulis
(softcopy) dan dihantar melalui medium atas talian: Link URL You tube (Video) dan Google
Classroom MPU24011 (laporan) bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan

KAEDAH PENYEDIAAN (FACE TO FACE):


1. Kemahiran tunjuk cara secara praktikal di lapangan.

FORMAT PENYEDIAAN LAPORAN BERTULIS


Font: Times New Roman
Format File: PDF
Size: 12
Spacing: 1.5
Tarikh Penghantaran : 1 Disember 2021 [RABU]
Rubrik Penilaian: Seperti di LAMPIRAN 1.

PEMBENTANGAN SECARA INDIVIDU:

• Setiap individu perlu membentangkan hasil tugasan melalui rakaman video.


• Durasi masa rakaman video ialah 5 minit sahaja.
• Rubrik pemarkahan pembentangan seperti di LAMPIRAN 1.

PNS-PA-04 (7)
2 P:0 02.08.2021
MPU 24011
SUKAN

REPORT PENILAIAN BERTERUSAN(PB)TUNJUK

CARA PERMAINAN TRADISIONAL BATU

SEREMBAN
LECTURER:MDM NORHAFEEZA BINTI BAMBANG SHAIDI

PREPARED BY:
THULASI A/P MUNIANDY(23DBS20F2036)

PNS-PA-04 (7)
3 P:0 02.08.2021
NO CONTENTS PAGES
1.0 LANGKAH-LANGKAH 5-7
MEMANASKAN &MENYEJUKAN
BADAN SERTA
KEPENTINGANYA
2.0 PENGENALAN SUKAN 8
PERMAINAN TRADISIONAL
BATU SEREMBAN
3.0 SEJARAH SUKAN PERMAINAN 9
TRADISIONAL BATU
SEREMBAN
4.0 ISTILAH-ISTILAH DALAM 10
SUKAN PERMAINAN
TRADISIONAL BATU
SEREMBAN

5.0 TEKNIK DAN CARA BERMAIN 11


SUKAN PERMAINAN
TRADISIONAL

6.0 KAEDAH DIPERTANDINGKAN 12&13


BAGI SUKAN PERMAINAN
TRADISIONAL.
7.0 STRATEGI/TEKNIK SUKAN 14&15
PERMAINAN TRADISIONAL

PNS-PA-04 (7)
4 P:0 02.08.2021
LANGKAH-LANGKAH MEMANASKAN BADAN DAN
MENYEJUKKAN BADAN SERTA
KEPENTINGANNYA.

 Langkah-langkah memanaskan badan:

 Untuk aktiviti berjalan pantas:berjalan perlahan selama 5-10 minit.


 Panaskan badan untuk latihan kekuatan:gerakkan sendi dan otot mengikut pola semasa mengunakan
pemberat .
 Panaskan badan untuk berenang:berenan perlahan selama beberapa minit.

Lakukan pemanasan badan sebelum mulakan aktiviti secara amanya,fokus pd otot utama semasa
memanaskan badan seperti hamstring.

 Langkah-langkah menyejukan badan:

 Aktiviti berjalan pantas,sejukkan badan dgn terus berjalan tetapi perlahan 5-10 minit.
 Aktiviti berenang,rehatkan otot dgn berenang di dlm air selama 10 minit.

Menyejukan badan lebih kurang sama seperti memanaskan badan .Anda terus melakukan aktiviti sukan
tetapi pd kadar yg lebih perlahan dan tidak lasak.Menyejukan badan sgt penting untuk atlet sukan yg aktif
PNS-PA-04 (7)
5 P:0 02.08.2021
seperti ahli marathon.Ia penting untuk menyeimbangkan aliran darah di dlm badan selepas berlari.

KEPENTINGAN MEMANASKAN BADAN DAN


MENYEJUKAN BADAN

Warming-up (memanaskan badan) dan cooling down (menyejukkan badan) merupakan kompenen utama
dalam latihan. Ringkasnya warming up dilakukan sebelum latihan (pralatihan) dan cooling down dijalankan
selepas tamat latihan (pascalatihan). Selepas otot sudah panas bolehlah dijalankan regangan (stretching).
Apakah kepentingannya? Berikut adalah serba sedikit kepentingan warming up dan cooling down.

 Aktiviti memanaskan badan(warming up):


 Meningkatkan suhu badan dan otot.

 Mengurangkan ketegangan otot.

 Meningkatkan intensiti pergerakan

 Membolehkan jantung, paru-paru dan saluran darah menyesuaikan diri terhadap peningkatan kadar kerja
mereka

 Otot menerima darah yang mencukupi.

 Risiko kecederaan kurang

 Latihan pergerakan sebelum lakuan sebenar

 Dari segi fisiologi :

 Reaksi enzim lebih cepat pada suhu badan tinggi

 Mengurangkan asid laktik

 Penyediaan mental set

 Penyediaan untuk tindakbalas jantung

PNS-PA-04 (7)
6 P:0 02.08.2021
 Aktiviti menyejukan badan(cooling down):

 Regangan
 Aktiviti berintensiti rendah
 Tujuan menyejukkan badan
i: Mengembalikan fungsi fisiologi ke paras normal secara beransur-ansur
Ii: Mengurangkan kelesuan otot
iii. Meningkatkan fleksibiliti otot, tendon dan ligament
iv. Menurunkan tekanan darah
 Keperluan cecair
i. Mengekalkan hemeostasis (keseimbangan cecair dalam badan)
ii. Penyebaran haba dalam badan - 37 C / 98.6
iii. Untuk keperluan system urinary.
iv. Mengekalkan kandungan darah dan tekanan

PNS-PA-04 (7)
7 P:0 02.08.2021
PENGENALAN PERMAINAN TRADISIONAL
BATU SEREMBAN

Permainan ini adalah sejenis permainan kanak-kanak. Tujuan permainan batu seremban iniadalah untuk
mendapatkan kiraan mata sebanyak mana yang mungkin. Permainan batuseremban ini sebenarnya
mempunyai makna yang lain. Nama-nama yang berbeza ini mungkinwujud kerana mengikut orang yang
memainkannya ataupun negeri di mana ia dikenali. Antaranama lain yang dikenali selain batu seremban
ialah :

 Permainan simbang

 Permainan selambut

 Putu mama

Walaupun namanya berbeza namun, cara dan kaedah permainan serta alat yang digunakanuntuk
memainkannya adalah sama. Walaupun permainan tradisional batu seremban inihanyalah satu permainan
rakyat dan tidak lagi diiktiraf sebagai satu permainan yang bolehdianggap berprestij, namun permainan ini
mempunyai cara dan peraturannya tersendiri untukmemainkannya. Setiap pemain yang memainkannya mesti
mematuhi segala peraturan yangtersedia.

PNS-PA-04 (7)
8 P:0 02.08.2021
SEJARAH PERMAINAN BATU SEREMBAN

Permainan tradisional merupakan permainan tradisi yang diturunkan oleh nenek moyang kepada kita. Betapa
berharganya permainan ini sehinggakan setiap lapisan masyarakat tanpa mengenal usia dan jantina.
Permainan yang ditugaskan kepada saya ialah permainan batu seremban. Sepertimana yang kita semua tahu
batu seremban ini seringkali dikatakan permainan yang hanya dimonopoli oleh kanak-kanak perempuan.
Tetapi kita tidak sedari bahawa kepentingan permainan ini bukan terletak kepada kelembutan dan kelentikan
tangan menyambut batu tetapi ianya bergantung kepada kemahiran dan kepakaran seseorang pemain
tersebut.

Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-
kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan – dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli
kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat
digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain
pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan
memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang
dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang
berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang
dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas
dinamakan buah tujuh.

PNS-PA-04 (7)
9 P:0 02.08.2021
ISTILAH-ISTILAH DALAM SUKAN PERMAINAN TRADISIONAL
BATU SEREMBAN

Tidak lapuk dek hujan,tidak lekang dek panas”. Itulah istilah yang sesuai digunakan bagi permainan
tradisional yang terdapat dimalaysia. Walaupun tidak ramai anak muda zaman sekarang yang mengetahui
jenis-jenis permainan tradisional, disebabkan kemajuan dan komodenan dalam teknologi, tapi masih ada lagi
kanak-kanak yang bermain permainan tradisonal ini, kebiasaannya di kampung-kampung. Sebagai contoh
permainan Batu Selambut ataupun dikenali sebagai Batu Seremban. Selambut adalah sebutan di sebelah
Utara dan Pantai Timur Semenanjung, contohnya seperti di negeri kelantan dan Kedah. Manakala di negeri-
negeri Pantai Barat permainan ini dikenali sebagai Seremban. Disebabkan permainan ini memerlukan
pergerakan yang lembut dan teliti,permainan ini lebih sesuai dimainkan oleh kanak-kanak perempuan
berbanding kanak-kanak lelaki. Tapi terdapat juga kanak-kanak lelaki yang bermain permainan ini walaupun
ianya nampak sedikit janggal.

PNS-PA-04 (7)
10 P:0 02.08.2021
TEKNIK DAN CARA BERMAIN SUKAN PERMAINAN
TRADISIONAL

Kesemua buah hendaklah diselerakkan diatas lantai dengan keadaan buah tidak bersentuhan antara satu
sama lain. Sebiji buah dijadikan ibu yang dilambungkan ke udara. Dalam masa yang sama buah yang di
bawah hendaklah dikutip dan ibu itu disambut. Buah anak tadi diletakkan digenggam di dalam tangan
sebelah lagi. Ulangi perbuatan sehingga habis buah anak. Setelah selesai pemain hendaklah menimbang
buah untuk mendapatkan mata sama ada secara mencangkuk atau menyambut. Permainan akan mati
sekiranya buah tidak dapat disambut atau dicangkuk dan diserahkan kepada permain seterusnya. Jenis buah:
Buah satu, buah dua, buah tiga, buah empat hingga buah tujuh.

PNS-PA-04 (7)
11 P:0 02.08.2021
KAEDAH DIPERTANDINGKAN BAGI SUKAN PERMAINAN
TRADISIONAL

1) Batu satu
Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak
bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah
dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah
hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut
sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan
sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.

2)Buah Dua
Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji
serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.

3)Buah Tiga
Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu,
pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.

4)Buah Empat
Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut
buah ibu yang telah dilambungkan.

PNS-PA-04 (7)
12 P:0 02.08.2021
5)Buah Lima
Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah,
sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula
serta menyambut buah ibu sahaja.

6)Buah Enam
Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan
buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah
ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai sehingga selesai.

7)Buah Tujuh
Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam
tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah
disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu
yang terakhir dilambungkan hendaklah juga disambut.

Menimbang
 Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata.
Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan
pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang
ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah
yang dapat disambutnya. • Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan
memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan
seterusnya sehingga mati.

Mati Permainan
 Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah
yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain
tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan
kepada pemain seterusnya.

PNS-PA-04 (7)
13 P:0 02.08.2021
STRATEGI/TEKNIK SUKAN PERMAINAN TRADISIONAL

BATU SEREMBAN

Teknik-teknik permainan
 Teknik 1:
1. Pemain mengumpulkan semua batu-batu itu di dalam genggaman yang kemas.

2. Batu-batu diserakkan ke lantai.

3. Pemain memilih sebiji batu untuk dilambung.

4. Sebaik sahaja batu dilambung, sebelum batu-batu itu jatuh, pemain akan memungut batu yang lain
dan dilmabung batu-batu dengan pantas.

5. Pemain akan meletakkan ke tepi batu yang telah dipungut dan meneruskan permainan mengutip
sebiji demi sebiji batu yang tinggal tiga biji seperti cara yang sama pada awal permainan.
 Teknik 2:
1. Cara permainan ini hampir sama dengan teknik 1.

2. Perbezaanya apabila pemain memungut dua biji batu sekali gus.


 Teknik 3:
1. Pemain akan mengutip sebiji batu lalu melambung batu-batu itu.

2. Pada masa yang sama pemain akan mengutip tiga biji batu yang berbaki sewaktu melambung kali
kedua.
 Teknik 4:
Pemain dikehendaki mengutip keempat-empat biji batu sekali gus.
 Teknik 5:
1. Pemain dikehendaki mengambil tiga biji batu dalam satu genggaman dan dua biji batu dalam
genggaman yang sebelah lagi.

2. Pada tangan yang menggenggam tiga biji batu, pemain akan melambungkan batu-batu itu sebiji demi
sebiji dan dengan pantas meletakkan ke lantai batu-batu yang ada berbaki dalam kedua-dua belah
tangannya.

3. Seterusnya pemain hendaklah menyambut semula batu yang telah dilambung dengan menggunakan
tangan yang sama.
PNS-PA-04 (7)
14 P:0 02.08.2021
4. Akhir sekali, pemain dimestikan melambung dan memungut batu itu dengan kedua-dua belah tangan.
Pada sebelah tangan hendaklah diakhiri dengan menggenggam tiga biji batu dan sebelah tangan lagi
menggenggam dua biji batu seperti pada permulaan permainan.
 Teknik 6:
1. Teknik ini hampir serupa dengan teknik 1 tetapi para pemain hanya menyentuh sebiji batu sekali dan
tidak memungut batu itu. Ringkasnya batu hendaklah dicuit semasa melambung sebiji batu yang lain.
 Tenik 7:
1. Sebelah tangan dicekup ke lantai dengan menggunakan ibu jari dan jari-jari yang lain supaya
menjadi suatu lubang dan tangan ini jangan digerak-gerakkan.

2. Semasa melambung batu, sebiji batu dikuit ke dalam lubang.


 Teknik 8:
1. Semasa melambung batu, sebiji batu hendaklah dikutip dan diletak di atas tapak tangan yang sebelah
lagi sebelum menyambut batu yang dilambung itu.
 Teknik 9:
1. Ambil dua biji batu dan genggam dalam tangan yang sama.

2. Kemudian lambung sebiji batu sahaja.

3. Apabila melambung batu tukar pula dengan batu yang lain sebelum menyambut batu yang
dilambung.

4. Pastikan semua batu harus digilir-gilirkan.

5. Selepas semua batu dilambung, batu-batu yang kini terletak setempat itu hendaklah dikaut serentak
dengan menggunakan tangan yang sama.
 Teknik 10:
1. Dua biji batu diambil lalu diletak secara berasingan di atas sebelah tapak tangan.

2. Kedua-dua biji batu itu kemudian dilambung.

3. Pemain dikehendaki dengan pantas mengutip sebiji batu yang masih berada di lantai.

4. Kedua-dua biji batu yang dilambung tadi disambut dengan sebelah tangan.

5. Batu yang diambil dari lantai tadi diketepikan dan permainan diteruskan.

6. Akhir sekali, kedua-dua biji batu yang tinggal di dalam genggaman itu dilambung satu demi satu.

Kemudian batu itu disambut dengan tangan yang sebelah lagi.

PNS-PA-04 (7)
15 P:0 02.08.2021
PNS-PA-04 (7)
16 P:0 02.08.2021
PNS-PA-04 (7)
17 P:0 02.08.2021

Anda mungkin juga menyukai