Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PROGRAM BEBAS DENGGI

SK DAMANSARA JAYA 2

TUJUAN

Ceramah denggi merupakan salah satu aktiviti tahunan Unit Pencegahan Denggi sekolah.
Ia bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai bahaya denggi dan
kaedah mencegah yang boleh diambil untuk mengatasi penyakit ini dari terus menular.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan pendidikan pencegahan denggi.


2. Mengetahui kaedah pencegahan yang berkesan.
3. Memastikan persekitaran ruang rumah dan sekolah adalah bersih dan bebas dari
denggi.

SASARAN

Semua murid

Tarikh : 26 Julai 2018


Masa : 10.00-11.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer SK Damansara Jaya 2

CERAMAH

Ceramah mengenai bahaya denggi, kaedah pencegahan dan langkah-langkah yang perlu
diambil sekiranya dijangkiti demam denggi disampaikan oleh Encik Muhammad Faznan
Bin Che Hashim dari pihak SEDAR Majlis Perbandaran Petaling Jaya.
Video tentang tanda-tanda demam tinggi ditayangkan kepada murid-murid.
PASUKAN SEDAR.
Pasukan SEDAR sekolah telah ditubuhkan sejurus selepas sesi ceramah. Pasukan ini
terdiri daripada Penolong Kanan HEM, pekerja sekolah dan Skuad Denggi yang terdiri
daripada 5 orang murid tahun 5&6 yang telah terpilih dan akan membantu guru untuk
memeriksa kawasan sekolah bagi memastikan ia bebas dari nyamuk Aedes.
Praktikal pemasangan jaring dilakukan bersama di belakang bangunan sekolah.

ULASAN

Aktiviti berjalan lancar dan banyak maklumat diperolehi dalam usaha mencegah
penularan demam denggi. Murid-murid juga dapat mengenal pasti tempat-tempat utama
pembiakan aedes yang disyaki dan boleh mengambil langkah penghapusan dengan segera
jika ditemui ada pembiakan larva nyamuk.

Laporan disediakan oleh;

………………………………..
WAN MARDIANA WAN MAHTAR
Penyelaras Kesihatan
SK Damansara Jaya (2)
LAMPIRAN

Penceramah sedang memberi taklimat Denggi

Murid tekun mendengar ceramah


Pasukan SEDAR sekolah bersama wakil Unit Kawalan Vektor MBPJ
Praktikal pemasangan jaring

Anda mungkin juga menyukai