Anda di halaman 1dari 2

JUSTIFIKASI/KRONOLOGI PERMOHONAN PERUNTUKAN BAGI KERJA-KERJA

MENAIKTARAF LONGKANG KONKRIT DI LALUAN FT003 SEKSYEN 711.50 –


711.68 DAN FT134 SEKSYEN 20.50 – 21.20, JAJAHAN TUMPAT, KELANTAN.

JUSTIFIKASI PERMOHONAN

 Telah mendapat aduan daripada penduduk setempat, peniaga, orang awam dan
polis trafik berkenaan longkang tersumbat di 2 lokasi ini sejak tahun 2016.

 Isu ini telah dibangkitkan di peringkat Pejabat Menteri Besar Kelantan pada tahun
2019 dan 2020.

 Pihak JKR Jajahan Tumpat sering kali terima kritikan/tomohan di dalam media sosial
kerana tidak dapat menyelesaikan isu ini.

 Isu ini kerap kali dibangkitkan oleh ahli majlis, ketua jabatan dan ketua jajahan di
dalam mesyuarat di peringkat Jajahan Tumpat.

 Masalah ini sentiasa berlaku setiap hujung tahun/musim tengkujuh dan sewaktu
banjir kilat sekiranya hujan lebat berterusan.

 Laluan ini merupakan dua(2) laluan utama yang menghubungkan Kota Bharu –
Pasir Mas dan Kota Bharu – Tumpat.

 Menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas yang teruk dari Pasir Pekan hingga
ke Sempadan Kota Bharu iaitu sejauh 1.5 - 2 km.

 Peniaga rumah kedai tidak dapat berniaga di sepanjang laluan banjir iaitu sepanjang
500 m dan melibatkan lebih 20 buah kedai peniaga terjejas.

 Orang awam tidak dapat menggunakan parkir kenderaan untuk ke kedai-kedai di


tepi jalan FT003 dan FT134 yang terlibat dengan kawasan banjir.

 Laluan ini juga tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan sekiranya berlaku hujan
lebat yang berterusan.

 Longkang sedia ada telah lebih sepuluh(10) tahun dibina dan saiz longkang sedia
ada sudah tidak sesuai/cukup untuk menampung kuantiti air yang banyak serta
kecerunan longkang tidak dapat mengalirkan air dengan sempurna.
KRONOLOGI PERMOHONAN

BIL. TARIKH PERMOHONAN


1 Januari 2016 Program Penyenggaraan Jalan Berkala Bukan Pavement
Tahun 2016 (Roadcare).
2 Januari 2017 Program Penyenggaraan Jalan Berkala Bukan Pavement
Tahun 2017 (Roadcare).
3 Januari 2018 Program Penyenggaraan Jalan Berkala Bukan Pavement
Tahun 2018 (Roadcare).
4 Januari 2019 Program Penyenggaraan Jalan Berkala Bukan Pavement
Tahun 2019 (Roadcare).
5 Januari 2020 Program Penyenggaraan Jalan Berkala Bukan Pavement
Tahun 2020 (Roadcare).
6 10 Februari 2020 Permohonan Peruntukan Cadangan Bagi Kerja-Kerja
Menaiktaraf Sistem Saliran Di Jalan-Jalan Persekutuan,
Jajahan Tumpat, Kelantan. (Surat kedapa JAKJ, Bahagian
Jalan JKR Kelantan)
7 Jun 2020 Permohonan Peruntukan Cadangan Bagi Kerja-Kerja
Menaiktaraf Sistem Saliran Di Jalan-Jalan Persekutuan,
Jajahan Tumpat, Kelantan. (Surat kedapa JAKJ, Bahagian
Jalan JKR Kelantan)
8 Januari 2021 Program Penyenggaraan Jalan Berkala Bukan Pavement
Tahun 2020 (Roadcare).
9 6 Januari 2021 Permohonan Peruntukan Cadangan Bagi Kerja-Kerja
Menaiktaraf Sistem Saliran Di Jalan-Jalan Persekutuan,
Jajahan Tumpat, Kelantan. (Surat kedapa JAKJ, Bahagian
Jalan JKR Kelantan)

Anda mungkin juga menyukai