Anda di halaman 1dari 5

SKEMA JAWAPAN PENTAKSIRAN SETARA (NOVEMBER 2021)

KERTAS 1 : BAHAGIAN A

BAHAGIAN B (Soalan 1)
1. i. dwi tahunan – dwitahunan
ii. Febuari – Februari
iii. Ibubapa – Ibu bapa
2. i. semua pihak-pihak – semua pihak
ii. kejohanan – perlawanan

Soalan 2
i. Berdasarkan bahan 1 dan 2, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak adalah
dalam bahan 1, ibu bapa perlu memaafkan kesalahan anak dan tidak
berdendam. Dalam bahan 2 pula, ibu bapa perlu memberi sokongan dan
dorongan untuk anak mereka menyertai aktiviti yang pihak sekolah anjurkan.
ii. Dua perwatakan Sim Pau ialah dia seorang ibu yang penyayang. Sim Pau
amat merindui anaknya, Lim Meng yang sudah lama tidak berjumpa. Selain itu,
Sim Pau juga seorang yang mudah terasa dan sensitif. Contohnya, Sim Pau
mudah berasa sedih akan apabila Lim Pooi tidak mahu mengakui Lim Meng
sebagai anaknya.
iii. Pada pendapat saya, tanggungjawab anak-anak untuk membahagiakan ibu
bapa mereka ialah anak perlu menghormati dan mentaati setiap suruhan serta
nasihat ibu bapa. Selain itu, anak juga perlu sentiasa membantu ibu bapa
menyiapkan kerja-kerja di rumah dan sentiasa mendoakan kesejahteraan serta
kesihatan ibu bapa mereka.
Soalan 3 - Novel Formula Termodinamik: Watak dan Perwatakan

1. Amir (Watak Utama)

a) Seorang yang pemaaf dan tidak berdendam. Sebagai contoh, Amir memaafkan
Aswan walaupun banyak kesalahan yang dilakukan oleh Aswan terhadap dirinya.

b) Seorang yang kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, Amir mencipta mesin 2 dalam
1 berpandukan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan menggunakan
kreativiti dan inovasi.

c) Seorang yang bijaksana. Sebagai contoh, Amir membuat rancangan untuk


memberkas penjenayah yang mencuri baja subsidi penduduk kampung dengan
bijaksana.

d) Seorang yang penyayang. Sebagai contoh, Amir amat menyayangi neneknya.

e) Seorang yang bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, Amir mencipta mesin 2


dalam 1 dengan bersungguh-sungguh dan hasilnya, mesin tersebut mendapat
sambutan penduduk kampung.

BAHAGIAN C
Soalan 1 Karangan pendek : CARA-CARA MENGHORMATI ORANG TUA

Gambar di atas membincangkan cara-cara menghormati orang tua. Cara yang


pertama, kita perlu mengamalkan sikap hormat kepada orang tua dan
menolong warga emas yang memerlukan bantuan. Cara yang kedua, kita
haruslah menunjukkan kepatuhan dan ketaatan kepada mereka. Cara
seterusnya, kita perlu mendengar nasihat dan setiap teguran mereka untuk
tujuan kebaikan. Cara yang terakhir, kita juga perlu merendahkan suara ketika
berbual dengan orang tua. Kesimpulannya, semua pihak perlu menghormati
orang tua dan menghargai mereka agar dalam mengeratkan hubungan serta
silaturahim antara anggota masyarakat.

( 80 patah perkataan)

Soalan 2 Ringkasan : Faedah permainan tradisional kepada remaja.

S1 remaja dapat mengisi masa lapang remaja secara berfaedah


S2 remaja dapat mengelakkan remaja melepak dan membuang masa dengan sia-
sia
S3 Remaja dapat mempelajari ilmu permainan tradisional dan mengetahui
kepentingan nilai kesabaran dalam diri.
S4 Permainan tradsional penting untuk mengeratkan silaturahim antara satu sama
lain.
S5 Permainan tradisional dapat memupuk semangat kerjasama dan persefahaman.
S6 Remaja juga dapat memelihara warisan budaya bangsa daripada pupus.
S7 Remaja dapat mengenali dan mempelajari seni yang terkandung dalam
permainan tradisional.
KERTAS 2 : BAHAGIAN A - KRITERIA PENSKORAN
PERINGKAT MARKAH KRITERIA
Cemerlang Idea
- menggunakan keseluruhan idea berdasarkan bahan
yang diberi
- idea yang jelas dan matang

Bahasa
8-10
- ayat gramatis
- kosa kata luas dan tepat
- ejaan dan tanda baca betul
- penanda wacana yang betul
- kesalahan bahasa yang minimum

Baik Idea
- menggunakan idea berdasarkan dengan bahan yang
diberi
- idea yang jelas

Bahasa
6-7
- ayat masih gramatis
- kosa kata luas
- ejaan dan tanda baca masih betul
- penanda wacana yang masih betul
- kesalahan bahasa yang masih minimum

Kurang Idea
memuaskan - idea masih menggunakan bahan yang diberi
- idea yang kurang jelas

3-5 Bahasa
- ayat kurang gramatis
- kosa kata terhad
- kesalahan bahasa yang ketara

Penguasaan
- Keseluruhan jawapan calon menggambarkan
minimum 1-2
penguasaan bahasa yang lemah

BAHAGIAN B

Anda mungkin juga menyukai