Anda di halaman 1dari 11

1. Kenapa nak jadi guru?

2. Apa yg perlu dilakukan/dirujuk sebelum menulis rph?


-
3. Apakah elemen penting dalam penulisan rph
- Obektif, aktiviti dan refleksi. Apa yang saya ketahui, objektif adalah adalah perkara yang
wajib ada dalam penulisan rancangan pengajaran harian
4. RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN
-
5. Bagaimana nak tulis objektif
6. Apakah ciri penulisan objektif yg baik?
7. JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
8. Bagaimana cara nak tulis refleksi
9. Apakah yg anda faham mengenai pendidikan terbeza
10. Berikan factor calon gagal iv spp
11. Bagaimana nak tingkatkan prestasi murid bagi murid kelas belakang yg gagal subjek sejarah
12. Teknik pengajaran yg digunakan guru utk tarik minat pelajar
13. Apa beza strategi, teknik dan kaedah? Berikan contoh
14. Kalau murid tanya soalan “cikgu undi parti mana?”, apa guru perlu jawab?
15. Sebelum buat soalan peperiksaan, apa guru perlu buat
16. Era pembangunan Negara
17. Peranan panitia sejarah utk memantapkan subjek sejarah di sekolah
18. Huraikan aspirasi murid
19. Apakah Cabaran seorang guru
20. Kelebihan dan kelemahan diri
21. Apakah digital classroom
22. Apakah beza penilaian dan pentaksiran
23. Kepentingan pengayaan
24. Kepentingan objektif pembelajaran
25. Beza KBAT & KBAR
26. Aktiviti2 KAK21
27. Perjanjian pangkor, belanda, pd1, pd2, 7 benua, 3 sungai terpanjang, 5 lautan yg ada di
dunia
28. Pilih satu contoh pengajaran PAK21, berikan kelebihan dan kelemahan pengajaran tersebut
29. Kepentingan set induksi
30. Maksud disebalik bendera jalur gemilang
31. Isu rasuah di Malaysia
32. Negeri2 selat, negeri2 bersekutu, sejarah melayu yg lain (tanya tahun/peristiwa)
33. Apa yg pihak sekolah akan beri kepada guru yg baru melaporkan diri sbg guru di sekolah itu
34. Prinsip rukun Negara – kaitkan dgn pendidikan. Co toh kalau dpt kepercayaan kepada Tuhan,
so mcm mana nak kaitkan agama dlm pdpc
35. Bagaimana terapkan aspirasi murid dlm sejarah
36. Bagaimana menangani murid pt3 yg sambil lewa dlm kelas & hanya fokus pada kerja projek
sahaja?
37. Soalan berkaitan EMK
38. Mcm mana math dan sains dikaitkan dgn sejarah?
39. Cara menangani murid yg majority cina & india utk faham apa yang kita ajar
40. Pencapaian kokurikulum dlm membantu pdpc
41. Proses penyediaan soalan peperiksaan (sebelum, semasa & selepas)
42. Apakah isu2 yg disentuh/dibincangkan dlm pibg
43. Asal usul bahasa melayu
44. Sampai Negara mana bahasa melayu digunakan
45. Elemen dlm buku rekod pelajar
46. Bagaimana guru menilai pemahaman murid melalui pentaksiran
47. Nama2 negeri yg ada raja/tiada beraja, kaum2 di sabah Sarawak, nama2 sungai/gunung
utama di Malaysia
48. Aktiviti yg boleh dilakukan dlm kelab sejarah
49. Kenapa kokurikulum penting berbanding akademik
50. Beza kokurikulum & kurikulum
51. Bagaimana murid yg terlibat dgn kokurikulum mendapat kemewahan dan kemahsyuran
52. Nama2 menteri besar negeri
53. Nama lapangan terbang antarabangsa
54. Nama ibu negeri
55. Era pembangunan Negara
56. Matlamat TN50
57. Cabaran wawasan 2020
58. ASEAN – apa itu asean, negara2 asean
59. Apa itu HOTS? Bagaimana pelaksanaannya? Berkesan atau tidak
60. KBSR KBSM/ KSSR KSSM
61. Apa maksud DG41
62. Siapa yg meluluskan cuti anda di sekolah
63. Penglibatan Malaysia dlm PBB
64. Mcm mana nak kaitkan subjek p.am dan sejarah dlm kokurikulum
65. Modal insan
66. Penglibatan Malaysia peringkat global & isu global skrg
67. Bina 1 tagline utk promosikan diri anda sbg guru
68. Releven lagi ke chalk and talkapa yg menyebabkan guru yg telah sah jawatan di tarik balik
jawatan? Kenapa selepas tamat 3 bulan tempoh percubaan, tp masih belum dipanggil utk
pengesahan?
69. Bagaimana kamu menerapkan keusahawanan dlm pengajaran kamu semasa praktikum
70. Apa itu TVET? STEM?
71. Terangkan insan yg seimbang dari segi JERI
72. Aktvt yg berpusatkan murid semasa pdpc
73. Apps yg boleh digunakan utk pembelajaran dalam talian
74. Apa yg kamu faham ttg Negara maju?
75. Dasar pandang ke timur
76. Kenapa perlu belajar sejarah?
77. Huraikan dan nyatakan satu jenis peta Ithink serta bagaimana untuk diterapkan dlm pdp
78. Mcm mana nak terapkan inovasi dlm kelas
79. Macam mana nak terapkan KBAT slm sejarah? Contohnya?
80. Elemen DSKP
81. PBD/PBS
82. Kepentingan KOK
83. Jelaskan ttg integrity
84. Knp jumlah masa dlm KSSM berkurang dari 40min ke 30min
85. Jumlah subjek sejarah dalam setahun
86. Perbezaan pentaksiran & peperiksaan
87. Apa beza kelab & persatuan
88. Kalau jadi guru tingkatan, apa perkara pertama perlu buat bila masuk kelas
89. Wajarkah pelajar bermasalah dibuang sekolah
90. Bagaimana nak menentukan objektif pengajaran dlm rph
91. Jika anda menjadi guru, apakah perubahan yg anda mahu lakukan?
92. Jika guru memakai pakaian sukan dari awal waktu sampai habis waktu sekolah, boleh atau
tidak
93. Jika sy kata PAK21 tidak berkesan, setuju atau tidak. Kenapa?
94. Jika anda ditempatkan di penempatan area luar Bandar spt di sabah dan Sarawak, mcm
mana nak tarik minat pljr tanpa guna teknologi?
95. Isu semasa dlm bidang pendidikan buat masa kini?
96. 1m1s
97. Pendidikan inklusif (pro/kontra)
98. Surat pekeliling
99. PBD (5 aktvt yg dicadangkan oleh KPM)
100. Falsafah kebangsaan – nak aplikasi kat pelajar
101. Isu antarabangsa & impaknya kepada Malaysia
102. Apakah kepentingan microteaching dan kesan tidak boleh melakukan microteaching
103. Cara pemikiran KBAT (pedagogi) & 2 aktvt KBAT selain penyoalan
104. Pendapat mengenai pentaksiran dari guru & juga murid
105. Mcm mana nak atasi kenaikan harga barang dari sudut kamu sendiri (bukan dari
kerajaan)
106. Nama Negara eropah dan ibu Negara
107. Akta anti berita tidak benar – satu isu berita tidak betul dan cara atasi
108. Mcm mana nak lahirkan murid memenuhi aspirasi Negara melalui pdpc sejarah
109. Peranan pkhem berdasarkan buku anduan pk
110. Pentaksiran sumatif dan kepentingan
111. Buat soalan berdasarkan aras KBAT
112. Setuju atau tidak adanya streaming dlm kelas
113. Huraikan kemahiran pemikiran sejarah
114. Kelebihan murid sertai kokurikulum
115. Peranan pibg utk tingkatkan kecemerlangan murid
116. Pilih satu teknik pengajaran utk tarik minat pelajar utk belajar sejarah &
kekuatannya
117. STEM- knp tidak berjaya
118. Asas pemikiran sejarah
119. Cabaran sbg guru kelas
120. Jika pengetua suruh buat kertas kerja, program apa yg perlu dibuat utk atasi pelajar
bermasalah
121. KBAT (ANDERSON) – 2 org cerita psl kbat scra umum, lagi 5 org kena bina ayat kbat
ikut level Anderson bagi
122. Fungsi set induksi
123. Tokoh pejuang pembentukan Malaysia
124. Kaedah PAK21 yg bleh digunakan utk ajar sejarah
125. Apakah pentaksiran holistic
126. Bilakah pentaksiran boleh dilakukan dan dgn cara yg bagaimana
127. Pentaksiran bilik darjah, formatif dgn sumatif, mana lebih baik
128. TAXONOMY BLOOM
129. Mcm mana nak kaitkan p.am dan sejarah dlm kokurikulum
130. Huraikan kemahiran yg kamu ada yg bleh diterapkan di sekolah
131. Cara tingkatkan semangat patriostime dlm klgn pljr sekolah
132. Beri nama pahlawan yg tidak didendangkan
133. Cara atasi mslh pljr lemah dlm exam tp bila bljr semua dia fhm
134. Kenapa iman hanafi boleh menundukkan org atis
135. Nilai pemikiran sejarah
136. Tunjang kssm kssr
137. Bgimana subjek sejarah terhadap meningkatkan kokurikulum sejarah
138. Didik hibur dlm subjek sejarah
139. Pedagogi
140. Professional learning community (PLC)
141. Sumbngn guru kpd Negara
142. Revolusi 4.0 (apa pendapat anda)
143. CPM (critical path method)

Bermula pada tahun 1948, di Boston, Amerika Syarikat, sekumpulan ahli psikologi telah
berbincang tentang kesulitan melaksanakan penilaian dalam pendidikan. Hal ini disebabkan oleh
tiadanya rangka rujukan yang dipersetujui bersama semasa menilai aspek-aspek yang terdapat
dalam bidang tersebut. Dalam hal yang berkaitan, proses pembentukan ujian dilihat
sebagai satu pelan induk yang akan menjelaskan kandungan, pengalaman manusia atau aspek
kendiri orang yang dinilai. Tambahan pula, objektif pendidikan seringkali dinyatakan sebagai
ungkapan yang menjemukan dan klise yang tidak bermakna. Ungkapan seperti ’berfikir’ atau
’menyelesaikan masalah’ seringkali mempunyai definisi yang pelbagai serta kabur menyebabkan
berlaku ketidakseragaman dalam menyediakan pengalaman pembelajaran dan instumen
penilaian kepada murid yang terlibat. Mereka juga berpendapat bahawa objektif pendidikan perlu
diubah agar lebih jelas dan bermakna.

Objektif pendidikan boleh didefinisikan sebagai istilah yang memperihalkan matlamat


terhadap proses pendidikan iaitu hasil pembelajaran yang disebabkan oleh aktiviti instruksional
(pengajaran). Objektif-objektif ini pula seringkali dipanggil standard oleh pakar-pakar pendidikan
dalam menetapkan hala tuju sesebuah organisasi pendidikan.

Sehubungan dengan perbahasan ahli-ahli psikologi pendidikan di Amerika Syarikat


tersebut, maka muncullah tiga domain pembahagian objektif pendidikan iaitu kognitif, afektif dan
psikomotor. Objektif domain kognitif merupakan objektif yang berubah-ubah daripada
mengingati semula bahan yang telah dipelajari sehinggalah mensintesis bahan baru dengan
cara yang kreatif dan asli. Objektif domain afektif pula memfokuskan perasaan atau emosi.
Minat, sikap, apresiasi, nilai dan emosi merupakan contoh elemen yang terdapat dalam domain
afektif ini. Objektif domain psikomotor pula menekankan kemahiran otot dalam mengendalikan
objek atau tindakan yang memerlukan koordinasi otot. Ahli psikologi juga berpendapat bahawa
tidak ada satu objektif pendidikanpun yang mempunyai hanya satu jenis domain khusus.
Sebagai contohnya, jika kita menguji objektif kognitif, di dalamnya juga terdapat elemen afektif
dan elemen psikomotor. Jika kita menguji domain psikomotor, elemen kognitif dan afektif juga
akan wujud bersama penilaian tersebut. Pengwujudan ketiga-tiga domain ini hanya untuk
memudahkan ahli psikologi memberikan penekanan terhadap domain yang paling dominan
dalam sesuatu penilaian.

Kebanyakan objektif pendidikan di peringkat sekolah, institusi perguruan dan universiti


menekankan kepada konsep pengukuran, pengujian, pentaksiran dan penilaian terhadap murid
atau pelajarnya. Dalam hal ini, kebiasaannya peperiksaan digunakan untuk menentukan tahap
penguasaan kemahiran mereka selepas belajar sesuatu kandungan mata pelajaran yang
khusus. Dengan itu, objektif bagi domain kognitif menjadi suatu keutamaan kepada organisasi
pendidikan dalam mengukur kemahiran yang diperoleh oleh murid atau pelajarnya. Objektif ini
didefiniskan, disertakan dengan tingkah laku yang perlu dikuasai oleh murid dan juga
mengandungi instrumen penilaian.

Taksonomi Bloom

Taksonomi bermaksud satu set pengelasan yang disusun dan disesuaikan atas dasar yang
konsisten (Bloom, 1964). Dalam perkataan lain, taksonomi merupakan sistem pengelasan
objektif pendidikan yang merupakan set yang didefinisikan dengan seberapa tepat yang mungkin
serta disusun daripada konsep yang ringkas kepada yang kompleks. Susunan daripada objektif
pendidikan yang konkrit kepada yang abstrak menyediakan satu rangka bagi kategori matlamat
pendidikan; yang akan memudahkan guru untuk menentukan tahap penguasaan murid
mereka. Taksonomi perlu diuji agar selaras dengan bukti secara teoritikal dan empirikal. Dalam
bidang pendidikan, pengelasan dalam aspek objektif pendidikan adalah perlu dalam usaha
membantu membincangkan penilaian dengan lebih tepat lagi. Soalan-soalan seperti: Apakah
murid benar-benar tahu?, Adakah murid benar-benar faham? Adakah mereka mampu
menghitung jumlah sesuatu masalah matematik?; seringkali kita anggap mempunyai pengelasan
yang sama. Jika kita teliti lebih lanjut, terdapat perbezaan antara murid yang benar-benar tahu,
benar-benar faham dan yang boleh menghitung jumlah. Oleh itu, pengwujudan satu sistem
pengelasan standard (taksonomi) akan memudahkan guru dan pensyarah mendefinisikan istilah
objektif pendidikan agar dapat difahami oleh mereka semua. Taksonomi seharusnya menjadi
sumber bantuan terhadap perkembangan kurikulum dan instrumen penilaian. Perspektif
mengenai penekanan kepada tingkah laku murid yang tertentu (Contohnya: kebolehan
menghitung) akibat daripada penglibatan dalam sesi pengajaran, dapat dikenal pasti oleh guru.
Oleh itu guru akan dapat mengelompokkan matlamat sesuatu pengajaran ke dalam kategori
yang spesifik. Dengan itu, pengalaman pembelajaran dan instumen penilaian dapat digubal
dengan lebih mudah kerana matlamat pendidikan diketahui dengan jelas oleh guru.

Pada tahun 1959, Benjamin S. Bloom telah menyunting sebuah buku berjudul Taxonomy
of Educational Objectives Book 1 – Cognitive Domain yang mencadangkan pengelasan objektif
domain kognitif kepada enam komponen. Enam komponen ini adalah pengetahuan, kefahaman,
aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Enam komponen ini disusun berdasarkan hirarki
daripada yang mudah kepada yang susah dan lebih dikenali sebagai Taksonomi Bloom.

Komponen pengetahuan melibatkan murid mengingat kembali perkara khusus dan


universal, mengingat semula kaedah dan proses atau mengingat semula sesuatu corak struktur
atau latar belakang. Komponen kefahaman melibatkan murid menggunakan bahan yang
dikomunikasikan tanpa perlu menghubungkannya dengan bahan lain. Hal ini tercapai apabila
murid mampu membuat terjemahan, penafsiran dan ekstrapolasi apa yang dipelajari oleh
mereka. Komponen aplikasi pula melibatkan murid menggunakan apa yang telah dipelajari
dalam satu situasi baru yang khusus dan konkrit. Sementara komponen analisis pula melibatkan
pemecahan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagian kecil agar persamaan dan perbezaan
dapat menghuraikan dengan memberikan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi.
Manakala komponen sintesis memungkin murid untuk menggabungkan unsur atau bahan
supaya membentuk satu keseluruhan atau kesimpulan. Dengan ini satu pola atau struktur akan
terbentuk akibat daripada unsur atau bahan yang digabungkan. Komponen terakhir adalah
penilaian di mana murid akan menggunakan pertimbangan kualitatif dan/atau kuantitatif
mengenai nilai bahan dan kaedah spesifik untuk sesuatu kriteria yang telah ditetapkan.

Taksonomi Yang DiUbah Suai

Pada bulan November, 1996 Lorin Anderson yang merupakan bekas anak murid Bloom
bersama David Krathwohl telah mengetuai usaha untuk mengemaskinikan Taksonomi Bloom.
Usaha ini didasarkan dengan harapan agar dapat menambah baik taksonomi ini sesuai dengan
peredaran masa dan abad ke-21. Ahli-ahlinya adalah terdiri daripada pakar psikologi kognitif,
pakar teori kurikulum, pemimpin pendidikan serta pakar pengujian dan pentaksiran. Usaha ini
telah berlangsung selama enam tahun. Akhirnya pada tahun 2001, mereka telah menerbitkan
hasil penyelidikan yang mengutarakan perubahan dalam tiga kategori iaitu istilah, struktur dan
penekanan (Forehand, 2004). Rajah 1(a) dan 1(b) di bawah ini menunjukkan perbezaan
tersebut.

HOTS

LOTS

Rajah 1(b): Versi Disemak Semula

Rajah 1(a): Versi Lama


Perubahan Istilah

Rajah 1(a) menunjukkan taksonomi yang lama dan Rajah 1(b) pula mengemukakan taksonomi
bagi versi yang disemak semula. Perubahan yang paling ketara adalah terhadap istilah yang
digunakan iaitu daripada kata nama (pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian) kepada kata kerja iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai
dan mencipta. Perubahan ini adalah berdasarkan pendapat bahawa taksonomi ini merupakan
satu proses aktif. Oleh itu kata kerja adalah lebih sesuai digunakan kerana cirinya yang
menjelaskan tentang tindakan yang dibuat.

Daripada segi istilah juga, perkataan ‘pengetahuan’ telah diubah kepada ‘mengingat’.
Pengetahuan adalah hasil atau produk daripada proses berfikir, maka istilah ‘mengingat’ adalah
lebih sesuai untuk menggambarkan kategori berfikir. Istilah ‘kefahaman’ pula diubah kepada
‘memahami’. Sementara itu, ‘sintesis’ diubah kepada ‘mencipta’. Dalam hal ini, versi yang lama
meletakkan ‘sintesis’ di bawah ‘penilaian’ dalam hirarki taksonomi. Manakala bagi versi disemak
semula, ‘mencipta’ merupakan puncak bagi hirarki tersebut. Dalam hal yang berkaitan, berfikir
secara kreatif (mencipta) adalah lebih kompleks daripada berfikir secara kritikal (menilai).
Seseorang murid boleh berfikir secara kritikal tanpa menjadi kreatif tetapi murid yang kreatif
memerlukan cara berfikir yang kritikal. Dengan itu, ‘menilai’ seharusnya berada pada hirarki yang
lebih bawah daripada ‘mencipta’.
Istilah-istilah baru tersebut didefinisikan seperti yang terdapat dalam Jadual 1 di bawah ini.

Jadual 1: Istilah dan definisi bagi Taksonomi Bloom yang disemak semula

Istilah Definisi
Mengingat Mendapatkan kembali, mengeluar kembali dan mengingat semula
pengetahuan yang relevan daripada ingatan jangka panjang.

Contoh perkataan: Kenal pasti, Senaraikan, Ceritakan, Namakan, ...


Persoalan: Adakah murid boleh mengingat semula maklumat?

Memahami Membina makna daripada maklumat lisan, tulisan dan grafik melalui
menginterpretasi, memberikan contoh, mengklasifikasi, membuat
ringkasan, membuat inferens, membanding dan menjelaskan.

Contoh perkataan: Buat interpretasi, Berikan contoh, Ringkaskan, Buat


parafrasa, ...
Persoalan: Adakah murid boleh menjelaskan idea atau konsep?
Mengaplikasi Menggunakan prosedur untuk melakukan atau melaksanakan sesuatu.

Contoh perkataan: Dengan menggunakan, Laksanakan, Hitungkan, ...


Persoalan: Bolehkah murid menggunakan pengetahuan baru dalam situasi
biasa yang lain?

Menganalisis Memecahkan bahan kepada bahagian kecil, menentukan bagaimana


bahagian-bahagian kecil berkait antara satu sama lain dan terhadap
struktur atau kegunaan umum melalui perbandingan, menyusun atur dan
attributing.

Contoh perkataan: Bandingkan, Susun atur, Susun semula, ...


Persoalan: Adakah murid boleh membezakan antara bahagian-bahagian
kecil?
Menilai Membuat penghakiman berdasarkan kriteria dan piawaian melalui
semakan dan kritikan.

Contoh perkataan: Berikan hujah anda, kritik, sokong, ...


Persoalan: Adakah murid boleh menjustifikasikan sesuatu keputusan atau
tindakan yang diambil?

Mencipta Menyatukan elemen-elemen untuk membentuk satu gagasan umum yang


koheren atau berfungsi; menyusun atur elemen ke bentuk atau struktur
baru melalui penjanaan, perancangan dan penghasilan.

Contoh perkataan: Rekakan, Binakan, Rancangkan, Hasilkan, ...


Persoalan: Adakah murid boleh menjanakan produk baru, idea baru atau
pandangan yang baru?

Perubahan Struktur

Taksonomi Bloom yang lama mempunyai hanya satu dimensi. Manakala versi yang disemak
semula terdiri daripada dua dimensi iaitu Dimensi Pengetahuan dan Dimensi Proses Kognitif.
Dimensi Pengetahuan memfokuskan kepada jenis pengetahuan yang dipelajari yang
dibahagikan kepada empat bentuk iaitu pengetahuan fakta, konsep, prosedur dan metakognitif.
Dalam hal ini, metakognitif merujuk kepada kesedaran terhadap kefahaman diri dan mampu
memperbaiki kefahaman tersebut jika berlaku kesalahfahaman. Sementara Dimensi Proses
Kognitif memfokuskan proses yang digunakan untuk belajar iaitu mengingat, memahami,
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Jadual 2 di bawah menunjukkan hal ini.

Jadual 2: Taksonomi Bloom yang disemak semula

Dimensi Dimensi Proses Kognitif


Pengetahua Mengingat Memahami Mengaplikas Menganalisi Menilai Mencipta
n i s
Pengetahuan Senarai Ringkaska Klasifikasi Aturan Susunan Gabungkan
fakta List n Classify Order Rank Combine
Summarise
Pengetahuan Terangkan Interpret Eksperimen Hurai Taksir Rancangka
konsep Describe Interpret Experiment Explain Assess n
Plan
Pengetahuan Bentangka Ramalkan Hitungkan Bezakan Simpulka Gubah
proses n Predict Calculate Differentiate n Compose
Tabulate Conclude
Pengetahuan Kegunaan Laksanaka Binakan Rumuskan Tindakan Wujudkan
meta-kognitif sesuai n Construct Achieve Action Actualise
Appropriat Execute
e use

Perubahan Penekanan

Bagi versi yang lama, Bloom menyatakan bahawa taksonomi tersebut telah digunakan secara
tidak dijangka (unexpectedly) oleh ramai orang (Bloom, 1956). Taksonomi ini sesuai digunakan
bagi murid di peringkat awal persekolahan mereka. Manakala taksonomi yang disemak semula
menekankan sasaran penggunaanya kepada pengguna yang lebih ramai. Sasaran ini
termasuklah murid di sekolah rendah, menengah serta pelajar di universiti atau kolej. Penekanan
ini berasaskan anggapan bahawa taksonomi yang disemak semula adalah alat yang lebih tulen
(authentic) untuk merancang kurikulum, penyampaian instruksional dan pentaksiran (oz-
TeacherNet, 2001) (dalam Forehand, 2004).

Contoh Ayat dan Aktiviti


Jadual 3: Contoh ayat dan aktiviti bagi taksonomi yang disemak semula

Kategori Contoh Permulaan Ayat Aktiviti dan hasil


Mengingat Apakah yang berlaku selepas ...? Menyenaraikan kejadian utama.
Berapakah bilangan ...? Membuat jadual waktu peristiwa.
Apakah yang dimaksudkan...? Membuat carta drpd fakta.
Siapakah orang ...? Menulis senarai drpd maklumat yang
Namakan ...? boleh diingat.
Ceritakan apakah yang berlaku... Membaca sajak/puisi.
Siapakah yang bercakap ...?
Manakah yang benar atau palsu...?
Kenal pasti siapa...?
Namakan semua bahan ...?
Memahami Tuliskan dalam ayat anda sendiri. Menggunting atau melukis gambar
Terangkan... untuk menunjukkan peristiwa.
Apakah yang anda rasa akan Melukis kartun untuk menunjukkan
berlaku selepas ini? turutan peristiwa.
Siapakah yang anda fikir ...? Menulis dan membuat persembahan
Apakah idea utama ...? berdasarkan satu cerita.
Lakarkan jalan cerita ...? Menceritakan peristiwa dgn ayat
Terangkan mengapa watak tersebut sendiri.
...? Menulis laporan ringkas.
Menyediakan carta alir.
Membuat buku mewarna.

Mengaplikasi Adakah anda tahu maklumat lain Bina satu model untuk menunjukkan
tentang ...? ...
Bolehkah anda kumpulkan mengikut Buat satu diorama untuk
ciri seperti ...? menunjukkan ...
Apakah faktor yang anda akan ubah Buat buku skrap berkaitan ...
jika ...? Buat model tanah liat ...
Apakah soalan yang anda akan Ambil koleksi gambar foto untuk
tanya ...? menunjukkan ...
Daripada maklumat tersebut, Bina sebuah puzzle game.
bolehkah anda membina set arahan Tuliskan buku teks berkaitan topik ...
...?
Menganalisis Peristiwa yang manakah tidak Mereka bentuk soal selidik untuk
seharusnya berlaku? mendapatkan maklumat.
Jika ... berlaku, apakah Menulis iklan untuk menjual produk.
kemungkinan penamatnya? Membuat carta alir untuk
Bagaimana ... sama seperti ...? menunjukkan peringkat kritikal.
Apakah kemungkinan lain ...? Membina graf untuk menunjukkan
Mengapakah ... perubahan berlaku? maklumat khusus.
Terangkan apa yang sepatutnya Membuat family-tree untuk
berlaku ...? menunjukkan pertalian.
Bolehkan anda bezakan ...? Membuat drama ttg apa yang
Apakah punca di sebalik ...? dipelajari.
Apakah masalah dihadapi ...? Menulis biografi orang yang dikaji.
Menyediakan laporan.
Menilai Adakah lebih baik ...? Melaksanakan debat.
Berikan hujah anda ... Menulis buku peraturan dan
Pertahankan pernyataan ... yakinkan pembaca.
Adakah baik atau buruk ...? Menubuhkan panel untuk
Bagaimanakah anda akan membincangkan pandangan.
mengatasi masalah ....? Menulis surat nasihat terhadap
Apakah perubahan yang ...? keperluan perubahan.
Adakah anda percaya ...? Menulis Laporan Tahunan.
Apakah yang anda rasa, sekiranya Menyediakan kertas kes untuk
...? menjelaskan pandangan.
Setakat manakah keberkesanan ...?
Sejauh manakah anda yakin ...?

Mencipta Hasilkan satu binaan ... Mencipta mesin.


Cadangkan satu penyelesaian Mereka bentuk bangunan.
munasabah ... Mereka produk baru.
Apakah akan berlaku sekiranya .? Menulis tentang perasaan...
Kemukakan kertas cadangan ... Menulis cereka, lagu, sajak...
Berapa banyak carakah ...? Mereka bentuk kulit album

Kepentingan Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom yang terdiri daripada enam aras telah digunakan sejak lama dahulu oleh guru
di merata dunia. Taksonomi ini merupakan pengelasan secara sistematik bagi proses berfikir
dan belajar. Pengelasan ini membantu guru mengukur keupayaan murid mereka. Aras yang
tinggi dalam hirarki, memerlukan penguasaan terhadap aras yang lebih rendah. Contohnya, jika
seseorang murid itu mampu menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti menganalisis; maka
mereka dianggap telah menguasai hirarki yang lebih bawah iaitu aktiviti mengingat, memahami
dan mengaplikasi.

Dengan perkembangan drastik dalam bidang pendidikan, taksonomi yang disemak


semula menyediakan alat yang lebih sesuai untuk digunakan oleh guru-guru. Struktur yang baru
memaparkan konsep yang menyeluruh dan jelas berkait dengan penyelarasan antara piawaian
dan matlamat pendidikan, objektif, produk dan aktiviti (Krathwohl, 2002). Penyelarasan objektif
pendidikan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan merupakan satu keperluan. Bagi
Malaysia, penyelarasan ini telahpun berlaku dengan wujudnya sistem pendidikan kita yang
berpusat. Oleh itu, penggunaan taksonomi yang disemak semula ini bukan merupakan masalah
yang besar bagi guru-guru di Malaysia.

Kesimpulan

Perubahan terhadap Taksonomi Bloom merupakan satu usaha murni untuk menjelaskan
kekaburan yang terdapat dalam mendefinisikan objektif pendidikan. Perubahan ini merupakan
satu input yang amat baik untuk kita renungkan agar proses penilaian yang kita laksanakan
terhadap murid atau pelajar kita lebih tepat. Perubahan terhadap istilah, struktur dan penekanan
memberikan satu perspektif yang berbeza kerana kita telah terbiasa dengan taksonomi yang
lama. Justeru itu, kefahaman mendalam tentang taksonomi yang baru akan memudahkan kita
menggunakannya dalam menguji, mengukur, menilai dan mentaksir murid atau pelajar. Dalam
hal ini, taksonomi yang baru, boleh digunakan untuk murid atau pelajar di peringkat awal
persekolahan hinggalah ke universiti.
Selama ini, warga pendidik di Malaysia telah menggunakan taksonomi yang lama secara
meluas sama ada di sekolah, pusat latihan atau universiti. Dan mungkin timbul persoalan dalam
minda kita, adakah perubahan ini kita perlukan. Atau kita ingin lihat perkara ini berlalu begitu
sahaja. Kita akan tentukan perkara ini secara bersama.

Anda mungkin juga menyukai