Anda di halaman 1dari 17

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1
2.0 PRINSIP PENGURUSAN PAMPASAN 2
2.1 Pemngurusan Yang Adil 2
2.2 Berasaskan Perjanjian 3
2.3 Berpatutan 3
2.4 Tidak Menzalimi Pekerja 4
3.0 SISTEM INSURAN PEKERJA (SIP) 5
3.1 Objektif SIP Perkeso 5
3.1.1 Program Penempatan Pekerjaan Semula 5
3.1.2 Latihan Vokasional dan Kemahiran 5
3.1.3 Program Insentif Pengambilan Pekerja 5
3.2 Faedah SIP Perkeso 6
3.2.1 Elaun Mencari Pekerjaan 6
3.2.2 Elaun Bekerja Semula Awal 6
3.2.3 Elaun Latihan 6
3.2.4 Elaun Pendapatan Berkurang 7
4.0 ASPEK PAMPASAN 7
4.1 Pampasan Dituntut Melalui Perundangan 7
4.1.1 Akta Kerja 1955 / Ordinan Buruh
(Sabah Bab 67) / Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76). 8
4.1.2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 8
4.2 Pampasan Pekerja 9
5.0 PRINSIP ASAS PENILAIAN PRESTASI 10
5.1 Syura 10
5.2 Keadilan 11
5.3 Persamaan 12
5.4 Kebebasan 12
6.0 KESIMPULAN 13
RUJUKAN 14
1.0 PENGENALAN

Agama Islam adalah agama untuk berjaya dan membimbing manusia kepada kejayaaan.
Dalam mencapai kejayaan dalam kerjaya, ia perlu dirancang dari awal. Kejayaan dalam
kerjaya adalah satu tuntutan dalam Islam. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t yang
bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu melihat apa yang siap
untuk hari esok dan masa depan kamu.”

Rasulullah S.A.W bersabda yang membawa maksud: “Orang yang beriman apabila
membuat sesuatu perkara buatlah dengan betul-betul, bersungguh-sungguh dan penuh
tekun.”. Jelaslah bahawa, Islam itu menerima perancangan sebagai satu unsur penting dalam
kehidupan untuk melihat masa depan.

Pengurusan dalam merekabentuk sistem bagi ganjaran dan faedah merupakan tugas yang
berat bagi seorang pengurus sumber manusia tambahan pula di musim wabak Covid-19 ini.
Program ganjaran dan faedah ini yang lazimnya ditadbir oleh Jabatan Sumber Manusia dan ia
merupakan bahagian yang penting kerana ia dapat mempengaruhi sikap, keputusan dan
prestasi pekerja.

Dalam definisi pampasan Menurut Husein Umar (2007) adalah segala yang diterima oleh
pekerja, sama ada dalam bentuk gaji, upah, insentif, bonus, premium, rawatan perubatan,
insurans, dan lain-lain, dan sejenisnya, yang dibayar terus oleh syarikat. Seperti yang
diketahui apabila sesebuah organisasi itu berfungsi, ia telah menggariskan misi dan objektif
organisasinya.

Oleh itu organisasi perlu menyediakan dan mengekalkan pekerjanya yang bukan sahaja
berkelayakan tetapi juga bermotivasi untuk mencapai misi dan objektif yang telah ditetapkan
oleh syarikat. Bagi mencapai hasrat ini, sesebuah organisasi perlu menyediakan ganjaran dan
faedah yang sewajarnya agar setimpal dengan sumbangan yang diberikan oleh pekerjanya.
Pada hari ini, pemberian gaji dan faedah telah menjadi perkara biasa sebagai ganjaran kepada
pekerja.

Setiap aktiviti yang dilakukan oleh pekerja mestilah berlandaskan prinsip-prinsip yang telah
digariskan oleh Islam. Menurut Ab.Aziz Yusof (2006), etika dalam erti kata sebenarnya ialah
persoalan moral yang membicarakan betul atau salah contoh nilai-nilai moral seperti disiplin,

1
garis panduan, tatasusila, peraturan, polisi dan segala unsur positif yang dapat membantu
pengurus menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.

2.0 PRINSIP PENGURUSAN PAMPASAN

Menurut Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohamad Hasun pula (2006), pampasan dan
faedah boleh dinyatakan sebagai upah dan gaji ataupun cuti tahunan serta kemudahan yang
disediakan oleh organisasi dan juga bidang pekerjaan itu sendiri. Mereka juga berpendapat
bahawa semua bentuk pembayaran atau ganjaran yang diterima oleh setiap pekerja daripada
majikan sebagai balasan kepada perkhidmatan yang telah diberikan. Selain itu juga pampasan
boleh ditakrifkan sebagai jenis bayaran yang diterima dari majikan. Terdapat beberapa
prinsip-prinsip pengurusan pampasan didalam Islam antaranya ialah seperti berikut.

2.1 Pengurusan Pampasan Yang Adil

Didalam agama Islam telah menerangkan upah atau pampasan dengan cara
adil dan saksama tanpa mempunyai sikap pilih kasih atau berat sebelah serta
menindas mana-mana pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung.

Setiap pihak yang mendapat bahagian upah yang sah daripada hasil titik peluh
mereka sendiri dan perlu bersyukur dengan apa yang mereka dapat tanpa
menganiayai hak orang lain. Prinsip pampasan yang adil ini dapat dirujuk
melalui firman Allah S.W.T didalam surah An-Nisa’ ayat 58:

”Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis


amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum
dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi

2
pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa
Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”

2.2 Berasaskan Perjanjian

Kedua-dua pihak dalam organisasi perlu mengikut kadar upah yang telah
ditetapkan didalam perlantikan kerja. Didalam sesuatu perjanjian kedua pihak
perlu berlaku adil dan saksama kepada semua orang dalam pengurusan
sesebuah organisasi dengan cara tidak berlaku zalim keatas mereka serta tidak
mengkhianati orang lain demi kepentingan peribadi.

Dalam syariat Islam, membayar gaji pekerja atau buruh adalah satu perkara
yang termasuk dalam jenis-jenis perjanjian atau persetujuan yang disarankan
didalam Al-Quran untuk dijadikan panduan dan dianggap amanah yang perlu
ditunaikan kepada orang yang berhak. Firman Allah S.W.T didalam surah (Al-
Ahzab ayat 72)

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada


langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka
enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana
tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu)
manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya
(ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan
kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut
dikerjakan.”

2.3 Berpatutan

Pekerja atau tenaga buruh perlu mendapat upah yang berpatutan tanpa
merampas hak pemgurusan yang sah. Pengurus sesebuah organisasi tidak
boleh sama sekali menindas dan menekan para pekerjanya dengan mengambil

3
hak pekerjanya yang sah. Manakala golongan pekerja pula tidak boleh diberi
kesemua hak kerana langkah itu akan mengurangkan hak pengurus yang sah,

2.4 Tidak Menzalimi Pekerja

Selain itu sistem upah tidak pula merosakkan kepentingan diri sendiri kesalahan
menganayai pekerja yang dilakukan oleh pengurus adalah seperti tidak
membayar upah secara adil berdasarkan kepada hak daripada hasil usaha
mereka bersama dengan kadar yang munasabah dengan khidmat mereka.
Manakala bagi pekerja yang menzalimi pengurus pula bererti mereka dipaksa
melalui tindakan perindustrian supaya membayar upah buruh melebihi daripada
kemampuannya.

Al-Quran memerintahkan para pengurus supaya membayar upah buruh selaras


dengan tugas yang mereka lakukan pada masa yang sama menjaga kepentingan
mereka sendiri. Islam meletakkan asas keadilan yang benar-benar adil iaitu
seseorang manusia itu dipertanggungjawabkan dan bertanggungjawab menerima
ganjaran daripada setiap kerja dan usaha yang dilakukan oleh itu bagi pekerja
yang benar-benar memberikan komitmen terhadap kerjanya maka dia layak
menerima ganjaran yang setimpal dengan kerja yang dilakukan. Seperti hadis
Rasulullah S.A.W dari Abu Hurairah R.A:

“Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, sama ada
berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera
meminta halal (maaf) dari orang itu, sebelum datang suatu hari yang tiada
harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal soleh, maka akan diambil
menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan),
maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan
kepadanya”. (H.R. Bukhari-Muslim)

Dari sini dapat penulis menyatakan bahawa sistem pengurusan pampasan dan faedah adalah
untuk menarik minat dan mengekalkan individu yang berkebolehan dalam organisasi.
Pengurusan pampasan adalah perkara utama dalam pengurusan sebuah organisasi kerana ia
menyumbang kepada kejayaan menyeluruh dalam pelbagai cara. Pengurusan pampasan akan
menjadi efektif apabila pihak pengurusan menghargai nilai pelaburan dalam modal insan,

4
kegembiraan warga kerja dan nilai gaji yang kompetitif. Adalah penting bagi suatu organisasi
untuk menetapkan gaji yang menarik perhatian dan menjadi faktor pengekalan modal insan
yang berkualiti.

3.0 SISTEM INSURANS PEKERJA (SIP)

Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bermula sejak Januari 2018. Sistem ini dirancang bagi
membuat satu jejaring keselamatan sosial untuk membantu golongan pekerja yang hilang
punca pendapatan. Mereka akan mendapat bantuan dari SIP berupa bantuan kewangan dan
mencari pekerjaan baru.

3.1 Objektif SIP PERKESO

3.1.1 Program Penempatan Pekerjaan Semula

SIP PERKESO menyediakan perlindungan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan


dengan penggantian pendapatan menerusi Elaun Mencari Pekerjaan untuk tempoh 1
hingga 6 bulan. Selain itu, mereka juga akan turut dibantu mendapatkan pekerjaan
baharu menerusi program ini.

3.1.2 Latihan Vokasional dan Kemahiran

Untuk meningkatkan kebolehpasaran pekerja-pekerja yang telah kehilangan


pekerjaan, PERKESO menyediakan Latihan Vokasional dan Kemahiran bagi
mengukuhkan kepakaran dan pengetahuan mereka. Kursus-kursus latihan dan
kemahiran dibiayai oleh PERKESO sehingga RM4,000 manakala peserta akan
menerima elaun latihan sebanyak RM10 hingga RM20 sehari untuk tempoh
maksimum 6 bulan.

3.1.3 Program Insentif Pengambilan Pekerja

PERKESO juga akan menyalurkan bantuan Kerajaan melalui inisiatif PENJANA iaitu
Program Insentif Pengambilan Pekerja menerusi platform MYFutureJobs. Program ini
turut menyediakan latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran (upskilling dan
reskilling). Majikan yang menggajikan pekerja melalui program ini, boleh menghantar

5
pekerja-pekerja mereka menjalani kursus latihan secara percuma untuk melengkapkan
mereka dengan kemahiran dan kecekapan dalam melaksanakan tugas baru.

3.2 Faedah SIP PERKESO

Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) melindungi pekerja dengan bantuan kewangan kepada


pekerja yang terjejas akibat pandemic wabak Covid-19 ini. Terdapat beberapa faedah
kewangan di bawah skim SIP antaranya Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), Elaun Bekerja
Semula Awal (EBSA), Elaun Latihan (EL), dan Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB). SIP
memberikan faedah berupa elaun yang dibayar kepada pekerja terjejas iaitu:

3.2.1 Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

Elaun akan dibayar dalam masa pencarian kerja antara 3 sampai 6 bulan. Besarnya
EMP bergantung kepada peratusan kadar bulalan yang menurun bermula dari 80%,
50%, 40%, 40%, 30% dan 30% daripada gaji yang diinsuranskan. Penerima EMP
diharuskan mendaftar diri sebagai pencari kerja dan aktif mengikuti program
penempatan pekerjaan semula.

3.2.2 Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) diberikan untuk menggalakkan pekerja terjejas
bagi mendapatkan pekerjaan baharu dalam tempoh singkat. Tanpa faedah ini
dikhuatiri mereka tiada inisiatif mencari kerja, sebaliknya menikmati kelayakan EMP
sehingga 6 bulan.

3.2.3 Elaun Latihan (EL)

EL dibayar kepada pekerja berdasarkan permohonan dan keperluan semasa. EL


diambil dari 25% gaji yang diinsuranskan. Bayaran EL ialah bulanan dengan kadar
RM 10 hingga RM20 sehari mengikut jumlah hari latihan yang diikuti. Modul dan
jenis latihan yang diikuti telah ditentukan oleh Pembangunan Sumber Manusia

6
Berhad (PSMB), Jabatan Tenaga Manusia (JTM), dan Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK).

3.2.4 Elaun Pendapatan Berkurang (EPB)

EPB dibayar terus kepada pekerja yang kehilangan kerja pada satu majikan tetapi
masih bekerja pada majikan lain. Elaun ini diberikan memandangkan pendapatan
individu tersebut berkurang kerana pemberhentian kerja.

Seperti kebiasaannya, PERKESO mengambil tindakan proaktif dalam menyalurkan bantuan


kepada pekerja yang ditimpa musibah pandemik Covid-19, walaupun mereka belum
mengemukakan permohonan faedah kepada PERKESO. Baru-baru ini, PERKESO
melaksanakan satu program temuduga terbuka secara maya pada 22 dan 23 Oktober 2020,
walaupun pekerja-pekerja terbabit belum mengemukakan lagi borang permohonan untuk
faedah SIP. Matlamat PERKESO adalah untuk memastikan segala bantuan yang ada, boleh
disalurkan dengan kadar segera.

4.0 ASPEK PAMPASAN

Pampasan dalam bentuk wang, yang bermaksud bahawa pekerja dibayar sejumlah mata wang
untuk pekerjaannya. Manakala pampasan dalam bentuk barang, berarti pekerja dibayar
dengan barang tertentu untuk jasanya. Istilah pampasan berkait rapat dengan ganjaran
kewangan (ganjaran kewangan) yang diberikan kepada seseorang berdasarkan hubungan
pekerjaan. Biasanya pampasan diberikan dalam bentuk kewangan (wang) kerana
perbelanjaan kewangan yang dilakukan oleh organisasi.

4.1 Pampasan Dituntut Melalui Perundangan

7
Pekerja yang diberhentikan adalah layak kepada faedah- faedah penamatan kerja
minimum sekiranya mereka dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 atau Akta
Perhubungan Perusahaan 1967 atau Perjanjian Bersama. 

4.1.1 Akta Kerja 1955 / Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) / Ordinan Buruh
(Sarawak Bab 76)

(a) Gaji Ganti Notis. Pekerja yang diberhentikan kerja tanpa diberi tempoh notis
penamatan perkhidmatan yang mencukupi, boleh menuntut bayaran gaji ganti
notis (indemniti). Gaji ganti notis hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada
hari terakhir kontrak perkhidmatan ditamatkan.
(b) Faedah Penamatan Kerja. Pembayaran faedah pemberhentian kerja hendaklah
mengikut ketetapan di dalam kontrak perkhidmatan, tetapi tidak boleh kurang
daripada kadar minimum yang ditetapkan.
(c) Pekerja berhak mendapatkan butir-butir bertulis tentang amaun jumlah faedah
penamatan dan cara kiraan dibuat. Faedah penamatan kerja hendaklah dibayar
selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh pekerja ditamatkan perkhidmatan.
(d) Bayaran sebagai ganti baki cuti tahunan, sekiranya ada.
(e) Pekerja-pekerja yang terlibat dengan pemberhentian boleh merujuk kepada
JTK yang berhampiran untuk maklumat lanjut.

4.1.2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967

a) Jika pekerja yang terlibat dengan pemberhentian merupakan ahli kesatuan


sekerja dan menandatangani Perjanjian Bersama, pekerja tersebut layak
kepada perkara-perkara berikut:
i. Pampasan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perjanjian Bersama;
atau
ii. Pemulihan Kerja di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan
1967, sekiranya pekerja tidak berpuas hati dengan tindakan
pemberhentian yang dilakukan oleh majikannya.
b) Pekerja-pekerja yang tidak dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 atau Ordinan
Buruh (Sabah Bab 67) atau Ordinan Buruh (Sarawak Bab76) atau Perjanjian
Bersama, mereka tertakluk kepada terma dan syarat di bawah kontrak

8
perkhidmatan atau budi bicara majikan berhubung jumlah pampasan yang
akan diterima.
c) Pekerja bolehlah mendapatkan khidmat nasihat selanjutnya dari Jabatan
Perhubungan Perusahaan yang berhampiran dengan tempat kerja.

4.2 Pampasan Pekerja

Pihak majikan perlu mematuhi peruntukan undang-undang untuk membayar faedah dan
manfaat pemberhentian atau penamatan kerja kepada pekerja-pekerja yang terlibat. Ini
termaktub di dalam Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan dan
Pemberhentian Kerja Sementara) 1980. Mengikut peraturan 6, amaun bayaran faedah
penamatan atau pemberhentian kerja yang perlu dibayar kepada pekerja-pekerja yang
tertakluk kepada Akta Kerja 1955. Pampasan tersebut adalah seperti berikut:

i. Jika seseorang pekerja telah berkerja dengan majikan tersebut selama tempoh kurang
daripada dua tahun, pekerja tersebut berhak mendapat upah untuk 10 hari bagi tiap-
tiap tahun penggajian di bawah kontrak perkhidmatan yang berterusan.
ii. Jika seseorang pekerja telah berkerja dengan majikan tersebut selama tempoh dua
tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun, pekerja tersebut berhak mendapat
upah untuk 15 hari bagi tiap-tiap tahun penggajian di bawah kontrak perkhidmatan
yang berterusan.
iii. Jika seseorang pekerja telah berkerja dengan majikan tersebut selama tempoh lima
tahun atau lebih, pekerja tersebut berhak mendapat upah untuk 20 hari bagi tiap-tiap
tahun penggajian di bawah kontrak perkhidmatan yang berterusan

Selain daripada faedah tersebut, pekerja-pekerja yang terkesan dengan penamatan dan
pemberhentian kerja juga boleh memohon untuk mendapat bantuan menerusi Sistem Insurans
Pekerjaan (SIP) di bawah Perkeso. Memandangkan situasi penamatan dan pemberhentian
pekerja kesan daripada wabak Covid-19 yang melanda, kerajaan juga telah
memperkenalkan Program Pengekalan Pekerjaan atau Employment Retention Program.
Majikan dan pekerja yang terkesan boleh memohon untuk mendapatkan bantuan menerusi
program ini dengan menghubungi Perkeso. 

Walau bagaimanapun, perkara ini tertakluk kepada pelbagai faktor lain yang perlu diambil
kira. Setiap situasi mahupun keadaan yang berlaku perlu diteliti dan dilihat dengan

9
mengambil kira pelbagai aspek yang berkaitan. Pandemik covid-19 ini sebenarnya telah
mencetuskan pelbagai chain reaction di peringkat operasi perniagaan yang menyebabkan
tidak mudah untuk kita menunding jari dan menyalahkan mana-mana pihak.

Pampasan atau faedah penamatan boleh dituntut sekiranya pekerja yang diberhentikan
dilindungi dibawah Akta Kerja 1955 atau Perjanjian Bersama (Collective Agreement). Secara
amnya, pekerja tersebut layak menuntut faedah-faedah statutori seperti gaji ganti notis,
faedah penamatan kerja, bayaran baki cuti tahunan dan baki gaji (sekiranya ada). Pekerja
yang terlibat dengan pemberhentian boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja yang
berhampiran bagi mendapatkan penerangan terperinci. Maklumat lanjut juga boleh didapati
dalam Garis Panduan Pengurusan Pemberhentian Pekerja.

5.0 PRINSIP ASAS PENILAIAN PRESTASI

Konsep bekerja dari rumah mula dilaksanakan secara meluas ketika Pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia berikutan wabak COVID-19. Sebagai contoh yang
boleh dilihat didalam Organisasi sektor kerajaan, amalan bekerja dari rumah menimbulkan
beberapa persoalan dan tanda tanya berikutan ramai yang tidak jelas tentang konsep ini.
Konsep bekerja dari rumah semasa COVID-19 tidak sama ketika dilaksanakan dalam amalan
biasa. Dalam konteks amalan biasa, wujud aspek (flexibility) yang tinggi antara majikan dan
pekerja dan terdapat unsur sukarela untuk melakukannya.

Konsep ini boleh diaplikasikan dalam pelbagai jenis pekerjaan. Bentuk dan mekanisme
pelaksanaannya adalah pelbagai dan persetujuan dicapai antara pihak-pihak yang terlibat.
Bagi sektor awam, secara umum terdapat pekeliling am untuk perkara ini. Penulis telah
membuat analisa mengenai prestasi organisasi PDRM khusus kepada pekerja kakitangan
awam berdasarkan prinsip asas penilaian prestasi berlandaskan agama Islam.

5.1 Syura

Syura merupakan prinsip utama dalam penilaian prestasi dan hukumnya adalah wajib
dalam Islam. Syura adalah sama dengan mesyuarat dan perbincangan. Ia mempunyai
10
syarat-syarat tertentu untuk mendapatkan sesuatu idea dan keputusan. Sekiranya
pengurusan ingin membuat penilaian prestasi, mereka akan mengadakan mesyuarat
yang melibatkan kesemua pekerja untuk menentukan teknik-teknik penilaian yang
bersesuaian dengan tugas yang dilaksanakan oleh setiap pekerja terlebih dahulu.

Sebagai contoh yang boleh dilihat didalam Organisasi PDRM dimana Kakitangan
Awam (KTA) perlu berbincang dengan pihak majikan. Sebarang keputusan
berhubung tindakan membenarkan pekerja sama ada terus bekerja di pejabat atau
rumah akan diputuskan dengan mengikut dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan
Negara (MKN). Untuk membuat penilaian prestasi perlu diambil segala syarat-syarat
yang telah di bincangkan sebelum ini sebagai contoh merekodkan kehadiran masuk
(clock in) dan keluar (clock out) berdasarkan kaedah yang ditentukan oleh Bahagian /
Jabatan masing-masing.

Selain itu sentiasa berada di rumah dalam tempoh waktu pejabat / bekerja yang
ditetapkan iaitu selepas clock in (7.30 pagi – 9.00 pagi) dan sebelum clock out (4.30
petang – 6.00 petang). Sentiasa bersedia dan boleh dihubungi oleh Ketua Jabatan /
Penyelia dalam tempoh waktu bekerja yang telah ditetapkan juga dapat dinilai prestasi
pekerja yang bekerja di rumah (Work From Home).

5.2 Keadilan

Untuk mencapai objektif daripada penilaian prestasi yang dilaksanakan ke atas


pekerjanya, organisasi mestilah adil dalam semua perkara yang melibatkan pekerja
semasa proses penilaian dilakukan. Antara keadilan yang dituntut dalam Islam semasa
melaksanakan proses penilaian ialah tidak berat sebelah, tidak mengamalkan
kronisme. Keadilan amat dituntut dalam Islam dalam perhubungan sesama manusia.

Apa yang penulis dapat lihat didalam organisasi PDRM Selangor. Pekerja Awam ini
akan di bahagi kepada dua kumpulan dimana satu kumpulan akan bekerja di pejabat
dalam tempoh 2 minggu dan satu kumpulan lagi akan bekerja dirumah dalam tempoh
yang sama. Mereka akan bertukar secara bergilir-gilir supaya dapat memberi keadilan
kepada setiap pekerjanya. Dengan hal yang sedemikian pihak majikan dapat

11
mengurus dan menilai prestasi semasa pekerja ketika bekerja di rumah mahupun di
pejabat.

5.3 Persamaan

Konsep persamaan adalah penting dalam Islam, terutamanya konsep persamaan dalam
Islam. Menurut Islam, semua manusia adalah sama tidak kira warna kulit, paras rupa
dan kedudukan, tetapi yang membezakan seseorang dengan yang lain adalah
ketakwaan mereka kepada Allah S.W.T. Prinsip ini amat penting semasa proses
penilaian dilakukan. Ini adalah kerana pengurusan mestilah mengambil kira pendapat
yang dikemukakan oleh para pekerja tanpa mengambil kira kedudukan mereka di
dalam organisasi.

Contoh pekerja yang bekerja dirumah boleh mengemukakan pendapat mereka


masing-masing didalam melakukan kerja seharian. Seperti sedia maklum bekerja
dirumah akan menghadapi pelbagai situasi semasa pandemik kerana mereka perlu
melalui fasa yang baharu dalam melakukan kerja seharian mereka di pejabat.

5.4 Kebebasan

Mengikut Islam, manusia berhak untuk bersuara bagi menyatakan rasa ketidakpuasan
hati mereka kepada pengurus. Kebebasan bersuara adalah dibenarkan selagi tidak
menyalahi syariat seperti yang telah ditetapkan dalam Islam. Semasa temu bual
penilaian prestasi dijalankan, pekerja hendaklah diberi kebebasan untuk menyatakan
rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem penilaian. Mereka juga diberi peluang
untuk menjelaskan masalah- masalah yang dihadapi dalam kerja yang menyebabkan
prestasi mereka merosot contoh seperti gangguan anak kecil, tiada kemudahan asas
perhubungan internet yang kuat, terdapat keluarga yang berada dirumah dikuarantin
akibat hubungan rapat dengan pesakit Covid-19 dan pelbagai lagi.

12
6.0 KESIMPULAN

Pembangunan kerjaya di dalam organisasi merupakan satu aspek yang penting dan dilihat
sebagai satu cara untuk mengekalkan tenaga kerja. Pembangunan kerjaya yang terancang
berupaya memantapkan keupayaan individu dan seterusnya mengekalkan tenaga kerja dalam
organisasi.

Perkara ini menjadi satu kerugian sekiranya segala pelaburan terhadap masa, tenaga dan
kewangan yang dikeluarkan oleh organisasi tidak mendapat pulangan yang diharapkan, hanya
disebabkan oleh rasa ketidakpuasan yang berpunca dari pelbagai halangan di mana isu ini
tidak dapat diatasi oleh pihak pengurusan.

Seterusnya, usaha dan sokongan yang berterusan oleh pihak pengurusan sangat besar
kesannya kepada pekerja. Antara aktiviti-aktiviti pembangunan kerjaya adalah merangkumi
usaha mengkomunikasikan maklumat perancangan sumber manusia, latihan dan
pembangunan, penilaian prestasi, perekrutan dan peletakan serta pampasan dan faedah.

Kesimpulannya, pengurusan yang baik mampu menjadi pendorong kepada pekerja untuk
kekal berkhidmat di dalam organisasi dan seterusnya meningkatkan produktiviti dan kejayaan
sesebuah organisasi.

13
RUJUKAN

Laman Web Portal PERKESO.GOV.MY

Emie Sylviana Binti Mohd Zahid, (2015) Perancangan Dan Pembangunan Kerjaya.

UiTM Johor Kampus Segamat.

Ab. Aziz Yusof (2006). Pengurusan Sumber Manusia : Konsep, Isu dan Perlaksanaan Edisi
3

Astro Awani (Februari 9, 2021) Hadapi Risiko / Tidak Sanggup Hilang Pekerjaan

https://www.astroawani.com/video-malaysia/hadapi-risiko-tidak-sanggup-hilang-
pekerjaan-1889343.

Mohd Iskandar Ibrahim (Jun 15, 2020) 30,000 Pekerja Terima SIP PERKESO Berita Harian
Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/700483/30000-pekerja-
terima-sip-perkeso.

Abd. Rahim Abd. Rashid (2006). Agenda Perubahan: Pengurusan Sumber Manusia dan
Kerjaya. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd : Kuala Lumpur.

Azlah. (2009). Persepsi Pekerja Terhadap Strategi Pembangunan Kerjaya Dalam


Organisasi: Kajian di Johor Corporation, Johor Darul Takzim. Amalan Latihan dan
Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia. Bab 3.

Admin Blog (2021, Feb 18). Apa Itu Sistem Insurans Pekerjaan? Inilah yang Perlu Anda
Tahu!

https://dudukbersila.com/apa-itu-sistem-insurans-pekerjaan/.

14
Mohd Azlim Zainury (2020, November 24) SIP Bantu Pekerja Diberhentikan Kerja.

https://www.sinarharian.com.my/article/111656/BERITA/Nasional/SIP-bantu-
pekerja-diberhentikan-kerja.

15

Anda mungkin juga menyukai