Anda di halaman 1dari 8

PEMBANGUNAN & SUMBANGAN DI BAWAH PEMERINTAHAN ABDULLAH AHMAD

BADAWI

Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)


Pada Oktober 2006, kerajaan telah mengumumkan bahawa sebuah kawasan pembangunan
khas di Selatan Johor akan dibangunkan. Kawasan ini merangkumi 2,217 km persegi dan
dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER). Kawasan ini akan dibangunkan oleh
Khazanah Holdings Bhd.

Kawasan ini melibatkan kawasan perindustrian, perdagangan dan penempatan. SJER akan
dijadikan sebagai agensi ‘pusat satu perhentian’ (one stop centre). Pembangunan itu
merangkumi lokasi segi tiga di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di utara,
Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di barat daya dan Pelabuhan Pasir Gudang (PPG) di
tenggara.
SJER akan terbahagi kepada lima kawasan Flagship iaitu:
• Flagship A – Pusat Bandaraya Johor Bahru
• Flagship B – Nusajaya
• Flagship C – Gerbang Pintu Barat
• Flagship D – Gerbang Pintu Timur
• Flagship E – Senai – Skudai

DYMM Tuanku Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor, telah merasmikan
SJER yang dijenama semula sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dalam satu
upacara khas diDanga Bay, Johor Bahru pada 4 November 2006. Tempoh pembangunan
kawasan dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) itu adalah sehingga tahun
2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak
lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama. WPI juga akan menjadi sebuah pusat
pertumbuhan yang terbesar di rantau ini.
Jambatan Kedua Pulau Pinang

Projek jambatan kedua Pulau Pinang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi dalam ucapan pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Parlimen
akhir Mac. Jambatan bernilai RM2.7 bilion itu sepanjang 24 kilometer menghubungkan Batu
Kawan di Seberang Prai dengan Batu Maung di bahagian pulau. Cadangan asal jambatan itu
yang diluluskan dan diumumkan pada 2003 bertujuan mengatasi kesesakan di Jambatan Pulau
Pinang yang menghubungkan Prai dengan Gelugur yang dibina 21 tahun lepas. Bagi projek
Jambatan Kedua Pulau Pinang, konsesi untuk membina, mengurus, mengendali dan
menyelenggara projek berkenaan akan diserahkan kepada UEM Group kerana syarikat itu
adalah pemegang konsesi Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada.

Islam Hadhari
Islam Hadhari (Arab: ‫ )اإلسالم الحضاري‬atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori kerajaan
Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran. Ia bukanlah
agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk
mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam al-
Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.Terdapat 10 prinsip dalam
Islam Hadhari iaitu :-
1. Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.
2. Kerajaan Adil dan Beramanah.
3. Rakyat Berjiwa Merdeka.
4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan.
5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.
6. Kehidupan Berkualiti.
7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita.
8. Keutuhan Budaya dan Moral.
9. Pemeliharaan Alam Semula jadi.
10. Kekuatan Pertahanan.

Pelan Integriti Nasional


Pada 23 April 2004, Kerajaan telah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang merupakan
pelan tindakan untuk mempertingkatkan integriti nasional melalui pendekatan yang
komprehensif dan bersepadu. Sasaran utama pelan ini ialah untuk membenteras rasuah,
meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti serta meningkatkan kecekapan di segenap lapisan
masyarakat. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menubuhkan Institut Integriti Malaysia
(IIM) dengan peruntukan sebanyak RM 6 juta. IIM akan melaksanakan siri program pendidikan
dan kesedaran PIN melalui Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan yang ditubuhkan di semua
agensi kerajaan.
Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9)
Misi Nasional yang dirangka merangkumi lima teras utama iaitu :-
Teras Pertama: Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara. Melalui teras ini, Kerajaan
mensasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi sedia ada, serta mewujudkan
aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi,
nanoteknologi dan perkhidmatan. Di samping itu, Kerajaan akan turut mewujudkan
persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan ekonomi negara.

Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta
memupuk ‘minda kelas pertama’. Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal
insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar dengan teras
ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara
menyeluruh, dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional.
Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha
penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan diberi kepada
usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

Teras Ketiga: Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan


produktif. Kerajaan mendokong matlamat untuk membasmi kemiskinan, menjana pembangunan
lebih seimbang, serta memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan
saksama.

Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup. Kerajaan akan terus
menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan, pengangkutan dan kemudahan
lain, namun penekanan harus diberikan kepada usaha menangani isu-isu berhubung
penyenggaraan, penaiktarafan dan keberkesanan penggunaan sumber.

Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara. Kejayaan


perancangan terletak pada keupayaan untuk melaksana. Untuk itu, Kerajaan komited
menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat. Di samping itu,
Kerajaan juga akan menangani isu-isu berhubung rasuah dan integriti di dalam sektor awam
dan swasta, mahupun di kalangan masyarakat umum.
Dasar Bioteknologi Nasional (DBN)
Dasar Bioteknologi Nasional (DBN) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi pada 28 April lalu menyediakan garis panduan untuk mendorong pembangunan
industri berkenaan di negara ini, dengan tumpuan kepada tiga bidang, pertanian, penjagaan
kesihatan dan bioteknologi perindustrian, selain sembilan dasar teras.

Kerajaan juga menubuhkan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) selaku agensi setempat
bagi membangunkan industri biotek negara dan BioNexus Malaysia (BioNexus), satu rangkaian
pusat kecemerlangan yang dibentuk berasaskan keupayaan institusi dan syarikat sedia ada
yang membuat pengkhususan di bidang tertentu bioteknologi. Menjelang 2020, industri ini
dijangka menjana sebanyak RM 270 bilion dalam bentuk hasil, mewujudkan lebih 280,000
pekerjaan dan membangunkan lebih 100 buah syarikat. Terdapat 3 fasa dalam pelaksanaan
dasar ini iaitu :-

• Fasa Pertama (2005-2010) - Membina Kapasiti


• Fasa kedua (2011-2015) - Sains ke Perniagaan
• Fasa Ketiga ( 2016-2020) - kehadiran di Peringkat Antarabangsa

Dasar Biofuel Nasional (DBFN)


Dasar BuoFuel Nasional pula diumumkan Perdana Menteri pada 11 Ogos 2005 bagi
menggalakkan penggunaan biofuel sebagai alternatif kepada minyak diesel berasaskan
petroleum atau fosil, meningkatkan aktiviti hiliran serta memperluaskan kegunaan serta
penggunaan minyak kelapa sawit. Minyak campuran Biofuel B5 yang dipatenkan merupakan
minyak diesel campuran 5% tapisan minyak sawit dengan 95% minyak fosil. Teknologi biofuel
ini dibangunkan oleh lembaga Minyak Sawit Malaysia dan dieksport ke Amerika Syarikat, jepun,
Kesatuan Eropah dan Korea.

RazakSAT, Falcon 1
Pembinaan mikrosatelit buatan Malaysia kedua, RazakSAT dan roket pelancarnya Falcon 1
telah dilancarkan dengan menggunakan 50 jurutera tempatan dan dibina oleh Astronautic
Technology Sdn. Bhd (ATSB) sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan dengan
kerjasama Syarikat SaTreCi Co. Ltd. Dari Korea Selatan. RazakSAT membolehkan Malaysia
memantau dengan lebih baik kedudukan muka bumi termasuk apabila menghadapi kebakaran
hutan dan tumpahan minyak di lautan. Satelit ini mempunyai kemampuan pencerapan ke bumi
sejauh 600km dari angkasa dan berupaya memantau sebarang penerokaan hutan secara
berleluasa menerusi penghantaran imej yang lebih kerap berbanding TiungSAT 1.

Pusat Angkasa Malaysia


Pusat ini diasaskan mengikut model Pusat Angkasa Kennady Amerika Syarikat dan telah
beroperasi di Sungai lang, Banting, Selangor. Pusat yang bernilai RM 100 juta dibangunkan di
atas tanah seluas 161.8 hektar milik kerajaan persekutuan. Terdapat 3 peranan utama iaitu :-
• Memantau dan mengendalikan satelit RazakSAT
• Stesen menerima maklumat berhubung dengan angkasawan sulung Negara
• Melaksanakan projek usahasama membangunkan Sistem Penempatan Global (GPS)
bersama Kesatuan Eropah (EU)

Dasar Automotif Nasional (DAN)


Dasar ini diluluskan oleh jemaah menteri pada 22 Mac 2006. DAN mengandungi 6 objektif ke
arah membangunkan lagi sektor automotif Negara kea rah yang lebih mapan, berdaya tahan
dan berdaya maju. Obejktif DAN ialah :-

• Menggalakkan Industri automotif tempatan yang kompetatif dan berdaya tahan terutamanya
pengeluar kereta nasional
• Membangunkan Malaysia sebagai pusat hab automotif serantau dalam bidang-bidang khusus.
• Menggalakkan peningkatkan nilai ditambah secara mapan serta pembinaan keupayaan
tempatan
• Menggalakkan peningkatan tahap eksport kenderaan dan komponen yang kompetitif di
pasaran dunia
• Menggalakkan penyertaan Bumiputera dan menyeluruh di dalam sektor automotif tempatan
• Menjaga kepentingan pengguna dengan menawarkan produk yang selamat dan berkualiti
pada harga yang berpatutan.

Dasar Modal Insan


Pembangunan modal insan yang direncanakan dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan
(RMK-9) akan dilaksanakan secara holistik. Perancangan ini merangkumi perolehan
pengetahuan atau modal intelek termasuk peningkatan keupayaan keusahawanan,
pengetahuan sains dan teknologi, pemupukan nilai, sikap, dan etika yang positif dan progresif
melalui pendidikan, latihan, dan pembelajaran sepanjang hayat. Bina upaya akan
diperkukuhkan untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan
inovasi bagi memacu ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Penekanan kepada
pembangunan modal insan yang bersifat progresif dan mempunyai nilai etika yang bersifat
universal akan diperkukuhkan sejajar dengan apa yang digariskan dalam Islam Hadhari.

Teras Dasar Modal Insan


• Melaksanakan penambahbaikan secara komprehensif ke atas sistem penyampaian
pendidikan dan latihan.
• Memperkasa sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah pilihan utama rakyat Malaysia bagi
meningkatkan perpaduan Negara.
• Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dengan di
bandar.
• Mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di
peringkat tertiari memenuhi keperluan majikan.
• Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan, latihan, dan pembelajaran
sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat.
• Membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan Sains dan Teknologi (S&T) yang kukuh
dan memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan.
• Memperkukuh perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai
perspektif progresif, sistem nilai yang boleh diteladani dan budaya mengutamakan prestasi
tinggi serta menghargai tradisi dan warisan, dan
• Memperluas dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan,
sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.

5. Era Tun Abdullah Ahmad Badawi ( 2003 -2009 )

Tun Abdullah Ahmad Badawi


 

Tempoh 2003–kini, inisiatif dasar luar negara sudah dilaksanakan. Di bawah kepimpinan YAB Dato’
Seri Abdullah Ahmad Badawi, inisiatif dasar luar negara terus diperhalus untuk memperlihatkan:

 Respons pragmatik dalam menyahut cabaran geopolitik dan ekonomi semasa Pandangan
Malaysia disampaikan dengan lebih jelas.
 Keteguhan sebagai lanjutan dinamik kepada dasar sedia ada.
 Peranan kepimpinan yang berpengaruh sebagai Pengerusi Pergerakan Negara-negara
Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan ASEAN; dan
 Malaysia sebagai contoh terkemuka sebuah negara Islam yang bertoleransi dan progresif –
Islam Hadhari
Perkembangan dasar luar negara di bawah kepimpinan perdana menteri yang silih berganti
menunjukkan tindak balas pragmatik terhadap perubahan geopolitik dan ekonomi pada tempoh
tersebut. Untuk terus relevan dengan keperluan negara, dasar luar negara tidak boleh statik.

Walaupun perubahan dalam keutamaan menjadi ciri asas bagi dasar luar negara Malaysia,
kesinambungan juga jelas kelihatan. Perubahan dan kesinambungan ini memperlihatkan tahap
keyakinan dan kematangan negara yang lebih tinggi dalam mengendalikan hubungan
antarabangsanya. Malah, kepimpinan Malaysia turut diiktiraf dalam pelbagai isu yang menarik minat
negara membangun.

Sebagai sebuah negara yang berdagang, kita amat bergantung pada persekitaran antarabangsa
yang harmoni demi kesejahteraan kita. Pada asasnya, dasar luar negara kita perlu diorientasikan
supaya tumpuan yang lebih besar dapat diberikan kepada diplomasi ekonomi. Pada masa lalu,
semasa kita menghasilkan khususnya bahan mentah dunia, Malaysia perlu bersaing dengan hanya
segelintir negara.
Kini, apabila kita menjadi negara perdagangan industri, kita tiada pilihan lain kecuali berusaha lebih
keras untuk bersaing dengan lebih baik dan mencari pasaran baru untuk barangan dan
perkhidmatan kita. Kita perlu mencari dara baru untuk berurus niaga dengan negara luar. Kita perlu
mencari bidang yang memberikan kelebihan kepada kita.

Untuk itu, Malaysia melaksanakan beberapa dasar luar negara yang kukuh yang membantu
mewujudkan ekonomi yang mantap, dinamik dan mudah pulih. Antara lain, dasar ini termasuklah:

·        Dasar Pandang Ke Timur

·        Pelaburan Keluar Negara – Makmurkan Jiran Anda

·        Penswastaan Malaysia

·        Kerjasama Selatan-Selatan

·        Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP)

·        Dialog Antarabangsa Langkawi

Anda mungkin juga menyukai