Anda di halaman 1dari 44

A211 SEM I SESI 2021/2022

BIMS1023 AQIDAH ISLAMIYYAH (KUMPULAN A)


TUGASAN KUMPULAN: KUMPULAN 14
TAJUK: HUKUM-HUKUM ISLAM DAN BAHAGIANNYA
NAMA PENSYARAH: KAPTEN DR. MOHD ADIB BIN ABD MUIN
BIL GAMBAR NAMA NO MATRIK
PELAJAR
1
NURUL MARDHIAH BINTI MOHD NASIR 289660

2
NURUL AIN BINTI HUSSIEN 289674

3
FATTIN DALILA BINTI RAZALI 289697

4
WAN ISMAIZZAH BINTI WAN AHMAD 289700
RIDZUAN

5
SITI NUR ATHIRAH BINTI AZHAR 289729

6
HUSNA NABILA BINTI KHAIRI 289743

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S


I Isi kandungan 2
1.0 Pengenalan 3-10
2.0 Pernyataan masalah 11-13
3.0 Kajian literasi 14-16
4.0 Fakta berkaitan hukum-hukum islam 16-29
4.1 Taarif hukum syara’ 16-17
4.2 Hukum qathi’ dan zanni 17-21
4.3 Hukum taklifi dan wad’i 21-28
5.0 Perbincangan isu dan cabaran 29-36
6.0 Cadangan 36-38
7.0 Kesimpulan 38-39
8.0 Bahagian soalan dan jawapan 39-41
9.0 Senarai rujukan 41-44

1.0 PENGENALAN

2
1.1 DEFINISI

Hukum merupakan perkara yang selalu digunakan oleh seluruh manusia secara

umumnya. Namun, secara ringkas di dalam agama Islam, umat Islam akan lebih

tertumpu kepada Al-Quran. Di dalam Al-Quran tidak memberikan penekanan secara

jelas dan spesifik mengenai istilah sesuatu hukum itu sendiri tetapi istilah hukum yang

ditafsirkan dalam Al-Quran ialah jelas mengenai sesuatu perkara yang dibenci oleh

Allah SWT yang merangkumi dengan syariah, fiqh dan juga hukum Islam. Manakala,

secara etimologi perkataan hukum itu sendiri berasal dari perkataan Arab iaitu

hakama-yahkumu dan kemudiannya bertukar kepada hukman. Oleh itu, maksud

hukum itu sendiri pada akhirnya bertukar menjadi al-hikmah yang membawa maksud

sebagai kebijaksanaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, dengan maksud itu sendiri

merupakan bahawa orang yang mampu memahami hukum-hukum yang ada dan

mampu untuk diamalkan di dalam kehidupan seharian maka orang tersebut

merupakan orang yang bijaksana (Nasution, 2020).

1.1.1 KEPENTINGAN HUKUM-HUKUM ISLAM

1. Kajian ini dilaksanakan agar dapat memberikan kefahaman yang

mendalam dan secara khusus mengenai hukum-hukum Islam serta

konsep setiap hukum-hukum Islam yang ada dengan lebih teratur.

2. Memberikan informasi yang ilmiah berkaitan dengan pemikiran

ulama-ulama berkaitan dengan empat hukum besar yang umum

serta hukum yang dispesifikasi mengikut empat hukum besar

tersebut agar dapat dimanfaatkan dan tidak disalah gunakan

sebagai seorang Islam.

3
3. Dapat menjelaskan perbandingan pandangan para ulama yang

berlainan mengenai hukum yang ada agar dapat diimplikasikan di

dalam kehidupan sebagai seoarang muslim dan meningkatkan

keimanan sebagai seorang muslim.

1.1.2 HUKUM-HUKUM ISLAM DAN BAHAGIANNYA

Selain itu, hukum-hukum Islam yang telah wujud secara umumnya

terbahagi kepada 4 bahagian besar iaitu pertama sekali hukum qath’i

dan hukum zhanni, seterusnya yang kedua ialah hukum wadh’i dan

hukum taklifi. Secara spesifiknya, maksud hukum qath’i dan hukum

zhanni terbahagi kepada dua iaitu al-tsubut (ketetapan) atau al-wurud (

kebenaran sumber) dan al-dalalah (penunjuk kepada makna seberna)

(Musyafa'ah, 2018). Maksud hukum qath’i dan hukum zhanni dalam

ushul fiqh ialah untuk menjelaskan sesuatu hukum yang telah

ditetapkan oleh agama Islam yang terdapat di dalam Al-Quran atau

Hadis yang dikenali sebagai al-tsubut (ketetapan) atau al-wurud

( kebenaran sumber) dan al-dalalah (inerpretasi) (Musyafa'ah, 2018).

Dengan kata lain, para ulama bersepakat bahawa hukum qath’i dan

hukum zhanni al-wurud merupakan daripada sumber Al-Quran dan

hadis mutawatir tetapi para ulama tersebut mempunyai pandangan

yang berbeza berkaitan dengan hukum qath’i dan hukum zhanni dari

segi al-dalalah (Robin, 2019). Walau bagaimanapun, para ulama ushul

fiqh pula telah memberikan keterangan bahawa sekiranya sesebuah nas

agama mengandungi sesuatu makna yang lebih jelas dan tiada

perbezaan tafsiran yang lain, serta secara khususnya mempunyai had

4
atau bilangan yang tertentu maka dianggap sebagai hukum qath’i dari

segi al-dalalah (Robin, 2019).

Di samping itu, hukum Islam yang lain ialah hukum wadh’i dan hukum

taklifi. Kedua-dua hukum tersebut membawa maksud yang berlainan

iaitu perkataan al-wadh merupakan masdar wadha a yang membawa

maksud sebagai menurunkan, menjatuhkan, menempa, mengarang dan

meletakkan. Menurut hukum syara, perkataan al-wadh itu sendiri

bermaksud meletakkan, dengan kata lain hukum wadh’i itu bermaksud

menetapkan sesuatu perkara itu untuk menjadi hukum Syariah (Mufid,

2020).

Seterusnya, hukum taklifi pula berkait rapat dengan hukum wadhi’i,

iaitu ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT berkaitan dengan

tingkah laku manusia yang merupakan tuntutan dan telah diberikan

pilihan untuk melaksanakan atau tidak (Fauzan, 2018). Dengan lebih

jelas hukum wadh’i sebagai penetapan yang kukuh dan hukum taklifi

tersebut dapat difahami dengan meletakkan hukum taklifi sebagai teras

hukum syara (Fauzan, 2018).

1.1.3 KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM

Sebagai seorang muslim, kita haruslah patuh akan hukum-hukum

Islam yang telah ditetapkan oleh syarak yang bersumberkan Al-Quran

dan hadis agar kehidupan seseorang muslim menjadi lebih teratur dan

sistematik. Hal ini dikatakan demikian kerana, kewujudan hukum yang

lebih spesifik membolehkan umat Islam berpandukan sumber hukum

5
yang sahih dan berasaskan ajaran agama Islam dan tidak bercanggah

dengan hukum Al-Quran dan hadis.

Melalui hukum yang telah ditetapkan secara umum dibahagikan

kepada empat bahagian – hukum qath’i, hukum zhanni, hukum wadh’i

dan hukum taklifi yang telah dijelaskan dengan lebih khusus berkaitan

perkara-perkara yang boleh atau di larang untuk dilakukan sebagai

seorang muslim. Oleh disebabkan itu, segala tingkah laku yang

dilakukan oleh seseorang muslim hendak lah berlandaskan hukum-

hukum yang telah ditetapkan. Sebagai seorang Islam, kita haruslah

memahami dengan lebih mandalam tentang sesuatu hukum itu terletak

pada bahagian yang mana agar kita tidak salah tafsirkan bahagian yang

penting terutama sekali perkara yang wajib dan juga perkara yang

haram.

Di samping itu, sebagai seorang mukallaf kita juga telah

dipertanggungjawabkan untuk patuh akan perintah dan segala

kewajipan sebagai seoarang Islam yang telah dituntut di dalam ajaran

agama Islam itu sendiri. Oleh disebabkan itu, sebagai seorang muslim

kita tidak harus leka dan lalai. Kita harus patuh akan segala kewajipan

yang telah diperintahkan dan meninggalkan segala larangan yang

boleh dimurkai oleh Allah SWT.

1.2 DALIL AL-QURAN DAN HADIS

6
Menurut dalil Al-Quran dan hadis mengenai hukum telah tertulis sejak turunnya

lagi Al-Quran dimuka bumi ini. Oleh itu, menurut para ahli ushul yang telah

mendefinisikan bahawa hukum merupakan perintah ataupun firman Allah SWT

yang berkaitan dengan perkara yang dilakukan oleh seorang mukallaf, yang

merupakan tuntutan (larangan dan perintah) ataupun pilihan (kebolehan)/ hukum

wadh’i (menjadikan sesuatu itu sebagai punca, peraturan dan penghalang bagi

sesuatu hukum tersebut) (Mufid, 2020)

Secara keseluruhannya definisi di atas menunjukan bahawa Allah SWT sahaja

yang layak menetapkan sesuatu hukum tersebut dan Allah SWT merupakan hakim

yang tetap dan tidak boleh ditukar ganti kerana Allah SWT yang maha berkuasa

dan darjatnya tidak boleh dibandingkan dengan sesiapa, seterusnya Rasulullah

SAW merupakan pesuruh Allah SWT yang telah diberikan tugas sebagai

penyampai kepada umat manusia mengenai pelbagai aspek di dalam kehidupan

termasuk lah mengenai hukum-hukum Islam yang berlandaskan Al-Quran. Oleh

disebabkan itu, sumber utama yang menjadi panduan kepada umat manusia

terutama sekali Islam yang telah diturunkan oleh Allah SWT ialah wahyu Allah

SWT yang telah ditafsirkan di dalam Al-Quran (Mufid, 2020)

Al-Quran juga sentiasa terpelihara di dalam hati setiap muslimim yang terdapat di

dunia ini. Pemeliharaan Al-Quran tersebut adalah dibentuk secara mushaf yang

telah tersebar luas ke seluruh dunia. Sebagai bukti di dalam Surah Hud ayat satu

telah memberikan penerangan untuk bagaimana Al-Quran sebagai kitab suci yang

boleh dijadikan panduan untuk semua umat muslimim:

‫ت ِم ْن لَّد ُْن َح ِكي ٍْم َخبِي ۙ ٍْر‬


ْ َ ‫صل‬ ْ ‫ۤال ٰر ۗ ِك ٰتبٌ اُحْ ِك َم‬
ِّ ُ‫ت ٰا ٰيتُهٗ ثُ َّم ف‬

7
“Kandungan ayat-ayat Al-Quran di dalam sesebuah Kitab adalah lebih tersusun

ayat-ayatnya dengan teguh, ayat-ayat Al-Quran juga merupakan datang dari Allah

Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui iaitu dari segi susunan dan

penjelasan”.

Dengan ini, jelaslah bahawa Al-Quran merupakan sumber umat Islam sebagai

panduan termasuk untuk menetapkan sesuatu hukum-hukum Islam yang lebih

jelas dan tidak bercanggah dengan Al-Quran.

Menurut sumber undang-undang Islam sering ditafsirkan dengan dalil hukum

Islam atau asas perundangan Islam. Oleh itu, dalil dari segi bahasa membawa

maksud sebagai petunjuk kepada sesuatu dari segi spesifiknya iaitu dari konkrit

dan makna abstrak yang membawa maksud sebagai petunjuk yang baik ia adalah

untuk digunakan di jalan kebaikan atau untuk kejahatan (Nasution, 2020).

Secara umumnya, pendekatan dalam berfatwa terbahagi kepada dua bentuk yang

berbeza di Malaysia. Pendekatan pertama dikenali sebagai pendekatan madhhabi

secara dasarnya pendekatan ini telah terikat dengan mazhab yang diguna pakai

secara umum di Malaysia iaitu mazhab al-Shafi i. Manakala, pendekatan kedua

pula merupakan pendekatan yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab

tertentu kerana pendekatan ini hanya merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah

Rasulullah SAW (Abdul Rahman, Dato’ Dahaman@Dahlan and Abdullah, 2018)

1.3 PANDANGAN ULAMA TERHADAP KEPENTINGAN HUKUM DALAM

KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM

8
Menurut pandangan seoarang ulama hadis iaitu Ibn Hibban (Muhammad Bin

Hibban) yang juga terkenal dengan kitabnya iaitu al-Thiqat yang di dalam

kitabnya terdapat nama bapa Imam Al-Bukhari. Sewaktu beliau hampir ajal beliau

telah menerangkan bahawa seorang sahabatnya yang bernama Uhaid Bin Hafs,

keseluruhan hartanya tidak terdapat satu hartanya yang haram dan syubhah

walaupun satu dirham sekalipun. Hal ini telah membuktikan bahawa beliau telah

menceritakan tentang sahabatnya yang sangat mementingkan tentang kepentingan

hukum dari segi hartanya, Uhaid bin Hafs telah memperolehi kesemua hartanya

dengan jalan yang diredhai Allah SWT (Dedi, 2020).

Beliau amat patuh akan segala hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, oleh

disebabkan itu segala harta yang diperolehi merupakan hasil yang halal untuk

digunakan sepanjang beliau hidup di muka bumi ini. Oleh itu, ulama Ibn Hibban

(Muhammad Bin Hibban) sangat menekankan tentang kepentingan hukum yang

telah ditetapkan di dalam Islam untuk kita patuhi terutama sekali dalam perjalanan

untuk mencari harta kerana harta yang haram tidak akan diberkati dalam

kehidupana sebagai seoarang muslim (Dedi, 2020).

1.4 KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan oleh seluruh umat Islam melalui jurnal.

Pelbagai pandangan mengenai hukum-hukum Islam yang terdapat di dunia ini.

Namun, kajian tersebut terdapat perkara yang dipersetujui dan ada yang

bercanggah. Sebagai contoh jurnal pemikiran hukum Islam (Naim, 2018),

berkaitan dengan konsep hukum qath’i dan hukum zhanni yang ada di dalam

Ushul Fikh bagi menjelaskan lebih lanjut mengenai sumber hukum-hukum Islam

dengan baik dan belandaskan Al-Quran dan hadis.

9
Di dalam jurnal ini telah menjelaskan terdapat dua segi yang berbeza mengenai

hukum qath’i dan hukum zhanni iaitu altsubut (kewujudan) atau al-wurud

(bersumberkan kebenaran) dan al-dalalah (tafsiran kebenaran). Secara umumnya

jurnal ini menjelaskan bahawa menurut para ulama menyatakan bahawa hukum

qath’I, hukum zhanni al-tsubut dan al-wurud berasaskan dari Al-Quran dan

hukum qath’i berlandaskan hadis mutawatir. Tetapi menurut jurnal ini terdapat

juga perbezaan pendapat dari segi hukum qath’i dan hukum zhanni dari segi al-

dalalah (tafsir), para ulama telah menjelaskan bahawa sekirannya di ayat Al-

Quran atau hadis mengandungi satu makna yang jelas dan tiada persoalan yang

mencurigakan daripada tafsiran lain dan bilangannya telah ditetapkan dengan

lebih spesifik maka, sumber tersebut dipercayai bahawa sebagai hukum qath’i al-

dalalah. Namun, para ulama komtemporari mempunyai pendapat yang berbeza

mengenai hukum ini, mereka berpendapat bahawa hukum qath’i dan hukum

zhanni al-dalalah tidak boleh hanya dilihat dari segi kejelasan makna lafaz tetapi

perlu menitikberatkan intipati yand dilafaz juga perlu dikenali sebagai maqasid al-

syari’ ah (Naim, 2018).

2.0 PERNYATAAN MASALAH AQIDAH ISLAMIYYAH

10
Allah saw telah menurunkan Al-Quran sebagai kitab suci kepada nabi Muhammad saw

sebagai satu mukjizat yang perlu diamalkan oleh pengikut-pengikutnya. Ayat-ayat di dalam

al-Quran dijamin oleh Allah dan tiada keraguan lagi didalamnya. Agama Islam telah

menetapkan aturan-aturan hukum yang bertujuan untuk meningkatkan kualitas hidup orang-

orang Muslim. Setiap umat Islam wajib mentaati hukum-hukum Islam yang telah

disyariatkan agar hidup lebih baik dan sejahtera. Hukum-hukum besar dalam Islam terbahagi

kepada 4 iaitu hukum qath`i, hukum zhanni, hukum taklifi dan hukum wadh'i. Walau

bagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti dalam hukum-hukum tersebut.

Dalil-dalil al-Quran yang bersifat qath`i tidak mempunyai masalah kerana dalil qath`i itu

sendiri telah memberi petunjuk yang pasti dan jelas tidak seperti dalil-dalil yang

dikategorikan sebagai zhanni. Dalil yang bersifat qath`i telah mengandung satu makna yang

jelas dan tidak membuka kemungkinan interpretasi lain. Sebagai contoh, dalam surah An-

Nisa' ayat 11 ada menerangkan tentang pembahagian harta antara anak lelaki dengan anak

perempuan. Ayat ini jelas bersifat qath`i kerana walaupun ia sudah diistinbat hukum ia tetap

menegaskan bahawa pembahagian harta warisan ialah 2:1 kepada anak lelaki dan perempuan

seperti yang telah dinyatakan dalam ayat tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan budaya

Arab yang mementingkan sistem kekerabatan yang mana lelaki mendapat hak istimewa.

Gagasan daripada pemikiran ini bertujuan untuk mencipta keadilan dan meningkatkan

kesejahteraan. Muhammad Syahrur telah mengaitkan dengan teori nazhariyah al hudud-nya

yang dikutip oleh Imam Syaukani dengan mengatakan bahwa dalam konteks had al ‘a’la wa

al adna, bahagian lelaki tidak boleh melebihi daripada 2 karena ia sudah mencapai batas

maksimum tetapi boleh kurang daripada itu. Sementara itu, bahagian 1 untuk perempuan pula

merupakan batas minimum sehingga ia boleh diberi bagian lebih dari 1.24. Dengan demikian,

formula 2:1 dapat berubah menjadi 1:1, atau menjadi 1:2, tergantung pada kondisi para ahli

waris.

11
Manakala, hukum zhanni merupakan petunjuk yang masih tidak jelas dan masih samar,

sehingga memungkinkan timbulnya makna lain. Abdul Wahab Al-Khalaf berpendapat zhanni

al-dalalah adalah lafaz yang menunjukkan sesuatu makna, akan tetapi makna tersebut

mengandungi kemungkinan sehingga dapat ditakwilkan dan dipalingkan dari makna itu

kepada makna lain (Khallaf, 1990). Sebagai contoh, dalam surah Al-Baqarah ayat 228 ada

menjelaskan berkenaan tempoh iddah bagi wanita yang telah dijatuhkan talak. Ayat tersebut

bersifat zhanni karena kata quru` pada ayat tersebut boleh membawa maksud suci dan boleh

juga bermaksud haid. Tidak dapat dipastikan yang mana yang dimaksudkannya, karena tidak

terhimpun argumentasi yang cukup untuk mendukung salah satu ulama. Menurut para

mujtahid dalam kontekstualisasinya dipahami bahawa menunggu tiga kali menstruasi

(alhaidh), dan atau menunggu tiga kali sucian (al-thuhr). Keadaan ini jelas menunjukkan

bahawa tiada ketetapan yang jelas untuk merungkaikan istilah berkenaan kalimat quru’ yang

terdapat dalam dalil al-quran tersebut.

Hukum wadh'i pula membicarakan berkenaan ketentuan perintah Allah yang menjadikan

sesuatu itu mempunyai sebabnya terhadap perkara lain daripadanya. Hukum wadh'i

mempunyai tujuh hukum termasuk hukum yang disepakati oleh sesetengan ulama iaitu sebab,

syarat, mani’, sahih, batal, azimah dan rukhsah. Sebagai contoh, dalam hukum syarat wudhu

merupakan syarat sah untuk menunaikan solat. Sekiranya wudhu tidak ada, maka solat itu

dianggap tidak sah kerana tidak mencukupi hukum syarat sah sembahyang. Sedangkan orang

yang sedang sakit tidak boleh mengambil wudhu dengan air Allah swt telah meberikan

kelonggaran untuk mereka mengambil wudhu dengan cara bertayamum menggunakan debu

tanah yang bersih. Al-Quran juga ada menyebut dalam surah al-Maidah ayat 6 yang

membawa maksud “ Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau

salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang

12
kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum

dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu

dengan tanah - debu itu.” Jelaslah disini bahawa untuk menunaikan solat yang wajib itu

perlulah mempunyai wudhu dahulu.

Sementara itu, terdapat juga hukum yang disebut hukum taklifi. Hukum taklifi mengandungi

lima pula hukum didalamnya seperti wajib, haram, makruh, harus dan sunat. Sebagai contoh,

agama Islam amat menggalakkan umatnya untuk menceburi bidang perniagaan sama seperti

hadis yang telah diriwayatkan oleh Tirmizi yang bermaksud “Sembilan daripada sepuluh

sumber rezeki diperoleh melalui perniagaan”. Hal ini jelas menunjukkan mencari rezeki

melalui perniagaan itu adalah halal dan dibenarkan dalam Islam. Akan tetapi, Islam sangat

melarang umatnya daripada melakukan urus niaga yang mengandungi unsur riba menerusi

firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 275 yang bermaksud: “Dan Allah telah

menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”. Riba bermaksud sebarang bentuk tambahan

ke atas hutang akibat tempoh dan tambahan dalam urusan yang melibatkan item-item

tertentu. Keadaan ini jelas menunjukkan aktiviti perniagaan halal dalam Islam tetapi

seandainya aktiviti perniagaan ini mengandungi unsur riba hukumnya adalah haram dan

berdosa besar.

3.0 KAJIAN LITERASI

Pendapat Siti Nur Athirah, menurut kajian lepas yang telah dijalankan oleh pelajar Universiti

Sultan Zainal Abidin mengatakan bahawa filantropi merupakan salah satu istilah dalam sudut

hukum Taklifi. Filantropi ini merujuk kepada salah satu instrumen dalam sistem ekonomi

moden. Dari sudut pandangan Fiqh Islam, filantropi merangkumi beberapa perkataan seperti

sedekah, waqaf, hadiah, hibah dan lain-lain pemberian yang sunat sahaja. Menurut kajian

tersebut, dalam hukum Islam ia tidak tepat sekiranya filantropi hanya diletakkan dalam status

13
sunat. Hakikatnya boleh dikatakan bahawa elemen filantropi boleh merangkumi status hukum

wajib dan sunat.

Pandangan Husna Nabila, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Abdul Haris Naim, di

dalam jurnalnya yang berjudul Moderasi Pemikiran Hukum Islam Imam Syaf’i, iaitu daripada

Institut Agama Islam Negeri Kudus. Melalui kajian ini, Abdul Haris Naim telah menjadikan

Imam Syaf’i sebagai sumber utama dalam kajiannya. Hal ini dikatakan demikian kerana,

kitab Imam Syaf’i telah memberikan ilmu yang lebih banyak dari segi hukum. Menurut Imam

Syaf’i hukum Islam, iaitu hukum syarak yang berlandaskan kepada al-Quran dan Hadis. Hal

ini dikatakan demikian kerana, Imam Syaf’I yakin bahawa hukum yang berlandaskan al-

Quran dan Hadis merupakan hukum yang paling sahih dan tiada penolakan daripada mana-

mana pihak kerana sumber tersebut datang daripada Allah SWT. Selain itu, konsep ijma juga

turut diberikan penekanan di dalam jurnal ini, menurut Imam Syaf’i di dalam kitab al-sunnah,

menyatakan bahawa sesuatu ijma akan ditetapkan melalui beberapa fasa, secara

keseluruhannya beliau menyatakan bahawa sekirannya sesuatu pendapat yang dikeluarkan

tanpa bukti yang kukuh dan tidak dapat mengaitkan dengan hukum Syariah maka tidak boleh

digunakan sebagai Ijma, penggunaan ijma lebih spesifik dan tidak boleh menetapkan

mengikut bukti yang tidak kukuh.

Pandangan Nurul Ain, hasil kajian-kajian lepas dapat simpulkan bahawa hukum wadh’i dan

hukum taklifi merupakan dua jenis hukum yang berbeza. Menurut (Mahmudah et al., 2020)

hukum wadh’i secara umumnya adalah suatu perintah Allah SWT yang berkaitan dengan

sesuatu ketetapan hukum sebagai asbab, syarat atau penghalang yakni mani’. Manakala

hukum taklifi pula adalah tuntutan terhadap mukalaf untuk melaksanakan, meninggalkan atau

pilihan untuk melakukan atau tidak. Hubungan antara hukum wadh’i dan hukum taklifi dapat

diringkaskan bahawa secara hakikatnya ia tidak berkait antara satu sama lain.

14
Pendapat Fattin Dalila, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Mazahib pada tahun 2016

berkaitan dengan konsep Qath’i dan Zhanni dapat disimpulkan bahawa para ulama

mempunyai beberapa perbezaan pendapat bertkaitan dengan hukum Islam tersebut. Salah

satunya ialah mereka berpendapat bahawa mana-mana ayat keagamaan atau ayat Al-Quran

dan Hadits yang mempunyai satu maksud sahaja dan tidak dapat difahami selain cara

dilafazkan maka ayat tersebut tergolong dalam bahagian Qath’i Al-dalalah (interpretasi).

Manakala mana-mana ayat Al-Quran dab Hadits yang mengandungi lebih daripada satu

makna maka ianya tergolong dalam bahagian Zhanni. Walaubagaimanapun, para ulama yang

lain mengatakan untuk menentukan hukum Qath’i bukannya dilihat dari segi bilangannya

yang mempunyai satu maksud sahaja namun, berdasarkan kesatuan maksud berdasarkan ayat

yang lain.

Menurut Wan IsmaIzzah, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Ratu Haika iaitu

jurnal yang berjudul Pemikiran Hukum Islam daripada Sekolah Tinggi Agama Islam (STAI)

Sangatta, Kutai Timur. Melalui kajian ini, Ratu Haika telah mengatakan bahawa ulama ahli

Usul Fiqh mengemukakan hukum qath’i adalah teks keagamaan (Al-Quran dan Hadis) hanya

mengandungi satu makna yang jelas dan tidak perlu penjelasan yang lain manakala hukum

zhanni mengandungi beberapa makna yang menyebabkan maknanya kurang jelas. Oleh yang

demikian, teks-teks keagamaan yang terkait dengan hukum warisan islam telah termasuk di

dalam kategori hukum qath’i al-dalalah dan hukum zhanni. Oleh itu ini dapat disimpulkan

bahawa daripada kedua-dua hukum tersebut yang cenderung kepada kewarisan ialah hukum

zhanni. Hal ini dikatakan demikian kerana hukum zhanni mengandungi makna yang kurang

jelas di mana pada zaman Arab Jahiliah, perempuan sama sekali tidak mendapat hak. Ini

dapat lihat bahawa dari sisi rasional hukum waris tidak sepenuhnya sama dengan dalil seperti

dalam hal faraidh dan bahagian saudara dan lain-lain.

15
Berdasarkan penelitian Nurul Mardhiah dari jurnal yang ditulis oleh Mohammad Asri bin

Tahiruddin dari Pusat Perkembangan Minda Darul Ridzuan. Pensyariatan hukum Islam

meliputi semua aspek dalam kehidupan manusia seperti dalam ibadah, muamalat dan jenayah

malah dalam urusan kemasyarakatan. Menurut ulama’, kaedah bagi mengetahui sesuatu

hukum adalah melalui proses istinbat hukum berdasarkan Al Quran dan As Sunnah. Terdapat

dua komponen dalam pensyariatan hukum berdasarkan Al Quran dan As Sunnah iaitu al

thawabit (tetap) kekal hingga kiamat dan al mutaghayyirat (boleh berubah) furu’ hukum yang

mengikut keadaan zaman. Secara umumnya hukum syara’ mempunyai dua bahagian iaitu

hukum taklifi dan hukum wad’ie. Hukum taklifi dimaksudkan hukum yang dituntut melalui

arahan dan tegahan sama ada melakukannya atau meninggalkan dan diberi pilihan. Hukum

ini dikenali sebagai ahkam al khamsah iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus.

Manakala hukum wad’ie pula didefinisikan sesuatu yang menjadi asbab, syarat dan

penghalang bagi wujudnya hukum taklifi itu. Secara umumnya, hukum ini dikategorikan

kepada tiga seperti sebab, syarat dan mani’. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa hukum

taklifi dan hukum wad’ie saling berkait kerana wujudnya sesuatu hukum itu perlu ada sebab

dan rukun-rukunnya supaya dapat mengetahui sama ada diterima atau tidak sesuatu perbuatan

mukmin itu.

4.0 FAKTA

4.1 TAKRIF HUKUM SYARA’

Dari segi bahasa, hukum ialah putus atau keputusan manakala syara' bermaksud

jalan atau cara. Pengertian dari segi istilah pula, hukum syara' bermaksud khitab Allah

yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf sama ada berbentuk tuntutan atau pilihan atau

keadaan. Oleh kerana Islam itu agama yang syumul, maka untuk penentuan sesuatu

hukum syara' juga meliputi semua aspek kehidupan manusia yang mana dalam

16
ibadah, perkahwinan, muamalat, jenayah, pentadbiran negara dan kehidupan masyarakat.

Melalui al-Quran dan as-Sunnah, kita dapat mengetahui sesuatu hukum itu

ditentukan selepas para ulama' mujtahid melakukan istinbat hukum dan kemudian kita

dapat beramal dengan hukum tersebut. Bukan semua orang boleh menentukan hukum,

hanya orang yang layak dan cukup syarat sahaja untuk menentukannya seperti mufti.

4.2 Hukum Qath’i dan Zanni pada zaman Tabi’in

Dalil Qath’i adalah salah satu sumber dalam pengambilan untuk menetapkan sesuatu

hukum berasaskan sumber yang disepakati oleh para mujtahid. Dalil-dalil ini telah

dibahagikan kepada empat kategori iaitu Al-Quran, Hadis, Ijma dan Al-Qiyas.

4.2.1 Al-Quran

Sumber rujukan utama yang digunakan oleh semua umat Islam adalah Al-Quran dan

digunakan sebagai rujukan utama. Misalnya, segala nas yang terkandung di dalam

Al-Quran sentiasa dirujuk dalam memutuskan sesuatu hukum. Hal ini dikatakan

demikian kerana menurut nas dilalah iaitu hukum zanni atau hukum qath’i atau

mentafsirkannya, baik secara langsung atau tidak langsung. Al-Quran mempunyai

langkah dan bentuk dalam mengenalpasti hukum di antara dua keadaan iaitu

penerangan tentang hukum dalam Perundangan Islam yang telah dikategorikan

kepada dua bentuk iaitu hukum secara qath’i dan secara Zanni.

a. Hukum berdasarkan Qath’i

Salah satu di antara ayat yang menerangkan hukum secara qath’i ialah

seperti firman Allah:

‫َّارقَةُ فَا ْقطَع ُْٓوا اَ ْي ِديَهُ َما‬ ُ ‫َّار‬


ِ ‫ق َوالس‬ ِ ‫َوالس‬

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka

(hukumnya) potonglah tangan mereka.

17
(surah al-Ma’idah ayat 38)

Berdasarkan di dalam ayat tersebut, secara hukum qath’i pencuri tersebut

dikatakan di mana dalam kalangan mujtahid tidak mempunyai kaitan

pertikaian lagi dari sudut maksud serta hukumnya. Oleh disebabkan itu, tidak

kira lelaki atau perempuan sekirannya didapati bersalah dan mecuri akan

dikenakan hukuman potong tangan.

b. Hukum berdasarkan Zanni

Hukum zanni atau tidak jelas dari nas Al-Qur'an adalah sebahagian keadaan

Al-Qur'an yang dilihat bahawa hukum qath’i merupakan satu sudut sahaja,

manakala hukum secara zanni pula mempunyai pelbagai pandangan sudut

yang berbeza. Buktinya melalui firman Allah:

‫َوا ْم َسحُوْ ا بِ ُرءُوْ ِس ُك ْم‬

Dan sapulah sebahagian dari kepala kamu.

(surah al-Ma’idah ayat 6)

Hukum berdasarkan qath’i dalam ayat di atas adalah berkenaan dengan hukum

ketika mengambil wuduk wajib untuk menyapu kepala. Walaubagaimanapun,

hukum zanni pula berbeza, iaitu mengenai kadar kepala yang wajib disapukan.

Hukum wajib menyapu kepala ketika berwuduk telah disepakat oleh Ulama

dan mujtahid, namun mereka berselisih pendapat berkaitan dengan kuantiti

atau anggaran yang diwajibkan untuk disapukan ke atas kepala iaitu sama ada

mengesat keseluruhannya, sebahagian atau sedikit sahaja.

4.2.2 Hadis

18
Selepas Al-Quran, hadis menjadi sumber rujukan kedua. Hadis Baginda s.a.w.

untuk istinbat hukum telah digunakan oleh para mujtahid. Namun demikian,

sekirannya sumber hukum berkenaan tiada dengan perkara yang hendak

difatwakan atau ingin diistinbat di dalam al-Quran, mereka akan menjadikan

hadis sebagai panduan kedua.

Perselisihan mengenai Hadis

Periwayatan hadis telah disebarkan secara meluas. Hal ini menyebabkan

muncul pelbagai hadis yang tidak sahih pada zaman tadwin. Oleh disebabkan

itu, di dalam kalangan ahli Figh terdapat dua pertentangan yang muncul

mengenai dua perkara iaitu adakah dasar-dasar perundangan yang

melengkapkan al-quran hadis dikira sebagai usul. Oleh itu, sekiranya hadis itu

dipandang sebagai dasar perundangan, bagaimana pula proses untuk

berpegang dengannya.

4.2.3 Ijma’

Di samping itu, sumber rujukan yang lain ialah dengan menggunakan ijma.

Sumber ini digunakan melalui ijma sahabat dan ulama mujtahid apabila di

dalam Al-Quran dan hadis tidak dapat memberikan jawapan yang lebih

spesifik. Oleh hal yang demikian, kesemua ulama akan bersepakat berkaitan

dengan kedudukan ijma dalam Perundangan Islam. Maka, terhasil nas yang

boleh difahami berkaitan dengan sesuatu yang diperselisihkan oleh ulama dan

bersumberkan rujukan kepada kitab Allah dan hadis. Oleh itu, segala hal

berkaitan dengan kebenaran yang diakui wajib untuk dilaksanakan.

19
Perselisihan Pendapat tentang Ijma’

Jumhur ulama bersepakat untuk menerima bahawa ijma' merupakan salah satu

sumber hukum yang penting. Hal ini boleh dilihat melalui dalil Al-Quran yang

telah disarankan oleh Imam Syafii, seperti firman Allah:

‫َو َمنْ ُّي َشاق ِِق الرَّ س ُْو َل م ِۢنْ َبعْ ِد َما َت َبي ََّن لَ ُه ْاله ُٰدى َو َي َّت ِبعْ َغي َْر َس ِبي ِْل‬

ْ ‫ْالمُْؤ ِم ِني َْن ُن َولِّهٖ َما َت َو ٰلّى َو ُنصْ لِهٖ َج َه َّن ۗ َم َو َس ۤا َء‬
‫ت مَصِ يْرً ا‬

Dan sesiapa yang menentang (ajaran) rasul Allah sesudah

terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang

dibawanya). dan pula mengikut jalan yang lain dari jalan-

jalan orang-orang yang beriman, maka Kami akan

memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang

dipilihnya, dan (pada hari Akhira kelak) Kami akan

memasukkannya ke dalam neraka Jahanam, dan neraka

jahanam itu adalah seburuk-buruk tempt kembali. (surah al-

Nisa’ayat 115)

4.2.4 Al-Qiyas

Al-Qiyas boleh dijadikan hujah dan sebagai sumber hukum syarak yang telah

diperkatakan oleh Jumhur ulama sepakat. Manakala sesetengah mazhab berpendapat

bahawa al-Qiyas tidak boleh dijadikan hujah iaitu yang telah diperkatakan oleh

golongan mazhab al-Zahiri dan Syiah.

20
Sebagai rumusannya ialah, kelanjutan daripada kaedah istinbat yang telah

dilaksanakan oleh para Khalifah al-Rasyidin, Sahabat Utama, Sahabat Kecil juga

Tabi'in merupakan rentetan yang penting dalam sumber Perundangan Islam yang

dijalankan serta digunakan dan dikuti pada zaman tersebut.

4.3 Hukum Taklifiyy dan Hukum Wad’iyy

4.3.1 Hukum Taklifiyy

Hukum taklifiyy didefinisikan sebagai dalil (kalam Allah SWT) yang berkait rapat

dengan perbuatan mukallaf iaitu dalam bentuk tuntutan untuk melakukan sesuatu

perkara (talab filin), tuntutan untuk meninggalkan sesuatu (talab tarkin) atau pilihan

(takhyir). Hukum yang mengandungi elemen pentaklifan atau tanggungjawab agama

yang disyariatkan ke atas manusia adalah dinamakan sebagai taklifiyy. Hal ini dapat

dilihan bahawa hukum taklifiyy terbahagi kepada lima iaitu Al-ijab, Al- Nadbu, Al-

Tahrim, Al-Karahah, dan Al-Ibahah.

a) Al-Ijab (Wajib)

Dalil (kalam Allah SWT) yang menuntut agar sesuatu perkara dilakukan dengan

tuntutan yang mesti. Dalam erti kata lain "dalil yang mewajibkan sesuatu perkara".

Sebagai contoh perbuatan yang mesti dilakukan dan tidak boleh ditinggalkan.

Memperolehi pahala sekiranya melakukannya dan akan memperolehi dosa apabila

meninggalkannya. Contohnya solat 5 waktu. Firman Allah SWT seperti di dalam al-

Quran:

َ‫َواَقِ ْي ُموا الص َّٰلوةَ َو ٰاتُوا ال َّز ٰكوةَ َوارْ َكعُوْ ا َم َع الرَّا ِك ِع ْين‬

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat.

(Al-Quran. Al-Baqarah 2:43)

21
Ayat (dalil) 43 surah al-Baqarah ini adalah hukum Syarak menurut ulama, Usul fiqh

kerana ia mengandungi arahan yang mesti dilakukan iaitu menunaikan solat dan

zakat. Perbuatan solat dan zakat yang terkandung dalam ayat tersebut dinamakan

wajib" yang mana ia adalah hukum Syarak menurut ilmu Fiqh.

b) Al-Nadbu (Sunat)

Dalil (kalam Allah SWT) yang menuntut agar sesuatu perkara dilakukan dengan

tuntutan yang tidak mesti. Dalam erti kata lain "dalil yang menggalakkan

(mensunatkan) sesuatu perkara". Sebagai contoh, Perbuatan yang digalakkan untuk

dilakukan. Memperolehi pahala sekiranya melakukannya dan tidak memperolehi

dosa sekiranya meninggalkannya. Contohnya bersedekah. Firman Allah SWT

seperti dalam Al-Quran:

ٓ
ُ‫ٰيٓاَيُّهَا الَّ ِذ ْينَ ٰا َمنُ ْٓوا اِ َذا تَدَايَ ْنتُ ْم بِ َد ْي ٍ•ن ِا ٰلى اَ َج ٍل ُّم َس ّمًى فَا ْكتُبُوْ ۗه‬

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu melakukan sesuatu urusan dengan

hutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah

kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu

(Al-Quran. Al-Baqarah 2: 282)

Ayat (dalil) 282 surah al-Baqarah ini adalah hukum Syarak menurut ulama usul Fiqh

kerana ia mengandungi arahan yang digalakkan untuk dilakukan iaitu merekodkan

hutang. Perbuatan merekodkan hutang yang terkandung dalam ayat tersebut

dinamakan “sunat" yang mana ia adalah hukum Syarak menurut ilmu Fiqh.

c) Al- Tahrim (Haram)

22
Dalil (kalam Allah SWT) yang menuntut agar sesuatu perkara ditinggalkan

hendaklah dengan tuntutan. Dalam erti kata lain "dalil yang mengharamkan sesuatu

perkara". Sebagai contoh perbuatan yang mesti ditinggalkan dan tidak boleh

dilakukan. Hal ini akan mendapat dosa apabila melakukannya dan akan mendapat

pahala apabila meninggalkannya. Contohnya mencuri. Firman Allah SWT seperti

dalam al-Quran:

‫َواَل تَ ْق َربُوا ال ِّز ٰن ٓى‬

Dan janganlah kamu menghampiri zina.

(Al-Quran. Al-Isra’17:32)

Ayat (dalil) 32 surah al-Isra' ini adalah hukum Syarak menurut ulama Usul fiqh

kerana ia mengandungi larangan dan mesti ditinggalkan iaitu berzina. Perbuatan

berzina yang terkandung dalam ayat tersebut dinamakan haram yang mana ia adalah

hukum Syarak menurut ilmu Fiqh.

d) Al-Karahah (Makruh)

Dalil (kalam Allah SWT) yang menuntut agar sesuatu perkara ditinggalkan dengan

tuntutan yang tidak mesti. Dalam erti kata lain dalil yang memakruhkan sesuatu

perkara". Sebagai contoh perbuatan yang digalakkan untuk ditinggalkan.

Melakukannya tidak akan mendapat dosa dan meninggalkannya akan mendapat

pahala. Contohnya tidak menggosok gigi selepas makan petai. Firman Allah SWT

seperti dalam Al-Quran:

ۚ ۡ‫ٰۤيـاَيُّهَا الَّ ِذ ۡينَ ٰا َمنُ ۡوا اَل ت َۡسـَئلُ ۡوا ع َۡن اَ ۡشيَٓا َء ِا ۡن تُ ۡب َد لَـ ُكمۡ تَس ُۡؤ ُكم‬

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu bertanyakan (kepada Nabi)

sesuatu yang jika diterangkan kepada kamu akan membebankan kamu.

23
(Al-Quran. Al-Ma’idah 5:101)

Ayat (dalil) 101 surah al-Ma'idah ini adalah hukum Syarak menurut ulama Usul

Fiqh kerana ia mengandungi larangan yang digalakkan untuk ditinggalkan iaitu

bertanyakan soalan yang tidak patut atau tidak sesuai. Perbuatan bertanyakan soalan

yang tidak patut atau tidak sesuai yang terkandung dalam ayat tersebut dinamakan

'makruh’ yang mana ia adalah hukum Syarak menurut ilmu Fiqh.

e) Al-Ibahah (Harus)

Dalil (kalam Allah SWT) yang memberi pilihan sama ada untuk melakukan atau

meninggalkan sesuatu perkara. Dalam erti kata lain dalil yang mengharuskan

sesuatu perkara". Sebagai contoh, Perbuatan yang diberi pilihan sama ada untuk

melakukan atau meninggalkannya. Melakukan atau meninggalkan perbuatan itu

sama sahaja. Ia tidak mendapat pahala atau dosa contohnya makan. Firman Allah

SWT seperti di dalam al-Quran:

ۡ َ‫َواِ َذا َحلَ ۡلتُمۡ ف‬


‫اصطَاد ُۡوا‬

Apabila kamu telah bertahallul (selesai daripada ihram)

maka bolehlah kamu berburu.

(Al-Quran. al-Ma'idah 5: 2)

Ayat (dalil) 2 surah al-Ma'idah ini adalah hukum Syarak menurut ulama usul Fiqh

kerana ia mengandungi pilihan sama ada untuk melakukan atau meninggalkan

perbuatan berburu selepas tahallul. Perbuatan berburu selepas tahallul yang

24
terkandung dalam ayat tersebut dinamakan adalah hukum Syarak menurut ilmu Figh

‘harus’.

4.3.2 HUKUM WAD’I

Hukum wad’iyy bermaksud perintah Allah yang menjadikan sesuatu sebagai

sebab, syarat atau mani’(penghalang) kepada sesuatu hukum. Hukum wad’iyy

tidak bermaksud untuk memberi atau menuntut pilihan kepada mukallaf

sebaliknya sebagai pendahuluan kepada tuntutan. Contohnya seperti wudhu’

merupakan syarat sah solat. Dinamakan hukum wad’iyy kerana maksudnya

ialah menjadikan atau meletakkan sesuatu sebagai sebab bagi sesuatu atau

syarat baginya atau penghalangnya. Dengan kata lain, hukum wad’iyy

didefinisikan sebagai sesuatu yang menyebabkan ada atau tiadanya sesuatu

hukum taklifi.

Pembahagian hukum wad’iyy mempunyai beberapa pendapat ulama’ iaitu

yang pertama pendapat jumhur ulama’ terbahagi kepada tiga bahagian seperti

sebab, syarat dan mani’(penghalang). Menurut sebahagian ulama’ yang mana

kebanyakannya ulama’ mazhab shafie’ membahagikan kepada lima bahagian

dengan hanya menambah sah dan batal/fasad dalam kategori hukum wad’iyy.

Manakala pendapat ulama’ lain pula terdapat tujuh bahagian iaitu sebab,

syarat, mani’, sahih, fasad, azimah dan rukhsah. Oleh itu, dapat disimpulkan

bahawa hukum wad’iyy mempunyai tujuh bahagian.

PEMBAHAGIAN HUKUM WAD’I

a. SEBAB

25
Sebab ditakrifkan sebagai perkara yang menjadi asas wujudnya sesuatu

hukum. Hukum dan sebab merupakan perkara saling berkaitan yang mana

wujudnya sebab maka wujud sesuatu hukum itu dan jika sebab tidak ada maka

hukum itu pun tidak wujud. Misalnya gelincir matahari seperti firman Allah

SWT dalam surah Al Isra’ ayat 78. Ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa

gelincir matahari menjadi hukum sebab wajib menunaikan solat zuhur. Ayat

ini tidak sesuai untuk pensyariatan hukum wajib solat kerana terdapat nas atau

ayat yang lebih jelas tentang wajib solat seperti dalam surah an Nur ayat 24.

a. SYARAT

Syarat merupakan sesuatu perkara yang meembolehkan hukum itu wujud dan

ketiadaannya menyebabkan hukum itu tidak wujud. Namun begitu, tidak

semestinya hukum itu wujud apabila syaratnya ada. Contohnya, syarat sah

solat ialah wudhu’. Solat tidak sah jika tiada wudhu’ namun tidak semestinya

seseorang itu berwudhu’ untuk menunaikan solat kemungkinan seseorang itu

ingin membaca atau memegang Al quran. Hukum tersebut berdasarkan hadis

Rasulullah SAW:

...... ‫ال صالة لمن ال وضوء له‬: ‫أن رسول هللا صلّى هللا عليه وسلّم قال‬
ّ ‫عن أبي هريرة رضي هللا عنه‬

(‫( رواه احمد و أبو داود و ابن ماجه وحاكم‬

Maksudnya: daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda

tidak ada solat bagi orang yang tidak ada wudhu’.

b. MANI’ (PENGHALANG)

Perkara yang disebabkan penghalang sesuatu hukum tidak dapat dilaksanakan

sedangkan tanpanya hukum itu dapat dilaksanakan. Apabila mani’ wujud

maka hukum tiada tetapi sekiranya mani’ tiada nescaya hukum tersebut wujud

dan terlaksana. Tamsilnya, sabda Rasulullah SAW :

26
.‫ال يرث المسلم الكافر وال الكافر المسلم‬

(riwayat muslim)

Dalam hadis ini, Rasulullah melarang seseorang muslim mewarisi harta

pusaka yang ditinggalkan kaum kerabat yang bukan Islam dan sebaliknya.

Larangan ini menjelaskan bahawa perbezaan agama merupakan penghalang

bagi perwarisan harta pusaka.

c. SAHIH BATAL DAN FASAD

Sahih atau sah ditakrifkan perbuatan mukallaf yang sempurna syarat dan

rukunnya menghasilkan kesan yang dikehendaki darinya sebagaimana yang

ditetapkan syarak. Contohnya seperti solat jika ditunaikan dengan rukun dan

syarat yang sempurna maka dihukumkan sah oleh syarak. Hasilnya solat

tersebut tidak perlu diulangi atau diqadakan. Oleh itu, sahih dapat ditafsirkan

suatu perbuatan yang dilakukan mukallaf menepati kehendak syarak.

Menurut jumhur ulama’, mana-mana perbuatan yang berkaitan tidak kira amal

ibadah ataupun muamalat yang mempunyai kekurangan sama ada syarat atau

rukunnya ditafsirkan sebagai batal atau fasad. Lantaran itu, mereka

menghukumkan solat yang ditunaikan tidak cukup syarat dan rukun seperti

tanpa wudhu’ dan tidak rukuk adalah batal dan fasad.

Namun begitu, pandangan golongan Hanafiyyah berbeza terhadap istilah batal

dan fasad yang mana hukum sahih dan batal digunapakai dalam perkara amal

ibadah. Manakala dalam bidang muamalat penentuan hukum terbahagi kepada

tiga iaitu sahih, batal dan fasad. Sebagai contoh, dalam muamalat hukum batal

terjadi apabila kekurangan pada rukun bagi sesuatu akad seperti kecacatan

27
pada sighah dan barangan yang diakad. Perbuatan tersebut dianggap batil dan

tidak memberikan kesan apa-apa.

Fasad pula mereka mentakrifkan sebagai hukum yang ditentukan ke atas suatu

perkara yang mempunyai kekurangan pada salah satu ciri atau syarat bagi

akad. Namun begitu, sekiranya perkara rukun yang berkaitan telah

disempurnakan dengan tertib, kecacatan bersyarat dalam kontrak masih boleh

menghasilkan beberapa kesan syarii. Sebagai contoh, membeli barang pada

harga yang tidak ditetapkan dianggap sebagai fasid kerana tiada penentuan

kadar harga. Ini kerana walaupun tulang belakang kontrak (iaitu harga) wujud,

syaratnya masih tidak sempurna kerana kadarnya belum ditentukan. Walau

bagaimanapun, jika pembeli mengambil tindakan selepas mendapat

persetujuan penjual, perjanjian itu tetap akan menghasilkan beberapa kesan

Islam, seperti pemindahan hak milik barang daripada penjual kepada pembeli.

c. AZIMAH DAN RUKHSAH

Azimah bermaksud sesuatu yang ditetapkan sebagai hukum primitif umum

(kulliyyah). Ia telah menjadi peraturan umum bagi setiap Mukalaf dalam semua

urusannya, seperti arahan asal untuk menunaikan solat, zakat, dan lain-lain majlis

agama Islam.Berkaitan dengan itu, kategori perkara yang dianggap azimah boleh

dibahagikan kepada lima hukum iaitu wajib, sunat, haram, makruh, dan mesti juga

berdasarkan kebolehgunaannya dalam syarak.

Rukhsah pula ditakrifkan sebagai hukum pengecualian yang ditetapkan oleh

Allah s.w.t kerana hambanya menghadapi kesukaran dalam menunaikan

kewajipan azimah. Contoh amalan rukhsah termasuklah mengakui kewajipan

28
kufur apabila dipaksa dan diancam bunuh. Dalam kes ini, faktor membolehkan

perlakuan ini adalah wujudnya paksaan dan ugutan bunuh terhadap Mukalaf

yang haram di sisi undang-undang asal.

5.0 PERBINCANGAN ISU DAN CABARAN

Hasil kajian mendapati kesan perubahan sosial dalam kalangan masyakarat Islam di

Malaysia telah menimbulkan pelbagai isu yang melibatkan sesuatu hukum. Hal ini menjadi

keperluan kepada para ulama’ serta mujtahid untuk melakukan ijtihad dalam menangani isu

yang timbul di kalangan masyarakat. Kebanyakkan isu yang dipersoalkan tidak ada pada

hukum islam yang sedia ada dan tidak ada pada mana-mana kitab fiqh. Ia juga melibatkan isu

yang tidak pernah ditemui dan memerlukan penelitian dan perbincangan oleh para mujtahid.

Kegagalan untuk menangani isu-isu yang timbul akan menyebabkan berlakunya pengaruh

hukum yang tidak sahih. Malah, ia juga akan mengakibatkan pegangan pada hukum agama

Islam semakin lemah.

Pada zaman ini, masyarakat menghadapi gelombang virus Covid-19 yang serius sehingga

melibatkan nyawa. Bahkan, banyak berlaku perselisihan faham mengenai hukum dalam

beribadah serta mendapat tentangan yang hebat mengenai isu suntikan vaksin. Antaranya,

timbul isu mengenai solat secara berjemaah di masjid dan solat jumaat merupakan salah satu

persoalan yang timbul dikalangan masyarakat. Hal ini kerana bagi mengelakkan virus ini

tersebar secara meluas, pihak berkuasa telah menetapkan undang-undang baharu dimana solat

jemaah perlu dijarakkan serta terhad jumlah jemaahnya. Isu-isu tersebut mula menjadi

persoalan serta mendatangkan ketidakpuasan hati kepada masyarakat.

5.1 ISU

29
5.1.1 ISU PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19

Vaksin merupakan antara isu yang sering menjadi persoalan oleh

masyarakat kerana ia menimbulkan kegusaran dan mereka tidak yakin

dengan mendakwa bahawa vaksin itu mengandungi bahan yang haram

dan tidak selamat mengambilnya.

1) DEFINISI VAKSIN

Sepertimana yang kita tahu, vaksin adalah sejenis cecair yang disuntik

pada badan manusia untuk mencegah sesuatu penyakit. Antigen

merupakan bahan aktif dalam kandungan vaksin dimana antigen

tersebut akan merangsang sistem imuniti tubuh badan untuk

menghasilkan antibody bagi melawan virus Covid-19. Antara

beberapa jenis vaksin yang dipersoalkan oleh masyarakat ialah Pfizer,

Sinovac dan AstraZeneca.

2) HUKUM PENGAMBILAN VAKSIN

Berdasarkan kenyataan media menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal

Ehwal Agama) iaitu pada 3 Disember 2020, mesyuarat Khas

Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama

Islam Malaysia telah mengadakan persidangan kali yang ke-10. Dalam

sidang mesyuarat tersebut, hukum pegambilan vaksin adalah harus.

Hukum ini telah dipersetujui oleh para mufti di Malaysia dan Institusi

Agama terkemuka sedunia. Institusi ini termasuk al-Azhar al-Sharif;

Suruhanjaya Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu dan Majma'Fuqah'

al-Shari'ah Amerika Syarikat. Penggunaan vaksin untuk mencegah

30
penyakit berbahaya bukanlah hal yang aneh dalam konteks Syariah.

Jelas bahwa vaksin ini telah digunakan sejak tahun 1988 lagi.

3) TENTANGAN OLEH GOLONGAN ANTI VAKSIN

Secara amnya, anti vaksin ialah sekumpulan manusia yang berpegang

pada idealogi bahawa vaksin itu Bbahaya. Mereka mengatakan bahawa

vaksin ini tidak selamat dan boleh mengakibatkan kematian. Antara

faktor mengapa golongan ini menolak vaksin ialah mereka tidak

percaya akan doktor, sains dan teknologi. Bahkan ia menjadi lagi teruk

apabila mereka menyatakan vaksin ini tidak halal kerana mengandungi

DNA babi. Selain itu, mereka juga mengatakan pengambilan vaksin ini

telah melanggar hukum agama.

Malah golongan ini juga mula menghasut orang awam agar tidak

menerima suntikan vaksin dengan mengatakan bahawa semua ini

hanyalah agenda Yahudi semata-mata untuk menyesatkan orang Islam.

Tambahan pula, mereka mengatakan bahawa pengamalan perubatan

sunnah lebih baik daripada suntikan vaksin. Kewujudan golongan

seperti inilah menyebabkan imuniti kelompok yang mula terbina mulai

terjejas lalu penyakit mula merebak. Golongan ini semakin berani

melanggar hukum dan taksub dengan kepercayaan mereka sendiri

sehingga menolak fatwa yang dikeluarkan oleh para ulama dan mufti.

4) DALIL KEHARUSAN MENGAMBIL VAKSIN

Selaras dengan fatwa keharusan pengambilan vaksin, pihak kerajaan

Malaysia memberi dorongan sepenuhnya bagi pelaksaanan Program

Imunasi Covid-19 demi kesejahteraan masyarakat. Pelaksanaan ini

berdasarkan firman Allah SWT surah al-Baqarah ayat 195 yang

31
membawa maksud “Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke

dalam bahaya kebinasaan”.

5.2 ISU SOLAT JUMAAT SEMASA PANDEMIK COVID-19

1) PANDANGAN ULAMA’ DAN BADAN FATWA SEDUNIA

a. FATWA SYAR’IE (UAE)

Hukum solat Jumaat adalah haram bagi individu yang disahkan

menghidapi covid-19 untuk mengejarkan solat jumaat di masjid.

Hal ini wajib terhadap bagi setiap individu untuk melindungi diri

dan ia adalah salah satu langkah pencegahan dari dijangkiti wabak

virus dikhalayak ramai.

b. FATWA WILAYAH KURDISTAN

Solat Jumaat perlu didirikan sekiranya kawasan itu bukanlah

kategori kes positif yang tinggi. Sekiranya sesuatu kawasan itu

mempunyai bilangan kes yang tinggi, solat jumaat perlu dibatalkan.

Pendapat ini turut dipersetujui oleh badan fatwa committee of the

Assembly of Muslim Jurists of America (AMJA).

c. HAI’AH KIBAR ULAMA’ AL-AZHAR AL-SYARIF

Dari segi syarak, harus bagi menangguh Solat Jumaat sementara

waktu di semua kawasan yang menjadi tempat penularan virus

covid-19. Hal ini kerana bagi mengelakkan wabak virus dari

tersebar secara meluas.

32
d. KEMENTERIAN WAQAF DAN HAL EHWAL ISLAM

KUWAIT

Sebarang aktiviti masjid iaitu solat dan khutbah jumaat perlu

ditangguhkan kerana aktiviti yang melibatkan himpunan ramai

merupakan risiko untuk penularan wabak tersebar. Sebagai langkah

berjaga-jaga, pihak pemerintah menitik beratkan soal ini bagi

menjaga kemaslahatan rakyat. Oleh itu, gugurlah kewajipan bagi

rakyat untuk mendirikan solat jumaat ketika pandemik ini.

e. PENDAPAT SYEIKH ALI AL-QARADAGHI

Beliau merupakan setiausaha kesatuan ulama’ islam sedunia turut

memberi pendapat dan pandangan bahawa solat jumaat harus

ditinggalkan dalam keadaan darurat dimana virus sedang tersebar

malah bimbang dijangkiti virus berbahaya ini. Beliau mengatakan

keharusan ini perlu dengan syarat virus itu benar-benar merebak

dan bukanlah sekadar sangkaan. Daripada hadis sabda Rasulullah

SAW:

•‫• َو• َم• ا• ا• ْل• ُع• ْذ• ُر• ؟• قَ• ا• َل‬:•‫ي• فَ• لَ• ْم• يَ• ْم• نَ• ْع• هُ• ِم• ْ•ن• ا•تِّ• بَ• ا• ِ•ع• ِه• ُع• ْذ• ٌر• قَ• ا•لُ• و•ا‬
َ •‫ َم• ْ•ن• َس• ِم• َع• ا• ْل• ُم• نَ• ا• ِد‬:

ٌ •‫ف• َأ ْ•و• َم• َ•ر‬


•‫ض‬ •ٌ •‫َخ• ْ•و‬

Maksudnya: “Barang siapa yang mendengar azan maka

tidaklah yang keuzuran menghalangnya untuk

mengikutinya (hadir solat berjemaah)”. Para sahabat

bertanya: “Apakah maksud uzur?”. Lalu Rasullullah SAW

menjawab: “ketakutan atau sakit.”

riwayat Abu Daud:551 dan al-Daraqutni: 1/420

33
2) ULASAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Berdasarkan kepada nas, pendapat ulama’ dan Badan Fatwa

Berautoriti, mufti telah berbincang isu ini dan ia dibahagikan

kepada dua keadaan:

KEADAAN PERTAMA: BILANGAN KES COVID-19

MASIH TERKAWAL

Bagi keadaan pertama, perlu meneruskan solat Jumaat

tetapi tertakluk kepada beberapa syarat, iaitu:

i. Tempoh masa khutbah disingkatkan.

ii. Rakyat perlu mengambil wuduk di rumah.

iii. Seseorang yang disahkan positif tidak perlu

melaksanakan Solat Jumaat kerana ia kategori

orang sakit.

iv. Para Jemaah dan pihak berkuasa masjid perlu

memastikan setiap individu memakai penutup muka

dan membawa hand sanitizer sebagai langkah

berjaga-jaga.

KEADAAN KEDUA: BILANGAN COVID-19

MENINGKAT DAN TIDAK TERKAWAL

Bagi keadaan ini, solat Jumaat perlu dibatalkan tetapi

semua orang wajib menggantikannya kepada solat zohor di

rumah. Dalam hal ini terdiri beberapa dawabit iaitu:

34
i. Langkah berjaga-jaga ini adalah atas saranan

daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

ii. Wabak ini semakin merebak dan mendapati ramai

orang disahkan positif di Kawasan tersebut.

iii. Larangan ini juga termasuk dengan sebarang

aktiviti perhimpunan sama ada ianya rasmi atau

tidak.

5.3 CABARAN AQIDAH ISLAM PADA ERA MODEN

Dalam era globalisasi ini, masyarakat islam berdepan dengan suasana kehidupan

yang baru selari dengan perubahan masa. Pada zaman abad ke-21 ini, pegangan

umat islam terhadap hukum aqidah semakin lemah atas sebab beberapa faktor. Hal

ini kerana kehidupan pada zaman ini menghadapi pelbagai cabaran yang dapat

mempengaruhi pemikiran masyarakat islam. Antaranya adalah pengaruh

sekularisme iaitu suatu fahaman yang memisahkan antara urusan agama dengan

kehidupan dunia contohnya mengenai hal pentadbiran, pendidikan dan

sebagainya.

Pengaruh ini telah merosakkan fahaman aqidah masyarakat islam apabila mereka

mula berani menolak dan memperlekehkan undang-undang serta suruhan Allah.

Bahkan, masyakarat islam mula berperang sesama sendiri akibat tiada fahaman

yang sekufu. Apabila situasi ini terjadi, agama islam akan dipandang negatif oleh

orang bukan islam dan mereka mula mempertikaikan agama islam. Hal ini terjadi

atas faktor iaitu masyarakat islam sendiri kurang mempelajari ilmu agama.

Dengan itu mulalah timbul kebencian dan tidak sefahaman dalam isu hal

keagamaan.

35
Selain itu, pada era moden ini, masyarakat tidak lari dengan penggunaan teknologi

baru yang kian berkembang. Dengan wujudnya pengaruh internet yang tanpa

kawalan, ia merupakan suatu cabaran dimana ajaran sesat serta hujah yang

bercanggah dengan ajaran islam giat tersebar melalui media. Maklumat yang

disebarkan telah mempengaruhi orang ramai yang kurang didikan agama dan

mudah mempercayai ajaran sesat yang disebarkan. Oleh itu, tidak peliklah apabila

masyarakat pada masa kini mula memberi hujah dan pandangan yang bercanggah

dengan ajaran islam kerana kejahilan mereka, iman dan aqidah dalam diri sudah

mula hilang akibat kepercayaan ajaran sesat.

Seterusnya adalah masyarakat mula terdedah dengan pengaruh budaya barat iaitu

mereka mula mengikut gaya hidup budaya barat. Mereka mengetepikan hal agama

dalam kehidupan sedangkan kehidupan masyarakat berlandaskan ajaran islam.

Akibat pengaruh budaya ini masyarakat mula berani melibatkan diri dalam dunia

berfoya-foya iaitu mula jejak kaki ditempat hiburan, minum arak, mengambil

dadah dan sebagainya. Perbuatan ini tidak bermoral dan sudah terang lagi

bersuluh bahawa perbuatan itu telah melanggar hukum Syariah dan ajaran islam.

Kesimpulannya, tanpa pegangan aqidah yang kukuh, masyarakat islam mudah

sahaja terjebak dengan ajaran sesat, pengaruh budaya barat dan sebagainya.

Berikut adalah antara-antara cabaran aqidah umat islam pada era moden ini. Oleh

itu, ia merupakan satu keperluan dan kewajipan kepada kita sebagai umat islam

untuk mempelajari ilmu agama agar pegangan aqidah kita diperkukuhkan demi

kebahagian dunia dan di akhirat.

36
6.0 CADANGAN

Setelah meneliti tajuk ini terdapat beberapa cadangan yang kami ingin cadangkan untuk

memantapkan lagi Aqidah dalam diri mereka. Salah satunya ialah memperbanyakkan kempen

kesedaran dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan dimikian kerana apabila masyarakat

menghadiri kempen mereka sedikit sebanyak dapt mempelajari dan mengukuhkan lagi ilmu

mereka mengenai Aqidah Islamiyyah. Tambahan lagi, segilintir masyarakat memandang

remeh mengenai hukum-hukum Islam yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, walaupun

digelar umat Islam mereka masih meminum arak, berjudi dan sebagainya. Hal ini dikatakan

demikian kerana kurangnya prinsip Aqidah dalam hidup mereka. Oleh itu, kempen ini perlu

dilakukan sekurangnya seminggu sekali. Sesiapa yang menghadiri kempen ini akan

memperolehi ganjaran bagi menggalakkan kehadiran masyarakat setempat atau mewajibkan

penyertaan secara berperingkat umur.

Selain itu, bagi peringkat sekolah pula pihak yang bertanggungjawab bolehlah menganjurkan

ceramah motivasi kepada pelajar. Walaubagaimanapun ceramah tersebut boleh dilakukan lain

daripada lain untuk mengelakkan pelajar berasa bosan semasa taklimat. Sebagai contoh,

melakukan sesi ceramah sambil lawatan. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar akan

lebih tertarik apabila berada di luar kawasan sekali gus dapat meluaskan lagi minda mereka.

Tambahan lagi objektif ceramah ini adalah untuk memastikan setiap pelajar memahami dan

mendalami ilmu Aqidah ini. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka masih muda dan

mudah dibentuk untuk menjadi seseorang insan yang berguna dan penuh dengan ilmu

pengetahuan lebih-lebih lagi dalam ilmu Aqidah yang menjadi tiang agama.

Seterusnya, bagi peringkat universiti pihak tertentu perlu mengadakan satu aktiviti untuk

memperketatkan lagi prinsip Aqidah mereka terutamanya pelajar beragama Islam. Pihak

37
universiti boleh melakukan satu sesi perbahasan mengenai kepentingan Aqidah dalam

kehidupan. Perbahasan ini boleh dilakukan secara berperingkat memandangakan jumlah yang

terlalu ramai. Pertandingan ini boleh dilakukan bagi peringkat jurusan masing-masing dan

sesiapa mendapat tempat dalam pertandingan tersebut dapat memperolehi sejumlah wang.

Malah sesiapa yang tidak terlibat dalam pertandingan mereka boleh menghadiri sebagai

penonton dan mereka juga diberikan hadiah sagu hati. Hal ini dikatakan demikian kerana

untuk menggalakkan kehadiran mereka dalam aktiviti tersebut sekali gus mereka boleh

mendengar apa yang dibahaskan mengenai kepentingan Aqidah dalam diri untuk

meningkatkan kesedaran dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.

Di samping itu, pihak kerajaan boleh memperketatkan lagi undang-undang bagi sesiapa yang

melanggar peraturan agama Islam. Sebagai contoh, sebagai sebuah negara Islam dan kerajaan

Islam seharusnya tidak memberi keizinan untuk membuka kelab malam atau tempat berjudi.

Walaupun hasil ini dapat menyumbang kepada pendapatan negara namun apakah wang

tersebut diredai di sisi Allah SWT. Sebagai pemimpin yang beragama Islam kita berhak

menentukan peraturan kerana negara kita bebas daripada undang-undang negara lain. Kita

seharusnya menjadi contoh kepada negara Islam yang lain. Kami berharap pihak kerajaan

mengurangkan pembukaan kelab malam di negara ini. Selain itu, pihak kerajaan boleh

mengeluarkan denda sekiranya sesiapa yang beragama Islam memasuki kawasan tersebut.

Denda tersebut boleh dilakukan sekurangnya dipenjara melebihi 10 tahun atau dikenakan

bayaran sebanyak RM 20,000 setiap individu. Oleh itu, InsyaAllah mereka tidak akan berani

untuk melakukan maksiat.

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian yang telah dijalankan oleh kumpulan ini adalah berdasarkan dengan

hukum-hukum Islam dan bahagiannya. Secara keseluruhannya hukum Islam terbahagi kepada

38
empat bahagian yang umum seperti hukum qath’i, hukum zhanni, hukum wadhi dan hukum

taklifi. Di dalam empat hukum besar ini terdapat beberapa pecahan dengan lebih mendalam

mengenai hukum-hukum Islam iaitu wajib, sunat, harus, makruh, halal, haram, sah dan batal.

Selain itu, hukum-hukum Islam hendak dipandukan terlebih dahulu kepada Al-Quran dan

Hadis dan sekirannya tiada perbicaraan yang jelas berkaita dengan sesuatu hukum tersebut

atau mempunyai pandangan yang berbeza di antara para ulam, hukum tersebut haru

berpandukan kepada empat hukum yang besar tersebut. Oleh disebabakan itu, hukum-hukum

Islam yang bincangkan akan mengikut kepada sesuatu perkara yang dibahaskan oleh para

ulama atau masyarakat dan kemudian akan dikategorikan di dalam empat hukum yang besar

tersebut sebelum memberikan kata akhir terhadap sesuatu perkara agar umat Islam tidak

bercanggah mahupun keliru tentang sesuatu perkara. Dengan itu, umat Islam mempunyai

panduan yang jelas tentang keseluruhan perkara yang berlaku berlandaskan hukum yang

lebih jelas dan spesifik

8.0 BAHAGIAN SOALAN DAN JAWAPAN

Soalan:

Sebuah bank telah mengenakan kadar bunga yang rendah kepada peminjam-peminjam

mereka. Apakah hukum kadar bunga yang dikenakan tersebut?

Jawapan:

Hukumnya tidak haram. Hal ini kerana ia tidak termasuk dalam pengertian riba yang

diharamkan dalam al-Quran. Ulama berpendapat hukum riba yang diharamkan dalam al-

Quran ialah riba yang berlipat ganda. Pendapat ini berdasarkan daripada ayat al-Quran dalam

surah al-Baqarah yang menjelaskan tentang riba ad'aj muda 'ajah.

Soalan:

Mengapakah hukum qath’i dan hukum zhanni berkait rapat?

39
Jawapan:

Secara spesifiknya maksud hukum qath’i dan hukum zhanni terbahagi kepada dua iaitu al-

tsubut (ketetapan) atau al-wurud (kewujudan kebenaran sumber) dan al-dalalah (penunjuk

kandungan makna). Oleh disebabkan itu, kedua-dua hukum berkait rapat di antara satu sama

lain kerana di dalam ushul fiqh hukum tersebut menjelaskan bahawa kedua-dua hukum ini

adalah berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

Soalan: Mengenai isu solat jumaat, kita sebagai rakyat adakah perlu mematuhi arahan

pemerintah untuk meninggalkan solat jumaat semasa pandemik ini? Apakah hukum

mengikuti arahan sedemikian?

Jawapan:

Berdasarkan situasi penularan wabak covid-19 sekarang, wajib ke atas kita sebagai rakyat

untuk mematuhi arahan yang diberikan oleh pemerintah. Hal ini kerana ulil amri

(pemerintah) mempunyai hak untuk menetapkan sesuatu arahan atas bagi menjaga

kemaslahatan rakyatnya. Selain itu, selagi mana arahan yang diberikan itu tidak mengandungi

unsur maksiat dan berdosa, wajib ke atas rakyatnya mematuhi arahan tersebut. Arahan yang

diberikan ini adalah bertujuan menjaga kemaslahatan rakyat agak tidak berlaku kemudaratan

yang besar sehingga melibatkan ramai nyawa yang terkorban dan ia juga untuk mengekang

penularan wabak covid-19. Arahan tersebut bukanlah dikeluarkan secara sengaja semata-

mata, pemerintah itu sendiri perlu melakukan perbincangan dengan badan berautoriti serta

pakar bidang mengenai isu yang melibatkan perihal agama. Oleh itu, mematuhi arahan

pemerintah merupakan kewajipan bagi setiap rakyat dan bagi sesiapa yang mengingkarinya

adalah berdosa kerana tindakan itu akan mendedahkan diri kepada kebinasaan dan akan

membawa kemudaratan kepada orang lain.

Soalan: Apakah contoh bagi hukum Qathi dan Zanni?

40
Jawapan: Antara contoh hukum Qathi yang boleh dikaitkan ialah berkaitan dengan

mendirikan solat. Setiap umat Islam di dunia ini wajib menunaikan solat fardu 5 kali sehari.

Manakala contoh hukum bagi Zanni pula boleh dikaitkan dengan perbutan mencuri.

Berdasarkan surah Al-Maidah yang dinyatakan dalam Al-Quran sesiapa yang mencuri baik

lelaki ataupun perempuan maka kedua belah tangannya akan dipotong sebagai pembalasan.

Soalan: Apakah perbezaan antara hukum taklifi dan hukum Wadh’i?

Jawapan: Hukum taklifiyy merupakan tugasan (pentaklifan) sama ada melakukan sesuatu

perkara atau meninggalkannya atau memilih antara melakukannya atau tidak. Sebaliknya,

hukum wadh’i bukan merupakan tugasan (pentaklifan). la merupakan hukum ketentuan sama

ada ia menjadi sebab, syarat. halangan, sah atau batal sesuatu perbuatan. Ini untuk

menentukan terjadinya sesuatu hukum atau tidak.

9.0 SENARAI RUJUKAN

Subhan. (2013). Klasifikasi Ayat-ayat Hukum (Dari Segi Qath`i dan Zhanni)
https://media.neliti.com/media/publications/57833-ID-klasifikasi-ayat-ayat-hukum-dari-segi-
qa.pdf

Haika, R. (2016). Konsep Qath’i dan Zhanni Dalam Hukum Kewarisan Islam. Konsep
Qath’i dan Zhanni Dalam Hukum Kewarisan Islam, 13(2), 184-194.

Kurniasari, D. (2020). Qath’i dan Zhanni dalam Kewarisan Islam. Pengertian Qath’i dan
Zhanni dalam Ulama Klasik dan Kontemporer, 22(2), 195-207.

Abdul Rahman, N., Dato’ Dahaman@Dahlan, M. and Abdullah, M., 2018. Pengaruh
Perbezaan Realiti Ekonomi, Politik, Demografi dan Perundangan Terhadap Penetapan
Fatwa di Malaysia dan Singapura. Journal of Fatwa Management and Research, 3(1),
pp.45-82, https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol3no1.109

41
Dedi, S., 2020. Ushul Fiqih Menurut Paradigma Filsafat Ilmu (Kajian Ontologi,
Epistemologi, dan Aksiologi). Al-Istinbath : Jurnal Hukum Islam, 5(2), p.289,
10.29240/jhi.v5i2.1829

Fauzan, A., 2018. MAKNA FAHSYA’ DALAM AL-QUR’AN (kajian Ayat-ayat Fahsya’
dalam al-Qur’an). Al-Bayan: Jurnal Studi Ilmu Al- Qur'an dan Tafsir, 3(1),
https://doi.org/10.15575/al-bayan.v3i1.2571

Musyafa'ah, N., 2018. Filsafat Kewarisan dalam Hukum Islam. Al-Qanun: Jurnal Pemikiran
dan Pembaharuan Hukum Islam, 20(1), pp.56-76,
https://doi.org/10.15642/alqanun.2017.20.1.56-76

Mufid, A., 2020. Al-Ta’āys Al-‘Ilmī Bayn Al-‘Ilm Al-Ḥadīth Wa al-Khuṭāb Al-Daynī:
Dirāsat Fī Sūrat Al-Baqarah Namūdhijān. ILMU USHULUDDIN, 7(1), pp.83-106,
10.15408/iu.v7i1.14046

Nasution, H., 2020. Hubungan Ilmu Manthiq (Logika) dengan Ushul Fiqh. Aqlania, 11(1),
p.91, http://dx.doi.org/10.32678/aqlania.v11i1.2693

Naim, A., 2018. MODERASI PEMIKIRAN HUKUM ISLAM IMAM SYAFI’I. YUDISIA :


Jurnal Pemikiran Hukum dan Hukum Islam, 9(1), p.175,
http://dx.doi.org/10.21043/yudisia.v9i1.3679

Robin, A., 2019. PROBLEMATIKA HUKUM PEMBAGIAN WARIS 2:1 DALAM


PENDEKATAN TEORI QATH’I ZHANNI. SANGAJI: Jurnal Pemikiran Syariah dan
Hukum, 2(1), pp.108-133, http://ejournal.iaimbima.ac.id/index.

Surah.my. 2021. Terjemahan Al Quran Bahasa Melayu - Surah Hud. [online] Available at:
<https://www.surah.my/11> [Accessed 20 November 2021].

42
Hal Ehwal Agama. Yb Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. (2021). Soal Jawab

Fiqh Covid 19, 42-57.

Hal Ehwal Agama (2020, Disember). Al-Bayan Siri Ke-7. Pengambilan Vaksin Covid-19:

Hukum Dan Permasalahannya, 22-32.

Jabatan kemajuan islam Malaysia (JAKIM). Dato’ haji Othman bin Mustapha. Faq vaksin

imunisasi dari aspek syarak dan perubatan, 15-16.

Mahmudah, N., Alkautsar, M. S., Fatmawati, M., & Neralis, K. (2020). Hukum Wadh’i

dalam sinkronisasinya dengan Hukum Taklif. Jurnal Hukum Keluarga Islam, 1(2).

https://jurnal.stain-madina.ac.id/index.php/el-ahli/article/view/118/220

Al-kafi li al-fatawi. (2020). Hukum solat jumaat dalam suasana covid-19. Pejabat mufti

wilayah persekutuan. Retrieved November 28, 2021, from

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4318-al-kafi-1657-hukum-solat-

jumaat-dalam-suasana-covid-19

Mazaib, Vol XV, No.2 (Desember 2016). Konsep Qathi dan Zanni dalam hukum Kewarisan

Islam. Jurnal pemikiran hukum Islam. http://dx.doi.org/10.21093/mj.v15i2.632

Ratu Haika, (2016), Konsep Qath’i dan Zhanni dalam Hukum Kewarisan Islam, Sekolah

Tinggi Agama Islam (STAI) Sangatta, Kutai Timur. Vol XV, No. 2 (Desember 2016),

Pp. 183-195. https://media.neliti.com/media/publications/58058-ID-konsep-qathi-dan-

zhanni-dalam-hukum-kewa.pdf

Shindu Irwansyah, (2018), Perbuatan Dan Pertanggungjawaban Hukum Dalam Bingkai

Ushul Fikih, Fakultas Syari’ah Universitas Islam Bandung. TAHKIM, Jurnal

43
Peradaban dan Hukum Islam. Vol.1 No.1 (Maret, 2018), Hal 88-101

file:///C:/Users/hp/Downloads/3223-11447-1-PB%20(1).pdf

Laode Ismail Ahmad dan Syamsidar (2015), Asy-Syir’ah, Fakultas Syari'ah Dan Hukum

Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta, Jurnal ilmu Syari’ah dan Hukum

Vol. 49, No. 2 Desember 2015/1437 http://repositori.uin-alauddin.ac.id/10547/1/Jurnal

%20Asy-Syir%27ah.pdf

Mohammad Asri bin Tahiruddin, 2018, Pengantar Usul Fiqh, Pusat Perkembangan Minda

Darul Ridzuan. http://darulridzuan.com.my/files/Pengantar_Usul_Fiqh.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019, Buku Teks Syariah Tingkatan 4 (cetakan pertama),

Selangor : Telaga Biru .

44

Anda mungkin juga menyukai