Anda di halaman 1dari 2

Budaya pengenyahan aib, jatuhkan

tokoh dikenali adakah ia buli siber?


Disember 11, 2021 @ 10:30am

Budaya pengenyahan di media sosial yang semakin menular boleh ditakrifkan sebagai buli
siber. - Foto hiasan
Budaya pengenyahan (cancel culture) adalah suatu senario yang cenderung terjadi
dalam kalangan dunia selebriti, termasuk pempengaruh (influencer) media sosial.

Budaya pengenyahan merujuk kepada seseorang personaliti atau tokoh yang dikenali
dijatuhkan atau dimalukan atas kesilapan tidak kira pada masa sekarang atau silam.
Berdasarkan kesalahan itu netizen dengan mudah menghukum dan memalukan
mereka. Ia adalah sebahagian daripada budaya pop (pop culture) yang sebenarnya
boleh ditakrif juga sebagai buli siber.

Di Korea Selatan, budaya ini terlalu kerap terjadi. Misalnya seorang artis dikecam hebat
netizen kerana kesilapan silamnya membuli rakan sekolah. Kecaman itu sangat
dahsyat hinggakan artis berkenaan ditamatkan kontrak, dibuang daripada agensi
pengurusannya, malah tidak kurang yang terpaksa mendiamkan diri dalam tempoh
lama.

Walaupun budaya pengenyahan ini dilihat sebagai buli siber, ada yang
mempertahankannya dengan anggapan apabila individu memilih menjadi tokoh
dikenali, dia seharusnya mempunyai personaliti dan ketrampilan baik berdasarkan
keupayaannya mempengaruhi masyarakat.
Namun, kecaman yang keterlaluan ternyata menjejaskan kedudukan seseorang itu
hingga hilang pekerjaan atau perniagaan. Malah, jika kecaman itu disebabkan masa
lalu seseorang, tidakkah mungkin dalam tempoh yang lama individu itu sudah pun
berubah. Apatah lagi, kesempurnaan bukanlah milik insan. Tindakan netizen seolah-
olah menganggap artis atau disebut 'idol' bebas cacat cela.

Kehidupan kita hari ini hampir setiap saat tidak berenggang dengan media sosial.
Hampir semua orang, termasuk bayi yang baharu dilahirkan juga mempunyai akaun
media sosial dan pengikut sendiri.

Anak muda zaman ini juga muda terpengaruh dengan apa yang mereka lihat di media
sosial. Sekiranya pempengaruh di media sosial menunjukkan tingkah laku yang tidak
baik, mereka akan mudah terikut dan menganggap ia adalah perkara biasa.

Dari segi ini menjelaskan masyarakat terang-terangan menolak perilaku buruk. Justeru,
budaya pengenyahan ini menjadikan pempengaruh akan lebih berhati-hati dalam
mengambil sebarang tindakan.

Farihatul Atiyah MohammadTaifor,


Universiti Sains Islam Malaysia

Anda mungkin juga menyukai