Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

Bahasa merupakan alat penting yang digunakan oleh manusia

untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Sejak Malaysia mencapai

kemerdekaan pada tahun 1957, salah satu usaha ke arah pembentukan

identiti bangsa adalah melalui dasar bahasanya iaitu bahasa melayu

yang menjadi bahasa kebangsaan. Bahasa melayu di Malaysia

mempunyai kepelbagaian bahasa, yang dikenali sebagai variasi bahasa

yang berhubung kait secara langsung dengan pembahagian geografi

atau kawasan daerah. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas

daerah penyebaran sesuatu bahasa itu. Variasi bahasa dapat

diwujudkan oleh beberapa budaya yang wujud di negara ini seperti

bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa kasar, dan sebagainya.

Kajian ini telah ditumpukan kepada bahasa kasar. Hal ini

berlaku kerana pengkaji mendapati bahawa remaja kini telah

menjadikan bahasa kasar sebagai bahasa wajib untuk berkomunikasi.

Bahasa kasar lazimnya digunakan apabila berhubung dengan rakan

karib serta dalam suasana yang tidak formal. Bahasa yang

pertuturannya sopan yang sering digunakan oleh anak gadis ketika

dahulu, kini tidak lagi diamalkan oleh mereka kerana dianggap

ketinggalan zaman dan memalukan.

1
Pengkaji ingin mengkaji penggunaan bahasa kasar ini adalah

untuk mengenal pasti dan menganalisis ciri-ciri penggunaan bahasa

kasar yang sering digunakan oleh generasi pada zaman kini.

2
1.1 Definisi Konsep

Pengkaji-pengkaji akan mendefinisikan konsep seperti dibawah :-

1.1.1 Konsep Variasi Bahasa

Abdul Chaer dan Leonie Agustina (1995), menyatakan

bahwa variasi bahasa ditentukan oleh faktor waktu, tempat,

sosiokultural, situasi, dan medium pengungkapan

Menurut Mansoer Pateda (1990), variasi bahasa dilihat

dari segi tempat, segi waktu, segi pemakai, segi pemakainya,

segi situasi, dan dari status sosialnya

1.1.2 Konsep Bahasa Kasar

Menurut Culpeper (2005) , ketidaksatunan berbahasa

mempamerkan perilaku yang negatif dalam konteks yang

memerlukan norma-norma sosial yang perlu dipatuhi.

Menurut Culpeper, (2011) penggunaan bahasa kasar

atau kekerasan verbal turut menonjolkan strategi komunikasi

yang sengaja dicetuskan untuk menyerang muka.

3
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

(a) Mengenal pasti dan menyenaraikan penggunaan bahasa kasar dalam

Filem Bohsia 2: Jalan kembali.

(b) Menganalisis ciri-ciri bahasa kasar yang terdapat dalam Filem Bohsia

2 :Jalan Kembali.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk:

a) Menambah dokumentasi tentang penggunaan bahasa kasar.

b) Menjadi sumber rujukan kepada pengkaji dan pelajar tentang bahasa

kasar.

c) Menjadi panduan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar

Tingkatan Enam.

4.0 SKOP KAJIAN

Fokus kajian ini adalah pada penggunaan bahasa kasar dalam filem

Bohsia 2 Jalan Kembali. Selain itu, kajian ini turut difokuskan pada ciri-ciri

bahasa kasar yang terdapat dalam filem Bohsia 2 Jalan Kembali.

4
5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini membataskan data yang hanya diperoleh dari filem Bohsia

2: Jalan Kembali. Filem ini diterbitkan oleh Syamsul Yusof dan filem ini telah

ditayangkan pada 7 Jun 2012. Skrip filem ini ditulis oleh Rizal Ashraff. Kajian

ini dikaji dari minit ke-27 hingga minit ke-48 .Bahasa kasar telah dikumpulkan

dan dikelaskan oleh pengkaji mengikut fungsi dan ciri bahasa kasar yang

terdapat dalam filem ini.

6.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik memperoleh dan menganalisis data.

6.1 Pemerolehan Data

a. Kaedah Analisis Teks/ Kandungan

i. Filem

Dalam kajian ini pengkaji telah menonton filem Bohsia

2: Jalan Kembali di Youtube untuk mengetahui jalan

cerita filem tersebut. Bagi mendapatkan skrip dan data,

pengkaji telah mengagihkan tugas untuk menyalin

dialog dari minit 27 hingga minit 48. Skrip yang disalin

akan dipindahkan ke dalam Microsoft untuk dijadikan

softcopy bagi memudahkan penganalisian data. Data

yang dikumpul akan dijadualkan. Cara ini dapat

memudahkan pengkaji untuk mengkaji data dengan

lebih terperinci.

5
6.2 Penganalisisan Data

 Dalam kajian ini pengkaji telah menganalisis data dengan

menjadualkan data yang diperoleh di dalam jadual mengikut

aspek yang disenaraikan di dalam objektif kajian. Hal ini dapat

memudahkan pengkaji untuk mengenal pasti penggunaan bahasa

kasar dengan lebih terperinci.

6
7.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan menghuraikan dapatan kajian yang telah dikaji oleh

pengkaji berdasarkan objektif yang pertama iaitu mengenal pasti dan

menyenaraikan penggunaan bahasa kasar dalam Filem Bohsia 2: Jalan

Kembali. Selain itu, pengkaji juga akan menganalisis ciri-ciri bahasa kasar

yang terdapat dalam filem. Berikut merupakan objektif dan contoh bagi kajian

ini:

7.1 Mengenal pasti dan menyenaraikan penggunaan bahasa kasar

dalam Filem Bohsia 2 Jalan Kembali.

MINIT BAHASA KASAR

27 – 37  MUZ: ... biul... biul.

 TOK: ...kau orang berambus.

 TASHA: Eh! ... Lu nak celup sapa der ....

Minah tu ayam kampung doh !

 MUZ: ... Setann.

 EJAN: Aku baca-baca sikit kat motor kau ni.

Aku bagi pendinding ... motor kau ni tak kena

santau nanti. Sekarang ni kau pergi ambik

talipon kau , kau halo je ... kau cabar...

 MUZ: Tiptop kepala tengkorak

kau ! ... ...kencing ...siull.

 EJAN: ...kau ni , kalau aku panggil bodoh kau

7
marah tak ? kau cakap kasar ... kau stupid...

 MUZ: kau pergi...

 MUZ: ... Choii !

 MAT PINING: Kau lain kali ...tolong aku lah

 KETING: ...kau beng ... kau apahal...

 KETING: Aku belum ... Lagi satu aku

nak ...kau , aku kat sana... keluar dengan aku ,

jadi aku...jadi kau apa tujuan ... hidup aku...

 KETING: Kau nampak muka aku sekarang,

aku sedang ketawa ... ku lat laslat langkona

dan telahku memakainya seberapa lama...

 MAT PINING: ...aku ade game ...Tapi dia

kencing aku... hang tak tau aku... aku

respectlah , ...tu aku pukul...

 MAT PINING: Aku siap apa tau aku petik...

dia tu kale , bodoh .

 MAT PINING: ...orang kata aku kale aku

boleh jadi kerbau.

 MUZ: ...Tolol la lu.

 KETING:...Lu sudahlah tak berani kencing

sama member gua ... lu petik gua kaldaii.

 EJAN: Kalau kitorang kencing pun kitorang

basuh bayar 20 sen

 MUZ: ... keldai? ...jangan berumah kat tepi

8
longkang.

 KETING: Hei! ...race in the town takde law

berani mari ! berani mati ! kalau

bertelur ...kalau bertelur ...

 KAK ROS: ...kepala hotak ...

38 - 48  NORA: ... sial lah

 EJAN:... macam haram ...

 MUS: ...biol ke badigol

 EJAN:Tumpang tanya ekk, mana Abang yang

pakai baju kuning yang kalah tu ekk, cakap kat

dia kalau nak masuk group kitaorang, jangan

risau kaunter pendaftaran masih dibuka, kalau

nak join isi je borang

 TASHA: ...lu sia kampung...

 TASHA: ...blah lah!

 KETING: Dekat sini rumah orang tua takde,

kedai runcit haji Leman pun takde, ...mak cik

pergi berambus!

 KETING: Rosak motor gua, setan lah lu!

KETING: Lu tak nak berambus pergi

mampus!

 KETING: Lu orang jangan memekak boleh

tak, kalau lu memekak Lu orang gua tetak,

mati malam ni !

9
 TASHA: Oii, sia kampung!

 TASHA: Hey kau, kalau kau nak sekolah kan

aku, tak payah lah, mak aku pun tak kesah

pasal aku , kau pehal nak ambik pot pasal aku,

eiii semak ahhh

 TASHA: Habis tu kau nak aku buat apa? Nak

suruh aku menangis, ... Hey aku takde masa ...

 KETING:Habis dah? ... lu memekak melalak!

 KETING: Ye, Lu dah tua gane ku pergi

sembahyang cepat, pergi solat cepat takut tak

 KETING: ...gua pijak lu, lu nak gua jadi

pembunuh, lu nak gua cabut nyawa lu di

perkarangan masjid ni, seperti yang lu

idamkan, mati depan masjid...

10
7.2 Menjelaskan ciri-ciri bahasa kasar yang digunakan dalam filem
Bohsia 2:Jalan Kembali

Hasil daripada kajian yang telah dikaji terhadap kesemua bahasa kasar

yang digunakan di dalam Filem Bohsia 2: Jalan Kembali. Kami telah

menjelaskan ciri-ciri penggunaan bahasa kasar dalam Filem Bohsia 2:

Jalan Kembali ini dan disertakan dengan beberapa contoh.

7.2.1 Aspek penggunaan intonasi yang digunakan juga lebih tinggi

Aspek ini melibatkan penggunaan intonasi yang menunjukkan

emosi marah atau kurang senang penutur terhadap orang yang dilawan

bertutur.Imam Ghazali, dalam bukunya mengatakan bahawa marah

merupakan gejolak hati yang mendorongagresiftiviti.

Contoh:

-Muz:apa yang lu menyalak pagi-pagi ni setan!

-Tasha:Eh!kalau setakat barang tak power masuk angin gua boleh

makan kocilah tak acerr.

-Keting:EH STOP!kalau lu cakap wa keldai-keldai lagi,wa rembat lu

sampai ke lantai,lu paham!!!

-Ejan: Woi!ini konsert guamana ade artis jemputan.

Watak Muz menjerit kepada watak Ejan kerana Ejan sedang membuat

bising di hadapan rumah Muz pada waktu pagi.Contoh yang

seterusnya,watak Tasha menjerit pada watak Keting kerana Keting

bercakap berkaitan kisah silam Tasha bersama bekas teman lelakinya

11
iaitu,Muz.Contoh yang ketiga,watak keting meninggikan suaranya

pada watak Mat Pining kerana beliau telah mengulangi ayat yang

dikatakan oleh Muz yang membawa maksud Keting tidak sehebat

Muz.Akhir sekali,watak Ejan meninggikan suara pada Watak Keting

kerana Keting mencerobohi tempat beliau tanpa diundang ketika beliau

sedang menyanyi.

7.2.2 Aspek yang digunakan pula kadang-kadang bersifat tempelak,

marah, herdik, sindir, dan tidak berkias.

Penggunaan bahasa kasar di atas jika digunakan boleh mewujudkan

situasi yang tidak harmoni antara penutur dengan pendengar.Pendeta (1981)

juga mentakrifkan bahasa sebagai alat komunikasi makhluk sosial yang suka

bersosial, iaitu bersosial untuk kebaikan, tetapi adakalanya untuk keburukan

seperti sindiran.Olehitu,mereka menggunakan bahasa sindiran untuk

melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu yang tidak

menyenangkan dengan menggunakan bahasa kasar.

Contoh:

-Tok:eloklah pon kau orang berambus hahahahha

-Ejan:orang macam kau nikalau aku panggil bodoh kau marah tau,kau

cakap kasar yang paling nipis orang macam kau boleh panggil stupid

tau tak.

-Keting:wa lagi tenang kalau lu tutup suara lu…lu orang jangan

memekak boleh tak,kalau lu memekak lu orang wa tetak,mati malam

ni!

12
-Keting:HEY! Gua masih remaja, ceria, bergetar beb, hidup gua masih

lama, ENJOYYY.

Watak Tok menghalau watak Ejan dan Muz kerana dia telah disindir

oleh mereka. Beliau menyuruh mereka pergi bagi memastikan mereka

menyertai perlumbaan pada waktumalam itu dan mendapat juara.

Contoh yang kedua,watak Ejan berkata seperti tersebut kerana watak

Muz tidak memahami apa yang ingin disampaikan oleh Ejan.

Seterusnya,watak Keting menengkin watak Tok Imam kerana beliau

tidak boleh menerima nasihat oleh Tok Imam yang inginmengajak

beliau untuk ke masjid.

7.2.3 Aspek kata ganti nama diri orang

Kata ganti nama diri yang digunakan juga tidak menunjukkan

keharmonian, malah menunjukkan penutur lebih menguasai pendengar.

Contoh:

-Ejan:aku baca-baca sikit kat motor kau ni.Aku bagi pendinding

supaya motor kau ni tak kene santau nanti.Sekarang ni akau pergi

ambik talipon kau, kau halo..kau cabar diaorang…

-Tasya:habis tu kau nak aku buat ape? Nak suruh aku menangis… Hey

aku takde…

-Keting:Eiii,kau ni,…kau jangan bersyarah, guru aku, lecturer aku,

mak ayah aku, semua aku penampar.

13
Ketiga-tiga contoh menggunakan kata ganti nama orang pertama dan

kata ganti nama orang kedua.Orang yang sopan dan lemah lembut

tidak akan menggunakan perkataan ‘aku’ dan ‘kau’

ketika berbual bersama orang yang lebih dewasa dan rakan mereka.

7.2.4 Aspek penggunaan yang menggunakan keakraban,kemesraan

antara peserta

Penggunaan kata ganti nama diri aku dan engkau dianggap

kasar jika ditujukan kepada orang yang dihormati, tetapi dianggap

mesra jika digunakan dalam konteks hubungan yang akrab antara

sahabat karib.Asmah Hj Omar (1988) mengatakan bahawa sesuatu

perkataan itu boleh menimbulkan perasaan tertentu bergantung pada

suasana perkataan itu digunakan atau latar belakang masyarakat

berkenaan.

Contoh:

-KETING: Aha kau beng ... kau apahal …

-KETING: Aku belum ready nak jadi daddy key ? Lagi satu aku nak

cakap dengan kau , aku kat sana tu panas tahu tak ?... anak perempuan

diorang keluar dengan aku , jadi aku takde..., jadi kau apa tujuan

kemari ?, datang nak menganggu hidup aku…

-KETING: Kau nampak muka aku sekarang, aku sedang ketawa ... ku

lat laslat langkona dan telahku …

Contoh pertama,watak Keting berkata sebegitu kepada watak Mat

Pining ketika mereka sedang bergurau.Seterusnya,Watak Keting

14
bergurau dengan watak Mat Pining tentang perbuatan yang telah

dilakukan oleh Keting. Akhirnya sekali,watak Keting bergurau

bersama Mat Pining yang menggunakan bahasa kasar dengan nada

yang gembira.Mereka bergurau tentang musuh ketat mereka iaitu,

Muz.

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pengkaji, pengkaji mendapati

bahawa objektif ini tercapai kerana pengkaji berjaya menyenaraikan setiap

objektif dengan terperinci iaitu pengkaji dapat menyenaraikan penggunaan

bahasa kasar serta menganalisis ciri bahasa kasar yang terdapat dalam filem

Bohsia 2: Jalan Kembali. Hal ini berlaku kerana pengkaji mendapati bahawa

penggunaan bahasa kasar dalam filem Bohsia 2: Jalan Kembali sangat kerap

digunakan.Filem tersebut turut menunjukkan penggunaan bahasa yang sering

digunakan oleh golongan remaja kini dan menjadikannya bahasa kasar sebagai

bahasa utama. Kesimpulannya, pengkaji amat berharap agar penggunaan

bahasa kasar ini dapat dibendung bagi mengelakkan bahasa melayu daripada

tercemar oleh generasi yang akan datang.

9.0 PENUTUP

Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa bahasa kasar yang dituturkan

oleh masyarakat kini merupakan satu variasi bahasa yang kurang sopan dan

mencerminkan peribadi seseorang yang tidak baik. Kajian ini boleh dijadikan

panduan kepada pengkaji lain yang berminat untuk mengkaji tentang

penggunaan bahasa kasar. Dapatan yang diperoleh dalam kajian ini merupakan

15
hasil usaha pengkaji untuk mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan.

Penelitian terhadap penggunaan bahasa kasar ini merupakan salah satu

langkah untuk mencegah variasi bahasa ini daripada tersebar dengan lebih

meluas. Diharapkan agar kajian yang dijalankan ini dapat dijadikan contoh

pada masa hadapan bagi menghasilkan penyelidikan yang lebih baik.

16

Anda mungkin juga menyukai