Anda di halaman 1dari 4

Tugasan Semester Kedua

Sidang Akademi 2020/2021

APRIL – JUN 2021

HTV 201- TEKNIK BERFIKIR


5. “Budaya menggunakan telefon bimbit ketika memandu menjadi antara penyumbang utama
kemalangan jalan raya di negara ini.” Dengan menggunakan kaedah penyelesaian masalah
secara kreatif melalui Analisis dan Desain, rancang SATU aktiviti untuk memberi kesedaran
kepada orang ramai mengenai isu ini.
[100 MARKAH]

Langkah 1: Takrif Masalah


Masalah yang dihadapi Budaya penggunaan telefon bimbit ketika memandu
yang menjadi faktor utama kemalangan jalan raya di
Malaysia.
Punca Sikap pemandu yang sambil lewa tentang keselamatan
diri di atas jalan raya yang menyebabkan
mereka(pemandu) tetap ingkar kepada larangan
penggunaan telefon semasa memandu.

Kesan Statistik kemalangan jalan raya meningkat saban hari


kerana pemandu yang kurang peka dan lalai akan
kepentingan keselamatan jalan raya.
Masalah yang harus diselesaikan Meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam
kalangan pemandu dan juga keburukan serta bahaya
apabila pemandu menggunakan telefon bimbit sewaktu
memandu.

Langkah 2: Menjana Idea


Alternatif 1 Memperkenalkan undang-undang baharu iaitu setiap
kereta perlu memiliki “phone stand-holder” dan telefon
pemandu harus sentiasa berada di situ sepanjang
tempoh pemanduan. Hal ini dapat mengelakkan
daripada pemandu bermain dengan telefon mereka
ketika sesi pemanduan.

Alternatif 2 Memperketatkan undang-undang jalan raya dengan


meningkat denda penggunaan telefon ketika memandu
dari RM1000 kepada jumlah yang lebih besar. Hal ini
supaya dapat menimbulkan rasa gusar dan takut kepada
pemandu untuk melakukan kesalahan ini lagi.

Alternatif 3 Mewujudkan dan memperbanyakkan sistem kamera


pemerhati yang khusus untuk membendung kesalahan
penggunaan telefon bimbit ketika memandu. Hal ini
untuk mengesan dan memerhati sikap pemandu ketika
berada di jalan raya.

Alternatif 4 Memperbanyakkan iklan yang menunjukkan kesan dan


bahaya penggunaan telefon bimbit ketika memandu di
platform-platform hiburan seperti siaran radio,
televisyen dan sosial media. Hal ini supaya dapat
meningkatkan kesedaran dan penghayatan akan
kepentingan keselamatan jalan dalam kalangan
pemandu di Malaysia.

Alternatif 5 Menukar bentuk denda terhadap kesalahan penggunaan


telefon bimbit ketika memandu dari hanya membayar
saman kepada penggantungan lesen pemandu atau
pesalah akan dikenakan penjara selama 7 hari.
Pelaksanaan hukuman yang lebih berat ini perlu agar
perasaan takut untuk menggunakan telefon bimbit
semasa memandu dapat disemat dalam jiwa pemandu di
Malaysia.

Langkah 3: Menganalisis Idea


Kriteria Kos Tempoh Pandangan Keperluan Keberkesanan
masa Masyarakat tenaga kerja

Alternatif 1 + + + - +

Alternatif 2 - + - - +

Alternatif 3 + + - - -

Alternatif 4 + + - + -

Alternatif 5 - + + - +
Langkah 4: Alternatif Terbaik dan Penambahbaikan
Alternatif 1
Penambahbaikan Idea “Stand-holder” tersebut hendaklah ditambah ciri sistem
penggera seperti yang dilaksanakan kepada sistem tali
pinggang keselamatan. Penggera akan berbunyi
sekiranya tiada telefon diletakkan di “stand-holder”
ketika sesi pemanduan.

Penyelesaian Pemandu perlulah sentiasa jujur dan tidak menggunakan


telefon kedua atau telefon lain ketika memandu. Pihak
berkuasa pula hendaklah kerap melakukan sekatan lalu
lintas bagi memastikan setiap kereta dilengkapi dengan
“stand-holder”.

Langkah 5: Implementasi dan Kesimpulan


Pihak Berkuasa Tindakan
Kerajaan Memperkasakan undang-undang jalan raya dan
mengenakan denda yang setimpal kepada pesalah yang
melanggar peraturan penggunaan telefon bimbit ketika
memandu.

Ibu bapa Menjadi contoh terbaik yang sentiasa patuh kepada


undang-undang jalan raya kepada anak-anak.

Masyarakat Mempunyai kesedaran dan penghayatan tentang


kepentingan keselamatan jalan raya serta bahaya akan
penggunaan telefon bimbit ketika memandu.

RUJUKAN
1. https://bm.soyacincau.com/2020/08/10/denda-rm1000-untuk-kesalahan-main-telefon-
bimbit-semasa-memandu-cukup/

2. http://fstm.kuis.edu.my/blog/akibat-guna-telefon-sambil-memandu/

Anda mungkin juga menyukai