Anda di halaman 1dari 2

NURUL ARIFAH BINTI MOHD ZAKI (D20162076213)

LAPORAN TIMBALAN PENGARAH PROGRAM

Kekuatan

Saya mendapati kekuatan saya sebagai timbalan pengarah program ialah memantau segala
gerak kerja yang dilakukan oleh semua ahli jawatankuasa pelaksana. Saya memantau tentang
sekolah dan gerak kerja setiap ahli jawatankuasa sebelum, semasa dan selepas program. Saya
juga turut membantu setiap ahli jawatankuasa yang memerlukan bantuan. Saya selalu
meminta mereka update kepada saya tentang gerak kerja yang dibuat oleh mereka supaya
saya dapat membantu mereka jika mempunyai sesuatu perkara yang sukar.

Semasa program berlangsung, saya juga turut membantu ahli jawatankuasa aktiviti
untuk membuat persiapan seperti mengisi air di dalam belon. Tindakan ini memerlukan
tenaga kerja yang ramai kerana kuantiti belon yang perlu diisi dengan air sangat banyak. Oleh
itu, saya cuba menolong ahli jawatankuasa aktiviti.

Selepas program, saya turut membantu ahli jawatankuasa aktiviti untuk mengemas
semua tempat yang telah kami gunakan untuk keselesaan pihak sekolah. Saya memantau
setiap tempat yang telah digunakan agar bersih dan kemas selepas kami mengggunakannya.
Hal ini kerana, kami ingin mengembalikan persekitaran sekolah yang sama selapas program
berlangsung kerana dianggap kami membawa nama Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk
membuat program di sana.

Kekurangan

Saya mendapati kekurangan saya sebagai timbalan pengarah program adalah kurang
berkomunikasi dengan pengarah program. Banyak gerak kerja yang bertindih dengan
pengarah program. Contohnya, ketika saya ingin mengetahui perkembangan sekolah, saya
terus bertanya kepada rakan saya iaitu Fatin. Kemudian, pengarah program juga bertanya
kepada Fatin soalan yang sama. Sepatutnya, saya perlu memberitahu pengarah program
tentang perkara tersebut supaya memudahkan kerja.
Selain itu, gerak kerja ahli jawatankuasa yang lain. Saya turut bertanya tentang
perkembangan dan masalah yang diahadapi. Namun, selepas itu saya tidak memberitahu
pengarah program tentang perkembangan setiap ahli jawatankuasa kepadanya. Oleh itu, saya
dapat melihat kekurangan diri saya sebagai timbalan pengarah program diamana kurang
dalam berkomunikasi dengan pengarah program.

Penambahbaikan

Saya mendapati penambahbaikan yang perlu dibuat sebagai timbalan pengarah program ialah
selalu link atau berkomunikasi dengan pengarah program. Hal ini kerana, tindakan ini akan
memudahkan kerja pengarah program serta berbincang tentang perkara-perkara yang boleh
membuat penambahbaikan sebelum program diajalankan. Terdapat juga ahli jawatankuasa
lain yang merungut kerana dia sudah memberitahu saya tentang gerak kerja yang terkini
namun pengarah program masih bertanya tentang perkara yang sama kepadanya. Oleh itu,
link atau berkomunikasi dengan pengarah program sangat penting untuk menjayakan dalam
sesuatu program.

Anda mungkin juga menyukai