Anda di halaman 1dari 10

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran Sains

Tahun 4 UMK

Bilangan murid 25 / 27 orang

Tarikh/Hari 08 Julai 2021 (Khamis)

Masa 07.45 pagi – 09.25 pagi

Tempoh 100 minit

Tema Sains Bahan

Tajuk 8.0 Bahan

Standard Kandungan 8.2 Sifat Bahan

Standard Pembelajaran Murid boleh:

8.2.1 Memerihalkan sifat bahan dengan menjalankan aktiviti

Hasil Pembelajaran Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Memerihalkan sifat bahan dengan menjalankan aktiviti
2. Menyenaraikan tiga objek di persekitaran mereka
berdasarkan enam sifat-sifat bahan yang telah
dipelajari
Pengetahuan Sedia Ada Murid mengetahui tentang sumber asas bahan bagi objek di
sekeliling mereka
Pendekatan Konstruktivisme

Kaedah Pengajaran &  Perbincangan


Pembelajaran Sains  Penggunaan Teknologi

Kemahiran Saintifik Kemahiran Proses Sains:

 Berkomunikasi
 Memerhatikan
 Mengelaskan
 Membuat inferens

Kemahiran Berfikir  Menilai


 Menganalisis
 Menghubungkait
 Membandingkan dan membezakan
 Membuat kesimpulan
 Menjanakan idea

Sikap Saintifik dan Nilai  Mempunyai minat dan bersifat ingin tahu tentang alam
Murni sekeliling
 Tabah
 Berani mencuba
 Berfikiran rasional
 Membudayakan sikap saintifik dan nilai murni dalam
kehidupan

Elemen Merentas  Teknologi Maklumat & Komunikasi


Kurikulum  Kreatif dan Kritis

Sumber Pengajaran Telefon pintar, Whatsapp, Liveworksheets, Youtube,


Classpoint, menggunakan perisian Powerpoint, Buku Teks
KSSR Sains Tahun 4 (halaman 145-150), Google Form,
Google Meet
FASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN & CATATAN
(MASA) PEMBELAJARAN

Orientasi -Video Youtube 1. Guru menayangkan video BBM:


(8 minit) pendek bagi Youtube pendek mengenai Video Youtube
pengenalan sifat sifat bahan kepada murid
bahan 2. Guru memperkenalkan tajuk KPS:
yang akan dipelajari kepada Memerhatikan
murid
KB:
Menganalisis dan
menghubungkait

Pencetusan -Kuiz Interaktif 1. Murid diminta untuk BBM:


Idea menjawab soalan di pautan Buku Teks KSSR
(12 minit) kuiz interaktif yang diberikan Sains Tahun 4,
dalam group Whatsapp Liveworksheets,
berdasarkan pemahaman Whatsapp
mereka di dalam video
tersebut KPS:
2. Murid juga merujuk buku teks Memerhatikan,
KSSR Sains Tahun 4 pada mengelaskan dan
halaman 145-150 bagi membuat inferens
membuat penerokaan ilmu
melalui bahan bacaan KB:
Menilai serta
membanding dan
membezakan

NNSM:
Berani mencuba
Penstrukturan -Perbincangan 1. Guru bersoal jawab dengan BBM:
Semula Idea mengenai sifat murid mengenai sifat bahan Powerpoint,
(45 minit) bahan seperti: apakah yang dinyatakan di Classpoint, Google
a. Menyerap air dalam video Youtube yang Meet
dan kalis air telah ditonton
b. Terapung dan 2. Guru membimbing murid KPS:
tenggelam dalam memahami tajuk sifat Memerhatikan,
c. Mengalirkan bahan berdasarkan slaid membuat inferens
arus elektrik Powerpoint yang ditunjukkan
d. Kebolehan 3. Murid mengeluarkan idea-idea KB:
penembusan mereka mengenai sifat bahan Menjana idea, menilai
cahaya dan membuat perkaitan dan menghubungkait
e. Mengalirkan contoh objek di sekeliling
haba mereka dengan pembelajaran NNSM:
f. Kekenyalan yang dipelajari Tabah, berfikiran
4. Murid juga menjawab soalan rasional dan berani
kuiz di Powerpoint semasa mencuba
sesi perbincangan berlaku
bagi menguji tahap EMK:
kefahaman murid berkaitan isi Teknologi Maklumat
pembelajaran & Komunikasi

Aplikasi Idea 1. Murid diminta untuk BBM:


-Aktiviti ‘The Next
(30 minit) menjalankan penyiasatan Google Form, telefon
Albert Einstein’
mengenai objek yang terdapat pintar
di sekeliling mereka
berdasarkan sifat-sifat bahan KPS:
yang telah dipelajari Memerhatikan,
2. Murid dikehendaki untuk mengelaskan dan
mengenalpasti apakah sifat membuat inferens
bahan bagi objek tersebut
KB:
3. Setelah itu, murid menjawab Menjana idea,
hasil bagi pemerhatian menghubungkait,
mereka terhadap penyiasatan membanding dan
tersebut di dalam Google membezakan serta
Form yang diberikan oleh menganalisis
guru
4. Murid yang berjaya NNSM:
menyiapkan aktiviti tersebut Minat dan bersifat
dalam masa yang ditetapkan ingin tahu
akan mendapat bintang pada
papan ganjaran EMK:
Kreatif dan Kritis

Refleksi Penutupan aktiviti 1. Guru membimbing murid BBM:


(5 minit) berkaitan dengan untuk membuat kesimpulan Google Form
tajuk sifat bahan mengenai topik pembelajaran
hari ini KPS:
2. Murid menyatakan refleksi Komunikasi
dan perkara baru yang
mereka belajar pada hari ini di KB:
Google Form Membuat kesimpulan

NNSM:
Membudayakan sikap
saintifik dan nilai
murni dalam
kehidupan.
CATATAN REFLEKSI PELAJAR:

Berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang dilaksanakan, terdapat
25 daripada 27 orang murid berjaya hadir pada sesi pembelajaran. Ini menunjukkan penglibatan
murid adalah sangat aktif bagi pembelajaran di atas talian. Berdasarkan hasil makluman daripada
ibu bapa bahawa 2 orang murid yang tidak dapat hadir kerana murid demam dan menjalani
kuarantin di pusat pemantauan kuarantin daerah. Murid-murid dapat menguasai objektif
pembelajaran dengan cemerlang iaitu murid dapat menyenaraikan 3 dan lebih objek di sekeliling
mereka bagi setiap kriteria sifat bahan yang dipelajari. Seterusnya, 18/25 orang murid yang hadir
ini telah menyiapkan tugasan yang diberikan dengan cemerlang dalam masa yang ditetapkan
dan terdapat 7 orang murid yang menghantar tugasan tersebut sedikit lewat berbanding masa
yang telah ditetapkan kerana perlu memberikan laluan kepada adik beradik yang lain untuk
menggunakan alat peranti yang sama ketika sesi PdPR berlangsung.

Bagi pengajaran ini, isu yang terdapat sewaktu sesi PdPR berlangsung ialah kesilapan teknikal
yang berlaku terhadap kuiz interaktif yang diberikan oleh guru. Hal ini kerana murid
memaklumkan bahawa Liveworksheets yang diberikan oleh guru tidak dapat mengakses
padanan untuk murid melakukan aktiviti interaktif. Kendatipun guru telah membuat raptaian kuiz
interaktif sebelum memulakan kelas namun kesalahan teknikal yang berlaku adalah diluar
kepakaran dan jangkaan guru. Namun, masalah ini dapat diatasi secara profesional apabila guru
meminta murid untuk menyuaikan padanan interaktif tersebut secara manual dan menghantar
bukti paparan ‘screenshot’ di group Telegram. Oleh demikian, tindakan susulan perlulah diambil
dengan kadar segera dalam menangani isu tersebut pada sesi PdPR akan datang.

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dalam sesi PdPc ialah:

1. Guru membuat semakan kuiz interaktif sekurang-kurangnya tiga kali


2. Guru membuat perbincangan dengan ahli/rakan guru pakar mengenai hal teknologi dan
bahan interaktif yang akan digunakan sebelum kelas PdPR berlangsung

Secara keseluruhannya, PdPR sangat memberamgsangkan dan mencapai objektif pembelajaran


yang dinyatakan dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah dirancang. Penglibatan
aktif murid juga sangat bagus dan menunjukkan persaingan sihat sewaktu sesi soal jawab
paparan Powerpoint dengan menggunakan aplikasi interaktif baru iaitu Classpoint.
CATATAN GURU PEMBIMBING:

CATATAN PENSYARAH PENYELIA:


LAMPIRAN
Liveworksheets
(https://www.liveworksheets.com/c?a=s&t=icptpkpy7pu&sr=n&is=y&ia=y&ms=uz&l=ab&i=fsxtcf&r=lc&
db=0&f=dzduzszs&cd=pokhzhchi3hxliidfepmzkeak2ngnxgpgpxg)

Google Form (https://forms.gle/K5mEig51uk1jRVAHA)


ClassPoint (https://classpoint.app/join)

Powerpoint
Youtube (https://www.youtube.com/watch?v=6kaozNgXknc)

Google Meet (https://meet.google.com/mpo-efwd-xpm)

Anda mungkin juga menyukai