Anda di halaman 1dari 9

MODUL: Ekosistem

Episod 1: Sungai

Panduan Mengajar Episod

Hasil pembelajaran

Murid akan dapat

• Mengenal pasti pelbagai organisma sebagai pengeluar dan pengguna


• Membina rantai makanan
• Membina siratan makanan
• Menerangkan aliran tenaga dalam satu ekosistem

Pautan kurikulum

2.3 Mensintesis siratan makanan

Melakukan aktiviti

Waktu 1
Fasa Pelibatan

• Memperkenalkan murid kepada modul dan hasil pembelajaran


bagi episod pembelajaran ini.

• Menjalankan sesi sumbang saran dalam kumpulan bertiga


atau berempat untuk menyenaraikan haiwan dan tumbuhan
yang mungkin terdapat di dalam sungai. Kemudian, murid
menyatakan bagaimana organisma tersebut mendapatkan
makanannya. Seterusnya, setiap kumpulan diminta
membentangkan salah satu organisma dari senarai mereka.

• Menayangkan klip video pengenalan.

1
Jawapan kepada soalan-soalan pada Slaid 3

Perlu diingatkan bahawa pada peringkat ini, yang diperlukan ialah idea murid, dan
bukan semua jawapan betul. Kita perlu mengenal pasti pengetahuan sedia ada
murid terlebih dahulu, pemahaman dan salah faham. Ini termasuk:

• Ikan, buaya, burung, serangga, siput, mensiang/buluh, bunga bakung. Mereka


boleh memberikan nama-nama tertentu, bergantung pada pengetahuan
mereka.
• Haiwan mendapat makanan dengan memakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
Tumbuh-tumbuhan menghasilkan makanan sendiri.
• Ikan memakan serangga dan tumbuh-tumbuhan. Sesetengah ikan memakan
ikan lain. Buaya memakan ikan dan mamalia. Burung memakan ikan dan
serangga. Siput memakan tumbuh-tumbuhan.

Fasa Penerokaan

Lembaran Kerja 1.1: Apakah yang telah kita temui?

• Menyoal dan menerima respons daripada murid yang berlainan sebelum menayangkan
klip video yang seterusnya.
• Sediakan setiap pek kad yang sepadan dengan 4 set – gambar, nama, maklumat dan
pengguna/pengeluar. Letakkan pek ke dalam sampul surat untuk penyimpanan dan
untuk diberikan kepada murid.
• Berikan murid pek kad dan Lembaran aktiviti 1.1. dan minta mereka menjalankan aktiviti
tersebut. Murid-murid hendaklah terlebih dahulu meletakkan gambar-gambar dalam
satu barisan di atas meja di hadapan mereka. Kemudian mereka akan memadankan
kad nama pada setiap gambar.
• Apabila mereka telah bersetuju secara berkumpulan. Mereka kemudiannya harus
memadankan kad maklumat pada setiap gambar dan kad nama.
• Akhirnya sekali, mereka memadankan kad pengguna atau kad pengeluar dengan setiap
set tiga kad untuk menunjukkan sama ada organisma membuat makanan sendiri atau
memakan organisma lain sebagai makanan.

2
• Menggalakkan semua kumpulan untuk berkongsi jawapan dengan kumpulan lain dan
menegaskan bahawa mereka perlu memberikan justifikasi untuk pilihan mereka.
Jawapan kepada soalan pada Lembaran Kerja 1.1

S1. Tumbuh-tumbuhan ialah pengeluar


S2. Tumbuh-tumbuhan membuat makanan melalui proses
fotosintesis. Tumbuhan-tumbuhan memerangkap tenaga matahari
serta menggunakannya untuk menggabungkan karbon dioksida dan
air untuk menghasilkan gula. Tumbuh-tumbuhan juga menghasilkan
oksigen.
S3. Haiwan ialah pengguna.
S4. Haiwan memerlukan makanan untuk menghasilkan tenaga melalui
proses pernafasan.
S5. Haiwan juga memerlukan makanan untuk membina sel-sel badan
dan untuk tumbesaran.

Fasa Penerangan

• Menyoal murid tentang cara pengeluar menghasilkan makanan. Galakkan murid


untuk berfikir tentang proses pengeluar membuat makanannya, bahan lain yang
diperlukan oleh tumbuhan selain cahaya matahari (air dan karbon dioksida) dan bahan
yang dihasilkan (glukosa).

• Menggalakkan murid untuk berfikir bahawa pengguna memakan tumbuhan dan/atau


haiwan dan tentang pemakan tumbuhan (herbivor) dan pemakan haiwan (karnivor).

3
Jawapan kepada soalan-soalan pada Slaid 8
• Rumput gelagah, teratai, keladi bunting, alga
• Tumbuh-tumbuhan ini membuat makanan melalui proses fotosintesis.
• Gavial, anak labi-labi, memerang, nimfa pepatung, larva nyamuk, siput
babi, burung pucung biru, ikan keli dan ikan kap
• Haiwan-haiwan ini makan tumbuh-tumbuhan dan haiwan

Gavial Makan ikan dan anak labi-labi


Anak labi-labi Memakan tumbuhan air
Memerang Memakan ikan dan siput babi
Nimfa pepatung Memakan serangga dan larva serangga
Larva nyamuk Memakan alga
Siput babi Memakan tumbuhan air
Burung pucung biru Memakan ikan
Ikan keli Memakan larva dan nimfa serangga
Ikan kap Memakan tumbuhan air

Waktu 2
Fasa Pengolahan

Lembaran Kerja 1.2: Rantai makanan


Jawapan kepada soalan-soalan pada Slaid 9
• Menyoal soalan yang perlu merangsang idea bahawa tenaga cahaya matahari
berubah kepada tenaga kimia dalam bentuk glukosa atau makanan. Glukosa
atau makanan ini kemudiannya akan dipindahkan apabila haiwan memakan
tumbuhan dan seterusnya, apabila haiwan ini dimakan oleh haiwan lain.
• Tenaga dialirkan sepanjang rantaian apabila satu organism dimakan oleh
organisma yang lain. Dengan ini, idea tentang rantai makanan diperkenalkan
kepada murid.
• Mengedarkan Lembaran Kerja 1.2 kepada murid dan menggalakkan mereka
menggunakan kad-kad daripada Lembaran Kerja 1.1 untuk membantu mereka
melukis rantaian makanan yang berbeza untuk ekosistem sungai.

4
Jawapan kepada soalan-soalan dalam Lembaran Kerja 1.2

Rantai makanan yang boleh dihasilkan termasuklah:

• Keladi bunting, anak labi-labi, gavial


• Teratai, anak labi-labi, gavial
• Rumput gelagah, anak labi-labi, gavial
• Keladi bunting, ikan kap, gavial
• Teratai, ikan kap, gavial
• Rumput gelagah, ikan kap, gavial
• Alga, larva nyamuk, ikan keli, gavial
• Alga, larva nyamuk, nimfa pepatung, ikan keli, gavial
• Keladi bunting, ikan kap, memerang
• Teratai, ikan kap, memerang
• Rumput gelagah, ikan kap, gavial, memerang
• Alga, larva nyamuk, keli, memerang
• Alga, larva nyamuk, nimfa pepatung, ikan keli, memerang
• Keladi bunting, siput babi, memerang
• Teratai, siput babi, memerang
• Rumpu gelagah, siput babi, memerang
• Keladi bunting, ikan kap, burung pucung biru
• Teratai, ikan kap, burung pucung biru
• Rumput gelagah, ikan kap, burung pucung biru
• Alga, larva nyamuk, ikan keli, burung pucung biru
• Alga, larva nyamuk, nimfa pepatung, ikan keli, burung pucung biru

S1. Pemangsa: Gavial, memerang, nimfa pepatung, burung pucung


biru, ikan keli
S2. Pemangsa dan mangsa: Nimfa pepatung, ikan keli
S3. Mangsa sahaja: Larva nyamuk, siput babi
S4. Haiwan makan tumbuh-tumbuhan
S5. Tumbuh-tumbuhan

5
Waktu 3
Fasa Penilaian

Lembaran Kerja 1.3: Jaringan makanan


• Guru mengedarkan Lembaran Kerja 1.3 dan menunjukkan satu contoh siratan
makanan kepada murid dengan merujuk buku teks.
• Mengggalakkan murid untuk membincangkan soalan dalam kumpulan mereka dan
bersedia untuk membentangkan jawapan mereka.
• Membantu murid untuk memulakan aktiviti membina peta minda tersebut.
Jawapan kepada soalan-soalan pada Slaid 10
• Tenaga daripada matahari diperangkap dan digunakan oleh tumbuh-tumbuhan
untuk menghasilkan gula. Apabila tumbuhan dimakan, sebahagian
daripada tenaga mengalir dari tumbuh-tumbuhan ke haiwan yang memakan
tumbuh-tumbuhan (herbivor); dan kemudian ke haiwan yang makan ‘herbivor’
(karnivor).
• Tidak semua tenaga dialirkan apabila organisma dimakan
• Tenaga digunakan untuk menjalankan semua proses hidup dalam organisma.
Hanya tenaga yang disimpan atau digunakan untuk membina sel-sel akan
dialirkan apabila mereka dimakan.
• Peta minda akan berbeza daripada murid kepada murid tetapi akan termasuk:
o
Matahari o Pengeluar
o Fotosintesis dan respirasi o Pengguna
o Pengurai o Rantai makanan
o Jaringan makanan
o Bagaimanakah tenaga dialirkan melalui sistem?
o Apakah tenaga yang digunakan dalam organisma dan apakah tenaga yang
dialirkan?

6
Jawapan kepada Lembaran Kerja 1.3: Jaringan makanan

Gavial
Memerang

Nimfa
Burung Ikan keli pepatung
pucung biru

Lavar
Anak Ikan kap nyamuk
labi-labi
Siput babi

Keladi
Rumput Alga
bunting Teratai
gelagah

Matahari

S1. Tenaga daripada matahari terperangkap dan digunakan oleh tumbuh-tumbuhan untuk
menghasilkan gula. Apabila tumbuh-tumbuhan dimakan, tenaga dialirkan dari
tumbuh-tumbuhan ke haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan dan kemudian ke
haiwan yang makan ‘haiwan yang makan tumbuhan’ dan sebagainya.

S2. Tidak semua tenaga yang dialirkan apabila organism dimakan.

S3. Tenaga digunakan untuk menjalankan semua proses hidup dalam organisma.
Hanya apa yang disimpan atau digunakan untuk membina sel-sel/badan akan
dialirkan apabila mereka dimakan.

7
Jawapan soalan pentaksiran

Ikan Tuna

Ikan
herring
Ikan yu
Zooplankton

Ikan
paus

Fitoplankton

2.

Matahari

Pengeluar
Pengurai

Pengguna

8
Bahan Sumber

Sumber Pembelajaran

• Persembahan Prezi
• Persembahan PowerPoint
• Lembaran Kerja 1.1: Apakah yang telah kita temui?
• Lembaran Kerja 1.2: Rantai Makanan
• Lembaran Kerja 1.3: Siratan Makanan
• Kad Padanan: Apakah yang telah kita temui?

Peralatan (setiap kumpulan)


Satu set Kad Padanan

Persediaan
Sediakan satu set kad bagi setiap kumpulan murid bertiga atau berempat.

Cadangan strategi alternatif

Jika anda tidak dapat menunjukkan klip video atau menggunakan persembahan, anda
boleh menggunakan kaedah lisan dari struktur pembelajaran yang disediakan dalam
persembahan Powerpoint dan nota-nota di atas untuk menjalankan episod pembelajaran
ini.

Anda mungkin juga menyukai