Anda di halaman 1dari 21

QSU 3033

HUMAN ANATOMY AND PHYSIOLOGY


ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

TUGASAN:
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN/LESSON PLAN

TAJUK:

PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA


(KUMPULAN B)

Disediakan Oleh:

NAMA AHLI KUMPULAN NO.MATRIKS


NUR NATASHA BT MOHD NAZRI D20211100932
MUHAMMAD ANAS SYAZWAN B WARMAN D20211100920
AHMAD HAFIZUDDIN B ABDUL SATTAR D20211100923

NAMA PENSYARAH:
DR RUAIBAH YAZANI BINTI TENGAH
Tarikh: 09/11/2021 Tingkatan : 4
Hari: Selasa Jantina: Lelaki & Perempuan
Masa : 1 Jam 10 Minit Bil.Murid : 25

Tunjang Pembelajaran : Tunjang 2: Anatomi Dan Fisiologi Manusia

Tajuk Pembelajaran : Pengenalan kepada Anatomi Dan Fisiologi Manusia

Fokus Pembelajaran : 1.1 Sains Anatomi Dan Fisiologi

1.2 Organisasi Struktur Manusia

1.2.1 Sistem-sistem Tubuh:


• Intergumentari (Kulit)
• Rangka
• Otot
• Saraf
• Endokrain
• Kardiovaskular
• Limfatik
• Respiratori
• Pencernaan
• Urinari
• Reproduktif

1.2.2 Hubung kait antara sistem-sistem tubuh

Pengetahuan awal pelajar: Pelajar telah menguasai sedikit sebanyak pembelajaran mengenai
pengenalan anatomi dan fisiologi manusia terlebih dahulu melalui beberapa tayangan video yang
diberikan kepada pelajar sebelum memulakan sesi pembelajaran.
Objektif Pembelajaran : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat :-

Psikomotor :
1. Pelajar dapat memberi respon pengenalan anatomi dan fisiologi dengan betul. (P3) (1.1)
(Aktiviti 1 – Peta I-Think )
2. Pelajar dapat mempamerkan struktur sistem tubuh manusia. (P4) (1.2.1)
(Aktiviti 3 – Gallry Walk)
3. Pelajar dapat merungkai hubungkait antara sistem tubuh manusia dengan tepat. (P5) (1.2.2)

(Aktiviti 4 – Trade A Problem)

Kognitif :
1. Pelajar dapat menghubungkait antara sistem-sistem tubuh. (C3) (1.2.2)
(Aktiviti 3 – Gallery Walk)
2. Pelajar dapat mengenalpasti pengenalan anatomi dan fisiologi dengan betul. (C4) (1.1)
(Aktiviti 1 – Peta I-Think)
3. Pelajar dapat menghurai organisasi struktur tubuh manusia dengan tepat. (C5) (1.2.1)
(Aktiviti 2 – Rally Table)

Afektif :

1. Pelajar berkongsi pendapat dan pengetahuan antara satu sama lain semasa proses pembelajaran.
(A3) (1.1)
(Aktiviti 1- Peta I-Think)
2. Pelajar dapat mengenalpasti hubungkait antara sistem-sistem tubuh badan manusia. (A4) (1.2.2)
(Aktiviti 4 – Trade A Problem)
3. Pelajar dapat memahami organisasi struktur tubuh manusia.(A5) (1.2.1)
(Aktiviti 2 – Rally Table)
Persediaan Guru:

❖ Lampiran 1 Set Induksi ( Video Pengenalan Anatomi Dan Fisiologi )


❖ Lampian 2 Aktiviti 2 ( Gambar Rajah Organisasi Struktur Tubuh Manusia )
❖ Lampiran 3 Aktiviti 2 ( Set Soalan Organisasi Struktur Manusia )
❖ Lampiran 4 Aktiviti 4 ( Gambar Rajah Hubungkait Antara Sistem Tubuh )
❖ Lampiran 5 Penilaian ( Soalan Quizizz )
❖ Lampiran 6 Penilaian ( Kertas Soalan Struktur )
❖ Lampiran 7 Refleksi ( Aktiviti Peneguhan )
❖ Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4
❖ Power Point
❖ Laptop
❖ LCD Projektor
❖ Kertas Manjong
❖ Marker pen

Persediaan Pelajar:

❖ Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4


❖ Buku Nota
❖ Pensil
❖ Pen
Set Induksi ( Set Induksi )
1. FASA PENGENALAN ❖ Aktiviti: 1. Tayangan Video
2. Think & Answer
Maklumat Pengajaran Dan Pembelajaran:
• Tayangan Video pengenalan anatomi dan fisiologi manusia selama 2 minit
( https://www.youtube.com/watch?v=mOB0oW4a06c )
• Video ini menerangkan secara ringkas tentang pengenalan anatomi dan
fisiologi manusia.(Lampiran 1)

Organisasi kelas:
• Organisasi guru:
a) Guru meminta murid untuk memberikan perhatian kepada tayangan video
b) Guru memberitahu murid bahawa selepas tayangan video berakhir, murid
harus membuat satu refleksi ringka.
c) Guru memberi masa dalam satu minit kepada murid untuk membuat
refleksi ringkas yang akan dibentangkan.
d) Guru memilih pelajar secara rawak untuk memberikan refleksi ringkas
terhadap video yang ditayangkan tadi.

• Organisasi murid:
a) Murid akan menonton video yang ditayangkan dari sumber youtube.
b) Murid mendengar dan melaksanakan arahan guru dengan baik tentang
permainan yang akan dijalankan.
c) Murid akan melakukan refleksi ringkas terhadap video yang ditayangkan.
guru akan mengaitkan isi kandungan video tersebut dengan tajuk
pembelajaran hari ini iaitu pengenalan anatomi dan fisiologi manusia.
d) Murid menjawab soalan guru dengan baik serta jawapan yang relevan.

Penilaian:
a) Penilaian dilakukan daripada jawapan yang diberikan oleh murid.
b) Guru menyoalkan kepada murid tentang reaksi mereka terhadap video
tersebut.
Soalan: Apakah yang murid faham tentang video tersebut?
c) Setelah pelajar melakukan refleksi ringkas terhadap video yang ditayangkan,
guru akan mengaitkan isi kandungan video tersebut dengan tajuk
pembelajaran hari ini iaitu pengenalan kepada anatomi dan fisiologi manusia.

Alat Bantu Mengajar(ABM) / Bahan Bantu Mengajar (BBM):


• Laptop
• LCD Projektor
Aktiviti 1: Peta I-Think (10 Minit)
2. FASA PERKEMBANGAN
Maklumat Pengajaran Dan Pembelajaran :
(45 MINIT)
a) Mendefinisikan pengenalan anatomi dan fisiologi dengan betul.
• Guru akan menerangkan definisi anatomi dan fisiologi manusia.
• Anatomi kajian tentang struktur tubuh badan dan perkaitan antara setiap
struktur tersebut.
• Fisiologi merupakan kajian tentang fungsi struktur tubuh manusia.

Organisasi kelas:
• Organisasi guru:
a) Guru meminta murid untuk memahami, mengenalpasti tajuk 1.1 sains
anatomi dan fisiologi.
b) Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan yang terdiri daripda 5
orang.
c) Guru akan mengedarkan kertas manjong kepada setiap kumpulan.
d) Guru akan memilih satu kumpulan untuk berkongsi kefahaman mereka
mengenai pengenalan anatomi dan fisiologi dihadapan kelas.
e) Guru memastikan pelajar fokus semasa proses pembelajaran.

• Organsasi murid:
a) Murid memberikan fokus terhadap penerangan yang telah diberikan oleh
guru.
b) Murid menganjurkan beberapa pertayaan yang meragukan kepada guru.
c) Murid perlu membuat peta i-think berkenaan dengan tajuk 1.1 sains
anatomi dan fisiologi yang telah diterangkan oleh guru.

Penilaian:
a) Guru menilai kefahaman murid daripada peta i-think yang mereka lakukan.
b) Murid dapat menyiapkan peta i-think dan memahami berkenaan pengenalan
anatomi dan fisiologi manusia.

Alat Bantu Mengajar (ABM) / Bahan Bantu Mengajar (BBM):


• Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4
• Laptop
• LCD Projektor
• Kertas Manjong
Aktiviti 2: Rally Table (10 Minit)
Maklumat pengajaran dan pembelajaran:
a) Menjelaskan aras organisasi struktur tubuh manusia, fungsi dan
penerangantajuk 1.2 organisasi struktur tubuh manusia.
• Terdapat 7 aras organisasi struktur tubuh manusia iaitu:
1. Kimia
2. Sel
3. Tisu
4. Organ
5. Sistem Organ
6. Sistem
7. Organisme
• Guru menunjukkan gambar berkenaan dengan organisasi struktur
tubuh manusia.(Lampiran 2)

Organisasi kelas:
• Organisasi guru:
a) Guru menerangkan cara aktiviti yang dilakukan bagaimana.
Contoh: “Murid-murid harus bergilir-gilir untuk menjawab set soalan yang
diberikan dan kerjasama ahli kumpulan amatlah penting dalam
melaksanakan aktiviti ini.”
b) Guru akan mengedarkan Set Soalan (Lampiran 3) kepada setiap
kumpulan berkaitan tajuk 1.2 organisasi struktur tubuh manusia.
c) Guru memastikan setiap ahli kumpulan bergilir-gilir untuk menulis jawapan
di atas kertas yang diberikan untuk memastikan pelajar faham berkenaan
dengan tajuk 1.2 struktur organisasi tubuh manusia.

• Organsasi murid:
a) Murid harus menyalin nota mengenai tajuk 1.2 struktur organisasi tubuh
manusia yang diterangkan oleh guru.
b) Murid telah mengetahui semua aras organisasi struktur tubuh manusia
melalui slide dan gambar yang disediakan oleh guru.
c) Pelajar duduk dalam kumpulan masing-maisng yang telah dibahagikan
oleh guru.
d) Murid tidak boleh merujuk buku teks, hanya boleh merujuk nota yang
dibuat.

Penilaian:
a) Guru menilai kefahaman murid daripada jawapan yang telah mereka jawab
di dalam set soalan (Lampiran 3).
b) Pelajar bergilir-gilir menjawab soalan mengikut pengetahuan masing-masing.

Alat Bantu Mengajar (ABM) / Bahan Bantu Belajar (BBM):


• Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4
• Laptop
• LCD Projektor
• Power Point
Aktiviti 3: Gallery Walk (10 Minit)
Maklumat pengajaran dan pembelajaran:
a) Pengenalan kepada sistem-sistem tubuh.
• Sistem tubuh terbahagi kepada 11 iaitu:
1. Integumentari
2. Rangka
3. Otot
4. Saraf
5. Endokrina
6. Kardiovaskular
7. Limfatik
8. Respiratori
9. Pencernaan
10. Urinari
11. Reproduktif

Organisasi kelas:
• Organisasi guru:
a) Guru membentuk pelajar dalam 5 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang
untuk perbincangan mengenai organ yang terlibat dan fungsi sistem
tubuh yang dipilih oleh guru.
b) Guru menyediakan 2 tajuk sistem tubuh yang berbeza kepada setiap
kumpulan untuk dibentangkan di hadapan kelas.
c) Guru memastikan setiap pelajar terlibat dalam aktiviti kumpulan.

• Organsasi murid:
a) Murid menyalin nota yang telah disediakan oleh guru.
b) Murid juga menanyakan tentang soalan yang berkaitan.
c) Murid menyiapkan tugasan kumpulan yang diberikan dalam kertas
manjong.
d) Hasil kerja ditampal pada dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
e) Setiap kumpulan akan menerima soalan dan komen yang berkaitan
daripada ahli kumpulan lain

Penilaian:
a) Guru menilai kefahaman murid daripada tugasan yang diberikan dan cara
mereka menerangkannya didalam kertas manjong yang disediakan.
b) Murid dapat menerangkan fungsi sistem tubuh dengan jayanya lancar dan
menepati jawapan yang sepatutnya.

Alat Bantu Mengajar (ABM) / Bahan Bantu Belajar (BBM):


• Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4
• Laptop
• LCD Projektor
• Power Point
• Kertas Manjong
• Marker Pen
Aktiviti 4: Trade-A-Problem (15 Minit)
Maklumat pengajaran dan pembelajaran:
a) Setiap sistem tubuh mestilah berfungsi dengan berkesan dan bertindak secara
harmoni dengan sistem lain untuk kemandirian organisma.
b) Ketidakstabilan terhadap sistem dalam tubuh akan memberi kesan kepada
sistem-sistem lain. Hubungkait sistem rangka dengan sistem yang lain.
c) Disertakan gambar rajah (Lampiran 4)

Organisasi kelas:
• Organisasi guru:
a) Guru meminta murid untuk memahami dan mengenalpasti setiap sistem dan
hubungkaitnya terhadap sistem lain.
b) Guru meminta seorang murid dengan sukarela untuk menghubungkait dua
sistem yang ingin dikaitan.
c) Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan yang terdiri daripda 5 orang
serta akan diberikan kertas manjong kepada setiap kumpulan dan juga marker
pen.
d) Guru memastikan murid fokus semasa proses pembelajaran, bukan sahaja
fokus kepada penerangan guru malah kepada penerangan murid lain juga.

• Organsasi murid:
a) Murid menulis nota dan memahami setiap hubungkait sistem tubuh.
b) Setiap kumpulan akan menyediakan soalan yang berkaitan hubungkait sistem
yang tidak berfungsi dengan baik terhadap sistem tubuh yang lain.
c) Beberapa soalan yang berkaitan juga ditujukan kepada guru untuk
mendapatkan penjelasan.
d) Soalan yang dibina akan ada ditukar untuk dijawab dan diselesaikan oleh
kumpulan lain.

Penilaian:
a) Guru menilai murid dari kerjasama antara satu sama lain dan juga menilai dari
kefahaman mereka.
b) Murid dapat mengenalpasti hubungkait sistem tubuh dan dapat membina soalan
mengenai tajuk 1.2.2 hubungkait antara sistem-sistem tubuh mengikut kefahaman
mereka.

Alat Bantu Mengajar (ABM) / Bahan Bantu Mengajar (BBM):


• Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4
• Gambar Rajah (Lampiran 4)
• Kertas Manjong
• Marker Pen
Aktiviti 1: Quizizz (Lampiran 5):
3. PENILAIAN
Kuiz individu berkaitan dengan anatomi dan fisiologi manusia.
(20 Minit) • Pelajar diminta untuk menjawab kuiz dirumah melaului aplikasi Quizizz.

Aktiviti 2: Kertas Soalan Struktur (Lampiran 6)

Kompenan Dan Kriteria Kemahiran Penutup


4. PENUTUP (5 Minit) Borang soal disediakan untuk dijawab oleh murid.
5. REFLEKSI • Berdasarkan soalan penialain yang telah diberikan, ianya telah mendapati bahawa
terdapat 5 orang murid mendapat markah yang kurang baik. Oleh itu, ianya
menunjukkan bahawa murid-murid tersebut berada pada tahap sederhana untuk topik
pengajaran ini dan juga tidak dapat mencapai objektif pembelajaran kali ini.

Aktiviti Peneguhan:
• Oleh kerana itu, guru telah membekalkan atau menyediakan beberapa nota interaktif
kepada murid yang masih berada pada tahap yang sederhana supaya mereka dapat
menguasai serta dapat memahami mengenai tajuk pengenalan anatomi dan fisiologi
manusia. ( Lampiran 7 )
LAMPIRAN

❖ Lampiran 1 Set Induksi ( Video Pengenalan Anatomi Dan Fisiologi )

❖ Lampiran 2 Aktiviti 2 ( Gambar Rajah Organisasi Struktur Manusia )


❖ Lampiran 3 Aktiviti 2 ( Set Soalan Organisasi Struktur Manusia )

Soalan:
1. Kimia merangkumi bahan – bahan mikroskopik yang dikenali sebagai Atom. Apakah yang terjadi
sekiranya atom-atom ini becantum?
2. Struktur sel terbahagi kepada berapa bahagian? Serta namakan bahagian tersebut dan
fungsinya.
3. Nyatakan 4 jenis tisu yang terdapat dalam tubuh manusia?
4. Nyatakan organ-organ lain yang terdapat di dalam tubuh badan manusia.

Skema Jawapan:

1. Membentuk Molekul.

2. Struktur Sel terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:


i. Membran Sel (Membran Plasma) – Mengelilingi Sel
ii. Sitoplasma – Mengisi Bahagian Dalam Sel
iii. Nukleus – Mengandungi Bahan – Bahan Genetik Dan Mengawal Aktiviti Selular.

3. 4 Jenis Tisu:
• Tisu Epitelium (Epithelial Tissue)
• Tisu Penyambung (Connective Tissue)
• Tisu Otot (Muscle Tissue)
• Tisu Saraf (Nervous Tissue)

4. Organ – Organ Lain Ialah:


• Jantung
• Paru – Paru
• Hati
• Tulang Belakang
• Perut
• Buah Pinggang
• Usus Besar
• Usus Kecil
• Usus Hujung
❖ Lampiran 4 Aktiviti 4 ( Gambar Rajah Hubungkait Antara Sistem Tubuh )
❖ Lampiran 5 Penilaian ( Soalan Quizizz )

Soalan:
Skema Jawapan:
❖ Lampiran 6 Penilaian ( Kertas Soalan Struktur )

Soalan:

1) Nyatakan definisi anatomi. (1 Markah)

2) Nyatakan definisi fisiologi. (1 Markah)

3) Nyatakan 5 sistem yang terdapat dalam tubuh manusia. (5 Markah)

4) Susun organisasi struktur tubuh manusia mengikut urutan yang betul dan terangkan secara

ringkas mengenai setiap susunan struktur tubuh manusia. (10 Markah)

5) Jelaskan kepentingan salah satu sistem tubuh manusia. (3 Markah)

6) Jelaskan hubungkait antara sistem rangka dan sistem otot ketika seseorang sedang mengangkat

tangan. (3 Markah)
Skema Jawapan:

1) Kajian terhadap struktur – struktur badan dan perkaitan antara setiap struktur.

2) Kajian tentang fungsi struktur tubuh badan.

3) Murid boleh menyatakan mana – mana sistem tubuh badan yang ada.

• Sistem Rangka
• Sistem Otot
• Sistem Limpa
• Sistem respitatori
• Sistem cardiovaskular
• Sistem urinari
• Sistem endokrin
• Sistem saraf

4) Urutan organisasi struktur tubuh manusia ( I ) serta keterangannya secara ringkas ( II ).

I. Kimia - Organel - Sel - Tisu - Organ - Sistem Organ – Organisme.


II. Kimia merangkumi bahan - bahan mikroskopik yang dikenali sebagai atom. Atom – atom yang
bergabung akan membentuk molekul kecil. Kemudian, daripada molekul - molekul kecil ini
ianya akan membentuk makromolekul dan seterusnya makromolekul ini akan bergabung dan
membentuk organel. Selain itu, apabila organel - organel ini terbentuk maka sel akan
terbentuk. Seterusnya, sel akan bertambah banyak dan membentuk tisu. Tisu yang terbentuk
akan berkumpul dan membentuk satu organ yang lengkap dan organ tersebut akan
membentuk satu sistem atau fungsi yang berbeza. Apabila organ - organ yang terbentuk
lengkap maka organ - organ tersebut akan digunakan bagi membentuk satu sistem tubuh
yang lengkap. Akhir sekali, apabila sistem - sistem tubuh terbina maka wujudlah satu
organisme.

5) Sistem rangka merupakan satu sistem yang penting kepada manusia kerana sistem rangka
berfungsi untuk memberi bentuk badan manusia dan membantu manusia bergerak. Jika sistem
rangka tidak wujud maka setiap manusia tidak akan mempunyai bentuk badan yang sama.
Manusia juga tidak dapat bergerak kerana tiada sistem ini. Bukan itu sahaja, organ - organ
manusia juga tidak dapat dilindungi dan berkemungkinan organ manusia mudah untuk cedera.

6) Sistem rangka dan sistem otot berkait rapat bagi manusia melakukan sebarang pergerakan kerana
otot akan digunakan bagi menarik tulang semasa pergerakan dilakukan. Ketika seseorang
mengangkat tangan, otak akan menghantar isyarat kepada otot di bahagian bahu untuk mengecut
kemudian tendon yang menghubungkan tulang dengan otot akan menarik tulang di bahagi3an
tangan untuk tangan diangkat. Semasa tangan diturunkan otak sekali lagi menghantar isyarat
kepada otot di bahagian bahu untuk mengendur dan tangan akan diturunkan.
❖ Lampiran 7 Refleksi ( Aktiviti Peneguhan )

Anda mungkin juga menyukai