Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN MINGGU BAHASA ARAB 2020

Tarikh           : 23-27 Februari 2020


Hari : Ahad - Khamis
Tempat : Sekolah Agama Taman Scientex
Sasaran : Semua murid tahun 1- 6 & guru

Minggu bahasa arab adalah satu daripada aktiviti yang dimasukkan dalam takwim Panitia
Akademik dan Kokurikulum persekolahan bagi tahun 2020. Ini kerana pihak sekolah berasa
program ini perlu bagi memupuk minat dan kebolehan murid- murid dalam menguasai Bahasa
Arab. Lebih–lebih lagi Bahasa Arab telah di perluaskan di sekolah- sekolah seluruh Malaysia.

Jawatankuasa Panitia Akademik dan Kokurikulum telah mengadakan Minggu Bahasa


Arab seperti ketentuan di atas. Program ini telah disertai oleh semua pelajar dari murid tahun 1
hingga murid Tahun 6. Program ini telah dikendalikan oleh ahli jawatankuasa dengan kerjasama
semua guru.

Program ini dimulakan dengan majlis pelancaran yang telah disempurnakan oleh Puan
Guru Besar SATS , Ustazah Rosmah Binti Sariat, pada 23 Februari 2020 bertempat di tapak
perhimpunan. Dalam ucapannya, beliau menggalakkan murid- murid berkomunikasi dalam
bahasa arab . Selain itu beliau juga merakamkan setinggi- tinggi ucapan tahniah dan terima kasih
kepada semua ahli jawatankuasa kerana melaksanakan program ini . Semoga ianya dapat
memberi impak yang baik kepada semua.

Laporan aktiviti mengikut tahun


Pertandingan mewarna ( Tahun 1,2 dan 3)

Pertandingan ini diadakan semasa proses p&p Bahasa Arab. Semua murid tahun 1,2 dan 3
di berikan sekeping kertas perkataan ( bahasa Arab) untuk diwarnakan mengikut kekreatifan
masing- masing. Objektif diadakan adalah supaya murid dapat mengenal dan membezakan
huruf- huruf Al Arabiyyah.

1
Pertandingan menghafaz kalimah arab ( Tahun 1 hingga Tahun 6)

Pertandingan ini diadakan pada hari Isnin (24 Februari 2020) . 1 orang peserta wakil dari
setiap kelas diberikan sehelai kertas yang mengandungi 10 perkataan bahasa arab untuk Tahap 1,
dan 20 perkataan Bahasa arab utuk Tahap . Pada hari pertandingan tersebut, peserta diminta
untuk menulis perkataan yang disebut oleh juri diatas kad imbas yang disediakan. Objektif
diadakan adalah supaya murid dapat menghafaz dan menggunakan perkataan arab tersebut dalam
kehidupan seharian.

Pertandingan Teka Silangkata (Tahun 4)

Pertandingan ini diadakan pada hari Isnin (24 Februari 2020). Pertandingan ini telah
disertai oleh semua murid dari tahun 4. Pertandingan diadakan semasa p&p Bahasa Arab dan
guru kelas dikehendaki memilih 3 peserta terbaik dan diserahkan kepada juri pertandingan untuk
disaring lagi. Objektif diadakan adalah supaya murid lebih peka dengan kalimah arab yang telah
dipelajari sebelumnya.

Pertandingan Hiwar ( Tahun 4, 5,dan 6)

Pertandingan ini diadakan pada hari Selasa (25 Februari 2020) di Pusat Sumber.
Pertandingan ini telah disertai oleh murid tahun 4,5, dan 6. Setiap kelas menghantar 1 kumpulan
wakil lelaki dan 1 kumpulan wakil perempuan. 1 kumpulan hanya dua orang murid yang
terlibat.Objektif pertandingan ini adalah untuk melatih dan memupuk keberanian murid dalam
menuturkan Bahasa arab didalam perbualan seharian.

Pertandingan Kalam Jamaie( Tahun 5 dan 6)

Pertandingan ini telah diadakan pada hari Khamis (27 Februari 2020) bertempat didewan
Sekolah Agama Taman Scientex. Sebanyak 8 kumpulan wakil dari Tahun 5 dan 6 telah
menyertai pertandingan ini. Objektif pertandingan ini ialah untuk mencungkil bakat dan

2
memberikan pendedahan kepada murid. Ia juga melatih murid untuk menuturkan Bahasa Arab
dengan lebih baik dari segi sebutan.

PENILAIAN KESELURUHAN

Kekuatan : Perancangan awal dan rapi untuk menjayakan program ini.


: Mendapat sokongan yang sangat baik dari pihak sekolah.

Kelemahan : Suasana minggu bahasa arab kurang dirasai kerana aktiviti hanya di
adakan di dalam kelas sahaja.

Cadangan : Merancang dengan lebih terliti supaya murid- murid lebih bersemangat
melibatkan diri dalam aktiviti- aktiviti minggu bahasa arab

Secara keseluruhannya Minggu Bahasa Arab ini telah berjaya menanam minat murid-
murid untuk mempelajari bahasa arab. Ini dilihat dari komitmen murid- murid dalam
menjalankan aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan. Aktiviti – aktiviti yang telah dirancang
berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang di kehendaki sesuai dengan tema “Kearah
Memperkasakan Bahasa Arab”.

PENUTUP
Sekalung penghargaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang dan
ruang kepada Panitia Akademik dan Kokurikulum Sekolah Agama Taman Scientex untuk
menjalankan Minggu Bahasa Arab ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua guru yang
memberikan sokongan juga menyumbangkan idea- idea bagi memantapkan lagi program ini.

Pada 27 Februari 2020, majlis penutup Minggu Bahasa Arab diadakan didewan Sekolah
Agama Taman Scientex. Setiap pemenang menerima hadiah yang telah disediakan oleh Panitia
Akademik dan Kokurikulum. Semoga program ini akan memberikan natijah yang baik kepada
semua murid dan guru sebagai langkah memperkasakan bahasa arab untuk membina jati diri
insan mukmin.

3
Sekian, Wassalam.

Laporan disediakan oleh :

NOOR AKMA BINTI KAMAN


Setiausaha Minggu Bahasa Arab

Aktiviti Minggu Bahasa Arab

Bil Aktiviti Tahun

1. Mewarna Gambar Tahun 1,2,3


2. Menghafaz Kalimah Bahasa Arab Tahun 1-6
3. Teka Silangkata Tahun 4
4. Tasrif Feel Madhi Tahun 5
5. Hiwar Tahun 4,5 dan 6
6. Kalam Jamaie Tahun 5 dan 6

4
Gambar Sekitar Minggu Bahasa Arab

Pertandingan menghafaz kalimah arab Arab.

5
Pertandingan perbualan dalam bahasa arab ( Hiwar).

6
Pertandingan Teka Silangkata dan Tasrif Feel Madhi

7
Pertandingan Kalam Jamaie

Disediakan oleh,

……………………….

(Ustazah Noor Akma Binti Kaman)

Setiausaha Program Minggu Bahasa Arab

Disahkan oleh,

…………………………

( Ustazah Rosmah Binti Sariat)

Guru Besar Sekolah Agama Taman Scientex

Anda mungkin juga menyukai