Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN PENDIDIKAN LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 1
SEMESTER SEMESTER 2 SVM SESI 2017/2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI AWAM

PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN / SVM

KOD/KURSUS WTP 2022 CONCRETE WORK

KANDUNGAN
01. CONCRETE WORK
STANDARD

1. Perform concrete pouring work.


KANDUNGAN
2. Carry out concrete curing process.
STANDARD UNIT
3. Coordinate concrete work inspection.

Trainee must be able to:


KANDUNGAN
 Perform concrete pouring work.
STANDARD
 Carry out concrete curing process.
PEMBELAJARAN
 Coordinate concrete work inspection.

WTP 2022/K 01/NK 01-03


NO KOD
EDISI 2/MEI 2017
MUKA : 01 DARIPADA 7
TP-333-1:2014-C04
NO KOD JPK
TP-300-2:2016-C01

TAJUK: MENUANG KONKRIT (CONCRETE POURING)


NO. KOD WTP 2022/K 01/NK 01-03 Muka : 2 drp : 7

TUJUAN
Pelatih yang menamatkan modul ini boleh menempat dan memadatkan konkrit
menggunakan perkakas dan peralatan dengan kaedah yang betul mengikut
piawaian dan standard yang telah ditetapkan.

PENERANGAN
1.0 PENDAHULUAN
Dalam kerja konkrit selain dari menjaga nisbah bancuhan bagi mengekalkan kualiti
konkrit dan hasil kerja yang baik,terdapat beberapa proses kerja yang menjadi
faktor penentu.
Menuang dan memadatkan konkrit merupakan dua proses daripada lima
proses kerja konkrit yang menjadi faktor penentu kepada kualiti struktur konkrit
yang dibina. Konkrit yang ditempatkan dengan prosedur yang betul dan
pemadatan konkrit yang dilakukan dengan seragam dan sempurna sudah pasti
memberi kesan kualiti yang terbaik. Kualiti konkrit yang baik akan menjamin
kekuatan struktur konkrit. Bagi lebih jelas dua proses yang menjadi tajuk utama
iaitu menempat dan memadatkan konkrit akan di bincang secara terperinci.

2.0 PROSES DALAM KERJA KONKRIT


Terdapat 5 proses dalam kerja-kerja konkrit:
i. Membancuh konkrit (Mixing concrete)
ii. Mengangkut Konkrti (Transporting concrete)
iii. Menempat/menuang konkrit (Placing concrete)
iv. Memadat konkrit (Compacting concrete)
v. Pengawetan Konkrit (Curing concrete)

3.0 MENEMPAT/MENUANG KONKRIT


Menempat/menuang konkrit adalah peringkat proses kerja paling penting yang
menentukan hasil kerja kerana pada peringkat ini beberapa prosedur perlu
dipatuhi. Prosedur yang perlu diikut menyatakan:
(a) Konkrit hendaklah dituang sebaik sahaja siap dibancuh.
(b) Ia perlu dituang berperingkat-peringkat sehinggalah memenuhi kotak
acuan. Setiap peringkat tuangan hendaklah dimampatkan.Kaedah ini
adalah perlu kerana ia dapat membantu memadatkan konkrit secara
keseluruhan dari bawah ke atas. Penuangan yang serentak menyebabkan
NO. KOD WTP 2022/K 01/NK 01-03 Muka : 3 drp : 7

pemadatan konkrit dibahagian bawahnya tidak dapat dilakukan. Keadaan


ini adalah tidak baik bagi penghasilan struktur berkualiti.
(c) Segala kekotoran seperti abuk kayu pada kerjabentuk hendaklah dibuang
sebelum tuangan konkrit dibuat.
(d) Kerjabentuk/kotak acuan perlu dibasahkan terlebih dahulu bagi
memastikan kandungan air dalam bancuhan konkrit tidak diserap oleh kayu
yang kering
(e) Permukaan dalam kotak acuan hendaklah disapu dengan minyak hitam
atau air sabun atau kapur supaya konkrit tidak melekat pada permukaan
tersebut.Minyak hitam hendaklah disapu terlebih dahulu sebelum tetulang
diletak di dalam kerjabentuk. Ia bagi mengelakkan minyak hitam terkena
pada besi tetulang. Konkrit tidak akan melekat pada permukaan besi
tetulang yang berminyak. Akibatnya kekukuhan gabungan antara tetulang
dan konkrit terjejas.
(f) Jika permukaan konkrit akan dilepa, permukaan dalam kerjabentuk tidak
boleh disapu minyak hitam kerana lapisan lepa tidak akan melekat pada
permukaan yang berminyak.
(g) Selain dari itu terdapat beberapa kaedah yang perlu diberi perhatian
semasa kerja-kerja penempatan dan penuangan konkrit berdasarkan
keadaan kerja-kerja konkrit yang perlu dilakukan.
i. Kerja konkrit Menegak
ii. Kerja Konkrit Mendatar
 Tuangan dilakukan bagi struktur lantai bawah padu dan lantai atas.
 Konkrit perlu dituang terus menerus hingga selesai memenuhi ruang
yang ditetapkan.
 Konkrit perlu diratakan dan tidak dibiarkan berlonggok-longgok
hingga melebihi ketebalan kerjabentuk.
 Tuangan konkrit dilakukan berlapis-lapis dan setiap lapisan
dipadatkan. Sewaktu menuang konkrit untuk lapisan atas, lapisan
dibawahnya hendaklah masih basah.

3.1 Persediaan Sebelum Menuang Konkrit

Lantai Bawah Padu


i. Tapak kerja disediakan dengan baik dan bersesuaian.
ii. Tapak tanah hendaklah dipadatkan dengan mesin pemadat atau
menggunakan rammer.
NO. KOD WTP 2022/K 01/NK 01-03 Muka : 4 drp : 7

iii. Tapak tanah hendaklah disiram air supaya mendapan mudah berlaku dan
membantu pemadatan tapak
iv. Jika kerja konkrit perlu dilapiskan,permukaan terdahulu perlu bebas dari
bahan-bahan yang boleh melemahkan ikatan konkrit seperti minyak, cat
habuk dan sebagainya.

3.2 Kaedah Menuang Konkrit


Penuangan konkrit boleh dilakukan dengan 2 cara, iaitu:
(a) Kaedah Mesin
(b) Kaedah Insani

KAEDAH MENUANG KONKRIT


Cara menuang konkrit yang betul adalah seperti berikut:
1. Konkrit basah perlu dituang ke dlm acuan mengikut cara yang terbaik bertujuan utk
mengelakkan berlakunya pengasingan dan lelehan.
2. Ia perlu dituang mengikut turutan yang teratur, dari satu struktur ke satu struktur yg
lain.
3. Penuangan perlu dilakukan secara berlapis dgn tebal setiap lapisan adalah antara
300 - 450 mm dan pemadatan perlu dilakukan sebaik sahaja konkrit ditempatkan.
4. Konkrit perlu diangkut secepat yang mungkin dari alat pembancuhan.
5. Cara penuangannya perlu dilakukan dengan betul untuk mengelakkan pengasingan
bahan-bahan yang sedia ada atau kehilangan bahan-bahan bancuhan.
6. Konkrit hendaklah dituang sedekat yang mungkin ke tempat tuangan yang
dikehendaki untuk mengelakkan tuangan semula atau pengaliran.
7. Konkrit perlu dituang di tempat-tempat yang dikehendaki dengan secepat mungkin.
8. Konkrit yang dituang perlu dipadatkan sepenuhnya dengan menggunakan alat
penggetar berjentera.
9. Konkrit perlu dipadatkan sepenuhnya sehingga ke sudut-sudut acuan dengan
menggunakan papan pemadat.
10. Alat getar berjentera hanya boleh digunakan untuk memadat konkrit dan bukan
digunakan untuk menempatkan konkrit ke bahagian-bahagian yang tertentu.
11. Konkrit di antara dinding-dinding acuan hendaklah dipadatkan dengan alat getar dari
jenis benam dan konkrit untuk papak-papak yang tidak menggunakan acuan dari
jenis permukaan atau alat getar dari jenis rasuk atau jenis-jenis lain yang diluluskan.

4.0 PEMADATAN KONKRIT

(a) Pemadatan konkrit bertujuan mengeluarkan udara yang terperangkap


dalam konkrit.
(b) Kandungan udara boleh menyebabkan:
i. Kekuatan dan ketahanlasakan konkrit terjejas.
NO. KOD WTP 2022/K 01/NK 01-03 Muka : 5 drp : 7

Kandungan udara akan mengurangkan kekuatan konkrit. Bagi setiap


1% udara yang teperangkap,kekuatan konkrit akan menurun sekitar
antara 5% - 7%.Bermakna konkrit mengandungi 5% kandungan udara
yang disebabkan ketidaksempurnaan pemadatan boleh menghilangkan
sebanyak 1/3 daripada kekuatannya.
ii. Mengurangkan sifat ketelapan konkrit.
Jika konkrit tidak tumpat dan tidak telap,ia akan menjadikan konkrit tidak
tahan air,menyebabkannya tidak mampu terdedah dengan cecair
secara aggresif.Permukaan yang terdedah akan terjejas teruk dengan
cuaca. Kelembapan dan udara akan dapat menyerap sehingga kepada
besi tetulang dan boleh menyebabkan karat.
iii. Daya pegangan antara konkrit dan besi tetulang lemah.
Kandungan udara menyebabkan pegangan antara konkrit dan tetulang
menjadi lemah. Ikatan yang diperlukan tidak akan tercapai dan anggota
tetulang tidak sekuat sepertimana sepatutnya.
iv. Terjadi lubang seni dan sarang lebah (honeycomb)
Kandungan udara menyebabkan kecacatan pada permukaan contohnya
lubang seni dan honeycomb

Kaedah Pemadatan Konkrit


Pemadatan konkrit dilakukan dengan 2 kaedah iaitu cara tangan melalui cucukan
dan cara mesin melalui getaran mesin. Kedua-dua kaedah ini akan dapat
membantu membebaskan udara dalam konkrit dan seterus menghapuskan kesan
yang disebabkan oleh kewujudan udara dalam konkrit.

i. Menggunakan Tangan
(a) Sesuai untuk kerja kecil dan tidak komplek.
(b) Menggunakan kayu atau rod keluli sebagai pemadat.
(c) Mengetuk kotak acuan dengan tukul besi.
(d) Menggunakan rammer (untuk lantai konkrit).

ii. Menggunakan Mesin Pengetar


(a) Mesin yang digunakan dipanggil “Mesin Getar Dalam”
Ia mempunyai motor dan satu selinder keluli yang disambung dengan
kabel kepada motornya. Digerakkan dengan kuasa letrik. Apabila motor
dihidupkan, selindernya akan bergetar. Getaran dari selinder ini
membolehkan konkrit dipadatkan dengan berkesan. Cara
NO. KOD WTP 2022/K 01/NK 01-03 Muka : 6 drp : 7

menggunakannya adalah dengan memasukkan selinder yang bergetar


ke dalam konkrit pada setiap peringkat penuangan konkrit.Kedudukan
selinder hendaklah tegak dan digerakkan ke arah yang betul.
Penggunaan mesin getar lazimnya sesuai untuk kerja bersekala besar
kerana kemampuannya memadatkan konkrit dengan cepat. Operasi
mesin getar yang membolehkan penyebaran konkrit ke bahagian lain
berlaku dengan mudah menghasilkan pemadatan konkrit yang seragam
dan seterusnya menghasilkan keputusan yang memuaskan.

Tempoh masa yang diambil bagi operasi getaran memadatkan konkrit


sepenuhnya bergantung kepada:
 Kebolehkerjaan konkrit – Semakin kurang kebolehkerjaan
bancuhan, semakin lama ia perlu digetarkan.
 Tenaga yang dibekalkan pada pengetar – Pengetar yang lebih
besar melakukan kerja dengan lebih cepat.
 Kedalaman konkrit – Seksyen yang lebih tebal mengambil masa
yang lebih lama.

Peraturan dan Teknik Memadatkan Konkrit


Penggunaan alat getar (poker vibrator) perlu dimanfaat sepenuhnya. Pemadatan
dengan alat getar perlu dilakukan dengan cara yang betul kerana kecuaian boleh
menyebabkan konkrit tidak terpadat sepenuhnya.

(a) Kelebihan jenis alat getar Dalam ialah:


 Alat ini menghasilkan konkrit yang bermutu tinggi
 Tahan lasak

Ia mudah dibawa dan dipindahkan kerana saiz enjinnya kecil Ia mempunyai


beberapa saiz pin getaran yang mudah ditukar untuk menyesuaikan jenis kerja
seperti tembok, rasuk, tiang, asas dan lain-lain lagi.

5.0 KEKUATAN KONKRIT


Kekuatan konkrit amat bergantung kepada reaksi hidrasi. Air memainkan peranan
kritikal terutama kandungan yang digunakan. Kekuatan konkkrit meningkat apabila
kurang air digunakan untuk membancuh konkrit. Reaksi hidrasi konkrit
menggunakan jumlah kandungan air tertentu. Konkrit sebenarnya dicampur
NO. KOD WTP 2022/K 01/NK 01-03 Muka : 7 drp : 7

dengan air yang banyak melebihi dari apa yangdiperlukan untuk reaksi hidrasi.
Aliran konkkrit diperlukan bagi mencapai pengisian dan komposisi kerja bentuk.
Air yang tidak digunakan dalam reaksi hidrasi akan tertinggal dalam liang
mikrostruktur. Liang-liang ini menjadikan konkrit lemah disebabkan berkurangnya
pembentukan kekuatan ikatan hidrat kalsium silicate. Ada di antara liang-liang
masih tertinggal tidak kira sebaik mana konkrit dipadatkan.

Anda mungkin juga menyukai