Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN

KURSUS KEPIMPINAN WIRA “SKAT ONE”


PADA 04 DISEMBER 2021 (SABTU)

1. Nama Program : Kursus Kepimpinan Wira SKAT ONE

2. Tarikh : 04 Disember 2021

4. Tempat : Kantin Sekolah

5. Objektif :
1. Mencungkil potensi kepimpinan dalam diri setiap SLB dan
Pengawas Am agar menjadi contoh murid terbilang di
peringkat sekolah.
2. Meningkatkan rasa sayang dan cinta ahli SLB dan
Pengawas Am terhadap sekolah itu sendiri dengan cara
menerapkan sikap bertanggungjawab sebagai seorang
pemimpin.
3. Mengukuhkan sifat kepimpinan dalam diri setiap ahli SLB
dan Pengawas Am.
4. Menyemai sikap jati diri dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin di sekolah.

6. Sasaran : 48 orang murid (SLB dan Pengawas Am)

7. Butiran aktiviti :
1. Kursus di hadiri oleh murid yang terlibat iaitu murid SLB dan
Pengawas Am, seawal 8.00 pagi.
2. Pendaftaran murid bermula pada jam 8.30 pagi
3. Kursus dimulakan dengan bacaan doa daripada Cikgu Shahrom
Bin Misran.
4. Slot pertama kursus disampaikan oleh Guru Besar SK Felada
Air Tawar 1, Pn. Jamaliah Binti Abdul Hamid.
5. Murid berehat pada jam 10.00 pagi.
6. Kursus diteruskan dengan aktiviti “ice-breaking” yang
dikendalikan oleh Cik Ainul Basirah Bt Hassan.
Aktiviti :
i. Pembahagian mengikut kumpulan
ii. Pemilihan ketua setiap kumpulan
7. Kursus diteruskan dengan LDK pertama yang dikendalikan
oleh Cik Nur Mardhiah Binti Mohd Zulsyafiq Tiew. (Sekolah
Terbakar)
8. Kursus diteruskan dengan LDK kedua yang dikendalikan oleh
Cikgu Mohd Firdaus. (Radio Rosak).
9. Penyampaian hadiah pemenang setiap kumpulan.
10. Kursus tamat pada jam 12.30 tengahari.

8. Penilaian Program
8.1 Kekuatan Program :
1. Kursus berjalan dengan lancar dan menepati
matlamat serta objektif program.

2. Respon daripada murid-murid berkaitan adalah sangat


aktif.

3. Penglibatan dan kehadiran murid sangat


memberangsangkan.

4. Penceramah dapat menyampaikan mesej dan info


Kepimpinan yang berkesan terutama kepada murid-
murid SLB dan Pengawas Am.
8.2 Kelemahan Program :
1. Masih terdapat segelintir ibubapa yang kurang cakna
dengan kursus yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

2. Kekangan masa menyebabkan banyak aktiviti yang


tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

8.3 Cadangan Penambahbaikan:


1. Cuba memilih masa yang sesuai untuk menjakankan
kursus.
2. Cuba menjemput kesemua barisan kepimpinan untuk
menyertai program.
3. Memperbaiki aktiviti supaya menjadi lebih menarik dan
berkesan

Disediakan oleh :

……………………………….......................
(AINUL BASIRAH BT HASSAN)
Unit Bimbingan dan Kaunseling.
SK Air Tawar 1, Kota Tinggi Johor.
Tarikh: 07 Disember 2021

LAMPIRAN BERGAMBAR

Anda mungkin juga menyukai