Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM

1. Nama Program : PEMANTAPAN DISIPLIN DAN SAHSIAH MURID

2. Tarikh : 31 JANUARI 2020

3. Hari / Masa : Jumaat / 8.30 pagi – 10.30 pagi

4. Tempat : Dewan Lestari

5. Objektif :
I. Melahirkan murid yang mempunyai azam dan
iltizam untuk lulus dengan cemerlang dalam UPSR.
II. Memberikan semangat dan kekuatan mentaliti
serta emosi pelajar untuk menghadapi UPSR .

6. Sasaran : Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Sekolah,


Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Kelas
Tahap 2

7. Butiran aktiviti :
I. Aktiviti ini adalah hasil usaha kerjasama antara kaunselor berdaftar,
unit disiplin dan pihak penceramah luar
II. Penceramah membimbing dan menyedarkan murid tentang
kepimpinan mereka sebagai seorang pemimpin di sekolah ini.
III. Penceramah memberi kesedaran dalaman kepada murid-murid.
IV. Penceramah mencungkil potensi murid dan memotivasikan murid
untuk meningkatkan keyakinan dan kecemerlangan.

8. Penilaian Program

8.1 Kekuatan Program:


I. Kumpulan kecil murid memudahkan penceramah berinteraksi
dengan murid.
II. Pemimpin sekolah yang terdiri daripada murid-murod yg bagus dan
mendengar kata.
III. Kerjasama yang baik antara penceramah dan pihak sekolah

8.2 Kelemahan Program:


I. Kehadiran murid tidak 100%
II. Ceramah kepimpinan ini bermula agak lewat daripada masa yang
telah dirancang berikutan majlis watikah selesai agak lewat dari
masa yang dirancang.
8.3 Cadangan Penambahbaikan:
I. Program perlu dilaksanakan secara berkala.
II. Tempat program perlu diubah kepada tempat yang lebih selesa
III. Membuat pengumuman kepada tahun 6 lebih awal terhadap
program tersebut

9. Dokumentasi Bergambar : ada

Anda mungkin juga menyukai