Anda di halaman 1dari 9

SKRIP JURUACARA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN


KURSUS LARAS BAHASA, PROTOKOL DAN PENGANJURAN MAJLIS RASMI
2019

BIL AGENDA TEKS CATATAN


PENGUMUMAN Dipersilakan para hadirin duduk di tempat yang disediakan kerana majlis akan
bermula dalam masa yang terdekat.

Para hadirin yang dihormati, demi kelicinan perjalanan majlis kita pada petang
ini, izinkan saya memaklumkan beberapa perkara untuk diberi perhatian;
1. Penggunaan telefon bimbit adalah tidak digalakkan, Justeru saya mohon
para hadirin menetapkan telefon bimbit masing-masing dalam mod senyap
atau getaran.

2. Sila berada di tempat duduk masing-masing sehingga majlis selesai.

3. Semasa pengumuman ketibaan tetamu kehormat, para hadirin diminta


berdiri sehinggalah tamat nyanyian lagu Negaraku.
Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama hadirin
sekalian.

1
1. Ketibaan perasmi Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Musa bin Ismail, Timbalan Narol
Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat , diiringi oleh Yang berusaha, Encik
Mohammad Thani bin Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Cheras
Jaya dan tetamu-tetamu jemputan ke Majlis Perasmian Penutupan Kursus
Laras Bahasa, Protokol dan Penganjuran Majlis Rasmi 2019.
Q: MUZIK
GAMELAN.
MUZIK
GAMELAN
BERHENTI,
NYANYIAN
LAGU
NEGARAKU

2 Nyanyian lagu Narol


Negaraku Semua hadirin dipersilakan duduk. Q: Selesai nyanyian
lagu Negaraku

3. Ucapan Alu-aluan Bismillahirrahmanirrahim…. Roniza


Pengerusi Majlis
Ke Pekan Nilai membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;

2
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Assalamualaikum wbt, dan Salam Sejahtera.

Yang Berbahagia Encik Musa bin Ismail


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat,

Yang Berusaha En. Mohamad Thani bin Abdullah,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya,

Yang Berusaha En. Amran bin Anuwar,


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat Bahasa Melayu Sekolah
Rendah

Yang berusaha, barisan Pensyarah Jabatan Perhubungan Awam dan Jalinan


Luar Institut Pendididkan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu selaku
fasilitator, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian.

Sirih pinang dalam jambangan,


Indah berseri menghiasi pagi;
Hadirmu tuan mengukir kenangan,
Menyuntik semangat kami di sini.

Pihak majlis mengalu-alukan kedatangan Yang Berbahagia Encik Musa bin

3
Ismail, para tetamu jemputan serta para hadirin ke Majlis Penutupan
Perasmian Kursus Laras Bahasa, Protokol dan Penganjuran Majlis Rasmi 2019
pada hari ini.

Untuk pengetahuan Yang Berbahagia dan hadirin sekalian, Kursus Laras


Bahasa , Protokol dan Penganjuran Majlis Rasmi ini telah berlangsung selama
3 hari bermula 9 April 2019 hinggalah hari ini 11 April 2019. Kursus ini
disertai oleh 38 orang guru sekolah menengah dan sekolah rendah daerah Hulu
Langat.

4. Bacaan doa. Warga dewan yang dihormati, Roniza


Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Encik Mustakim bin
Burhanuddin. Dipersilakan.
Q: selesai bacaan
doa
 Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima
kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

5. Ucapan Alu-aluan Sidang dewan yang dikasihi, Narol


Guru Besar Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Encik Mohammad

4
Thani bin Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya selaku tuan
rumah untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Q : selesai ucapan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan.

6. Ucapan Perasmian Hadirin yang dihormati,


Oleh Makan durian bersama pulut, Narol
Yang Berbahagia Duduk bersembang atas serambi, Nota:
Tuan Timbalan PPD Tampillah tuan kami menjemput, (Majlis
Bersama ucapan kata perasmi. mempersilakan
Tuan Guru Besar
Kini, majlis dengan sanjung hormat dan semarak rasa mempersilakan Yang untuk sama-sama
Berbahagia Encik Musa bin Ismail , Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah tampil ke pentas)
Hulu Langat untuk menyampaikan ucapan perasmian seterusnya
menyempurnakan gimik perasmian penutupan pada petang ini.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

7 Persembahan Montaj Hadirin yang dihormati sekalian, Q: Selesai montaj

5
Rasmilah sudah majlis kita pada hari ini.
Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampian sijil dan cenderamata kepada Roniza/Narol
8.
cenderamata dan Sijil fasilitator dan peserta-peserta Kursus Laras Bahasa, Protokol dan Penganjuran
AJK PIBG Majlis Rasmi 2019.
(Jika tetamu sudah turun dari pentas).
Majlis dengan takzim memohon agar Yang berbahagia, Encik Musa bin
Ismail , Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat , dan Yang
berusaha, Encik Mohamad Thani bin Abdullah, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Cheras Jaya tampil ke pentas untuk menyempurnakan acara.

Q: Baca senarai peserta kursus diikuti senarai fasilitator.

Q: Selesai penyampaian sijil


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Musa bin Ismail
kerana sudi menyempurnakan upacara itu tadi.

9 Persembahan Seterusnya, marilah kita nikmati persembahan istimewa yang akan


dipersembahkan oleh Kumpulan Lentera Puisi. Kumpulan ini terdiri daripada
10 orang guru daerah Hulu Langat yang juga merupakan peserta kursus ini.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan tadi.

6
10. Kata Penutup Dengan berakhirnya persembahan itu, maka majlis kita sudah tiba di
penghujungnya. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga diucapkan
kepada Yang Berbahagia Encik Musa bin Ismail atas kesudian meluangkan
masa menghadiri majlis pada hari ini.
Terima kasih juga kepada pihak pengurusan sekolah yang memberi kebenaran
kepada kami untuk melaksanakan program ini.
Sekalung penghargaan jjuga ditujukan kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana
merangkap peserta-peserta kursus yang membuktikan bahawa kita telah
mencapai objektif kursus yang telah disertai.

Sebelum menutup tirai Majlis Perasmian ini, kami memohon ampun dan maaf
andai tersalah kata tersilap bicara sepanjang mengacarakan majlis pada petang
ini.

11 Majlis mengumumkan Yang berbahagia Musa bin Ismail, Timbalan Pegawai


VVIP
Pendidikan Daerah Hulu Langat , bergerak meninggalkan dewan diiringi oleh
MENINGGALKAN tetamu-tetamu jemputan.
DEWAN

Sekian. Wassalam…

7
PEMBERITAHUAN SEBELUM MAJLIS
8
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA,

MOHON PERHATIAN KEPADA SIDANG HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS AKAN BERMULA SEBENTAR LAGI.

SAYA MOHON AGAR TELEFON BIMBIT TUAN-TUAN DILETAKKAN DALAM MODE SENYAP ATAU GETARAN AGAR
TIDAK MENGGANGGU MAJLIS PADA PAGI INI.

SEDIKIT MAKLUMAN TENTANG PERJALANAN MAJLIS INI.

1. SEBAIK SAHAJA JURUCARA MENGUMUMKAN KETIBAAN PERASMI, MOHON SEMUA HADIRIN BERDIRI
SEHINGGALAH TAMAT NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU NEGERI SELANGOR.

2. SEPANJANG MAJLIS PERASMIAN BERLANGSUNG, PARA HADIRIN DIMINTA AGAR BERADA DI TEMPAT DUDUK
MASING-MASING DENGAN TENANG.

3. SEBAIK-BAIK SAHAJA PERASMI MENINGGALKAN MAJLIS, MESYUARAT AGUNG AKAN BERMULA. MAKA DIMINTA
IBU BAPA DAN PENJAGA SERTA GURU-GURU TERUS BERADA DI DALAM DEWAN INI SEHINGGA MESYUARAT
TAMAT.

KERJASAMA TUAN-TUAN AMAT DIHARAPKAN DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai