Anda di halaman 1dari 2

Laporan Tentang Kelemahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam

dan Cadangan Untuk Mengatasinya

1.0 Pendahuluan
Pengangkutan awam amat penting dalam kehidupan zaman sekarang. Pengangkutan
awam membantu masyarakat bergerak ke mana-mana tempat terutamanya tempat yang
jauh. Antara contoh pengangkutan awam ialah bas, teksi, kereta api, komuter, LRT dan
ETS. Saya sebagai Setiausaha Unit Keselamatan Awam ingin melaporkan tentang
kelemahan perkhidmatan pengangkutan awam dan cadangan untuk mengatasinya.

2.0 Jawatankuasa
Pengerusi: Haziq Izzuddin bin Anuar
Naib Pengerusi: Nuraina Maisarah binti Kamarul Ariffin
Setiausaha: Nurul Kamelia binti Roslan
Bendahari: Hadira binti Bokhari
Ahli jawatankuasa:
i) Nur Enalyna Amira binti Zainal Abidin
ii) Nur Syahirah binti Zulkifli

3.0 Kelemahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam


3.1 Jumlah Kenderaan Awam Tidak Mencukupi
Kenderaan awam di sekitar pekan dan bandar didapati tidak mencukupi.
Misalnya, di bandar hanya terdapat dua buah stesen bas sahaja. Hal ini
menyebabkan penumpang akan berebut-rebut untuk mendapatkan bas supaya
tidak ketinggalan. Penumpang yang ketinggalan terpaksa menunggu bas yang
seterusnya pada tempoh yang lama. Ada juga penumpang yang terpaksa
menaiki teksi yang kurang selesa untuk menjimatkan masa mereka sampai ke
tempat yang ingin dituju.
3.2 Keadaan Fizikal Pengangkutan Awam Tidak Sempurna
Keselesaan dan keselamatan pengguna pengangkutan awam amat penting.
Keadaan pengangkutan awam kini kurang baik dan tidak selesa. Sebagai contoh,
kerusi di dalam kenderaan tersebut terkoyak dan berlubang. Bukan itu sahaja,
ada juga kenderaan yang mempunyai bau hapak dan penghawa dingin tidak
berfungsi yang menyebabkan penumpang tidak selesa dan kepanasan.
Sesetengah kenderaan awam juga terdapat sampah sarap seperti plastic-plastik
makanan, tin-tin minuman kosong dan air kotak. Selain itu, terdapat juga
kenderaan yang sudah lama dan tidak diselenggara. Hal ini menyebabkan
kenderaan tersebut cepat rosak dan tidak selamat.
3.3 Kadar Tambang Yang Tidak Sepadan Dengan Kualiti Perkhidmatan
Kebanyakannya pemandu kenderaan awam yang berkualiti rendah gemar
mengenakan bayaran yang tinggi. Hal ini menyebabkan ramai penumpang
berasa marah dan tidak puas hati terhadap jumlah bayaran tambang yang
dikenakan. Pemandu sesuka hati menyebut harga yang perlu penumpang bayar
tanpa merujuk meter yang disediakan di dalam teksi. Penumpang terpaksa
berhabis duit terhadap pengangkutan awam sahaja.

4.0 Cadangan Untuk Mengatasinya


4.1 Memperketatkan Penguatkuasaan Undang-Undang Tentang Usia Kenderaan
Awam
Kenderaan awam yang terlalu lama perlu menamatkan permit. Pengusaha
syarikat kenderaan awam itu boleh memberi bantuan supaya dapat membeli
kenderaan yang baharu atau membaiki keadaan kenderaan tersebut.

4.2 Menambahkan Stesen Kenderaan Awam


Penambahan stesen kenderaan awam boleh mengurangkan perebutan untuk
menaikinya. Hal ini menyebabkan penumpang tidak ketinggalan untuk sampai ke
destinasi. Masalah kenderaan awam yang tidak mencukupi dapat dielakkan dan
penumpang dapat memilih pelbagai kenderaan atau stesen yang ada.

5.0 Kesimpulan
Laporan telah menunjukkan beberapa kelemahan perkhidmatan pengangkutan awam.
Terdapat pelbagai cadangan yang boleh mengatasinya. Kebanyakan penumpang yang
membuat aduan adalah kerana sifat tamak pemandu yang mengenakan bayaran yang
tinggi walaupun tempat yang ingin dituju penumpang tidak begitu jauh. Pengusaha yang
baik pasti dapat mengelakkan kelemahan-kelemahan perkhidmatan pengangkutan
awam. Masyarakat yang sering menaiki kenderaan awam juga akan selesa dan yakin
menggunakannya.

Laporan disediakan oleh, 22 Februari


2022

(NURUL KAMELIA BINTI ROSLAN)


Setiausaha Unit Keselamatan Awam

Anda mungkin juga menyukai